Thursday, June 26, 2008

Kata Mereka

“Kami hanya memilih yang pekerja yang terbaik. Kami juga menggalakkan pekerja kami melakukan sesuatu yang baharu. Inovasi tidak akan terhasil jika kebebasan untuk mencuba tidak diizinkan”. – Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar (Pengarah Urusan Perodua Sdn Bhd)

“Jangan sesekali berhutang. Kemampuan untuk berbelanja adalah berlandaskan wang yang berada di tangan. Kurangkan pinjaman peribadi dan segerakan bayaran”. – Dato’ Mokhzani Mahathir (Pengerusi Eksekutif Kencana Petroleum Berhad)

“Kita tidak boleh mudah berpuas hati atas apa2 yang kita miliki sekarang. Sentiasa mempelbagaikan produktiviti agar kita disegani dan diteladani”. – Tan Sri Datuk Dr. Aris Othman (Pengerusi Malaysia Airport Holdings Berhad)

“Kebanyakan ketua atau pemimpin yang terdapat pada masa kini suka menuding jari terhadap keadaan persekitaran dunia yang telah berubah, sedangkan sikap seseorang ketua itulah yang perlu selari dengan perubahan tersebut”. – David J.S. Winfield (CEO International Center for Leadership in Finance)

“Slogan ‘kepimpinan melalui teladan’ perlu dipegang. Orang atasan perlu menunjukkan contoh yang terbaik kepada anak buahnya. Perkara ini perlulah konsisten dan berterusan” - Dato’ Mohd Hilmey Mohd Taib (Pengerusi Eksekutif HeiTech Berhad)

“Apabila kita ingin membina sesebuah perniagaan, kita perlu memikirkan apakah yang kita inginkan dalam kehidupan ini. Jika kita sudah tentukan, kita lakukan dengan sungguh2. Apabila kita bersungguh2 kita akan berjaya dan selepas itu kejayaan2 lain akan datang mengiring”. – Tun Daim Zainuddin (Pemilik International Commercial Bank)

Kata paneh “Adakah ciri2 di atas ini ada pada kita? Tapi soalan yang paling penting ialah, adakah ciri2 yang mereka sebutkan ini ada pada para pemimpin kita, terutama pemimpin nombor 1 negara?”

3 comments:

  1. Salam,

    Mungkin terlalu banyak kata kata mutiara yang menambah lagi benak di dadanya.

    ReplyDelete
  2. den raso la paneh, kato2 mokhzani yo yg paklah ikut. jimat cermat itu amalan dio. sobab tu ekonomi kito tak berkombang. kerajaan balik2 tarik subsidi sobab nak tampung pembelanjaan coz income takdo. tulah, kalo buek jambatan bengkok tu dulu, dah tontu kito income banyak. sejarah membuktikan pelabuhan mampu mengembangkan ekonomi sesebuah negaro. takpun bina landasan ketapi berkembar dr singapura tu pun baguih sobab rakyat singapura dan pelancong2 yg dtg ke singapura boleh membawa pulangan lumayan kepado kito dlm industri pelancongan. hotel laku maka banyak la cukai.
    paklah mano la ngoti pasal bondo2 mcm ni. yg dio tau, suruh kito berjimat. dio tak tau ko kalo rakyat tak berbelanjo, mcmana ekons nak berkembang. sapo la penasihat budus dio tu.

    ReplyDelete
  3. pak dolah kan ade kata2 hikmahnya sendiri..."bukan harta yang ku cari, tapi yang dicari ialah al-ghazali"...malangnya yang di jumpa ialah jin,yang dikumpul bukan al-ghazali, tapi kekayaan untuk diri sendiri dan anak bini!!!

    ReplyDelete