Thursday, May 22, 2008

Ezam back in UMNO

Breaking News

Ezam Mohd Noor, used to be a staunch supporter of Anwar Ibrahim is back to rejoin UMNO. He is reported to cease his position as the head of GERAK, an NGO that fight for just and equality. He is reported to rejoin UMNO by the 1st of June 2008.

41 comments:

  1. to others,
    lend your ears, open your eyes wide and clear your mind, follow the lead. you will not lost again.

    ReplyDelete
  2. But one thing for sure Keronai, Anwar Ibrahim will never be allowed to rejoin UMNO..he is a penderhaka bangsa

    ReplyDelete
  3. Kena ingat kawan2 Anwar adalah seorang yang berstrategi.. Apakah ini juga sebahagian strategi dia atau kerana keikhlasan Ezam sendiri.. Pening2.. Tq

    ReplyDelete
  4. salam..

    makin lama makin teruk sakitnya UMNO ni.. Apa yang Paklah dah buat ni..

    letak jawatan la... biar TUN masuk balik..

    p.s
    Najib cakap
    "MT berharap Tun (Dr Mahathir) akan kembali semula kepada UMNO suatu hari nanti".

    sama tak ayat ni
    "MT berharap Pak Lah akan meletakkan jawatan suatu hari nanti."

    sebab Tun akan masuk balik UMNO bila paklah letak jawatan..

    ReplyDelete
  5. minta komen si buta ...Tun Mahathir keluar parti umno

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,

    Benarlah sabda Rasulullah saw bahawa di akhir zaman, umatnya akan berlumba-lumba mengejar kekayaan & kekuasaan. Ini akan menyebabkan kuasa akan dipegang oleh orang yg bukan ahlinya...dan mereka ini bukan hanya sesat...tetapi juga akan menyesatkan yg lain!!!

    Apa yg patut dilakukan, perkasakan iman kita...tingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah swt. Ingatlah akan sabda Rasulullah saw bahawa dikalangan 77 puak dari ummat ini yg berpecah....hanya satu sahaja yg betul...iaitu mereka yg menurut ajaran Ahlul Sunnah wal Jamaah...mereka yg berpegang teguh kepada 2 perkara: Al-quran dan sunnah.

    Sudah-sudahlah membuat tohmahan2 dan andaian2 tanpa bukti yg kukuh. Hentikan tabiat tuding-menuding....orang lain semua silap, hanya aku sahaja yg betul. Imam Hanafi pernah berkata ketika merujuk kpd khilaf yg berlaku diantara beliau & Imam Syafie bahawa tidak semua yg dilakukan oleh satu pihak itu 100%, dan tidak pula satu pihak itu 100% salah. Jika seorang Imam besar boleh berpandangan begitu, siapalah kita jika nak dibandingkan dgn mereka.

    UMNO tidak 100% betul dan tidak juga 100% salah, begitu jugak dgn PAS mahupun PKR. Hentikan hina-manghina, tuduh menuduh...tidak cukupkah dgn dosa yg kita sudah kumpul. Melontarkan pandangan tidak salah, tetapi mengeluarkan tohmahan...itu yg kita perlu elakkan.

    Just a pence of idea....wassalam.

    ReplyDelete
  7. Pada dasarnya aku memang suka tengok Ezam kembali kepangkuan UMNO.

    Tapi zaman sekarang ni susah nak percaya orang walaupun adik beradik sendiri, apatahlagi orang politik macam ezam ni, yang kita tahu sedikit sebanyak sejarah politik beliau. Dalam sebok - sebok orang nak keluar parti dia pula nak masuk. Pening????????

    Macam nilah, kita suruh dia junjung Quran bersumpah jujur jika tidak dia dan seluruh keturunannya akan dilaknat tuhan.

    ReplyDelete
  8. Kemasukan Ezam ke dalam UMNO sebenarnya adalah suatu perbuatan simbolik.

    Simbolik kerana Ezam mahu tunjukkan bahawa dia tinggalkan UMNO dulu sebenarnya kerana tidak setuju dengan Dr.M. Sekarang, sebaik-baik sahaja Dr.M declare tinggalkan UMNO, Ezam terus umum masuk balik UMNO!!!!.

    Kalau nak masuk balik UMNO semata-mata kerana nak tunjuk dekat Dr.M ynag Ezam ni sangat-sangat tak suka Mahathir, eden raso, buang boreh sajo dak Ezam nie!!!..

    Niat masuk UMNO kena betol brader, Masuk UMNO untuk bela nasib orang melayu, bukan sebab nak jadi PM (macam Anwar dulu), bukan sebab nak cari business.

    ReplyDelete
  9. Siti suka ezam masuk UMNO, tapi kena peghatikan mamat ni betul2!Biar budak2 PKR tu confuse sikit tambah2 lagi ada pergolakan dalam Angkatan Muda Keadilan sekarang ni.

    -siti sarah raisudin-

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Sdra Anonymous,

    Saya setuju dgn saranan Sdra melalui satu maksud hadis dan kisah 2 Imam Besar kita.

    Kalaulah kita semua boleh menghayatinya...

    Pdgn saya, apapun permasalahan yg kita hadapi, baliklah semula ke pangkal jalan iaitu Agama.

    Kita pasti tidak terpesong atau tersasar.

    Sekian dulu Sdra.

    ReplyDelete
  11. salam perpaduan..

    Alhamdulillah..
    keluar si tua masuk si muda..
    Ezam..
    saya yakin kenapa ezam masuk ketika mahathir keluar dari UMNO..
    Malah, saya yakin ezam mungkin menjadi penghalang besar bagi DSAI untuk mecapai cita-citanya menjadi PM..
    U r Most WELCOME!

    -salam anak hangtuah-

    ReplyDelete
  12. Atau setiap parti serpihan dari UMNO dapat juga merasa kuasa memimpin negara . Macam pak lah and team dari Semangat 46. Mungkin giliran Keadilan yang asal pulak?

    Apa-apa pun seperti kata anak hang tuah, ezam boleh membantu menghalang kemasukan DSAI atau memudahkan kemasukan DSAI. Kita lihat pergerakkannya. Keikhlasannya yang kita harapkan demi orang Melayu. Atau ini contoh senario politik melayu, musuh menjadi kawan dan kawan menjadi musuh.

    miniclubman

    ReplyDelete
  13. UMNO adalah untuk semua orang Melayu di tanah bertuah ini, termasuk Ezam. Den tidak boleh menolak prinsip itu. Guru den pulak ponah bagi tahu supayo kito bersangko baik. Tapi dengan budak Ezam ni payah jugak den nak bersangko baik. Tapi harap-harap dapeklah den pujuk hati den sikit-sikit itu pun tengoklah gelagat eh nanti. Sobab pado den sonang sapo tak boto den kono kato itu tak boto. Ramai koba Ezam masuk balik sobab TDM dah keluar UMNO mako eh seolah-olah dio tak setuju dengan TDM tapi setuju bona dengan Pak Lah. Itu somo yang den musykil tu.......

    ReplyDelete
  14. Samada Ezam masuk Umno ke tak bukan la isu utama yg perlu dibincangkan kerana samada dia dlm Umno ke tak, tidak memberi apa-apa kekuatan kpd agama & bangsa kita. Isu utama adalah kenapa di bawah kepimpinan pak lah Umno jadi lemah & bila pak lah nak undur diri sebagai rasa tanggungjawab beliau ke atas kemerosotan BN. Isu Ezam nak masuk Umno hanya lah isu yg sengaja di ada-adakan & di war-warkan bagi mengalihkan pandangan kita semua keatas isu kepimpinan & kelemahan Umno pada masa kini.
    Ezam masuk Umno ke tak memberi apa2 perbezaan kepada Umno. Siapa Ezam ini & apakah sumbangan dia kpd Umno masa Anwar jadi TPM? Sumbangan beliau yg ada ialah menderhaka kepada Umno, itu saja. Jadi jgn la kita nak bincangkan isu ini kerana tak memberikan faedah kpd Umno.
    Sejarah membuktikan bila penderhaka kpd Umno diterima & diberi jawatan semula di dlm Umno, Umno akan menjadi lebih lemah. Contohnya di zaman Pak Lah, Radzi Sheikh Ahmad jadi SU Umno, Sharir Samad jadi pengerusi PAC, Musa jadi gabenor pembangunan Iskandariah, Rais Yatim jadi Menteri, Ahmad Shabery jadi menteri penerangan dan bnyk lagi.
    Sama juga dgn Ku li sehingga sekarang Umno tak blh tawan Kelantan yg jatuh ke tangan pembangkang masa kuli menderhaka kepada Umno.Adakah kita tak ingin belajar dari sejarah ini?
    Mr. Paneh lain kali tak payah la timbulkan pasal Ezam di dlm blog ni sebab dia bukannya manusia yg hebat & sangat berjasa Spt Tun M yg patut kita bincangkan.

    ReplyDelete
  15. Salam.. Buat Bonggok.. komen aku pasal Tun keluar UMNO... ada dalam artikel Agenda asing Part 1.. Cuba tgk balik...

    Tapi sedikit tambahan.. Tun ini terkenal dengan wawasannya.. Pemikirannya jauh 20 tahun kehadapan.. Apakah agenda lain yang ada pada pemikirannya.. Mungkin ada yang tersurat dan yang tersirat... Tq

    ReplyDelete
  16. MAKLUMAN PENTING:

    SEBUAH SYARIKAT BAHARU TELAH DIDAFTARKAN. PEMBELIAN SAHAM HANYA LAYAK UNTUK KAUM MELAYU DAN BUMIPUTERA SAHAJA. KEUNTUNGAN DIJANGKA TINGGI.

    NAMA SYARIKAT : UMNO SDN BHD

    PENASIHAT :
    MUSA HITAM

    CEO(PEMILIK SAHAM TERBESAR (60%):
    ABDULLAH HJ AHMAD BADAWI

    PENGERUSI (JUMLAH SAHAM 20%):
    KHAIRY JAMALUDIN

    AHLI LEMBAGA PENGARAH(JUMLAH SAHAM 10%):
    NAJIB ABD RAZAK
    RAFIDAH AZIZ
    SHAHRIR SAMAD
    ZAHID IBRAHIM
    NAZRI AZIZ
    ZAHID HAMIDI

    PEGAWAI DAN KAKITANGAN (PEMEGANG
    SAHAM 9%)
    SEMUA MENTERI UMNO

    PEKERJA AM (1% SAHAM KOSONG):
    SEMUA AHLI UMNO YANG SOKONG DSAB

    LAIN-LAIN AHLI UMNO :
    PEMEGANG SAHAM MAJORITI DALAM PRU13.

    PEMBELI SAHAM TERBARU:
    EZAM MOHD NOOR

    PERINGATAN:
    PARA PELABUR DIINGATKAN AGAR BERHATI-HATI MEMBELI SAHAM KERANA SYARIKAT INI TIDAK MENUNJUKKAN PRESTASI YANG BAIK DAN KEMUNGKINAN TIDAK BOLEH BERTAHAN LAMA.

    TUNGGU SEHINGGA SYARIKAT DISTRUKTUR SEMULA BAHARU PARA PELABUR BOLEH MEMBELI SAHAM SYARIKAT INI.

    ReplyDelete
  17. EEEhhhhh!!!!! Geli aku!

    Pedulikan lah Ezam tu. Tak ada apa pun yang hebat tentang dia. Kat lorong Hj Taib bersepah orang macam tu. Anwar sukalah orang Jambu cam dia ni!!!

    Kita dah ada ramai orang yang jauh lebih bagus dalam UMNO.

    Aku cuma nak tunggu TDM masuk UMNO je, orang cam ni baru ada klasss!!!!!

    ReplyDelete
  18. Betul kata en. ram gagasan. Artikel ni dipaparkan oleh contributor kami hanya utk dptkan pandangan ramai ttg kemasukan ezam dlm UMNO. Walaupun hakikatnya isu ini hanyalah picisan utk mengalih perhatian ramai ttg masalah sebenar kepimpinan UMNO. Mereka cuba gambarkan bahawa bekas ahli PKR menyokong paklah. Ini yg dinamakan sokong bawak rebah.

    p/s: untuk pakatan rakyat, agenda asing part III dah keluar. Any comment?

    ReplyDelete
  19. org2 umno totok kena tipu hahaha. ezam tu lebih kurang macm KJ kahkah.pengambil kesempatan je. tahniah UMNO!

    ReplyDelete
  20. Ezam nak masuk UMNO? Apa lak salahya. Ezam itu Melayu dan beragama Islam.

    Imbau balik sejarah, banyak pemimpin melayu keluar UMNO dan kemudian masuk balik UMNO

    Abdulah Fahim ,atuk kepada Pak Lah keluar UMNO ikut Ahmad Fuad. Masuk baik UMNO.

    Tun Hussein Onn keluar UMNO ikut bapaknya Onn Jaafar ,masuk balik UMNO.Lepaih bersara PM keluar balik.

    Ku Li - keluar UMNO ,tubuh Semangat 46,masuk balik.

    Rais Yatim- siap bakar jambatan -masuk balik UMNO

    dan ramai lagi. Ikut sejarahnya UMNO terima balik orang-orang ni kerana mereka adalah Melayu dan mereka adalah Islam.

    Kalau DSAI nak masuk UMNO balik pun ,kenapa tak boleh.He fits the critirea.

    Ini lak Ezam. Dia nak masuk UMNO balik,bagi aje.Bukankah UMNO secara sejarahnya bersikap sedemikian?

    ReplyDelete
  21. The Star On-Line :
    KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd. Noor diterima untuk kembali ke pangkuan Umno - parti yang ditinggalkannya satu dekad lalu dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan beliau sebagai "seorang yang istimewa."

    Aku tak paham apa yg istimewa kt Ezam pd mata kaca Pak Lah... sebab dia ada pengaruh dlm pemuda PKR ke? Sebab dia orang muda yg nampak alim dan berwawasan ke? Sebab dia rapat dgn menantu si KJ tu ke? Sbb dia berjaya tunjukkan protes masuk semula UMNO sbb Tun M dh keluar UMNO ke?

    Pak Lah, semakin hari aku tengok hang makin lemah... orang suruh buat Suruhanjaya hang buat. Orang jaja cerita ramai Ahli Parlimen nk pindah parti hang takut, dok ikut cakap depa. Laa ni nk bagi karpet merah kat Ezam utk masuk UMNO ka? Media kata Tun M orang terawal masuk UMNO, aku tk percaya! Aku cakap Tun M pemegang no daftar yang pertama dan dialah yg tubuhkan UMNO.

    Apa yg hang dh buat pd dia? Najib kt oversea jugak yg jadik Pak Turut untuk jumpa pujuk semula Tun M... Hang dgn pengampu2 hang dok caci, cerca, hina, tergamak kata dia duri dalam daging. Apa semua ni? Tun M tubuhkan UMNO sebagai parti untuk semua, laa ni UMNO sebuah parti hanya untuk Pak Lah. Dan Pak Lah untuk sapa? Pak Lah untuk pembangkang & musuh2 melayu dan Islam. Semua kata Karpal hang dengaq... semua kata Bar Council bawah Ambiga pun hang dengaq.

    Hang kata pemimpin2 UMNO kena dengaq kata2 akar umbi UMNO apa yg kami mau... Dah cukup jelas kami akar umbi amat kecewa dgn cara Pak Lah memimpin negara laa ni. Apa dh jadi pd UMNO? Apa dah jadik pd 5 negeri yg tewas dlm PRU12? Apa dh jadik pd Malaysia? Apa yg akan jadik pd masa depan? Kami amat2 kecewa dgn Pak Lah... dan pengampu2 beliau. Semua kata2 kami di akar umbi tak sampai ke pihak atasan, semua dok sokong jugak Pak Lah. Aku amat2 kecewa...

    -M6

    ReplyDelete
  22. seorang pencacai yg akan merusakkan UMNO!!!!Saya harap org UMNO berhati 2 dgn manusia yg tak berprinsip ini.
    Semua hujah beliau tentang penentangan rasuah hanyalah omong2 kosong, inilah paku dulang serpih!!!
    Mamat ni barua KJ sial!!!

    -bekas penyokong PKR seremban

    ReplyDelete
  23. ika engkau ditangkap
    Kerana cuba memerangkap
    Pemimpin yang korup
    Duit rakyat dilesap

    Tika engkau berceramah
    Habis pemimpin UMNO engkau belasah
    Bongkar segala kisah rasuah
    Juga pengkhianat rakyat bedebah

    Tika engkau bergerak
    Di atas nama GERAK
    Kerana mahu menggerak
    Sensitiviti rakyat yang tak tergerak

    Ramai yang jadikan engkau idola
    Melihat pemimpin yang seakan berkarisma
    Berani membongkar seribu rahsia
    Tanpa takut pada ISA, OSA

    Kini kau jilat kembali ludahmu?
    Yang kau hambur tanpa jemu?
    Di pentas ceramah bersama Mat Sabu?
    Dan lain-lain penceramah tamu?

    Dalam UMNO apa kau cari?
    Parti reput tunggu nak mati
    Che Det pun sudah lari
    Tak tahan dengan Pak Lah punya diri

    Ku dengar engkau ada masalah kewangan?
    Tak boleh selesai hingga tertekan
    Benarkah berita ini wahai teman?
    Kalau tak sungguh, tolong nafikan?

    Berapa UMNO beri rasuah?
    Untuk pujuk nampaknya tak payah
    Perjuangan selama ini begitu murah
    Bila tidak bertunjang Aqidah!

    rantisi_jr

    ReplyDelete
  24. Pada 19 Mei 2008, Dr Mahathir mengisytiharkan keluar dari parti UMNO.

    Beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan UMNO sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini.

    Dr Mahathir mendakwa UMNO kini hanyalah dijadikan parti untuk mengiktiraf Abdullah sebagai Presiden UMNO

    dan mengutamakan kepentingan keluarganya (Abdullah) sehingga membelakangkan negara.

    Pengumuman keluar UMNO ini dibuat ketika beliau berucap di hadapan 1,000 orang di Alor Star, Kedah.

    ReplyDelete
  25. dengar saja lah komen si EZAm ni, katanya kenapa kembali kepada UMNO kerana kini kerajaan punya polisi banyak yang pro REFORM.....

    pro REFORM????Jadi, kiranya pendirian dan tunjang perjuangan yg nak dibawa masuk ke dalam UMNO ni REFORMASI lah???

    Lihat saja lah wahai MT2 dan PEMIMPIN2 UMNO kebodohan PAK LAH...Belum jelas lagi kah??? Tanda2 yang bagaimana lagi yang engkau orang nantikan? Sudahlah si EZAM tu dirai macam VIP, dan engkau orang pulak? langsung tidak diendahkan pandangan kamu semua oleh DOLAH....

    Pada aku, kesetiaan kepada pemimpin yang sebegini rupanya tiada lain kecuali untuk membunuh bangsa sendiri....

    p/s:Entah2, si DOLAH tu sebenarnya tali barut si peliwat...di utus khas untuk memusnahkan bangsa Melayu tak??? Selama ni dok nampak KJ ja, skang ni tak payah KJ pun...

    ReplyDelete
  26. Ezam ibarat ayam jantan yang gah berkokok tetapi ekornya dipenuhi najis
    Mohd Rashidi Hassan
    Thu | May 29, 08 | 4:33:19 pm MYT
    Ada banyak rumours diperkatakan apabila Ezam Mohamed Nor menyerahkan borang keahlian Umno seumur hidup kepada Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen semalam.

    Ezam mengatakan beliau berhasrat masuk Umno bukan kerana mengkagumi personaliti Abdullah, sebaliknya perubahan dasar yang dijalankan khususnya dalam persoalan Badan Pencegah Rasuah dan isu kehakiman, begitu menarik minatnya.

    Hakikatnya pada beliau perubahan dasar yang dibuat oleh Abdullah, Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi Umno begitu mendorong pendiriannya untuk berubah.

    BN dan Umno sudah berubah? Benarkah begitu? Apakah pendirian yang diambil Ezam sekarang ini, sinomin dengan perjuangan beliau selama ini?

    Ezam sejak dua tahun lepas adalah orang yang tidak berparti. Kisah Ezam keluar KeADILan bukan lagi menjadi isu. Dua tahun lalu beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Angkatan Muda atas alasan hendak menumpukan kepada Gerak.

    Namun, ada yang mengatakan beliau bergaduh dengan Naib Presiden KeADILan, Mohamed Azmi Ali, ada juga yang mendakwa Ezam bergaduh dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

    Ketika Anwar dipecat pada tahun 1998, Ezam adalah Setiausaha Politiknya, manakala Azmin sebagai Setiausaha Sulit.

    Kedua-dua anak muda ini merupakan antara tonggak utama dan orang kepercayaan Anwar untuk menggerakkan gerakan reformasi semasa Anwar merengkok dalam tahanan.

    Dalam parti politik, pemimpin memang ada banyak perbezaan pendapat. Soal pergaduhan dan bagaimana bentuk pendekatan masing-masing tidak perlu dihuraikan di sini.

    Kunjungan Ezam ke Harakah

    Kira-kira tiga minggu sebelum Parlimen dibubarkan Februari lepas, Ezam Mohd Noor berkunjung ke pejabat Harakah, menemui Ketua Pengarang Kumpulan, Ahmad Lutfi Othman.

    Jika tidak silap, hari itu hari Ahad. Hari cuti. Banyak pejabat ditutup, begitu juga dengan Harakah. Hanya dua tiga orang sahaja yang bekerja.

    Kami mencadangkan perjumpaan dibuat pada hari lain, namun beliau tetap mahu berjumpa katanya, atas urusan yang amat penting.

    Saya dimaklumkan oleh Ketua Pemberita, Wan Nordin Wan Yaacob tentang kehadiran Ezam bertemu dengan Lutfi, tetapi tidak dapat turut serta kerana ada tugasan di Alor Setar.

    Butiran mengenai pertemuan tersebut dimaklumkan oleh Lutfi dalam mesyuarat Jabatan Pengarang selepas itu.

    Dalam pertemuan tersebut saya dimaklumkan Ezam begitu beriya-iya meminta dibekalkan bahan-bahan untuk membantunya berkempen membantu pembangkang, khususnya PAS dalam Pilihan Raya Umum ke 12.

    Bahan utama yang diminta beliau ialah mengenai laporan Badan Pencegah Rasuah dan sebarang dokumen mengenai penyelewengan yang membabitkan Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Seri Mohd Khir Toyo.

    Bahan-bahan tersebut sememangnya ada pada Lutfi, kerana sebelum ini beliau begitu giat mendedahkan apa yang disifatkan penyelewengan, salah laku dan rasuah yang membabitkan seorang bertaraf MB.

    Pada saya, apa yang diminta Ezam barangkali ada relevannya dengan peranan beliau sebagai Pengerusi Gerak, yang digiat memperjuangan budaya bersih rasuah dalam negara.

    Namun, sampai kesudah Lutfi enggan menyerahkan dokumen tersebut, setelah didesak beberapa kali oleh Ezam.

    Saya bertanya kepada Lutfi, mengapa tidak diberikan sahaja dokumen itu kepada Ezam, barangkali boleh membantu kempen PAS di Selangor.

    Namun Lutfi enggan memberikan, katanya, dia berasa hairan mengapa Ezam tiba-tiba meminta dokumen mengenai Khir dan merasakan ada sesuatu yang pelik berlaku.

    Benarkah Ezam dibeli?

    Sewaktu saya berbual-bual dengan rakan-rakan KeADILan di pejabat Anwar di seksyen 16 Petaling Jaya beberapa hari sebelum PRU, saya ada memaklumkan kepada mereka bahawa bekas sahabat baik mereka ada mengunjungi Harakah.

    "Ah! Engkau pedulikan sahaja dia tu, dia dah kena beli dengan Khairy (Khairy Jamaluddin)," dakwa seorang bekas Setiausaha Anwar.

    Belum pun saya bertanya lebih lanjut beliau mendakwa, "Kami dapat maklumat dari budak-budak Gerak, RM1 juta dah masuk dalam akaun dari Norza, budak Khairy."

    Saya faham mereka mendakwa seolah-olahnya Ezam sudah memperolehi sesuatu dari Khairy, melalui Dato' Norza Zakaria, Ahli Majlis Tetinggi Umno, yang dikaitkan sebagai kroni rapat menantu PM itu.

    Persoalan mengapa Ezam meminta dokumen mengenai Khir Toyo terjawab. Khairy dikatakan tidak menyukai bekas MB Selangor itu dan berusaha untuk menjatuhkannya dengan menggunakan Ezam.

    Oleh kerana itu pada saya, kebimbangan Lutfi di atas gaya body language Ezam dalam pertemuan mereka barangkali juga ada asasnya.

    Di kalangan KeADILan diberitahu, Ezam ada membuat beberapa kali pertemuan dengan Khairy, sebelum ini.

    Kes tentang apa yang didakwa membabitkan 'perundingan' Ezam dengan pemimpin-pemimpin Umno bukannya baru.

    Beberapa tahun lepas, didedahkan kes yang sama timbul sewaktu 'perundingan' diadakan dengan Dato' Seri Abdul Aziz Shamsuddin, bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar.

    Kalangan yang masuk Umno ketika itu, membabitkan bekas Naib Ketua Pemudanya, Zahid Mat Arif dan bekas tahanan ISA, Lokman Nor Adam yang didakwa memperolehi sejumlah wang atau 'ghanimah politik' di atas penggadaian prinsip perjuangan mereka.

    Zahid dan Lokman beserta beberapa yang lain, ditempelak hebat kerana meninggalkan perjuangan untuk memasuki Umno.

    Ketika Lokman ditempelak, untuk menjawab segala tohmahan, Lokman mengatakan bukan inisiatif beliau pada asalnya pertemuan yang diadakan di sebuah hotel di Subang dibuat.

    Katanya, beliau ada bukti dan gambar ada pimpinan tertinggi KeADILan yang mengetuai delegasi perundingan untuk memasuki Umno, ketika itu.

    Ada yang mengatakan dakwaan mereka ada kaitannya dengan Ezam.

    Jika ini benar, soal Ezam hendak masuk Umno, bukannya perkara baru. Maka Ezam tidak boleh mengelak untuk dikaitkan dengan persepsi bahawa, perundingan beliau masuk Umno barangkali membabitkan soal jawatan dan 'peruntukan'.

    Soal banyak mana, apa yang diperolehi oleh Ezam dan rakan-rakan rapatnya, yang mendorong mereka memasuki Umno, tidak dapat dipastikan.

    Apa yang Ezam mampu lakukan dalam Umno?

    Sebelum ini, khususnya sewaktu Ezam 'bercerai' dengan KeADILan, beliau begitu rapat dengan pemimpin-pemimpin PAS, antaranya Dato' Husam Musa, Mohamad Sabu, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

    Ezam juga sering berjumpa dengan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

    Ada banyak janji 'tidak akan masuk Umno' yang sering Ezam ulang-ulangkan di hadapan pemimpin PAS.

    Ada banyak "Sumpah Keramat" Ezam dalam ceramah-ceramahnya yang menempelak, mengecam bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad, Abdullah Badawi, Najib dan banyak lagi yang masih ada dalam rekod berbentuk kaset dan VCD.

    Semua rekod-rekod ini menjadi bukti bahawa Ezam sebenarnya sudah menggadaikan prinsip perjuangan yang beliau sendiri bersumpah acapkali.

    Tanpa disedarinya sumpah-sumpah ini semua sedang memakan diri Ezam. Hanya masa dan waktu sahaja akan menentukan. Wallahu a'lam.

    Apa pun yang berlaku, sama ada ungkapan Ezam berbentuk janji, sumpah dan sebagainya, hakikat yang dibuktikan sekarang di hati Ezam hanya ada Umno, bukan PAS, jauh sekali KeADILan.

    Ezam barangkali berfikir, laluannya memasuki Umno, menerusi Khairy terus kepada Abdullah boleh menjadi suatu advantage baginya.

    Semuanya belum tentu! Orang-orang Umno sedang mencongak, ada tiga kemungkinan yang boleh berlaku dengan kemasukan Ezam ke dalam parti yang hampir karam itu.

    Pertama, seperti kata Dato' Seri Najib Tun Razak, 'Ezam ada banyak maklumat'. Mungkin maklumat-maklumat ini boleh digunakan untuk membelasah Anwar dan menghalang pembentukan Kerajaan Pakatan Rakyat.

    Kemungkinan kedua; Tidak boleh dinafikan wujud persepsi bahawa Ezam masih agen Anwar Ibrahim. Dalam keadaan sekarang, ada kalangan ahli Umno yang bimbang, Ezam boleh digunakan Anwar untuk menambahkan kerosakan dalam Umno.

    Kemungkinan ketiga; Tiada apa-apa pun perubahan yang boleh berlaku kepada Umno! Sewaktu berbondong-bondong ahli Umno diketuai bekas Presidennya, Dr Mahathir keluar Umno kerana kegagalan Abdullah Badawi, Ezam pula hendak masuk Umno atas alasan Abdullah sudah mengubah Umno dan kerajaan.

    Apa yang Abdullah ubahkan pun tidak diketahui. Malah Abdullah, BN dan Umno ditolak rakyat dalam PRU Mac lepas kerana dasar-dasar yang lapuk yang tidak boleh diterima.

    Malahan sebahagian besar orang-orang Umno berpendapat, parti itu hanya akan berubah hanya apabila Abdullah Badawi meletakkan jawatan.

    Umno ibarat Titanic dan tongkang pecah yang sedang menanti untuk karam. Mudah-mudahan 'niat' baik Ezam dan suku sakatnya menyertai kapal, boleh menampung kerosakannya untuk terus berlayar.

    Barangkali Umno/BN boleh terus berlayar, tetapi bukan sebagai kerajaan, tetapi sebagai pembangkang.

    Ikutlah, mungkin juga nasib Ezam untuk terus menjadi pembangkang.

    Cuma, pesanan bekas rakan-rakan seperjuangan kepada anda, jangan jadi seperti "Ayam jantan yang gah berkokok berderau-derau, tetapi ekornya bergelumang dengan najis."

    Apa pun, well...good luck saudara Ezam!

    ReplyDelete
  27. "Mari sama-sama kita imbas kembali kenyataan Mat Ezam anak Mat Nor pada 31 Jan 2007 dalam kes perlantikkan Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Dato' Seri Zulkipli Mat Nor

    Sementara itu, Pengerusi Gerak, Ezam Mohd Noor yang dihubungi Harakahdaily hari ini mengecam sikap berdiam diri PM tatkala isu ini sedang hangat diperkatakan, dan tindakan itu menimbulkan kecurigaan memandangkan beberapa laporan yang dibuat Gerak terhadap PM dan Tun Mahathir tentang keterlibatan dua pemimpin ini dalam pengagihan kontrak kepada anak menantu masih tidak disiasat oleh Zulkipli.Selindung laporan PM dan anak menantu?"

    Gerak dan rakyat berhak mencurigai pelantikan Zulkipli yang dikatakan terbabit dengan beberapa laporan 'skandal' 10 tahun lalu dan terbaru oleh bekas Pegawai Siasatan Gred 45 BPR, Mohammad Ramli Abdul Manan.Kita bimbang jika lantikan ini dikatakan berdasarkan 'saringan', bagaimana seorang Ketua Pengarah BPR boleh dilantik di kalangan mereka yang bermasalah," katanya lagi.Beliau juga melahirkan rasa curiga samada lantikan ini adalah untuk melindungi kes-kes salah laku pemimpin tinggi negara dan individu berkepentingan dalam negara termasuk anak menantu PM atau sebaliknya.
    Baginya, lantikan yang dibuat oleh PM dan bekas PM ini boleh dipertikai malah satu siasatan ke atas tindakan itu boleh dibuat setelah ianya mencurigakan, katanya lagi.Ezam cabar PMSehubungan itu Ezam mencabar PM segera menubuhkan suruhanjaya bebas bagi menyiasat kes-kes salah laku Zulkipli dan kes-kes yang membabitkan laporan rasuah dan kronisme yang dikendalikan Zulkipli termasuk laporan Gerak terhadap PM, dan bekas PM yang didiamkan BPR."Jika PM boleh menubuhkan Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis, mengapa tidak dalam kes membabitkan kredibiliti BPR yang kini diragui rakyat dan dunia,"katanya.

    Selain itu Gerak juga mendesak PM menggantung sementara khidmat Zulkipli berikutan laporan ini kerana kredibiliti dan intergriti Zulkipli boleh dipertikai berdasarkan laporan terhadapnya, katanya.Begitupun beliau melahirkan kebimbangan isu yang dimainkan media-media arus perdana ini hanya sementara sahaja, sebaliknya kes ini akan didiamkan kemudian apabila kemungkinan kredibiliti PM turut terheret dengan laporan ini nanti.

    Akhbar harian hari ini melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kertas siasatan melibatkan Zulkipli yang dibuka 10 tahun lalu diserahkan semula kepada pejabat Peguam Negara hari ini.Kes salah laku seksMusa berkata, kertas siasatan itu berupa laporan polis yang dibuat oleh seorang ahli perniagaan wanita pada Julai 1997 di Balai Polis Cheras.“Dalam laporan polis yang dibuat, wanita berkenaan yang ketika itu berusia 42 tahun mendakwa dipukul oleh Zulkipli ekoran beliau menolak untuk melakukan hubungan seks.“Polis telah menyoal siasat semua pihak pada waktu itu termasuk pengadu yang mendakwa teman wanita Zulkipli dan beberapa saksi.

    Kes itu kemudian dianggap telah selesai,” katanya.Ditanya apa yang dimaksudkan dengan ‘selesai’, Musa berkata: “Itu kena tanya Peguam Negara.“Disebabkan kes itu ditimbulkan semula maka kita telah mengambil dan menyerahkan kertas siasatan tersebut kepada Peguam Negara untuk diteliti.“Saya telah berjumpa dengan Peguam Negara pagi ini di pejabatnya bagi menyerahkan semula kertas siasatan itu untuk kegunaan beliau,” jelas beliau.

    Isu mengenai dakwaan itu ditimbulkan Ezam melalui Gerak dalam satu sidang medianya Isnin lalu di pejabatnya di Kelana Jaya.Ezam memetik satu surat yang dihantar Mohammad Ramli yang merujuk kepada kes salah laku seks dan penyelewengan membabitkan Zulkipli yang diserah kepada PM dan Ketua Polis Negara.Zulkipli bekas Pegawai Tinggi Polis Semasa laporan itu dibuat Zulkipli adalah bekas Ketua Polis Johor. Beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah BPR pada 2001. Perkhidmatan beliau disambung secara pinjaman sebanyak tiga kali. Tarikh akhirnya di pejabat, difahamkan, ialah pada akhir Mac ini.

    Sebelum menjawat jawatan dalam badan itu beliau adalah Ketua Polis Sarawak.Menurut ketua polis negara itu lagi, pihaknya kini menunggu arahan selanjutnya daripada Peguam Negara berhubung kes itu.“Terpulanglah kepada Peguam Negara (untuk tindakan seterusnya),” katanya.Mengulas lanjut, Musa memberitahu, tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak berhubung kegiatan rasuah dan jenayah seksual yang dilakukan oleh Zulkipli.Ditanya mengenai dakwaan bekas Pengarah BPR Sabah, Mohamad Ramli Manan bahawa Zulkipli memiliki harta yang tidak sepadan dengan sumber pendapatannya selain terbabit dalam aktiviti tidak bermoral dan aktiviti jenayah, Musa berkata, itu merupakan satu tuduhan baru.“Jika ada laporan polis, kita akan siasat. Dalam kes ini, polis perlu meneliti sama ada perlu siasatan baru atau tidak,” jelasnya

    ReplyDelete
  28. MT kena luluskan keahlian Ezam
    May 29, 08 4:39pm
    Kemasukan bekas ketua Angkatan Muda PKR Mohamad Ezam Mohd Noor mesti mendapat kelulusan Majlis Tertinggi (MT) Umno kerana beliau "ada rekod" politik, kata naib presiden Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin hari ini.

    "Kalau tak ada rekod tak apa. Ini (kes yang ada rekod) mesti dibawa ke MT," katanya, lapor Bernama.

    Muhyiddin berkata Mohamad Ezam tidak boleh diterima secara automatik kerana rekod politiknya.

    "MT mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak," katanya selepas menyampaikan taklimat mengenai tata etika parti kepada pemimpin Umno Perlis di Kangar hari ini.

    Menurutnya, MT perlu mempertimbangkan rekod Mohamad Ezam kerana bekas setiausaha Datuk Seri Anwar Ibrahim itu pernah meninggalkan parti, menyertai pembangkang dan kini memohon menyertai semula Umno.

    ReplyDelete
  29. Saya cukup hairan dan marah apabila ada yang menuduh Mat Ezam sebagai seorang pengkhianat. Ini bukan kerana saya hendak bodek Mat Ezam. Saya hanya cuba menerangkan hal duduk perkara. Malah saya cukup hairan kenapa akhbar tabloid Le Fou Total terperanjat gadang apabila Mat Ezam masuk menjadi anggota gerombolan United Malays National Organisation.

    Sesiapa yang hairan atau terperanjat mereka adalah ahli-ahli politik poyo. Ngok tak tahu membaca politik macam le chef de fou Zainuddin Maidin.




    Saya tahu siapa Mat Ezam ini. Dua tahun saya berkongsi satu sel dengan dia. Ezam bukan Mat Ezam poyo. Dia bukan pengkhianat garis perjuangan. Mat Ezam sampai hari kiamat pun tidak akan mengkhianati garis perjuangan yang menjadi akidah hidupnya.

    Cuba ingat betul-betul dan ingatkan apa yang selalu di ceramahkan oleh Mat Ezam. Bukankah Mat Ezam selalu berkata - dia akan melawan penindasan dan berjuang untuk kumpulan yang tertindas. Dia akan tampil ke hadapan untuk membantu kumpulan minoriti yang tertindas. Malah dia pernah berceramah sampai terpancut-pancut suaranya hendak meniru-niru bunyi suara Kamarad Karl Marx dengan kata-kata – contre l’ oppresion de l’homme par l’homme.



    Memasuki gerombolan United Malays National Organisation adalah garis politik Mat Ezam yang tepat. Gerombolan United Malays National Organisation sesudah PRU ke 12 adalah gerombolan yang sedang tertindas. Menyokong dan sama-sama sebaris berjuang dengan gerombolan minoriti yang tertindas dan sesak nafas adalah tugas dan garis politik Mat Ezam.

    Ini bukan khianat namanya. Ini garis politik yang tepat. Kita semua wajib belajar dari Mat Ezam. Kita patut bangun untuk sama-sama menyokong gulungan minoriti yang tertindas. Berjuang sebaris dengan mereka yang tertindas adalah sebahagian dari iman. Yang sebahagian lagi iman kita ialah berdoa untuk dapat projek. Ini bukan cakap saya ini. Saya pungut hadis sahih ini dari Ibnu Iwana al- Kontoli dari kitab Al-Fikarabun yang sama-sama saya baca dengan Mat Ezam semasa di Kamunting.

    Menyokong sesiapa yang hendak rebah adalah garis yang tepat yang telah diambil oleh Mat Ezam. Apakah masih ada warga yang tidak menyedari dan tidak percaya bahawa gerombolan United Malays National Organisation sedang tertindas? Ada sesiapa yang masih jurang jelas? Kalau masih ada yang tidak faham, maka mengikut kitab Al-Fikarabun , kumpulan yang tidak faham ini tergulung kepada pengikut mazhab sesat lagi menyesatkan.

    Bayangkan - tidak lama lagi gerombolan United Malays National Organisation akan tegak berseorangan. MCA, MIC dan Gerakan sedang merancang hendak memasuki Pakatan Rakyat. Mereka semua ini telah sanggup murtad untuk mengikut Tuan Syeikh baru mereka. Rakyat Sabah dan Serawak sedang berduyun-duyun lari membuat IC baru dan bercadang untuk meninggalkan Malaysia.

    Syabas Mat Ezam – saudara jujur dengan garis perjuangan membantu yang lemah dan melawan yang gagah. Saudara cukup sedar bahawa Mat Dolah sekarang adalah pemimpin yang paling lemah dalam sejarah politik tanah air. Saudaralah pembantu setianya. Tupang pembawa rebahnya.

    Fakta politik sedang menunjukkan bahawa dalam gerombolan United Malays National Organisation Mat Dolah sedang dalam proses hendak disingkirkan. Kita semua tahu Mat Najib sedang menyusun baris mengepung Mat Dolah. Dalam masa yang sama Muhyiddin juga sedang berura-ura untuk menibai Mat Dolah dari belakang. Ini semua adalah bentuk-bentuk penindasan yang sedang dihadapi oleh Mat Dolah. Inilah tugas suci Mat Ezam dengan rela hati datang membantu Mat Dolah yang sedang ditindas.

    Di luar gerombolan ini ada pula Mahafiraun yang tidak henti-henti menyalak dan menggigit punggung Mat Dolah. Maka di sini satu lagi peranan agung Mat Ezam. Membantu yang lemah dan menolong yang tersepit dan yang sedang di salak Mahafiraun.

    Tentang Mahafiraun ini Mat Ezam cukup cemuh. Mat Ezam pernah menerangkan kepada saya – jika jumpa Mahafiraun dan jumpa Mat Dolah ketuk kepala Mukhriz dulu. Inilah kata-kata hikmat dari Mat Ezam yang sampai kiamat akan saya ingati.

    Saya cukup marah apabila menerima sms yang cuba menghina Mat Ezam. Sms ini cuba menuduh Mat Ezam ini sama seperti Raja Katak. Ini tidak betul. Mat Ezam tidak melompat. Mat Ezam melutut. Ini juah bezanya. Melompat ke atas seperti katak. Melutut ke bawah seperti Mat Ezam. Jadi tolong jangan samakan Mat Ezam dengan Ibrahim Ali. Mat Ezam ada kelas.

    Saya juga meminta semua fitnah dan tohmah tentang Mat Ezam di hentikan serta-merta. Cerita tentang Mat Ezam datang membantu Mat Dolah memang betul. Tetapi kini telah wujud analisa politik cekai yang berunsur fitnah tersebar. Rasa saya konco-konco Mat Najib yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah ini. Konco-konco Mat Najib menganggap Mat Ezam datang kerana arahan bos lamanya untuk membantu Mat Dolah. Ini fitnah. Mereka kurang arif dengan tujuan suci Mat Ezam.

    Saya juga di fahamkan bahawa Rafidah cukup gembira dengan kedatangan Mat Ezam. Saya dengar kenduri talkin akan diadakan di Kuala Kangsar, kawasan parlimen Rafidah untuk menyambut Mat Ezam. Dari apa yang saya difahamkan Mat Ezam telah menelefon Rafidah. Dengan manja sekali Mat Ezam telah bersedia untuk menghadiahkan sebuah kotak harta karun yang ada pada Mat Ezam. Saya dengar khabar kotak ini ada menyimpan kasut Rafidah yang patah ketika Rafidah berlari-lari untuk mencium punggung Mahathir ketika Mahathir menangis dahulu.

    Satu kotak lagi akan dihadiahkan kepada Nazri Aziz. Saya dengar khabar kotak untuk Nazri ini bersisi lesen-lesen teksi. Sebuah lagi kotak untuk Noh Omar yang penuh dengan surat pajak. Lesen-lesen teksi dan surat-surat pajak ini telah dikumpulkan oleh Mat Ezam ketika dia menyamar sebagai pegawai pencegah rasuah pada satu ketika dahulu.

    Saya sedar memang ramai orang tidak mengetahui bahawa ketika Mat Ezam menyamar macam Inspektor Jacques Clouseau dulu dia telah melakukan satu yang amat tragik. Biar saya nyatakan di sini satu rahsia yang begitu lama saya simpan. Menurut Mat Ezam tiga lagi kotak yang dicari-cari oleh pihak polis itu dipenuhi dengan gambar-gambar dan video rakaman Altantuya yang sedang bershopping dengan Dotty di Paris.

    Dari mulut Mat Ezam sendiri saya telah di beritahu bahawa video ini telah di rakamkan oleh KGB. Bagaimana pita ini sampai ke tangan Mat Ezam saya juga kurang arif. Apa tujuan KGB memberikan pita rakaman dan gambar-gambar Altantuya di Paris wallah hu alam bisawwab - hanya Lingam sahaja yang maha mengetahui. Apa hubungan Mat Ezam dengan KGB ini saya pun tidak pasti. Tapi menurut Mat Ezam ada seorang pengendali laman web yang telah membuat salinan video ini untuk ‘safe keeping’.

    Saya cukup bengang dengan Minah sepupu Mat Najib yang ingin bertanyakan tiga soalan untuk Mat Ezam. Siapa Minah ini? Apakah locus pocus Minah ini untuk menyoal Mat Ezam. Ini mesti atas arahan sepupunya. Saya yakin Mat Ezam pasti akan bertanya kembali kepada Minah ini nanti – wahai Minah, mana dia laporan kewangan Sukom yang sampai hari ini belum di audit? Pasti menggigil bra Minah ini nanti bila Mat Ezam mula menyoal. Jangan play play, ini Mat Ezam. Dia bukan Kancil dia Wira.

    Saya paling menyampah melihat sikap Angkatan Muda Keadilan yang menjadikan Mat Ezam ini seperti selipar buruk. Sudah dipakai ditinggalkan. Ini betul-betul kurang hormat. Minah di Lorong Haji Taib pun kalau sudah pakai kena bayar. Angkatan Muda Keadilan telah murtad terhadap ketua mereka.

    Sepatutnya Mat Ezam yang begitu gah dan berpengaruh pasti ada beratus-ratus ahli Angkatan Muda yang akan berduyun-duyun mengikut buntut Mat Ezam. Tetapi ini tidak berlaku. Angkatan Muda Keadilan telah menghina Mat Ezam sama seperti gerombolan United Malays National Organisation menghina Tun Dr. Mahathir bekas Presiden mereka yang keluar dari gerombolan. Mat Ezam terkonteng-konteng dengan empat lima Pak Pacak ketika membuat sidang akbar. Kenapa Mat Ezam seekor Wira dikulupkan. Apa punya turrr Angkatan Muda Keadilan ini.

    Ada satu perkara yang amat-amat memilukan hati saya apabila Mat Ezam masuk ke dalam gerombolan United Malays National Organisation ini. Saya tertanya-tanya apakah yang akan terjadi kepada kawan baik saya si Lokman Adam yang bersama-sama di Kamunting dahulu. Lokman selalu ke hulu ke hilir berceramah dan buka cerita tentang strategi perjuangan Parti Keadilan Rakyat. Ini modal cari makan Lokman Adam.

    Apabila Mat Ezam memasuki gerombolan United Malays National Organisation ke mana agaknya Lokman Adam nak cari makan kerana Mat Ezam juga akan ke hulu ke hilir dengan modal yang sama. Mat Ezam seharusnya bersimpati dengan sahabat lamanya Lokman Adam. Saya berharap mereka akan berkongsi kembali cari makan sama-sama agar sorro tidak miss.

    Kelentong ke hulu kelentong ke hilir
    Mat Ezam mencegah rasuah
    Hujah dahulu hujah lendir
    Kini Mat Ezam dah pandai rasuah.


    -hishamudin rais

    ReplyDelete
  30. baguslah kalau dah keluar dari perjuangan pembangkang...tetapi ini tidak bermakna tekanan kepada DOLAH untuk turun dari jawatan harus berhenti...walau siapa pun yang masuk UMNO, tapi kalau Presidennya masih kekal DOLAH dan penjilat dan pengipas bontot DOLAH, takde guna nya kemasukan mereka dalam UMNO kerana kelemahan UMNO bukan pada ahlinya tetapi peimipinnya...UMNO bukan parti minoriti...UMNO masih kekal parti majoriti...tetapi jika DOLAH masih kekal berkuasa, memang tak mustahil UMNO jadi parti minoriti....Ini yang kita tidak mahu...Kita mesti tetap dalam perjuangan...perjuangan kita ialah meletakkan sesuatu berada ditempatnya...itulah namanya bersifat adil dan saksama...dan tempat yang sebaiknya untuk DOLAH ialah di rumah, layan isteri dan tarbiyyahkan dia biar pakai tudung, main ngan cucu, sembahyang bertaubat atas segala pengkhianatan yang dah dia lakukan bukan sahaja kepada bangsa malah kepada negara!!!!!!!!!!!!! ABDULLAH BADAWI MESTI LETAK JAWATAN!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  31. hmmm...penyokong2 PKR ni bila bab ezam yang dah keluar parti tu semnagat pulak defend...tapi pemimpin de facto mereka tak berani pulak nak di defend nya...saya rasa memang sah mereka ni bersetuju dengan teori agenda asing yang paneh tulis...

    ReplyDelete
  32. Anwar mula menghantar satu pasukan task force yang diketuai oleh ezam dan akan menjadi trojan horse bagi menjadi pemangkin untuk mempercepatkan pereputan amno dari dalam... Mr. Green

    p/s: keluarnya ezam dari PKR...semua itu perancangan anwar..

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum,
    Entahlah ape strategi yg dirancang sebetulnya. Ezam masuk UMNO, tiada kutukan langsung dari DSAI dan kepemimpinan atasan PKR. Tak ade komen keras daripada Kepimpinan PAS. Makin ramai bekasan AMK menyertai UMNO. Jgn lupa mereka semuanya muda2, mungkin tidak lama lagi tiada tempat utk orang lama UMNO yg telah berusia mengekalkan kuasa.


    Orang Muda selalunya bersikap radikal dalam tindak tanduk mereka. Bekasan AMK bukan calang2 manusia semuanya. Kuasa muda yg ramai boleh mengugat kuasa2 lama yang telah berakar umbi didalam UMNO. Selamatkah mereka?


    Takkan orang2 muda ini sekadar hendak bekerja dibawah telunjuk mereka sahaja. Apakah agenda mereka sebenar? Tak tahu, akupun tak tahu. Aku nampak bahaya bagi organ dalaman UMNO. Padan muka


    Paklah lepaskan DSAI, KJ hantar tiket k Jerman. PakLah kekalkan kuasa yg tak berapa nak ada sekarang ni. Mungkin sedang menuggu kot….


    Mungkin kita patut merujuk balik ‘Khairy’s Cronicles’ dlm blog Raja Petra melihat kepada bab 7- The beginning of a beautiful friendship dan bab 8 - Sunset, sunrise. Disitulah asal usul pakatan mereka.


    Boleh dibuat sedikit kajian / selidik atas tindak tanduk Ezam dan KJ. Satu Pakatan.


    Wassalam
    "

    ReplyDelete
  34. aya telah ikuti laporan berkenaan keputusan saya keluar dari UMNO yang disiarkan RTM 1, 8 malam, 19 hb Mei. Komen oleh dua pemimpin UMNO amat menggelikan hati saya.

    Tun Musa Hitam dakwa saya adalah ‘duri dalam daging yang sekarang sudah dikeluarkan.’

    Tun, apakah Tun lupa Tun jadi duri dalam daging UMNO tahun 1986 - 87 dahulu? Semasa Tun jadi Timbalan Perdana Menteri [di lantik oleh saya]. Tun telah letak jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kerana hendak saya berhenti daripada jadi Perdana Menteri dan diganti oleh Tun. Atas rayuan ahli Majlis Tertinggi, Tun kembali sebagai Timbalan Presiden UMNO. Rupa-rupanya Tun masih punyai niat untuk jatuhkan saya.

    Oleh itu Tun menghasut Tengku Razaleigh yang menjadi musuh ketat Tun supaya lawan saya. Demikianlah bencinya Tun kepada saya sehingga sanggup terima musuh ketat Tun bertanding Presiden, dan Tun jadi Timbalannya; Tun sebelum itu rayu supaya saya sokong Tun untuk rebut jawatan Timbalan Presiden dalam pertandingan lawan Tengku Razaleigh.

    Akhirnya pecahlah UMNO dan muncullah parti serpihan Semangat 46. Tetapi dengan bijaknya Tun tidak menyertainya. Tun selamat dan dilantik oleh saya sebagai perutusan bertaraf Menteri ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Tengku Razaleigh terkeluar daripada UMNO Baru dan menjadi mangsa perancangan Tun. Syabas Tun. Saya tak tahu sekarang Tun ahli UMNO atau tidak.

    Satu lagi pemimpin UMNO ialah Shahrir Samad yang lupa bagaimana dia keluar UMNO, jadi calon bebas dan lawan dengan UMNO, dalam Pilihanraya Kecil dengan simbol kunci.

    Siapakah kamu yang nak kritik tindakan saya? Jika tidak kerana kakak Tun Musa sebagai Ketua Wanita Johor Bahru datang pagi-pagi ke rumah saya untuk merayu supaya Dato dibenar kembali ke pangkuan UMNO, Dato akan jadi duri dalam daging UMNO lebih lama. Walaupun Dato maki hamun saya semasa pilihanraya kecil saya bersetuju Dato masuk balik UMNO.

    Saya ucap tahniah kerana Dato dapat sekali lagi jadi Menteri. Jagalah harga barang baik-baik. Tak usahlah komen tentang diri saya.

    Tepuk dulang paku serpih.
    Katakan orang awak yang lebih.

    ReplyDelete
  35. Kesian Kepada Dr Mahathir!

    SAMBUTAN kepulangan Mahathir Mohamad dari Jepun hari ini tidak berapa meriah. Mungkin disebabkan cuaca tidak begitu baik menyebabkan orang ramai berfikir banyak kali untuk ke Subang?

    Manakala tumpuan orang ramai di Parlimen hari ini yang menyaksikan MP Padang Serai, Gobalakrishnan melangkah ke tempat duduk Speaker dan membisikan sesuatu menyebabkan mereka mungkin terlupa dengan kepulangan Mahathir. Aksi di Parlimen lebih menarik lagi dengan apa yang bakal berlaku di Subang.

    Kerana tidak meriah maka Mahathir pun tidak memberi ucapan panjang sekadar lima minit saja. Menurut mereka yang taksub dengan Mahathir kira-kira 1,000 yang hadir, manakala menurut media internet pula sekitar 300 orang.

    Media arus perdana pula esok akan menulis kira-kira beberapa puluh orang saja.

    Kebanyakan yang pergi menyambut Mahathir khabarnya ialah ahli Umno Cawangan di Jerlun Kedah yang datang dengan dua buah bas satu tingkat.

    Beberapa bekas menteri yang diuar-uarkan akan turut sama menyambut kepulangan Mahathir juga dilaporkan tidak berada dilokasi. Mungkin mereka memantau dari rumah menerusi telefon.
    Mahathir mengulas sambutan itu sebagai biasa baginya, baik semasa menjadi PM atau selepas jadi PM. Maknanya orang tidak berapa ramai itu adalah lumrah.

    Mahathir juga dipetik sebagai berkata belum mati lagi orang sudah tidak kenangkannya. Apakah beliau merujuk kepada kehadiran petang tadi?

    Beliau sepatutnya insaf dan sedar bahawa ahli Umno sendiri pun sudah lengguh melayan kerenah beliau. Dan mereka yang sedia ke hulur ke hilir juga sudah tidak rela mengorbankan diri lagi untuk mendengar bebelan-bebalannya.

    Mahathir sepatutnya kena faham dalam Umno semua orang mahu hidup. Semua kerja termasuk menyambut kepulangan pemimpin atau menghantar pemimpin nak ke luar negeri pun mesti ada benefit atau kena bayaran. Mereka tidak saja-saja pergi kalau tidak mendapat apa-apa!

    Dalam Umno tidak ada apa yang free melainkan mendengar ucapan Mahathir yang membelasah Abdullah Badawi tanpa kesudahan.

    ReplyDelete
  36. Dolah dah desperate teramat sangat.....bawak je masuk pengkianat mana pun asalkan defend/bodek/ampu dia....Tun punya timing memang klas sebab ezam tak layak duduk separti dgn Tun yg dia hina/cerca/maki/ntah apa lagi yg tak baik time bos dia di dakwa salahlaku sex diluar tabii dulu.

    Ezam yg dah takda wadah untuk memperjuangkan kepentingan diri lagi(GERAK tak bergerak - public tak beri perhatian) desperate teramat sangat untuk join UMNO....maka joinlah UMNO yg dah nak hancuss tu......sama-samalah kita tengok mereka hancuss.......!!!! Lepas tu kita ambik balik and rebuild macam Tun buat pada 1987 dulu.....kalo dah nak jadi camtu nak buat camno!!!

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum.

    Kemasukkan Ezam dalam UMNO sebenarnya tak lebih dari sekadar melupakan sementara waktu isu Tun Dr. Mahathir keluar UMNO!

    Perlu ingat, bukan seorang pejuang reformasi kembali kepada UMNO! antaranya bekas ketua pemuda Saudara Roslan dari Negeri Sembilan kembali kepada UMNO 7 tahun lalu. Namun, apa yang beliau dapat? Tiada kedengaran lagi namanya dalam UMNO, sebaliknya Khairy Jamaludin pula yang timbul!

    Ezam juga bagaimana? Tiga rakan seperjuanganya kini sudah ahli parlimen, Saudara Azmin Ali, Saifudin Nasution dan Tian Chua, sedangkan Ezam kini hanya ahli UMNO biasa! Itulah yang membezakan pemimpin yang punyai pendirian dengan yang mengambil kesempatan disaat UMNO hadapi krisis kepimpinan.

    Kemasukan Ezam kedalam UMNO mungkin adalah sebahagian perancangan peribadi PM Abdullah.

    - Untuk menutup kelemahan kepimpinan dalam UMNO, dan melihat PM Abdullah sebagai penyelamat.

    - Sebagai 'otai' untuk menangkis serangan peribadi dari Tun Dr. Mahathir, dan Mukhiz Mahathir.

    Kemasukan Ezam hanya menambah masalah dalaman UMNO!

    Terimakasih.

    ReplyDelete
  38. bodoh..masuk UMNO selepas TDM umum keluar parti...
    nampak sangat penakut..betullah kata TDM..ezam dan lain2 hanya berani masuk UMNO selepas ketiadaan TDM dlm UMNO..
    yang pemimpin UMNO pun sama..
    desperate sangat nak tarik perhatian..padahal masalah dalam parti tak selesai lagi..apa jer sumbangan ezam kat negara?
    busukkan nama MALAYSIA kat luar negara adalah..haih...

    ReplyDelete
  39. Apa perlunya digembar gemburkan kemasukan Ezam Mohd Noor ke dalam UMNO? Apa hebatnya Ezam yang bukan sahaja sudah hilang kekuatan dan pengaruh tetapi juga tiada sokongan akar umbi. Jika Ezam mahu masuk UMNO, masuklah. Apa perlu diriuh dan dihebohkan?

    Hina sangatkah jasa pemimpin UMNO lain terutama di peringkat cawangan dan bahagian sehingga jasa mereka selama 10tahun menentang usaha Ezam menjatuhkan UMNO dilupakan? UMNO jangan jadi keparat sehingga yang berjasa dilupakan tetapi pengkhianat parti di bawa balik dan di beri hamparan karpet merah.

    Seorang Ketua Cawangan Subang semalam secara terus terang mendakwa ini merupakan agenda Khairy Jamaluddin dan Norza Zakaria untuk mengukuhkan kedudukan mereka.

    Mungkin benarlah apa yang dikatakan sesetangah pihak, cara terbaik untuk mendapat tempat dalam parti ialah dengan masuk parti lawan apabila ada konflik dan tunggu saat sesuai untuk kembali dengan tuntutan dan tawaran yang menarik.

    Khabarnya Ezam akan ditawarkan jawatan senator. Tahniah kepada Ezam. Ini juga pengajaran kepada ahli UMNO di bawah.

    Gerakan Anti Ezam

    ReplyDelete
  40. xyah lah cerita byk2 ttg ezam ni....pada org2 pkr....Sila bagi komen ttg artikel agenda asing tulisan paneh.....ade berani????

    ReplyDelete
  41. Why is it the fact that Ezam rejoins UMNO becomes a national news? Is it a national news material?

    If his intention to rejoin UMNO is due to a bona fide belief of UMNO struggle why is he still talking about "reformasi".Obviously his "reformasi" struggle is still evidently strong and is this a good thing for UMNO?

    Why should Pak Lah receive him as a " Hero" without first consulting the Supreme Council. Muhydin made a clear statement that the Supreme Council should be first consulted before action as such be taken. What is the story here? Does Pak LAh think as the UMNO President he is above the Supreme Council.Do a re check on UMNO Constitution!Supreme Council is the highest authority, not the President.

    This event has produced a pattern. Pak Lah disrespects and undermines the authority of the Supreme Council. Pak Lah is acting in defiant of the UMNO Constitution.

    This is not the time to give blind support to a defiant UMNO President.This the time for UMNO members to be faithful to UMNO objectives not to the Presidential obectives.

    ReplyDelete