Wednesday, July 9, 2008

Anwar yang Terdesak

Tuduhan liwat ke atas pemimpin de facto PKR bukanlah sesuatu yang mengejutkan bagi kebanyakan rakyat yang sudah sedia maklum selera jijik beliau...Hanya pengikut2 fanatik yang telah ditipu daya oleh agen yahudi ini sahaja yang nampak sangat terkilan dengan sikap pemimpin mereka yang tidak mahu berubah yang secara tidak langsung mengenepikan pengorbanan penyokong2 setia beliau. Masa kan mereka tidak terkilan, pemimpin yang membawa imej islam liberal yang konon disegani oleh Barat terutama Amerika Syarikat, isteri pula bertudung, sanggup melakukan perbuatan terkutuk.

Yang bagusnya, PKR yang kita tahu perjuangan parti mereka ialah untuk mencapai KEADILAN untuk ANWAR IBRAHIM (bukan untuk rakyat), kini sudah boleh menerima idea perlaksanaan undang2 jenayah Islam. Namun adakah ianya ikhlas demi memartabatkan undang2 Islam dalam menegakkan keadilan atau ia hanya digunakan untuk menyelamatkan Anwar? Jika benar ingin memartabatkan undang2 Islam, maka orang2 PKR termasuk Anwar dan juga orang2 PAS perlu tertakluk kepada undang2 yang sama apabila mereka menuduh orang2 UMNO melakukan zina dan sebagainya...

Apa yang nyata, lelaki berselera jelek ini semakin terdesak. Terbaru dia menyalahkan PM Australia kerana tidak mahu berjumpa dengannya. Alasannya, Rudd tidak mahu menegakkan hak asasi di Malaysia...JELAS!!! Dia memang suka orang asing campurtangan dan masuk menyelesaikan masalah yang dia sendiri cipta...Persoalannya, hak asasi yang mana yang di cabul apabila si mangsa (saiful) melaporkan kepada polis bahawa beliau telah diliwat oleh anwar??? Kalaupun laporan itu tidak disertakan dengan bukti yang kukuh, apa hak asasi anwar yang telah dicabul??? Dia difitnah maka hak asasinya dicabul???Kalau begitu dia telah lama lebih dahulu mencabul hak asasi orang lain...Belum jelas lagikah anda tentang perjuangan Anwar Ibrahim??? Perjuanagn dia yang bersifat peribadi dan membantu agenda asing untuk semakin menyerap masuk ke dalam negara kita...Terlalu buta dan pekak kah bangsa ku ini untuk memahami hakikat yang sebenar???

***Sesungguhnya kebenaran itu semakin nyata...Bagi yang baru melayari blog ini, saya sarankan untuk anda baca artikel2 sebelum ini yang telah pun membuat pelbagai pendedahan tentang agenda asing yang diperjuangkan oleh Anwar dan konco-konconya demi kuasa peribadi dan menghancurkan tanahair ini...Sanggupkah anda menjadi mangsa perjudian Anwar? Yang untung bukan kita tapi hanya dia dan keluarganya sahaja...

Sebagai wanita, aku terpaksa kagum dengan kecekalan dan kesetiaan Wan Azizah mempertahankan suami yang tak berguna seperti itu...Malang sekali...Alangkah baiknya kalau kecekalan dan kesetiaan itu disalurkan untuk mempertahankan bangsa dan agama...

14 comments:

  1. putar belit anwar nampaknya semakin memakan dirinya sendiri...beberapa minggu lepas, dia buat statement tak percaya pada undang2 negara Malaysia ni dan semua institusi yang terlibat dalam perlaksanaan keadilan termasuklah polis, mahkamah dan negara ini...tapi apabila di suruh bersumpah pun tak nak juga katanya saranan ini juga salah di sisi islam...hari ni pergi ke mahkamah syariah pulak...memang nampak dia ni terdesak...agak2 pasni dia pergi the Hague tak untuk laporkan pasal pencabulan hak asasi di Malaysia???

    Dia ni gali lubang kubur sendiri nampaknya...Tapi saya pun macam penulis agak kagum jugak la dengan isteri dia yang sangat setia tu...Mungkin tak dia sebenarnya diugut oleh Anwar?

    ReplyDelete
  2. putar belit najib lagi hebat..mula2 kata tak kenal saiful, hanya budak mintak biasiswa..kemudian baru2 ni kata kenal pulak, siap saiful datang kat kediaman mengadu..silap2 bontot saiful tu tembus dek najib..lepas tu anwar yang kena sebab ada kesan..

    ni lah padahnya taksub sangat ngan umno..kes memali hari tu kena tipu hidup2..macm pengganas pun ada umno ni..

    cukuplah islam hadhari oii..islam yang dibawa sejak zaman rasulullah dah lengkap dah..yang hang pi buat hadhari tu apasal..ni lah fenomena jawapan kepada hadhari tu...

    ReplyDelete
  3. what a typical kind of opposition supporter...always deviates others' attention from the core issues...sama juga penyakit putar belit dengan bos penjenayah mereka...sungguh tidak bijak...tapi nak buat macam mana kalau dah begitu pilihan yang mereka buat i.e. untuk kekal menunjukkan kebodohan yang nyata...

    ReplyDelete
  4. apa yang bodohnya..anwar tu islam, dia berani bersumpah..najib dan rosmah pun islam, so jemutlah bersumah secara islam, jangan guna 'sistem' lak..apa lagi sojuk nak..ke sojuk un takut sekarang sebab dah lemparkan banyak fitnah kat nuar tu..bertaubat lah sojuk...memfitnah itu lebih buruk dari membunuh..

    ReplyDelete
  5. eh abo...bila maso si nuar tu bersumpah???bukan dia jugak ke yang kata tuntutan bersumpah tu tak mengikut syariat islam yang sebenar...??? Ish, korang orang2 PKR ni memang konpius la...memang sedih aku nengok kek korang semuo ni ha...tapi nak buek camno kan...dah nyo korang jugak yang pilih untuk berada dalam kekeliruan dan cubo mengelirukan orang lain...Ish2...Miskiiiiin jiddan!!!

    ReplyDelete
  6. haha..sojuk dah cornar dah..

    ReplyDelete
  7. MENGAPA tiba-tiba Mohd Najib Razak mengatakan kerajaan tidak ada kaitan dengan kehilangan penyiasat persendiri P Balasubramanian? Siapakah yang sebelum ini mengaitkan kehilangan Bala dengan kerajaan?

    Apabila Najib membuka mulut mengatakan demikian menyebabkan orang akan mula bertanya apakah kerajaan memang ada kaitan dengan kerajaan. Baik orang tidak berfikiran demikian dengan kenyataan Najib menyebabkan orang mula berfikir demikian.

    Bahawa kehilangan Bala itu dilakukan kerana ingin menyelamatkan orang kerajaan terutamanya Najib yang dikaitkan secara langsung dalam akuan berkanun Bala?

    Banyak hal misteri mengenai penyiasatan persendiri ini. Beliau hilang selepas membuat akuan berkanun kedua menafikan dua perkara penting dalam akuan berkanun pertama, iaitu mengenai Najib yang memperkenalkan Altantuya kepada penasihat politiknya, Abdul Razak Baginda yang kini sedang berhadapan dengan tali gantung kerana dituduh membunuh Altantuya.

    Seperkara lagi ialah mengenai akuan Bala yang mendakwa Najib pernah mengadakan hubungan seks dengan Altantuya. Kedua akuan itu tidak memeranjatkan kerana persepsi demikian sudah lama tersendak dalam kepada orang ramai. Akuan Bala itu mengesahkan lagi tanggapan itu.

    Selepas membuat penafian itulah Bala tiba-tiba dilaporkan oleh anak saudaranya ia beliau telah hilang dan tidak dapat dikesan.

    Dan kini menurut polis Bala sudah berjaya dikesan berada di negara jiran (Singapura) dan telah mengambil keterangan daripada Bala? Kenapa Bala ke Singapura tidak ke Indonesia, atau Thailand atau Filipina? Siapa yang membelanjakan pemergian Bala?

    Kenyataan Najib menafikan kerajaan tidak ada kaitan dalam melindungi Bala itu telah mengheretkan minda orang ramai untuk lebih mempercayai bahawa kehilangan Bala ada kaitan dengan kerajaan.

    Sebabnya, sebabnya, pendedahan Bala dan penarikan balik akuan bersumpahnnya itu memberi keuntungan kepada orang tertentu dalam kerajaan. Tidak mustahil orang berkenaan menggunakan kemudahan kerajaan seperti mana yang kerap dilakukan oleh orang-orang kerajaan yang terdesak sepertinya sebelum ini.

    Jadi jangan rasa terkejut kalau selepas ini kesemua akuan bersumpah Bala itu dimansuhkan dan dianggap sampah. Bala pula tidak dikenakan apa-apa tindakan atas alasan kurang cukup bukti dan sebagainya. Kalau ini berlaku ia menambahkan lagi ketidakpercayaan orang ramai kepada pihak polis.

    ReplyDelete
  8. lagi la putar belit..

    ReplyDelete
  9. kalau Najib berani, buatlah 'qazaf' jugak klat anwar..tapi berani ker??sebab najib ni banyak bukti2 jelas..

    ReplyDelete
  10. PKR-Umno 'bertaut' di Rembau
    Jimadie Shah Othman | Jul 10, 08 6:30pm
    Walaupun kedua-duanya bukan tokoh besar, namun naib ketua Pemuda sebuah cawangan Umno dan penyelaras bahagian PKR Rembau berpakat mengambil satu sikap bersama dalam isu paling panas kini – tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    S Musliadi Sabtu, aktivis Umno cawangan Taman Widuri Indah duduk bersebelahan lawan politiknya Norazizi A Aziz di sebuah restoran dengan menganggap isu tersebut sebagai "konspirasi politik" – berbeza sama sekali dengan pendirian pemimpin atasan Umno.

    pemuda umno rembau PKRBersama lebih 10 penyokongnya, Musliadi mendakwa penyokong-penyokong partinya di peringkat akar umbi menolak tuduhan terhadap ketua umum PKR itu.

    "Sebenarnya bukan saya seorang yang menolak isu ini tetapi ramai lagi yang tidak percaya dengan berita itu (laporan polis Anwar meliwat).

    "Tetapi saya faham, mereka masih terikat dan rasa takut (serta) demi menjaga kelangsungan politik Umno.

    "Saya hadir hari ini bukan untuk menyertai PKR mahupun menyokong Pakatan Rakyat. Tetapi ada banyak isu lain yang sepatutnya diberi keutamaan (oleh Umno)," katanya hari ini, mengulangi pendiriannya dalam sidang akhbar di Senawang minggu lalu.

    Sidang media itu dihadiri wartawan-wartawan daripada tiga akhbar harian berpengaruh, satu daripadanya berbahasa Cina.

    Musliadi memberitahu Malaysiakini, lebih kurang 60 peratus ahli Umno dalam cawangannya menyokong pandangannya tetapi tidak bersedia tampil menyuarakannya.

    Menurutnya, cawangan itu mempunyai lebih 400 ahli, termasuk 100 orang dalam pergerakan Pemuda.

    Katanya, beliau berani tampil kerana "memikirkan keadaan rakyat" dan "ingin membetulkan keadaan supaya kembali kepada al-Quran dan hadis."

    Sebelum berbuat demikian, beliau pada mulanya berasa ragu-ragu apabila penyelaras bahagian PKR itu menghubunginya minggu lepas untuk mengadakan sidang akhbar bersama.

    Ditanya seerat mana hubungannya dengan Norazizi, Musliadi berkata beliau mengenalinya "gitu-gitu saja."

    Ditanya lagi bagaimana aktivis parti lawan mengetahui pendiriannya tentang isu Anwar itu, Musliadi berkata beliau "tidak tahu."

    anwar ibrahim and saiful bukhari azlanMusliadi, yang bekerja sebagai pembekal khidmat sistem siar raya, berkata beliau percaya tuduhan terhadap Anwar kini satu konspirasi seperti yang berlaku pada 1998.

    "Pandangan saya masih sama dengan 1998 dulu. Waktu itu saya di Wangsa Maju (Kuala Lumpur). Tetapi pada masa itu kita pertahankan parti untuk mengelakkan perpecahan orang Melayu," katanya, sambil menambah kepimpinan Umno mungkin terlibat dengan konspirasi tersebut.

    Mengulas sebab beliau memilih mengadakan sidang akhbar bersama aktivis parti lawan, beliau berkata:

    "Saya hadir bersama PKR (dalam sidang akhbar) untuk menunjukkan bahawa di peringkat bawahan boleh bersatu, kenapa di peringkat atas tidak boleh berlaku," katanya.

    Tambahnya, pemimpin Umno perlu mengambil keputusan segera untuk menangani perpecahan orang Melayu dan bukannya memikirkan "strategi menjatuhkan karier politik orang lain".

    "Saya bukan menentang dasar parti dan saya tetap dengan pendirian saya untuk berdiri teguh bersama kepimpinan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Badawi dan menteri besar Datuk Seri Mohammad Hassan, tetapi kepimpinan Umno harus serius menyatakan prinsip mereka demi melihat Umno kembali menjadi pilihan rakyat," katanya.

    Rembau sering menjadi fokus media apabila naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memenangi kerusi parlimen itu. Khairy juga adalah ketua Pemuda bahagian.

    ReplyDelete
  11. enough is enough melayu berpecah,jangan kita bergaduh dan berfitnah sesama islam!!!!! mari fokus kepada pertukaran kepimpinan UMNO utk mermartabatkan bangsa kita!

    calon2:-
    1) Kuli
    2) Muhyiddin
    3) Shahrir Samad
    4) Ali Rustam

    ReplyDelete
  12. boleh..cuma siapalah kita sekarang..diktatornya Pak Lah..hari ni Pak Lah dah umukan pertukaran kuasa 2010 dan sebelum next pilihanraya..so camna tu? kita nak mecadang boleh nak bertindak boleh ker?

    ReplyDelete
  13. Ohh Anuar....Mahathir tak lupe hang.

    ReplyDelete
  14. mesyuarat cawangan umno kena mula bertindak dlm usul mencadangkan calon2 utk mencabar paklah.

    ReplyDelete