Wednesday, June 4, 2008

Pak Lah...

Beberapa hari lalu aku bersarapan dengan beberapa orang rakan yang merupakan orang-orang lama dalam UMNO, malahan ada yang dah keluar dari UMNO mengikut jejak Tun Mahathir. Memandangkan pemilihan di peringkat cawangan akan berlangsung dalam bulan Julai, aku pun mengambil kesempatan ini untuk bertanyakan soalan-soalan tentang apa sebab dan relevannya mereka keluar daripada Umno semasa Umno kini agak tenat. Antara lain mereka tidak berpuashati dengan kepimpinan Pak Lah yang dianggap :

1- Lembik dan mudah tunduk pada tekanan.
2-Terlalu terbuka yang menyebabkan beliau tidak begitu dihormati oleh pemimpin pembangkang.
3-Terlalu mengikut telunjuk kakitangan kerajaan seolah-olah melupakan pada golongan bawahan.
4-Pemilihan Zaid Ibrahim,Dr. Mashitah, Amir Sham dan Mohamad bin Mohamad Taib adalah antara individu yang dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri tetapi dikatakan tidak mewakili suara rakyat mahupun Umno itu sendiri kerana tidak bertanding dalam pilihanraya yang lepas.

Selain dari itu mereka turut menyentuh tentang senario pemilihan di peringkat cawangan dan bahagian.Antara isu-isu yang disentuh ialah:


Di peringkat cawangan:
1- Pemimpin yang ada telah terlalu lama berkuasa (tua) serta kurang berpengetahuan tentang perkembangan semasa dan kalau ada pun cuma segelintir sahaja.
2-Mencantas pemimpin-pemimpin muda yang lebih berkelayakan, bertenaga dan berkaliber.
3-Pemimpin tua tidak mahu berundur dan memberi peluang kepada orang yang lebih muda.
4-Berpuak-puak.
5-Penentuan calon-calon ke bahagian mestilah yang direstui oleh ketua bahagian yang mana calon-calon yang dilihat agak agresif, bijak dan berpendidikan dicantas pada peringkat awal lagi dan kebiasaannya yang tinggal hanya pak angguk sahaja.
6-Sikap takut melawan arus, membuat teguran terbuka terhadap ketua akan terus berlaku dan ini dapat dilihat bukan sahaja di peringkat cawangan, bahagian malahan sehinggakan ke peringkat MKT Umno sendiri yang hanya mahir mengampu dan membodek.

Senario ini juga berlaku di peringkat bahagian sehinggakan ada ketua-ketua bahagian telah memegang tampuk kepimpinan terlalu lama sehingga 10-20 tahun. Mereka ini tidak mahu berundur kerana beranggapan mereka masih lagi relevan dan khidmat mereka masih lagi diperlukan.

Apakah senario seperti ini perlu dikekalkan lagi oleh UMNO? Seandainya keadaan ini masih berterusan maka ianya akan mengundang perkara-perkara berikut:

1-Pemimpin hanya tahu mengampu dan membodek.
2-Pemimpin hanya tahu bercakap tetapi tidak tahu bertindak.
3-Pemimpin yang berpendidikan tidak mustahil akan menyertai pakatan pembangkang.

Selain dari itu mereka juga turut menyatakan langkah-langkah yang perlu diambil oleh UMNO demi memastikan Umno terus relevan pada hari ini iaitu:


1-Ahli-ahli Umno tidak perlu terlalu takut untuk memberi kritikan kerana kritikan dibuat bukan untuk menjahanamkan UMNO tetapi untuk kebaikan Umno itu sendiri.
2-Ahli-ahli UMNO perlu mengenepikan pemimpin-pemimpin yang bacul untuk memperjuangkan keistimewaan orang Melayu dan agama Islam contohnya di dalam kes Hindraf, Raja-Raja Melayu dan sebagainya.

Adakah pemilihan di peringkat cawangan, bahagian dan kemuncaknya Majlis Tertinggi Umno akan dapat merubah senario pada hari ini? Atau apakah senario ini akan berterusan? Lu fikirlah sendiri.....

8 comments:

  1. TAHNIAH PENGUNDI BN, TAKZIAH PENGUNDI PAKATAN RAKYAT
    Dilulus terbit pada Wednesday, June 04 @ 21:55:43 MYT oleh greenboc

    Artikel Oleh sofiwahab

    "a
    Pengumuman Perdana Menteri yang menaikkan harga minyak dan tarif elektrik petang tadi jelas membuktikan bahawa Kerajaan BN merupakan kerajaan yang zalim dan bankrap idea untuk menjaga kebajikan rakyat.

    Jelas sekali rakyat yang mengundi BN merupakan rakyat yang 'bangang' dan degil tidak mahu faham dengan hasrat Pakatan Rakyat (dulu BA dan DAP) yang membentuk kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat. Akhirnya kita semua akan menanggung kesengsaraan bukan sahaja harga minyak dan bil elektrik naik bahkan selepas ini harga barangan juga akan melambung naik.


    Laporan Malaysiakini

    Harga petrol naik sebanyak 78 sen - satu pertambahan besar dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70. Demikian diumumkan oleh perdana menteri petang tadi. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga mengumumkan harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58 - naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter. Kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 63.3 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

    Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini, katanya di sidang media di Putrajaya. Sejak 2004, harga petrol naik sebanyak 97.1 peratus manakala harga diesel pula naik sebanyak setinggi 231 peratus.

    Kerajaan dijangka menjimatkan RM4 bilion di bawah penstrukturan semula skim subsidi tersebut.Jika harga petrol dijual mengikut harga penuh pasaran, ia boleh mencecah setinggi hampir RM4 seliter - 50 peratus di atas harga sekarang. Perdana menteri juga mengumumkan pemberian rebet kepada pengguna kenderaan.

    Bagi pemilik kenderaan persendirian, berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta 'trak pick-up' dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan, akan diberikan. Bagi pemilik motosikal persendirian, berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai RM150 setahun.Bayaran tunai diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor.

    Bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009. Bayaran ini ditunai dalam bentuk kiriman wang (money order) di pejabat Pos di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.Bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori bayaran tunai tersebut, kabinet memutuskan untuk mengurangkan cukai jalan mengikut kadar berikut, berkuatkuasa 1 Jun.

    Bagi pemilik kenderaan persendirian petrol dan diesel berkapasiti enjin melebihi 2000cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM200. Bagi motosikal persendirian berkapasiti enjin lebih 250cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM50 tertakluk kepada cukai jalan minima RM2. Perdana menteri juga mengumumkan struktur subsidi bagi minyak diesel dan tarif elektrik.

    Menurutnya, melalui penstrukturan semula subsidi bagi semua bahan tersebut, kerajaan dijangka menjimatkan RM13.7 bilion. Perdana menteri berharap orang ramai tidak akan mengadakan demonstrasi membantah kenaikan harga tersebut.

    Katanya, kos petrol dan barangan telah meningkat secara drastik, maka subsidi terpaksa distruktur semula."Insyaallah, saya harap rakyat tidak akan mengadakan demonstrasi," katanya merujuk kepada bantahan terhadap kenaikan harga bahan bakar sebelum ini.


    ELEKTRIK JUGA NAIK

    Perdana menteri juga mengumumkan struktur tarif baru elektrik yang akan diguna pakai oleh semua pengguna domestik, komersial dan industri di Semenanjung. Satu struktur tarif baru akan diumumkan tidak lama lagi bagi Sabah dan Sarawak.

    Berkuatkuasa 1 Julai ini, pengguna bawah 200 kwj (kilowat-jam) setiap bulan dengan anggaran bil elektrik kurang RM43.60 akan membayar kadar seperti sekarang selagi mereka kekal jumlah penggunaan.

    Kumpulan pengguna ini terdiri 59 peratus isi rumah di Semenanjung. Bercakap dalam satu sidang akhbar petang tadi, Abdullah berkata, bagi jumlah penggunaan antara 0 hingga 400 kwj sebulan (kediaman) - kadar tarif bagi 200 kwj pertama sebulan ialah 21.8 sen satu kwj; 201 hingga 400 kwj berikutnya 34.5 sen satu kwj. Caj minimum bulanan RM3. Bagi jumlah penggunaan lebih 400 kwj sebulan (kediaman), kadar tarif bagi 50 kwj pertama ialah 30 sen satu kwj; 501-600 kwj berikutnya 39 sen satu kwj; 601 -700 (40 sen), 701-800 (41 sen), 801-900 (43 sen) dan 901 kwj ke atas (46 sen).

    Caj minimum sebulan RM3.Manakala pengguna komersial dan industri pula akan mengalami peningkatan tarif sebanyak 26 peratus. Bagaimanapun, pertimbangan dibuat kepada peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil serta pengguna industri seperti perusahaan kampung yang penggunaannya tidak melebihi 200 kwj setiap bulan. Kenaikannya adalah 18 peratus.

    Bagi kategori-kategori lain:Tarif B (tarif perdagangan voltan rendah) bagi jumlah penggunaan keseluruhan di antara 0 hingga 200 kwj sebulan, bagi semua kwj 38 sen. Caj minimum bulanan RM7.20. Bagi penggunaan keseluruhan melebihi 200 kwj sebulan, 40.8 sen. Caj minimum sebulan RM7.20.Tarif C1 - tarif perdagangan am, voltan sederhana, bagi setiap kilowat kehendak maksimum sebulan RM24.8.

    Bagi semua kwj 29.6 sen. Caj minimum bulanan RM600.Tarif C2 - tarif perdagangan puncak/luar puncak voltan sederhana, bagi setiap kilowat kehendak maksimum sebulan dalam tempoh puncak RM36.60. Bagi semua kwj dalam tempoh puncak 29.6 sen. Bagi semua kwj dalam tempoh luar puncak 18.2 sen. Caj minimum bulanan RM600.Tarif D - tarif perindustrian voltan rendah - bagi jumlah penggunaan keseluruhan di antara 0 hingga 200 kwj sebulan, bagi semua kwj 34.2 sen. Caj minimum bulanan RM7.20.

    Bagi jumlah penggunaan keseluruhan melebihi 200 kwj sebulan, 36.6 sen. Caj minimum bulnan RM7.20.Tarif Ds - Tarif perindustrian khas - (untuk pengguna yang layak sahaja) 34.4 sen per kwj. Caj minumum RM7.20Tarif E1 - tarif prindusrian am voltan sederhana bagi setiap kilowatt kehendak maksimum sebulan RM24.6 satu kilowatt bagi semua kwj 28 sen per kwj. Caj minimum bulanan RM600.

    Tarif E1s - tarif perindustrian khas (untuk pengguna yang layak sahaja) bagi setiap kilowat kehendak maksimum sebulan RM19.1. Bagi semua kwj 27.2 sen. Caj minimum bulanan RM600. TNB akan mengumumkan struktur baru tarif elektrik dalam satu sidang akhbar esok.

    AYUH ANWAR SEGERAKAN PENUBUHAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT UNTUK MENYELAMATKAN RAKYAT. KAMI SUDAH TIDAK TAHAN DIDERA DAN DIZALIMI OLEH KERAJAAN BN

    ReplyDelete
  2. sokong. ayuh anwar, cepat mintak duit kat yahudi dgn amerika utk bagi subsidi pada rakyat malaysia. ayuh Brader Anwar Bin Ibrahim.

    ReplyDelete
  3. anonymous

    Pertama,
    orang seperti anda adalah pengecut, kerana tidak jelas asal usulnya.
    Kedua
    Orang-orang yang mengundi BN memang bangang tetapi yang mengundi PR 2 kali bangang kerana tidak menyedari agenda tersembunyi pemimpin- pemimpin mereka.

    Sdr Paneh
    Kelemahan Pak Lah memang telah dijangkakan sejak awal lagi tetapi tidaklah dijangka seteruk seperti apa yang kita lihat hari ini. Secara jujur kalau boleh saya katakan bahawa Pak Lah ini hanya layak menjadi Imam surau atau masjid sahaja. Beliau bukan seorang yang mampu mentadbir sebuah negara.

    Tentang UMNO, apa yang saudara perkatakan itu adalah hakikat sebenar apa yang berlaku dalam UMNO hari ini.

    Saya adalah seorang Ketua Penerangan UMNO salah satu bahagian dalam negeri Johor. Kalau ikutkan marah mahu rasanya saya keluar parti. Tetapi saya berhasrat membetulkan parti dari dalam. Mungkin itu satu idealisma yang keterlaluan bagi sebuah parti yang telah jauh menyimpang perjuangan pendokong -pendokongnya.

    UMNO adalah sebuah parti sasiah yang telah banyak jasanya.

    Orang-orang UMNO adalah segelintir pemimpin diperingkat cawangan, bahagian dan pusat. Mereka ini adalah pencatur parti. Mereka akan mengambil kesempatan atas kelemahan ahli-ahli parti. Mereka akan mengeksploitasi ahli untuk mencapai hasrat dan cita-cita dalam parti. Yang lebih malang lagi, sebahagian daripada orang-orang UMNO ini adalah hipokrit paling besar, petualang, pengkhianat dan lanun parti. Perjuangan bagi mereka adalah kerana wang. Mereka adalah golongan opportunis. Mereka ini kaki bodek, kaki ampu.Yang penting adalah berapa banyak kekayaan yang boleh diraut selama berkuasa. Kelompok ini tidaklah ramai tetapi mampu merosakkan parti. Mereka ini lemah, lemah melihat wang ringgit.

    Pak Lah tahu kelemahan mereka ini, sebab itu dalam saat saat genting begini Pak Lah masih mampu tersenyum. "Melalaklah kamu orang-orang UMNO, aku tahu apa yang kamu inginkan".

    Sebab itu saya tidak hairan jika nilai orang-orang UMNO di Kubang Pasu hanyalah RM200 untuk menolak TDM dalam pemilihan G7 Bahagian KP pada tahun 2006. Saya harap orang-orang UMNO KP jujur dengan hakikat ini.

    Ahli-ahli UMNO adalah mereka yang setia pada parti, mereka inilah yang sebenarnya memperjuangkan parti. Mereka adalah kelompok yanmg paling ramai. Tetapi merupakan golongan yang sering dipergunakan dan dimanfaatkan atas sifat lemah mereka. Ahli-ahli UMNO adalah alat untuk mencapai cita-cita para pemimpinnya.

    Sebenarnya keseluruhan ahli dan orang UMKNO ini lemah. Mereka lemah pada kuasa dan wang. Mereka menabur wang untuk dapat kuasa. Bila dapat kuasa mereka akan cari seberapa banyak wang, sebahagian kecil daripadanya akan ditabur semula untuk membeli kuasa.

    Saudara Paneh,
    Berjinak-jinaklah dengan ahli, dan orang-orang UMNO menjelang pemilihan parti yang akan bermula pada bulan Julai ini.

    APA KAITANNYA DENGAN PAK LAH?

    Orang-orang UMNO yang beginilah yang menyebabkan Pak Lah terus berkuasa walaupun mereka dan kita semua tahu Pak Lah sudah tidak berdaya dan berupaya dan tidak relevan. Orang-orang seperti inilah yang memungkinkan ketua-ketua bahagian yang berpenyakit terus berkuasa. Orang-orang seperti inilah yang membolehkan menteri-menteri kaki bodek terus bertahta. Orang-orang seperti inilah yang KJ dan orang-orang yang spesis dengannya suka. Orang-orang seperti inilah yang DSAI suka.

    HANCURLAH UMNO JIKA BEGINI KEADAANNYA

    ReplyDelete
  4. kami setuju dengan jaim. perubahan dalam UMNO perlu dilakukan secepat mungkin. kalau tidak boleh secara lembut, kita terpaksa berkeras demi ketuanan Melayu dan kedaulatan Islam. Gerakan perlu dimulakan. Kuasa sebenar akar umbi UMNO dituntut!

    ReplyDelete
  5. Pah lah oh Pah la

    Jutaan cemuhan telah dilemparkan pada Pah lah sehingga kini.Apakah dosa besar beliau sehingga dicemuh sebegini rupa.Tak adil cemuhan itu dilemparkan pada beliau.Niatnya sangat baik, lihat lah dasar-dasar yang dibuat beliau adakah tidak baik.Kita mestilah realistik dengan setiap pendapat.

    Isu kenaikan harga minyak...ramai rakyat sedang naik minyak ekoran kenaikan tersebut. Adakah kita tahu kenapa harga minyak naik.Saya percaya diluar sana tahu kenapa harga minyak dinaikan.ekoran harga pasaran dunia la.lagi pun kerajaan akan turunkan kembali harga minyak jika harga pasaran minyak dunia turun.

    P/s : keliru lah, paneh sokong kerajaan ke atau sebaliknya.

    ReplyDelete
  6. aku rasalah bonggok, blog ni bawak agenda Melayu dan Islam. gaya mcm tak sokong mana2. pemimpin yg silap perlu ditegur tidak kira mereka dari pihak yang mana. aku sokong pendekatan sebegini. Kalo nak tegur Imam kita kena dlm jemaah baru bleh tegur. tak bole la tegur dr luar surau kalo Imam buat silap dlm solat. tak kena namanya tu. tapi bak kata ahmadalbab, kalo Imam dah terkentut...faham2 jelah keluar jemaah. mcm paklah yang dah terkentut kuat. semua org bau busuk.

    ReplyDelete
  7. Si bonggok @ si bongok

    Itulah risikonya jadi pemimpin politik

    Itulah risikonya berpolitik

    Kadang disanjung, kadang dilambung,kadang dihamun, akhirnya diterajang hingga ngelamun

    dulu orang hentam orang-orang politik di kedai-kedai kopi. satu kampung tau. Riuh rendah dibuatnya. kadang-kadang terkawal kadang- kadang tidak. silap hari bulan penumbuk naik kemuka.

    Hari ini teknologi canggih di depan mata, kita hentam melalui blog, satu dunia tahu. baiknya tak sampai bertumbuk.

    hari ini Pak Lah kena hentam tidaklah seteruk macam TDM kena masa zaman S46 dahulu. Sehingga habis dan tidak ada lagi yang tinggal perkataan kesat lagi kotor dalam kamus melayu dikeluarkan.

    Apa yang pak lah alami ini baru sedikit.

    POKOKNYA PAK LAH MESTI DI SINGKIRKAN DARI TAKHTANYA

    ReplyDelete
  8. Untuk Puaka Desa yang berhasrat menjadi pemeriksa kira-kira UMNO Cawangan.

    Mari kita lihat senario mesyuarat cawangan.

    Mesyuarat cawangan dihadiri oleh:-

    Ketua cawangan,ajk dan penyokong-penyokongnya yg telah dibayar yuran.

    Ahli lain tak hadir sebab tidak dibayar yuran atau langsung tak dapat notis mesyuarat.

    Serta ahli yang disangka menyokong Ketua Cawangan ,Ketua Wanita,Pemuda dan Puteri yang sebenarnya menyimpan hasrat untuk bertanding lwn ketua Cawangan atau Wanita atau Pemuda atau Puteri.

    Agenda utama adalah memilih Ketua dan AJK Cawangan,perwakilan cawangan ke Bahagian dan barisan kepimpinan peringkat bahagian.Agenda lain adalah retorik semata2. Buatlah usul hebat sekalipun takan kemana usul tu.

    Dari barisan AJK Bahagian yang dicalonkan tu kita boleh tengok. Kalau kepalanya sokong kepimpinan Pak Lah-nampaknya prospek perubahan akan malap.

    Kita lihat senario Mesyuarat Bahagian:-

    Spt mesyuarat cawangan tadi ,agenda penting adalah memilih ketua dan barisan AjK serta perwakilan ke Perhimpunan Agung (7 orang)dan pencalonan Presiden,Timbalan,Naib (3) orang dan barisan MT.Agenda lain adalah juga retorik.

    Dari sini kita tengok barisan kumpulan 6 dan 7 dan pencalonan barisan MT yang dibawa oleh bahagian tersebut dan bandingkan dengan pencalonan dari 189 bahgian UMNO yang lain.Kalu majoriti menyokong PakLah maka niat untuk melihat perubahan akan amat malap

    Kene tengok lepas bulan 10 ni sama ada kemungkinan perubahan tu ada atau sebaliknya.

    Walaupun UMNO kata demokrasi tetapi dia memakai sistem perwakilan untuk melantik Presiden. Walaupun 2 juta orang UMNO nak Pak Lah turun tapi kalau perwakilan seramai hampir 2000 orang tu melantik Pak Lah,Pak Lah tetap akan jadi Presiden.

    Kepada ahli UMNO yang nak kan perubahan,pasti datang ke mesyuarat.pasti diri atau kawan yang dipercayai sahaja jadi perwakilan ke Bahagian. Bila dah di Mesyuarat Bahagian pastikan G6 dan G7 adalah terdiri dari orang yang betl-betul nak bawa perubahan. Jangan lantik kumpulan orang yang ingin mengaut keuntungan di belakang ahli yang melantik mereka. Jika ada sedikit syak pun orang itu nak jual undi,jangan sokong mereka.Orang yang kata dia sokong Pak Lah jangan jadikan mereka perwakilan terus.

    Kalau 189 bahagian buat macam tu,barulah confirm peluang untuk berubah.Kalau tak semua pun sekurang-kurangnya 100 bahagian buat macam tu pun cerah peluang untuk berubah.

    persoalannya UMNO adaka sekurang-kurangnya 100 bahagian yang BERANI buat macam tu?

    Selagi ada orang UMNO yang berniaga dengan Kerajaan,cadangan 100 bahagian yang nak bawa perubahan itu cume mimpi di siang hari aje.

    Jadi Puaka Desa,ko kenelah berpijak di bumi yang nyata.

    ReplyDelete