Friday, June 6, 2008

Petisyen

Asalamualaikum.

Petisyen Paklah letak jawatan secara online:

http://www.petitiononline.com/PakLah/petition.html

dikirim oleh kawan saya pagi tadi.

Adakah ini susulan dari kenaikan harga minyak?

17 comments:

  1. Kesian Pak Lah. Mungkin menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama yang kena buang oleh rakyat.

    ReplyDelete
  2. salam bro.

    Sya berpendapat paklah menaikkan harga petrol berrtujuan utk mewujudkan huru hara di negara kita, dan kemudian beliau akan membubarkan parlimen, dan menggunakan SPR dengan semaksimumnya bagi mengekalkan kuasa anak beranak beliau semasa pilihanraya semula.

    Just teori:p

    ReplyDelete
  3. aku sedih tengok Pak lah sentiasa diasak dan lemparkan ngan kata-kata cemuhan yang tidak henti-henti.Prasangka buruk dan pelbagai lagi bukan berlandaskan realistik tapi hanya idealistik semata-mata.

    isu kenaikan harga minyak yang menyebabkan sebahagian rakyat malaysia naik minyak perlu berlandaskan fakta.Di dada akhbar dikatakan kerajaan masih lagi memberi subsidi tapi dikurangkan untuk memberi lebih subsidi bagi barangan makanan lain untuk rakyat malaysia.Kita perlu sedar sesuap nasi yang masih dalam mulut kita adalah disubsidi oleh kerajaan.Masih tak cukup lagi ke.

    dalam keadaan kegawatan harga makanan dan harga minyak dunia perlu kita lebih semangat patriotik pada negara kita yang tercinta ini.jangan lebih mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesan pada negara yang tercinta ini.

    Biar lah pemimpin kita yang mengatasi masalah ini dan kita sebagai rakyat yang dipimpin perlu menyokong segala usaha yang dilakukan dan menegur cara yang lebih membina.

    ReplyDelete
  4. Idealistik : UMNO masih relevan ttp bukan Pak Lah.

    Realistik : Harga minyak naik, ttp kerajaan masih nk menipu rakyat dgn janji " win-win situation" & "kenaikan dijamin tidak akan membebankan rakyat", "harga minyak akan berlandaskan kemampuan rakyat", nak tengok pendapatan melalui MyKad, "harga minyak seawal2nya bulan Ogos nnt..."

    Apa benda semua ni? Rakyat buleh terima harga minyak & barang naik, ttp buleh ke rakyat terima kerajaan yg dalam perkara ni pun TAK BULEH nk cakap benar? Perlu ke kaki-kipas2 Pak Lah yg tk berani nk tegur atau sekurang2nya bg pendapat 'tidak setuju' dengan cara Pak Lah? Kalau Perdana Menteri lemah, parti dan umumnya kerajaan pun lemah...

    p/s: Seingat aku krisis matawang dulu pun teruk juga, ttp Alhamdulillah mampu untuk mengatasinya...

    -M6

    ReplyDelete
  5. Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada penyokong setia Barisan Nasional di atas sokongan membabi buta secara berterusan anda terutama semasa PRU ke 12 baru-baru ini. Dan kini rakyat Malaysia secara keseluruhannya sedang menikmati harga minyak yang sangat tinggi dalam sejarah negara... RM2.70 seliter berbanding dengan Veneuzuela RM0.16 seliter.

    Kenaikan yang melampau ini akan mencetuskan satu tsunami inflasi tidak lama lagi kerana ia umpama 'domino' dalam ekonomi. Satu rantaian yang saling berkait rapat antara satu sama lain.

    Persoalannya kenapa terlalu tinggi harganya? Kalau dulu setangki penuh bagi Proton Wira adalah RM70.00 sekarang mungkin akan menjadi RM100.00. Motosikal pula kalau dulu RM4.00 sekarang mungkin akan jadi RM6.00. Itulah beban yang akan ditanggung oleh rakyat.

    Sebenarnya tak susah nak meneka kenapa minyak mahal di Malaysia. Jawapannya ialah pembaziran yang ketara dalam pengurusan ekonomi. Banyak perbelanjaan hangus kepada perkara-perkara yang tidak penting. Majlis sambutan sesuatu perayaan secara besar-besaran melibatkan jutaan ringgit supaya nampak gah seperti pertunjukan bunga api, eye of Malaysia, bayaran ganti rugi projek yang tak jadi, projek-projek terbengkalai, projek-projek mega, bail-out, komisyen yang tak sepatutnya, tajaan ekspedisi yang tak mendatangkan faedah seperti mendaki everest, kutub utara/selatan, kapal layar, ISS, pembinaan monument ratusan juta, anjuran sukan yang sampai hari ini rakyat tak faham-faham (Monsoon Cup lah tu..), koridor yang tak tentu jadinya tetapi dah melibatkan mungkin ratusan juta untuk pelancarannya sahaja, perbelanjaan pilihanraya.... aaaahhh terlalu banyak kosnya mungkin kalau diperhalusi menjadi puluhan malahan ratusan billion hangus begitu sahaja.



    Munasabahlah kalau seorang wartawan Australia menggelarkan 'Malaysia Bodoh' dan bukannya Malaysia Boleh. Kenapa tidaknya.. sekiranya perbelanjaan berhemah dilakukan Malaysia lebih kaya dari negara-negara Arab. Negara Arab hanya ada minyak tapi kita ada banyak sumber dari kelapa sawit, getah, koko hinggalah kepada galian-galian lain yang sangat berharga.

    Kalau diikutkan rakyat Malaysia tak perlu bayar cukai pendapatan pun kerana 'terlalu kaya' sebenarnya. Tapi malangnya bukan sahaja minyak mahal bahkan rakyat dihimpit dengan pelbagai cukai dari segenap pelusuk termasuk cukai impot, cukai ekspot, cukai hiburan, lesen itu ini, cukai jalan, tol, saman, cukai kastam dan pelbagai-bagai lagi cukai yang tersembunyi.

    Sekarang apapun terpulanglah kepada 'kebijaksanaan anda' sebagai rakyat Malaysia. Kalau ingin berterusan begini teruskan bersama Barisan Nasional. Tunggulah masa dan ketikanya di mana jenayah rompak, peras ugut, pecah rumah, ragut, kecurian akan meningkat dengan mendadak tak lama lagi demi meneruskan kelangsungan hidup yang semakin terhimpit...

    Dan ingat itu belum termasuk masalah gejala sosial lagi yang disebabkan oleh dasar hiburan terbuka dan melampau yang dicanang, diterbitkan, diwar-warkan, dianjurkan dan diheboh-hebohkan oleh gergasi media lagi.... akhirnya Malaysia bukan lagi menjadi negara yang selamat untuk diduduki..

    ReplyDelete
  6. Turun atau mansuhkan tol

    Oleh JAMLIAH ABDULLAH

    SEREMBAN 6 Jun - Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyarankan kerajaan menurunkan kadar tol lebuh raya atau memansuhkannya dalam usaha mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan harga minyak petrol dan diesel yang bermula semalam.

    Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu mempercepatkan proses rundingan dengan syarikat konsesi lebuh raya supaya langkah tersebut dapat dilaksanakan dengan segera.

    "Proses rundingan itu diharap dapat diselesaikan secepat mungkin dan kita juga berharap syarikat konsesi lebuh raya yang sudah mendapat semula modal dan menikmati keuntungan dapat bekerjasama membantu mengurangkan beban rakyat," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan kewangan bernilai RM23,555 kepada keluarga miskin M. Thannabakiyam, 33, di Taman Margossa, Paroi di sini hari ini.

    Penurunan kadar tol itu merupakan salah satu daripada enam langkah yang dicadangkan oleh Khairy dalam usaha mengurangkan beban rakyat berikutan kenaikan mendadak harga petrol dan diesel.

    Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, antara langkah awal yang boleh diambil adalah memperhebatkan pemantauan harga barang dan tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga yang didapati menaikkan harga secara keterlaluan.

    "Selain itu perlu ada mekanisme khusus untuk memastikan harga barang keperluan utama stabil dan para peniaga yang menaikkan harga dapat dikesan. Selain itu, kerajaan wajar menerbitkan senarai harga semasa barangan keperluan supaya orang ramai boleh membuat perbandingan harganya di pasaran," katanya.

    Menurut beliau, langkah lain adalah mengkaji semula kadar pendapatan isi rumah di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) supaya selaras dengan peningkatan kos sara hidup dan harga barangan sekali gus membolehkan rakyat yang layak mendapat bantuan tidak tercicir daripada menerimanya.

    "Contohnya, jika pendapatan minimum di bawah paras kemiskinan sekarang ialah RM500 sebulan, ia wajar dikaji semula dan dinaikkan kerana ia tidak realistik dan tidak relevan lagi dengan keadaan semasa terutama di kawasan bandar. Golongan ini wajar mendapat bantuan kerajaan," katanya

    Khairy berkata, kerajaan juga perlu mengkaji semula penanda aras Indeks Harga Pengguna (IHP) yang setakat ini meletakkan paras inflasi negara di bawah lima peratus sedangkan harga barangan mengalami kenaikan lebih tinggi daripada itu

    "Sekarang IHP yang diterbitkan oleh kerajaan adalah kurang daripada kadar lima peratus sedangkan harga barang kini sudah naik lebih daripada lima peratus.

    "Keadaan ini tidak sama dengan apa yang harus ditanggung dan dirasai rakyat. Selain itu kenaikan gaji bagi sektor swasta juga tidak setimpal dengan kenaikan kos harga barangan. Jadi, penanda aras IHP wajar dikaji semula supaya kenaikan gaji selaras dengan kenaikan kos," katanya.

    Khairy turut berharap pihak kerajaan akan mempertingkatkan kualiti pengangkutan awam di negara ini sehingga mencapai tahap kelas pertama bagi memberi pilihan kepada rakyat yang tidak mahu menggunakan kenderaan sendiri.

    "Kalau pengangkutan awam tidak mencukupi, rakyat tidak ada pilihan. Mereka terpaksa menggunakan kenderaan sendiri dan menanggung kosnya. Saya berharap kerajaan dapat menambah pengangkutan awam terutama bas di sekitar Lembah Klang dan bandar-bandar utama di negara ini," tambahnya.

    Katanya, kerajaan juga perlu mengkaji semula dalam tempoh setahun ini sama ada bayaran rebat tunai yang diberikan kepada pemilik kenderaan persendirian mencukupi dan seterusnya mengambil langkah menaikkannya bagi memastikan ia tidak terus membebankan rakyat.

    "Kerajaan perlu mengkaji semula rebat RM625 yang diberikan kepada pemilik kenderaan persendirian di bawah 2000 cc dan RM120 untuk pemilik motosikal di bawah 250 cc. Jika masih membebankan rakyat, saya berharap kerajaan akan meningkatkan lagi rebat itu," tambahnya.

    ReplyDelete
  7. Betul ke ada yang mengatakan harga tol jalan akan meningkat setiap tahun kerana kontrak yang di tandatangani?

    Siapa yang ada source tolong jelaskan kepada saya. Tak clear lah.

    ReplyDelete
  8. Si bongok!
    Bukan setakat berprasangka buruk, tapi yakin memang PL buruk lebih teruk daripada quran buruk

    adi jagat!
    easier said than done
    Tapi yang pasti Pak Lah memang bo---!

    anonymous!

    kalau KJ yang sarankan , sebab ada dua kemungkinan besar;
    1. Dia nak cari populariti murahan atau

    2. dia tak ada apa-apa kepentingasn dalam tol ini, so dia peduli apa , mau rugi ka , mau untung ka. Tapi rugi lagi baik.

    ReplyDelete
  9. salam perpaduan,
    hari ini sudah hampir 4 hari kita sebagai rakyat malaysia membayar minyak dengan harga RM 2.70 seliter.Seperti yang anak hangtuah jangkakan, rakyat pasti akan mula bercakap soal kenaikan minyak.Bagi mereka yg faham, mereka akan akur dengan keputusan kerajaan.
    Anak hang tuah sempat berbual di kedai2 kopi di kawasan kampung.Rata2 orang kampung lagi faham kenapa harga minyak ini naik.Seorang datuk yang berumur 75tahun yang mempunyai 42orang cucu dan 4 cicit dengan selamba berkata "org sekarang banggang..dah dapat subsidi belagak..ni jam kerajaan amik subsidi abis bantai balik kerajaan..'kata2 orang tua ini membuatkan saya mencelah seketika.saya bertanya pada dia apa maksudnya.jawabnya mudah, 'aku dulu hidup sobolom merdeka xdo subsidi2 ni..buleh yo hidup sampai ni jam..pandai yoo anak2 aku tu..sampai dah kawin pun pandi yoo pinjam duit dongan aku.."justeru kata-kata org tua ini membuat saya bertanya pandangan beliau yang merupakan seorang penternak dan petani.Dia bercakap bahawa minyak ini umpama air perigi.kalau xhujan maka habislah air perigi tue.yang nk mandi ramai, air sikit.Sebab ape yg nk mandi ramai, sebab tuan punya perigi dah siapkan paip, xpayah timba lagi.air perigi pun sedap. Macam tue jagak minyak.Kerajaan tanggung minyak rakyat dulu.Rakyat pun naik syok.Bawak betina,guna minyak kerajaan untuk jalan yang salah.Kerajaan manja kan pulak rakyat.Hari ini bila kerajaan dah buat keputusan untuk kurangkan subsidi mulalah budak-budak ni mengengek marah orang sana-sini.Justeru analisa orang tua ini mudah dan tepat bagi saya.
    selepas pulang, saya duduk sejenak melayari dunia cyber.ramai rakan saya yang bercerita soal minyak.ada yang sokong dan ada yang bangkang.kebetulan saya mendapat email rakan dari thailand dan sepupu dari singapura.rakan saya kata orang malaysia ini seperti anjing yang menyalak xtentu pasal dan anjing gile yang xmahu dengar cakap tuan.saya geram dengan statement ini.selang 2hari selepasnya, saya sempat YM bersamanya.dia menjelaskan kata2nya.Di thailand, kaedah baru ialah kami pulak yang kena bayar tol untuk isi minyak.tapi di malaysia, kerajaan yang bagi rebet 200liter setahun.tapi rakyat malaysia marah dalam internet seolah-olah kerajaan meletak bom di kepala mereka.akhir perbualan kami, dia mempelawa rakyat utara sahaja duduk di thailand dan tinggal disana selama seminggu dan rasakan pula 'nikmat' petrol nya. Ayatnya begitu sinis.sepupu saya pula menghantar email dengan mengatakan malaysian still lucky with the concern of the gov.Dia bercakap hari ini yang melenting sangat orang melayu.dia juga mempelawa orang melayu yang hebat melenting cubalah tiggal di singapura selama sebulan.
    Justeru kita sebagai rakyat perlu lebih matang fikir isu-isu macam nie.Paklah kalau isi minyak pun kena bayar rm2.70 jugak.Agong pun kena bayar jugak.Tapi mereka ada peruntukkan.But then, mereka masih bayar.
    Ada seorang ano yang mengecam kononnya paklah menaikkan harga minyak bukan pada takat kemampuan rakyat.saya nk cakap suasana orang kampung lah.kami di kampung rasa paklah bagi kami minyak percuma setiap hari.RM 625 tue hampir mencukupi kegunaan kami setahun.Tapi kenalah berjimat.Janganlah sampai nak hari-hari pegi shopping.Hari ini rakyat kita perlu berubah mentaliti terutama di bandar.bagi orang kampung, kenaikan harga ini turut dirasakan tetapi tidak seperti orang dibandar.Justeru, orang bandar kenalah berubah.Falsafah ekonomi mudah.Apabila demand mula merundum maka supply kenalah turun.Apabila kuasa membeli lemah, maka harga perlu turun.Hari ini buat apa rakyat nak berperang dengan kerajaan.sepatutnya kita berperang dengan amerika.kalau nak berpolitik pandai cari 'alternatif' kenapa bila isu minyak xnak cari alternatif.NGV ada.siapa yang mengedar NGV di malaysia.semestinya Petronas.oleh kerana bencikan petronas yang hak milik kerajaan, pegi isi kat shell,esso dan sebagainya.Sapa punya minyak semua ini? barat.Benci kerajaan, beli minyak barat.haa padan muka barat naik kan harga minyak, marah petronas, marah kerajaan.Patutlah atok tua tu kata kita ni banggang.tak fikir mendalam.Andai kita boikot isi minyak di stesen minyak lain selain petronas, mungkin kita membantu petronas dalam urusan modal untuk meneroka minyak negara lain.Ini asyik sokong minyak shell, maruah orang islam tergadai di iraq.Fikir lah secara lebih meluas.Isu minyak bukan hak kerajaan nak naikkan sesuka hati.Saya rasa kalau lim kit siang jadi pun PM dia hanya ada 2pilihan.sama ada akur dengan keputusan kenaikan harga minyak dunia atau jual sahaja petronas kepada pasaran dunia.Saya optimis dengan langkah kerajaan yang cuba bertahan seadanya.ini bukan soal pikir tekak pemimpin tertentu.KJ pun kalau nk rasa subsidi minyak kenalah tukar kereta.Dia pun xrasa subsidi minyak.Kemudian ada ano yang katakan kita bijak menangani isu kemelesetan ekonomi.Ini ano yang tak pikir panjang.pakai cakap aja.Isu minyak adalah berkaitan bahan mentah dan hasil yang berkurangan serta melibatkan global.Kemelsetan ekonomi ini tidak berkaitan dengan bahan mentah.Ia berkaitan soal penjualan nilai matawang di pasaran terbuka.apabila nilai kita didagangkan dengan nilai murah, umpama seorang pelacur yang memperdagangkan dirinya yang cantik hanya pada nilai rm 20 jer.maka soal kemelesatan ini boleh diubati.tapi kalau minyak dunia dah abis, nak ubat pakai apa?
    ada ano yang mengeluarkan teori kononya paklah nak wujudkan hura hara.Ini satu teori yang xlogik langsung.Buat apa paklah nak buat macam tu.Dia bukan nak cari populariti dengan kemenangan yang kukuh.paklah masih kuat dengan kemenangan 140 kerusi.
    Adi jagat mengatakan bahawa vanuezela hanya 16sen seliter.Kalau itu, mari kita galakkan kerajaan menjual dadah untuk menjadikan hasil penjualan dadah sebagai subsidi minyak. Di vanuezela, kerajaan nya masih tidak mampu menyediakan kemudahan infrastruktur yang baik seperti dinegara kita.kalau adi nak tengok anak awak menikmati pertol 0.16 seliter, ajarlah anak awak jual dadah.Kasarkan bunyinya.Mengapa lah orang malaysia ini bila yang buruk sahaja suka bandingkan dengan negara lain.Kenapa bila benda baik contohnya soal perkhidmatan haji terbaik xnak dibanggakan? inilah mentaliti kita rakyat malaysia.Saya tak nafikan kerajaan ada membelanjakan wang untuk sambutan tertentu.Tapi kita perlu faham, kita perlu menunjuk kepada dunia luar bahawa walau minyak naik, negara masih mampu membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk sambutan bersama rakyat.Ini kerana, kalau barat khususnya mengatakan kita dah takde duit, maka mula lah mereka akan desak kerajaan untuk mengambil pakej2 pinjaman kewangan yang hanya kan meranapkan kemerdekaan kita.lihatlah indonesia sahaja yang menjadi mangsanya.sebaliknya kerajaan hanya perlu membelanjakan bagi sambutan yang betul2 perlu sahaja.
    Adi jagat pun perlu sedar, berapa ramai pula rakyat malaysia yang boleh makan koko.tu baru malaysia.xsemua orang boleh makan koko.Saya rasa orang melayu khususnya orang2 kampung macam kami menikmati hasil sumber asli.hanya orang bandar yang angkuh dan berlagak sahaja yang bercakap begitu.ada dikalangan kami yang menoreh getah mempunyai pendapat hampir RM 5000.00 sebulan.boleh jugak pakai kereta proton wira.boleh beli toyota rush.Tak payah bayar cukai pun.Orang muda dan orang bandar macam adi jagat aje yang merasakn begitu.fikirlah, janga bercakap sedap mulut sahaja.kalau adi jagat nak jimat mudah aja.carilah pasu dan mulalah bertanam seperti nenek moyang kita dizaman jepun dulu.kalau mereka boleh, kenapa kita tak boleh.Atau carilah hidroponik untuk mengeluarkan sayuran untuk kita makan.
    Justeru, jangalah kita mudah emnuding jari keatas paklah dan kabinet secara amnya. sehebat Bush pun, negara dia minyak naik jugak.
    Justeru,anak hangtuah berharap agar kita rakyat malaysia ini perlu fikirkan untuk membantu bersama kerajaan meniti detik getir ini.Insyaallah kita pasti dapat menyesuaikannya.
    salam perpaduan
    -anak hangtuah-

    ReplyDelete
  10. sokong anak hang tuah, siapa lagi kalau bukan kita utk berkorban kepada pemimpin kita yang amat tersayang serta menatunya serta anaknya (seorang jutawan)...

    Biarla org2 kampung, pekerja kilang, pelajar kita susah asalkan pemimpin serta keluarga mereka senang!!!!

    Yelah zaman jepun atau sebelum merdeka mana ada subsidi, org2 malaysia ni macam anjing tersepit terlolong terlalang...

    Lagi pon bukan selalu kita susahkan, kalau naik sampai RM5 seliter pon , kita kena sanggup berkorban dan berjiwa patriotik..

    Mungkin masa Tun M serta 3 PM sebelumnya amat terlalu manjakan kita org2 melayu, inila masanya Paklah mengajar rakyat malaysia yg banyak kutuk beliau!!!!!

    Salam perpaduan!!!!

    ReplyDelete
  11. well paklah ni memang boxxxx,
    Tun M tetap wirawan negara!!!!

    ReplyDelete
  12. Akum tuan-tuan semua,

    Cuma ingin melontarkan beberapa persoalan tentang penstrukturan subsidi minyak.

    Pengumuman penstrukturan subsidi ini dilihat agak tergesa-gesa. Akhbar nasional melaporkan bulan Ogos tapi pengumuman terus dibuat tanpa menunggu Ogos. Kenapa ye?

    Diumumkan subsidi bukan ditarik tapi distukturkan semula dan subsidi yang diambil dari harga minyak disalurkan kepada perolehan sumber makanan seperti beras, tepung dan roti. Persoalan timbul kenapa?

    Tadi terbaca dalam akhbar,RM 800 juta diambil semula dari peruntukan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk membantu memperkukuhkan struktur subsidi yang telah diumumkan. Kenape ye?

    Adakah kita sebenarnya menghadapi krisis barang makanan asas yang kritikal sekarang ni?Beras sebagai makanan ruji kita terpaksa impot hampir 70% dari negara luar dan negara kita perlukan 200 000 tan dan 300 000 tan bekalan beras sebulan untuk menampung keperluan makanan rakyat.Begitu juga tepung dn roti.

    Adakah negara kita secara drastik perlu menstrukturkan subsidi sebab perlukan duit demi untuk mengekalkan komitment dari negara pembekal untuk membekalkan keperluan beras,tepung dan roti untuk keperluan penduduk.

    Adakah negara juga melalui mekanisma Stok Penimbal memerlukan peruntukan besar untuk mempunyai stok makanan bagi memastikan keperluan yang cukup bagi penduduk untuk tempoh sekurang-kurangnya 4 tahun lagi seraya memastikan agar bekalan makanan asas disampaikan kepada rakyat pada harga berpatutan?

    Pembangunan negara mungkin sedikit terencat, rakyat mungkin mengeluh kerana kenaikan harga minyak dan kos kehidupan tetapi kalau bekalan makanan dalam tempoh 4 tahun ini menjadi kritikal,rakyat akan susah dan kelaparan.Mungkin duit ada tapi barang tak de macamana? atau pada masa tu kalau harga sekampit beras naik sampai RM100 macamana?

    Persoalannya sekiranya ia amat kritikal Kerajaan memang sepatutnya perlu buat pertimbangan yang drastik dan terpaksa menimbangkan "MINYAK atau MAKANAN"

    Kawan saya berkata itu lah sebenarnya berlaku,tetapi tidak di umumkan kerana takut akan mem"panik"kan rakyat.Dia berkata lagi kalau negara gagal mengekalkan komitment pembayaran kepada negara pembekal beras misalnya, tidak mustahil kita akan mengalami krisis makanan ruji yang teruk hujung tahun ini.

    Kalau BENAR begitu, saya lihat Kerajaan memang terpaksa mengambil langkah drastik.Kalau BENAR begitu, betullah langkah Kerajaan walaupun naikkan harga minyak subsidi masih diberikan agar rakyat tidak parah tapi cma mengeluh.Kalau BENAR begitu,mungkin kita terasa pedih pasal harga minyak tapi masih boleh ubahsuai gaya hidup.Tapi saya tak sanggup makan ubi keledek nak gantikan beras. Saya tak sanggup bagi anak-anak saya makan ubi kayu/atu cekodok saja sebab bekalan beras tiada atau harga beras terlampau tinggi.Saya sebagai manusia akan memilih MAKANAN dari MINYAK.Itu adalah sewajarnya. Teori keperluan MASLOWE pun tunjukkan perkara yang sama.

    kalau BENAR begitu ,apakah pendapat tuan-tuan ?

    ReplyDelete
  13. minyak = makanan, bila minyak naik, harga makanan akan naik..

    Takkan Imam hadhari tidak ada jalan lain?

    Dizaman Tun Dr M, beliau begitu kreatif, memilih jalan penyelesaian ekonomi yg tidak menyusahkan rakyat...

    Ayuh imam hadhari haruskan digantikan dengan imam yg lebih berwibawa!!!!

    ReplyDelete
  14. Memang benar jika disuruh pilih makanan atau minyak dah tentu la makanan lagi penting...

    800 juta ke beratus-ratus juta lagi ke saya rasa itu bukan persoalan.. yang penting kesan dari penstrukturan subsidi ini.. adakah mencapai matlamatnya???
    adakah dengan cara ini sahaja penyelesaian yang terbaik??harga barang tetap naik....

    kalau dalam satu kisah keluarga...

    ayah balik dari kerja...
    dan bercakap kepada anaknya "nak minyak naik harga kita kena ubah gaya hidup... lepas ni makan ubi kayu..."

    esok..

    ayah balik dari kerja lagi..
    dan bercakap kepada anaknya "nak minyak naik lagi... kita makan sekali sehari je ubi kayu ni.. tahan la sikit lapar tu..."

    esok..

    ayah balik lagi dari kerja..
    dan bercakap lagi kepada anak nya.. "nak minyak naik lagi la... kita tak payah makan la..."

    kalau keluatga ayah la... kalau negara ayah tu PM anak tu rakyat..

    takkan itu sahaja penyelesaian seorang ayah.. takkan itu sahaja... takkan tiada lagi penyelesaian lain???
    bila harga minyak naik potong subsidi.. suruh ubah gaya hidup.. siapa yang sepatutnya ubah gaya hidup ni... golongan rakyat ni ke?? yang hidupnya cukup2.....

    ReplyDelete
  15. sokong ano, sepatutnya paklah dan menteri2 kabinet berganding bahu utk mencari jalan penyelesaian terbaik, jempot tun dr m utk beri pandangan ato debate di parlimen dahulu, bukan main hentaam kromo, paklah sepatutnya belajar dari signal rakyat semasa pru yg lampau, ntahla, aku pon tak faham dgn objektif paklah ni,
    rakyat taknak dengar alasan teknikal dia menaikkan petrol tu...

    harap paklah xnaikkan lagi kadar petrol, denga kaba, tarif elektrik pon bakal naik..paklah please atep down kLu dH Tk mMPU TADBIR NEGARA!BERILA PELUANG KAT ORG LEBIH LAYAK! jangan buat rakyat berang!!!

    ReplyDelete
  16. Terus terang la... Nak suruh siapa ganti Pak Lah? Bila kita nak pi tunjuk perasaan?

    ReplyDelete
  17. najib altantuya boley ganti paklah! dia bijak dan bagus!bnyk kejayaan beliau telah terlaksana contohnya projek angkasawannya memang mencapai matlamat.

    ReplyDelete