Saturday, July 12, 2008

GURINDAM WEE MEN CHEE

Gua mau bagi tau Mamak Rais sama itu Pak Lah
Takut gua cakap nanti ada sikit salah
Gua mau bagi tahu Mamak Rais sama itu Pak Lah
Malaysia dalam duduk gua ada juga sekolah
Gua mau bagi tahu Mamak Rais sama itu Pak Lah
Taktak pandai cakap Malayu itu kira takpa lah
Gua mau bagi tau Mamak Rais sama itu Pak Lah
lama juga itu macam taktak pun olang marah
Gua mau bagi tahu Mamak Rais sama itu Pak Lah
Kingdom of Purplaya sudah ada dua lah

Cecil Rajendra menulis tak pakai perut
Kau siapa? Melayu, Cina, India atau Melukut
Wee Men Chee menyanyi tak pakai mulut
Yang hairan Soi Lek jadi orang kelam kelibut
Cecil Rajendra menulis tak pakai perut
Terhina Melayu luka lama masih berparut
Wee Men Chee menyanyi tak pakai mulut
Berita di akhbar pendek itu pun dibahagian buntut
Cecil Rajendra menulis tak pakai perut
Menggeletar nak baca lagi takut nak sebut
Wee Men Chee menyanyi tak pakai mulut
Entahkan SUQIU untung timbul menjadi sabut

Daulat Tuanku, sembah patik yang hina ini,
Merdeka dah 50 tahun kenapa masih jadi begini
Daulat Tuanku, sembah patik harap diampun
naif sangat ke dia itu? Penunut U, 24 tahun
Daulat Tuanku, sembah patik bertanya khabar
Kenapa pemimpin terus membisu? Tidakkah dia kurang ajar?
Daulat Tuanku sembah patik harap diampun
Tentu mustahil buahnya begitu jika tidak punyai pohon
Daulat Tuanku, izinkan patik untuk berkata
Jikalau Men Chee dibiar begitu pasti ulat naik ke mata
Daulat Tuanku sambah patik harap diampun
Bukankah mudah jadinya kayu ditebang lalu diperun

Men Chee anak Ann Hee tentulah bapak
Soi Lek defender anak tentulah berlagak
Men Chee tauke ada yang sanggup jadi kuli
Sidang media dibuat bagi pihak tauke membela diri
Men Chee mohonlah warganegara Taiwan
Disana Cina sahaja tentu kau dapat perhatian
Men Chee punya keluarga boleh juga ke sana
Kalau duduk di Malaysia bukanya ada guna
Mohon maaf siapa? Men Chee ke Soi Lek
Beritanya benar tapi rasa macam pelik
Mohon maaf begitukah? Mengikut sunnah
Yang Lain bengkak yang lain pulak yang menanah

Mohon maaf tak tau, elok bawa bertanya
Tersentuh dihati, ke tulang hitam jadinya
Mohon maaf mudah, bolehkah diterima?
Menyentuh Melayu, berkaitan agama
Mohon maaf sekadar lepas batuk ditangga
Sedih dikenang tolong fikirkan keselamatan negara
MCA sepatutnya tak payah bercakap
Rakan komponen menjadi gagap
MCA sepatutnya menghadap Tuanku
Terjemahkan maksud Negarakuku
MCA sepatutnya dapatkan maklumat
Tangani isu supaya tak jadi tenat

MCA sepatutnya biarkan sahaja
Biarkan kerajaan membuat kerja
MCA sepatutnya tidak melatah
Takut nanti parti akan susah
MCA sepatutnya bawa berbincang
Wee Men Chee patut dibawa pulang

Ya Allah Tuhanku Maha Besar
Kenapa jadikan hati kami gusar
Ya Allah Tuhanku Maha Kaya
Kalau terlanjur ampunkan segala
Ya Allah Tuhanku Maha Pengasih
Umat yang begitu eloklah disisih, Amin

Arianakpie
(Jelebu)


Nota kaki:
Penulis kami kenali sebagai Pak Long. Antara Nasionalis Melayu yang berjiwa besar namun dilihat kerdil kerana gelangangnya mungkin tidak sebesar orang lain. Gurindam ini ditulis beliau selepas emosinya amat terganggu dengan video klip Wee Men Chee. 50 baris semuanya, menurut beliau mengambil sempena 50 tahun merdeka. Kami memaksanya mencari semula tulisan beliau itu dan akhirnya Alhamdulillah ditemui juga dalam himpunan CD terpakai. Banyak lagi gurindam yanag telah beliau nukilkan dan Insya Allah akan saya siarkan dari masa ke semasa. Kepada Pak Long Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment