Sunday, June 1, 2008

JUS

Tulisan ini merupakan sambungan kepada artikel saya yang terdahulu iaitu TANAH MELAYU MILIK SIAPA?


Dalam kupasan terdahulu, kita telah lihat betapa Tanah Melayu ini dijajah selama lebih 500 tahun oleh kuasa2 utama dunia. Apabila hasil timah mula dijumpai di Perak (terutamanya di Larut) pada kurun ke-18 dan 19, British semakin rakus mengaut sumber timah untuk dibawa pulang ke England yang pada ketika itu sedang dalam era revolusi industri.


Lombong2 timah di Perak pada awalnya diuruskan oleh pegawai kerajaan iaitu orang Melayu yang dikenali sebagai Long Jaafar. Namun disebabkan oleh permintaan yang terlalu tinggi, Long Jaafar telah membawa masuk orang2 Cina yang berada di Penang (yang telah dibawa masuk oleh British) untuk bekerja sebagai buruh galian.


Untuk rekod, kebanyakan orang Cina dibawa masuk oleh British ke STM selepas Perjanjian Nanking 1842. Pada ketika itu berlaku hura2 di tanah besar Cina yang menyebabkan rakyatnya menderita dan memaksa mereka keluar mencari perlindungan di bumi asing. Begitu juga orang2 India telah dibawa masuk oleh British untuk menjadi buruh2 dan pekerja2 am terutama di negeri2 Selat (SS). Kebanjiran mereka ke STM tidak lebih kecuali menjadi kuli2.


SECARA MUDAHNYA, PADA MASA ITU CINA DAN INDIA HANYALAH PENDATANG YANG MENCARI REZEKI DAN PERLINDUNGAN DI BUMI ASING, BERBANDING MELAYU YANG DI IKTIRAF OLEH BRITISH SEBAGAI TUAN TANAH TETAPI HAK MEREKA DIRAMPAS OLEH PENJAJAH BANGSAT.

British High Commissioner Sir Hugh Clifford, MENGAKUI IDEOLOGI PENJAJAHAN BRITISH KE ATAS STM apabila beliau mengingatkan pemimpin2 Inggeris bahawa "Everyone in this country [to] be mindful of the fact that this is a Malay country, and we British came here at the invitation of Their Highnesses the Malay Rulers, and it is our duty to help the Malays to rule their own country."


Selepas Perang Dunia ke-2, apabila British menggagaskan Malayan Union, dua impak utama ialah, menidakkan kuasa dan kedudukan raja2 Melayu sebagai ketua negeri dan memberi kerakyatan terbuka dan sama kepada semua penduduk STM termasuklah kepada pendatang Cina dan India dan membenarkan 'dual nationality' kepada Cina dan India. Asas kepada pemberian hak kewarganegaraan ini dikenali sebagai JUS SOLI.


JUS SOLI (bahasa Latin-dalam BI: right of the soil) merupakan hak kewarganegaraan yang diberikan kepada indidvidu berdasarkan tempat kelahiran. Secara mudahnya sesiapa sahaja yang dilahirkan di STM berhak menjadi warganegara yang sah tanpa mengira asal keturunan. Kesannya kepada penduduk asal iaitu Melayu ialah, mereka pada masa itu tidak mempunyai keistimewaan langsung sebagai Tuan Tanah. Segala hak perlu dikongsi samarata. Ekonomi, politik, kedudukan sosial…semuanya sama kerana semuanya adalah British Protectorates (BP).


Hari ini, JUS SOLI banyak dilaksanakan di negara2 membangun. Contoh terbaik ialah US di mana aplikasi prinsip ini dinyatakan secara jelas di dalam Perlembagaan US (pindaan 14). Malah prinsip ini telah pun menjadi prinsip penting yang digunakan oleh US seawal perlembagaan mereka dirangka. Walaubagaimanapun, aplikasi prinsip ini dikecualikan kepada individu yang dilahirkan di negara yang mana ibubapanya berkhidmat sebagai diplomat/konsulat/menjalankan misi/tugasan2 rasmi. Negara2 besar lain seperti UK, Australia dan Perancis juga mengamalkan prinsip JUS SOLI namun ia telah dipinda dengan meletakkan syarat2 tertentu. Amalan JUS SOLI pada dasarnya bertujuan untuk menambahkan bilangan rakyat di negara2 gergasi ini.


Dalam sistem perundangan, selain JUS SOLI terdapat satu lagi konsep yang diamalkan dalam memberi hak kewarganegaraan iaitu JUS SANGUINIS. Juga berasal dari perkataan Latin, ia bermaksud hak kewarganegaraan diberikan kepada individu yang SALAH SEORANG KETURUNANNYA ADALAH RAKYAT ASAL dan berstatus warganegara di sesebuah negara. JUS SANGUINIS MENGIKTIRAF KEWARGENEGARAAN MENGIKUT SUSUR GALUR KETURUNAN. Prinsip ini banyak diamalkan di negara2 Eropah seperti German, Armenia, Hungary, Ireland dan banyak lagi. Tujuan negara2 ini menggunakan prinsip JUS SANGUINIS adalah untuk memastikan budaya, identiti bangsa dan keaslian etnik penduduk pribumi negara tersebut dapat dikekalkan. Individu yang tidak mempunyai susur galur keturunan tidak diiktiraf sebagai warganegara dan akan dinafikan hak2 sivil.


Republik China turut menggunapakai prinsip JUS SANGUINIS dan melarang 'dual citizenship'. Sesiapa sahaja yang lahir di negara China mestilah mempunyai susur galur keturunan bangsa Cina, barulah individu itu dianggap sebagai warganegara China yang sah.


Prinsip JUS SANGUINIS ini turut digunakan di negara India. Malahan mereka telah mengetatkan lagi pemberian kewarganegaraan; iaitu jika hanya seorang sahaja daripada keturunan pemohon tersebut adalah berketurunan India (half blood), maka individu itu HANYA LAYAK memohon a Person of Indian Origin (PIO) Card, dengan syarat pemohon atau keturunannya tidak pernah menjadi warganegara Pakistan, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka, Afghanistan atau China. Pemegang PIO ini hanya boleh masuk dan tinggal di India tanpa memerlukan visa, boleh memiliki tanah dan mendapat hak pendidikan di negara tersebut. Namun sebagai pemegang PIO Card, mereka tidak mempunyai hak untuk mengundi serta menjawat sebarang jawatan politik.


Menariknya, kedua2 negara di atas pernah dijajah oleh British namun tidak pula British membebaskan negara2 di atas dengan meletakkan hak kewarganegaraan sebagai syarat. Malah dari awal perlembagaan mereka dirangka, status kewarganegaraan ialah berdasarkan JUS SANGUINIS.


Apabila British tunduk dengan tuntutan orang2 Melayu melalui perjuangan UMNO ketika itu, Malayan Union dihapuskan dan termaktublah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Signifikannya perjanjian ini ialah ia mengiktiraf kembali kedudukan Raja2 dan memberi semula kuasa pemerintahan kepada mereka (walaupun bukan bersifat kuasa mutlak); dan yang paling utama ialah mengetatkan syarat2 kewarganegaraan ke atas kaum Cina dan India yang secara tidak langsung mengukuhkan dakwaan bahawa mereka adalah pendatang dan Melayu adalah penduduk asal pribumi.


Walaupun orang2 Melayu berhak memilih untuk memberikan hak warganegara kepada kaum Cina dan India melalui prinsip Jus Sanguinis, namun orang2 Melayu masih bertolak ansur menggunakan prinsip Jus Soli. Ini kerana jika prinsip Jus Sanguinis digunapakai, maka permohonan taraf warganegara oleh kaum Cina dan India memerlukan mereka mempunyai susur galur keturunan penduduk asal STM yang berstatus wargenegara. Atau dalam bahasa mudahnya, salah seorang nenek moyangnya perlulah orang Melayu, maka barulah mereka layak diberi taraf warganegara. Jika negara asal merekapun menggunakan Jus Sanguinis sebagai asas pemberian kewarganegaraan, maka kaum bukan bumiputera TIADA HAK mempertikai segala hak keistimewaan Melayu kerana orang Melayu telah sangat bermurah hati memberikan taraf warganegara kepada mereka.

11 comments:

  1. Nak buat ape cerita sejarah. Orang Cina dah jadi warganegara dah. Tak kisah le melalui konsep apa pun. Yang penting ekonomi orang Cina dah kuasai.Buat ape berpolemik tentang sejarah?Biasiswa JPA dari 10% dah njadi 45% bagi kat org bukan Bumi. Cerita pasal sejarah dapat balik ke turun 10%?

    ReplyDelete
  2. Boleh tau sumber rujukan ano dalam memberi angka peratusan tersebut..

    Sejarah penting untuk memberitahu golongan muda hari ini.. Kerana buta sejarahlah keadaan negara seperti hari ini.Masalahnya kadang2 kita rasa dah hebat.. walhal.. sebenarnya 1 apapun kita tak tahu.. yang ada sekadar emosi.

    Kita terjajah kerana bangsa kita sendiri.. kita tunduk juga kerana bangsa kita sendiri...
    kita akur kerana bangsa kita juga sendiri..

    Cuba kaji.. kenapa ekonomi dikuasai oleh orang Cina.. sedangkan banyak kemudahan telah diberi kepada bumiputra. Kenapa banyak perkara perlu kita kongsi dengan dengan bukan bumiputra... Kenapa???? di mana silapnya?????? Tq

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya betul lah apa yang ditulis oleh ano, wahai si buta. Nazri bangang telah menyatakan bahawa biasiswa JPA akan diberikan kepada bukan bumiputera sebanyak 45% (Utusan Malaysia).

    ReplyDelete
  4. sebab tu la kena tahu sejarah ano dan che yah...tujuannya fahami sebab musabab sesuatu berlaku..kemudian pulak ambil iktibar...masalah dgn orng kat mesia ni sudah la tak tahu sejarah, buat keputusan sesuka hati mak bapak...sama la dengan si nazri tu...tak kan kamu berdua nak jadi sama bangang dengan si nazri tu???

    ReplyDelete
  5. Tulah Cik Yah... Kadang2 kita sendiri tak tahu apa yang kita cakapkan.. Sebab kita nak berjuang tapi takde senjata...

    Kenyataan Nazri tu adalah kenyataan.. bukan fakta pun.. aku pun boleh cakap camtu.. tapi sebab aku bukan menteri, jadi kata-kata aku tak boleh diterimapakai...

    Teringat aku kenyataan Musa Hitam tentang Wilayah Pembangunan Iskandar bahawasanya TIADA KUOTA UNTUK BUMIPUTRA.. Tapi sejauh benarnya kenyataan berikut..

    Fikirkan kenyataan berikut.. ada yang tersurat dan yang tersirat... Cuba check balik dimana kenyataan itu dibuat.. Bila.. dan apa kaitannya...

    Tq

    ReplyDelete
  6. Kepada si buta yang cakap macam betul-betul buta,

    Nazri bukan buat kenyataan atau cadangan tapi mengeluarkan fakta itu ketika menjawab soalan perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan(JPA) dalam Parlimen ketika menjawab soalan YB Pembangkang.YB Pembangkang tanya apakah langkah-langkah dibuat oleh Kerajaan untuk menangani ketidakseimbangan pemberian biasiswa JPA kepada Melayu dan bukan Melayu dan jawab beliau Kerajaan melalui JPA telah mengambil langkah....". Bila itu dah disebut,ia dah jadi polisi Kerajaan sekarang. Apa pulak kenyataan . Tun Musa punya kenyataan dibuat sendiri dan adalah pandangan peribadi bukan dibuat dalam Parlimen.

    Boleh tuan sibuta tampilkan keterangan lain ini adalah kenyataan peribadi Nazri sahaja, sebab satu Malaya dah tau ini adalah polisi sekarang.

    ReplyDelete
  7. Bagus lah cik Yah.. Tu sebab nama aku si buta.. sebab banyak benda nak orang macam ko bagitau..

    Sama gak dengan apabila dibuka 10% kemasukan MRSM kepada bukan Bumiputra.. apa implikasinya..

    Begitu gak dengan polisi 45% biasiswa kepada bukan bumiputra.. Apa implikasinya... Cik Yah pandai tak nak kaitkan dengan apa yang tersurat dan yang tersirat..

    ReplyDelete
  8. ni kenapa plak sesama melayu nak bergaduh ni...bila nak selosai misi agenda melayu kalau sesama melayu pun asyik dok bertelagah...ekau ni pon che yah, sebelum buat kenyataan, den raso la, baik ekau kaji selidik dulu...jangan di terimo buto2 ajo...ekau bukan tak tahu si nazri kaki m*b*k tu...cakap pun mabuk sentiaso...bagi jawapan sekadar nak lepas diri dari di soal bertubi2 dek pembangkang...bukan pakai akai pun...kalau ekao baco tulisan che din tu sey harap kao paham la yo!!!

    ReplyDelete
  9. buat si buta,

    s jbeng pun rasanya lebih celik dari si buta. kalo tau sangat implikasi tersurat dan tersirat 45% kuota tu, maka terangkan la. jgn tanya orang plak. ke saja je tanya padahal sendiri pun tak tau implikasinya. baca dulu artikel che din. walaupun buta, celikkan hati bila baca artikel che din.

    ReplyDelete
  10. Sobab tu aku tanya ko che yah.. Tak kirolah kan kalu s jibeng pandai jawab soalan2 aku.. Kalau den tau tak payah lah den tanyo ko do che yah..

    Lagipunkan bila ko sebut s jibeng.. dia tu buta betul tapi terang hati.. kdg2 mungkin kita celek mata.. tapi benda yang ada depan mata pun kita tak nampak..

    ReplyDelete
  11. Menarik fakta yang dibentangkan dalam artikel ini.

    Ini sekaligus mematahkan pendapat orang Cina yang mengatakan orang British yang beri mereka kerakyatan tanpa ehsan dari orang Melayu.

    Saya ada terbaca ucapan Dato'Onn Jaafar pada Perhimpunan Agong UMNO yang terdahulu yang menentang prinsip Jus Soli ini digunakan kerana konsep ini secara otomatik memberikan kerakyatan pada kaum pendatang.

    Namun setelah berbahas panjang UMNO mengatakan kemerdekaan adalah amat penting kerana tanpa kemerdekaan kita tak punya apa-apa.Lantas mereka (UMNO) terima JUS SOLI secara bersyarat antaranya keistimewaan orang Melayu tidak diabaikan.

    Jelas disini kalau bukan orang Melayu yang beri ehsan,orang Cina mungkin hanya pendatang hingga kini.

    ReplyDelete