Monday, August 25, 2008

Di Sebalik Tabir

Jelajah kami ke pantai timur semasa bercuti telah menemukan kami dengan sumber eksklusif yang memberi maklumat yang mungkin boleh kami kongsikan disini bersama para pengunjung blog Paneh Miang. Ia berkenaan kisah di sebalik tabir yang berlaku semasa penahanan Brader Anwar Bin Ibrahim oleh pihak polis yang ingin melengkapkan kertas siasatan baru2 ini. Menurut sumber kami semasa Saiful mengunjungi Hospital Pusrawi untuk melakukan pemeriksaan, beliau telah diminta oleh pihak hospital berkenaan untuk merujuk kes tersebut ke HKL. Rentetan pemeriksaan di HKL itulah maka Saiful membuat laporan polis mengatakan dia telah diliwat oleh majikannya. Menurut sumber kami, pihak polis pada mulanya tidak percaya dengan laporan Saiful itu. Hasil pemeriksaan di HKL juga mendapati masih terdapat kesan air mani di dubur Saiful kerana dikatakan ia tidak akan terhapus dalam tempoh 48jam. Belakang badan Saiful juga didapati ada kesan pukul dan cakaran yang terjadi akibat aktiviti liwat tersebut.

Berdasarkan dakwaan Saiful, maka pihak polis telah meminta tertuduh memberikan DNA tetapi seperti semua sedia maklum Brader Anwar Bin Ibrahim tidak membenarkan DNAnya diambil dengan pelbagai alasan. Walaupun DNA Anwar dalam kes terdahulu boleh dibuat perbandingan, namun pihak berkuasa masih perlukan pengesahan. Jadi bagaimanakah pihak berkuasa memperolehi DNA Anwar untuk dibuat perbandingan kes? Jawapannya ialah semasa program debat antara Ahmad Shabery dan Anwar Ibrahim berlangsung iaitu sehari sebelum beliau ditahan. Sebelum debat itu berlangsung, sudah tentu kedua2 pendebat tersebut akan disolek sebelum muncul di kaca tv. Semasa proses solekan itulah DNA Anwar diperolehi iaitu peluh, sel pipi, rambut dan sebagainya. Apabila perbandingan dibuat, maka sahlah bahawa DNA Anwar sama dengan DNA kesan air mani yang terdapat pada Saiful. Pada peringkat ini barulah pihak berkuasa yakin dengan kes tersebut dan bersedia menahan Brader Anwar Bin Ibrahim untuk memberi keterangan di balai polis. Namun seperti semua sedia maklum juga, beliau tetap enggan menghadirkan diri walaupun telah diberi tempoh amaran oleh pihak polis sebelum itu.

Pada 16 Julai 2008, pihak berkuasa telah menahan Brader Anwar Bin Ibrahim sejam lebih awal daripada tempoh tamat yang diberikan. Kenapa ini berlaku dan mengapa pihak polis mengambil tindakan sedemikian? Sumber risikan mendapati selepas Anwar memberi keterangan di pejabat BPR beliau terus pulang ke rumahnya dan tidak terus ke balai polis. Sumber juga memaklumkan, Brader Anwar Bin Ibrahim sebenarnya telahpun merancang untuk mengelak daripada hadir memberi keterangan di balai polis. Sebaliknya beliau memang sengaja mahu polis datang ke rumah beliau untuk melakukan tangkapan. Ini kerana sudah ada rancangan jika pihak polis datang ke rumah beliau, maka pengikut2 beliau yang dikenali sebagai “Team A” (Pasukan Anwar) akan melakukan huru hara sehingga menyebabkan kecederaan. “Team A” pada masa itu memang sudah sedia menunggu di kediaman Anwar. Rancangan Anwar ialah, jika berlaku keganasan dan kecederaan semasa proses penahanan tersebut maka sudah tentulah pihak polis yang akan dipersalahkan.

Berdasarkan maklumat risikan, pihak polis telah mengubah rancangan iaitu mewujudkan satu situasi kesesakan jalanraya sebelum kereta Anwar tiba di kediaman beliau. Anwar telah ditahan oleh pihak berkuasa yang melakukan penyamaran semasa kereta Anwar berhenti akibat kesesakan tersebut. Dikhabarkan polis yang menahan beliau berpakaian seperti penyapu sampah atau pemotong rumput. Sebab itu heboh sebelum ini apabila dikatakan polis yang menahan Anwar adalah polis bertopeng. Inilah sebab sebenar mengapa Anwar ditahan sejam awal daripada tempoh yang diberikan oleh pihak berkuasa.

Sebelum sampai ke balai polis, pihak berkuasa sebenarnya telahpun menghubungi Wan Azizah, anak2nya serta beberapa pemimpin PKR dan penyokongnya untuk menunggu Anwar di balai polis. Tujuan sebenar mereka semua dijemput ke balai kerana risikan memperolehi maklumat bahawa Anwar telah pun merancang untuk mencederakan dirinya sendiri semasa dalam tahanan polis untuk menuduh pihak polis melakukan keganasan terhadapnya.

Bagi mengatasi masalah ini maka keluarga Anwar dan pemimpin2 PKR lainnya dipanggil untuk menyambut Anwar agar Brader Anwar Bin Ibrahim tidak merasa tertekan semasa ditahan serta menjadi bukti bahawa Anwar tidak mengalami sebarang kecederaan semasa dibawa ke balai polis. Keluarga dan pengikut2 Anwar telah menyambut Brader Anwar Bin Ibrahim dengan potongan kek dan Anwar turut memberi ucapan kepada para pengikutnya ketika itu. Selepas itu pihak polis telah membuat pengumuman kepada pengikut2 Anwar bahawa Anwar akan ditahan mengikut prosuder yang ditetapkan bagi tujuan diambil keterangannya. Anwar telahpun bersetuju untuk ditahan dan pengikut2 Anwar juga sukarela melepaskannya ketika itu. Maka rancangan Anwar telah gagal kerana ramai saksi ketika itu yang boleh memastikan bahawa Anwar tidak mengalami sebarang kecederan semasa dibawa ke balai polis.

Setelah segalanya selesai, Brader Anwar Bin Ibrahim telah dibawa ke dalam lokap sebaik sahaja ahli keluarga dan pengikutnya beredar. Namun semasa berada dalam lokap tersebut, Brader Anwar Bin Ibrahim telah menjerit2 ‘histeria’ mengugut untuk mencederakan dirinya (dengan menghempaskan dirinya ke dinding) dan akan menuduh pihak polis yang melakukannya sekiranya beliau tidak dibebaskan pada masa itu juga. Namun pihak berkuasa telah memaklumkan kepada Anwar bahawa lokap tersebut telahpun dilengkapi dengan 4 buah kamera litar tertutup (cctv) sekiranya Anwar masih berkeras meneruskan ugutannya. Keadaan itu telah menyebabkan Brader Anwar Bin Ibrahim menjadi semakin tidak keruan serta berterusan membuat kata2 makian dan sumpah seranah kerana gagal dalam perancangannya sebelum ini bagi menuduh pihak berkuasa melakukan keganasan terhadapnya. Kini beliau telahpun dibebaskan tanpa sebarang kecederaan tapi masih mahu menyalahkan pihak polis akibat ‘sakit belakang’ yang dialaminya semasa tidur di atas simen lokap. Mungkin beliau merasakan beliau ‘sangat istimewa’ berbanding rakyat Malaysia lainnya semasa dalam tahanan. Tidakkah beliau sedar bahawa penjenayah2 lain yang ditahan turut mengalami keadaan yang sama? Apa istimewanya pula Brader Anwar Bin Ibrahim?

Pihak berkuasa sebolehnya tidak mahu menahan Anwar lebih lama bagi mengelakkan Anwar mengambil kesempatan atas perkara tersebut. Namun segalanya akan dibongkarkan di mahkamah sekiranya perbicaraan dijalankan kelak. Pada masa itu mungkin kita akan mengetahui sejauh mana hakikat keadaan sebenar. Sehingga kini kami masih menunggu Anwar bersumpah kerana ramai yang telah mula meragui kenapa Anwar masih lagi tidak mahu bersumpah seperti Saiful. Najib juga telah bermubahalah berkenaan beliau yang tidak pernah mengenali serta berjumpa dengan Altantuya. Hakikat keberanian beliau bersumpah tidak perlu lagi dipertikaikan dan ‘tahniah’ kepada semua pemfitnah beliau! Buat Brader Anwar Bin Ibrahim...takut ke brader?

p/s: Selamat mengundi kepada warga Permatang Pauh. Pilihan anda mungkin akan menentukan corak masa depan generasi kita.

38 comments:

  1. Anwar bukan takut nak bersumpah..
    Alaa dier cumer segan ajer..hahaha

    ReplyDelete
  2. Paneh,

    gua memang tak sangsi ar ngan lu punya citer ni...tapi gua rasa, citer2 camni konpem orang2 PKR yang bangang tu tak leh terima punya...caya lah, sat lagi ade la penyokong2 bangang dia tu akan kata ko ni sama ngan kerajaan suka nak mereka cerita...

    aku pun tak tau la camna lagi nak sedarkan mereka2 ni...doa je lah banyak2 kat Allah biar dibuka pintu hati...dan doa supaya DOLAH BADAWI PEKAK BADAK tu cepat2 letak jawatan....

    dia ingat dia turunkan minyak rakyat sumer suka lah kat dia tuh...kalau dah sampah tu tak akan wangi punya lah walau pun dah di recycle...

    ReplyDelete
  3. kepada sepupu jebat,
    izinkan saya bahawa anda adalah pengkhianat melayu kerana jebat dahulu adalah perderhaka kepada sultan dan anwar topeng barat bagi negara kita.
    Mengapa kita perlu menolak sesuatu cerita yang jika dilihat dari sudut teknikal ada logiknya.Kalau saudara menolak dengan mudah bahawa cerita ini adalah tidak benar, mengapa anda tidak mahu mengatakan soal anwar tidak melakukan liwat juga adalah salah?
    soalnya anda dan kita sebagai rakyat perlu melihat serta menganalisa dahulu kebenarannya cerita-cerita ini.
    Saya juga akui kerajaan melakukan pelbagai kesilapan dan kesalahan.Dan kenyataan saudara mengatakan seolah-oleh PR adalah benar.Percayalah, semua parti pembangkang didunia ini akan mengatakan kerajaan itu tidak benar melainkan diri mereka benar.Saya juga tidak bersetuju apabila anda menuduh paklah nak mencari populariti.Saya kenal paklah sejak zaman arwah datin endon lagi.Paklah bukanlah pemimpi seperti anwar.even he was not a favor of Tun M ketika dulu.Dia adalah orang yang menjual hasil kerjanya untuk membuktikan kerja-kerjanya.Kini sebagai orang no1, saya melihat faktor mengapa paklah ingin memulihkan sistem kehakiman negara adalah kerana ingin menjadikan negara sebagai tempat para pedagang membicarakan kes mereka.Saya terfikir jika anwar tidak yakin dengan sitem kehakiman kita, adakah ketika anwar ingin negara menggunakan sistem english yang masih dalam proses penghapusan.Jika ini berlaku, kita akan kembali kepada zaman penjajahan.Pernahkah saudara berfikir ini? Isu anwar tidak percaya dengan sumpah saiful.Kita ketepikan soal fiqh.Kita berfikir secara logiknya.Dimana sahaja sumpah dilakukan, adakah Allah tidak mendengar sumpah tu? ini menunjukkan anwar tahu hukum Allah tapi takut melaksanakannya.Mengapa? kerana dia tahu sifat-sifat allah tu.Berhentilah pertikaikan cara saiful bersumpah kerana allah itu maha mendengar malah maha mengetahui setiap isi hati hambanya. Jika benar isi hati saiful inginkan keadilan selepas diliwat, adakah saudara tidak terfikir dosa saudara menuduhnya sengaja mengadakan cerita? atau saudara bukan islam kerana gaya saudara adalah seorang pengkhianat.kita sebagai rakyat adalah hakim.maka seorang hakim tidak mudah untuk menjatuhkan hukuman.kita perlu siasat secara mendalam.Kritikan ini perlu dihentikan untuk memastikan rakyat malaysia dilandasan yang betul dalam menjadi hakim.Andai paklah membuat keputusan itu dengan prosedur yang betul dan tiada niat untuk tujuan populariti, adakah saudara sanggup bertanggungjawab soal ini diakhirat? fikir2lah.saya doakan agar rakyat membuat keputusan yang bijak dalam isu maruah.ingat bahawa anwar ada maruah, saiful ada maruah, dan kita semua ada maruah.Jika saiful membersihkan maruahnya mengapa tidak anwar? adakah kita inginkan pemimpin yang suka membiarkan dirinya kotor? najib yang tak mengaji agama pun mengadap alim agama untuk bersumpah.Fikirlah demi kepntingan melyu dan islam.!

    ReplyDelete
  4. Best la cerpen awak nih...cuba-cubalah hantar ke majalah Mangga...mana tau kot-kot terpilih hehehe :-P

    ReplyDelete
  5. helo anakhangtuah,
    lu emo tak tentu pasal pehal llak?

    kat mana lak yang aku kata aku sokong PKR? Ni la susah kalo emo tak menentu...yang patut jadi kawan ko buat jadi lawan...weng la ko ni

    hmmmm...aku ni tak sikit pun sokong PR tapi tak bermakna aku kena sokong ABDULLAH yang memang bodoh nak mambpus tu...tak sedar2 diri lagi yang rakyat kebanyakan dah naik menyampah macam tahi kat dia tu...

    sudah la...boleh blah la ko!!!

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Banyak la ko ANAK HANTUah :-)

    Kalau btol Pak Lah mementingkan negara & memulihkan sistem kehakiman, tak akan berlaku macam-macam isu yg berlaku pada hari ini. Nak perelokkan sistem kehakiman kunun...kenaper tak siasat pelbagai dakwaan & tuduhan yg dilemparkan kepada anak menantunya! Kalau btol-btol ikhlas...siasatlah...buktikan segala tohmahan itu salah.

    Kalau btol mementingkan negara...bertanggungjawab la sikit bila tengok rakyat & pimpinan lain dah tak yakin dgn kita...letak la jawatan. Musyarraf yg teruk tu pun ada maruah bila mana dia letak jawatan bila mengetahui itu yg terbaik utk kerajaannya & rakyatnya...Pak Lah tak...dok perasan yg orang masih sayangkan dia...saper yg sayang kat hang Pak Lah...???? Mereka yg bangang & bengap je yg masih sayang kat hang :-P

    ReplyDelete
  7. salam...
    saya akui paklah mengalami pelbagai isu berkaitan dengan anak menantunya.Soal kamaluddin saya berpendapat dia adalah ahli perniagaan yang berjaya sejak paklah menteri luar.Dia mewarisi harta sebilangan keluarga paklah.Kamaluddin juga adalah proxi paklah dalam syarikat dato ibrahim yang merupakan syarikat melayu pertama merintis perniagaan malay cuisine by packaging di middle east.Kalau saya sebagai ahli perniagaan jugak saya akan memikat kamaluddin untuk menjadi partner supaya dapat membida projek kerajaan.Ini adalah adat dalam bisnes.Sama jugak apa yang anak2 Tun M buat malah anwar jugak mengamalkan prinsip ini.Isu khairy saya boleh kata he is opputunist.Ni adalah kenyataan.Saya pun tak suka dengan budak rembau ni.Cakap macam pejuang bangsa tapi penghisap darah.Apapun saya melihat paklah sedang berusaha memulihkan sist kehakiman negara.Kita kena lihat bahawa hari ini hakim negara berhak berkata dengan bebas.Malah ramai hakim rasakan bagaio mula selesa dengan kerusi mereka apabila mereka boleh membuat precedent dan judgement sendiri tanpa pengaruh dari pemerintah.Anwar adalah orang melalui sistem keadilan adil yang pertama di era paklah.Nak pulihkan sistem kehakiman negara ini bukan kerja mudah.Ia mungkin memakan masa 50 tahun kedua pasca merdeka ini.Bagi mereka yang mungkin obvious bercakap mencari salah kerajaan mungkin mudah untuk menukar sistem kehakiman negara.Tapi percayalah, sentimen dan pengaruh english law dalam negara kita amat menebal.Sebagai rakyat yang mengikut serius soal kehakiman, saya sentiasa positif dalam usaha paklah serta saya yakin dengan langkah awal paklah ini.

    ReplyDelete
  8. ada lagi org umno yg pecaya? imam pon x yakin dgn sumpah saiful.alahai umnooooo , bontot saiful x laku kat permatang pauh!!carila isu yg ntelektual.

    tahniah pada ezam, kj , paklah dan najib!!!!
    org permatang pauh ratanya umno bukan taksub tapi cerdik, sebab tu dia undi anwar.

    Aku yakin anwar mampu lakukan perubahan yg terbaik utk bangsa melayu despite hinaan dan fitnah bodoh dari melayu umno.

    ReplyDelete
  9. “Pegawai Khas Najib Atur Sumpah Saiful” - Ustaz Ramlang Porigi




    Permatang Pauh, 25 Ogos (SK): IMAM Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Pohigi mendedahkan konspirasi terhadap Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim yang dirancang oleh Timbalan Perdana, Najib Razak. Dalam temuramah eksklusif dengan Suara Keadilan, Ramlang berkata seorang pegawai khas kepada Najib telah mengaturkan segala persiapan upacara sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan disaksikan oleh beliau sendiri.

    Ikuti pendedahan yang pasti menggegarkan ini bersama dua orang wartawan kanan Edi Suleiman dan Dzulkarnain Taib serta Rusnizam Mahat dan juruvideo Ebrahim Harris.

    SK: Boleh ustaz terangkan siapa yang arahkan ustaz untuk menjadi saksi kepada sumpah Saiful di Masjid Wilayah Persekutuan?

    RP: Saya diarahkan oleh pihak atasan jabatan saya dan saya hanya mengikut arahan yang diberi kepada saya. Saya tidak terlibat dalam menyediakan teks atau apa yang perlu Saiful lakukan seperi perlu memegang Al-Quran atau tidak.

    SK: Saiful dikatakan tersalah sebut beberapa istilah semasa lafaz sumpah beliau. Adakah ini mencacatkan kesahihan sumpah yang dia ucapkan?

    RP: Bagi saya kalau dia bersumpah untuk dirinya sendiri sumpah itu boleh diterima lagi tetapi dikatakan mubahalah tidak sempurna selagi kedua-dua pihak tidak bersumpah.

    SK: Apa yang mendorong Ustaz mengatakan semasa sidang akhbar bahawa Ustaz merasakan apa yang dilakukan oleh Saiful adalah perancangan satu konspirasi?

    RP: Saya ingin jelaskan ada seorang yang saya kenal, dialah yang mengatur sumpah Saiful. Yang saya pasti gambarnya dipaparkan didalam internet dimana beliau bergambar bersama Saiful Bukhari di hadapan pejabat Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak. Saya rasa jawatannya adalah Pegawai Khas kepada Najib.

    SK: Apakah isi perbincangan pegawai khas tersebut dengan Ustaz?

    RP: Apabila saya bertemu dengan beliau di masjid dia bertanya sama ada saya salah seorang daripada empat imam yang akan menyaksikan sumpah Saiful.Saya menjawab saya ada majlis akad nikah yang hendak saya langsungkan dan kalau saya sempat saya akan menyaksikan sumpah Saiful.

    SK: Apa yang menyebabkan Ustaz berkata Saiful tidak menunjukkan sebarang reaksi seolah-olah perkara ini adalah kecil dan tidak penting?

    RP: Jika kita beragama Islam dan beriman dan sekiranya kita ingin melakukan sumpah seperti ini kita merasa bimbang, adakah sumpah yang kita lakukan ini adalah betul. Kita akan rasa ketakutan dan riak wajah kita pun kita akan dapat tahu yang kita ketakutan. Berat sebenarnya sumpah ini.

    SK- Dan adakah beliau yang dimaksudkan oleh Ustaz sebagai pegawai khas kepada Najib itu menghubungi Ustaz selepas itu?

    RP- Tidak ada.

    SK-Tetapi yang sahnya, seorang pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri bertemu Ustaz di dalam masjid.

    RP- Ya!

    Sk-Setelah Ustaz membaca caci, tohmah dan maki hamun terhadap Ustaz selepas peristiwa itu di dalam laman web adakah Ustaz menghubungi pihak berkuasa atau pun sesiapa untuk membantu Ustaz dalam perkara ini untuk membersihkan imej Ustaz?

    RP-Saya ada bertanya kepada pegawai saya bagaimana keadaan yang saya alami tetapi saya tidak dipertahankan bila saya dicaci. Orang kata yang bukan-bukan. Saya lihat dalam tempoh seminggu dua ini memang jabatan saya tidak mempertahankan saya.

    SK: Apa jawapan ketua jabatan Ustaz?

    RP: Oleh kerana imam besar tiada pada masa itu, saya hanya bertanya kepada pegawai sahaja dan dia cuma mengatakan bahawa perkara itu kita pun tidak tahu kebenarannya, jadi kita jangan merasa bersalah,itu sahaja. Jadi segala tohmahan yang dilemparkan kepada saya tidak betul jadi beliau berkata kita tidak perlu berasa tertekan atau bersalah.

    SK: Jadi apa perasaan Ustaz bila beliau beri jawapan sedemikian?

    RP: Jadi bagi saya, saya perlu menilai diri saya sendiri apakah itu tindakan betul yang saya lakukan.Kalau kita lihat pada laporan internet itu, ianya memang satu fitnah dan saya boleh menyaman tetapi kerana bimbangkan kerja saya, jadi saya hanya berdiam diri sahaja

    SK: Sekarang Ustaz bimbangkan kerja Ustaz akan terjejas, apakah langkah Ustaz seterusnya selepas membuat penjelasan ini?

    RP: Saya telah berfikir semasak-masaknya apa yang saya telah saya lakukan hari ini.Kawan saya ada memberitahu bahawa insya Allah rezeki Allah SWT ini amat luas. KIta jangan berfikir hanya itu sahaja kerja yang ada.

    SK: Mungkin keselamatan Ustaz terjejas disebabkan tindakan berani Ustaz tampil ke hadapan menjelaskan perkara sebenar. Apakah langkah yang akan Ustaz ambil memandangkan perkara ini sudah luas tersebar dan ada kemungkinan polis ‘mencari’ ustaz?

    RP: Itu saya berserah kepada ALLAH SWT kerana sebagai makhluk yang diciptakan oleh ALLAH SWT hanya ALLAH SWT sahaja yang berkuasa ke atas setiap makhluk.


    p/s: ada lagi suku sakat umno yg mangkuk percaya, awat hangpa semua tak berani kempen kat permatang pauh pasal liwat:p, KJ kurang2 berani kempen katsana:p

    ReplyDelete
  10. kalau dahh desperate, semua orang nak di percaya PKR ni...dia ingat semua ustaz kat malaysia ni alim ulama' agaknya...skang baru tahu nak refer ustaz dan ulama' ye?

    ReplyDelete
  11. Artikel di atas insyaAllah akan disahkan sekiranya perbicaraan dijalankan kelak. Wallahualam.

    ReplyDelete
  12. umno yg desperate. terimalah kenyataan parti yg korup.

    Najib c4 di boo setiap kali masuk ke permatang pauh.

    ReplyDelete
  13. Menantu PM Kena Boo di Penanti

    MENANTU Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin diboo oleh para penyokong Pakatan Rakyat ketika Naib Ketua Pemuda Umno itu bersama ketuanya Hishamuddin Hussein melawat ke pusat pengundian di Penanti lewat tengah hari ini.

    Kejadian itu berlaku sebaik saja Khiray yang sampai dengan sebuah kereta pancuan empat roda bersama Hishamuddin turun untuk membuat tinjauan.

    Punca keadaan itu berlaku apabila kereta Khairy berhenti berhampiran pusat pengundian itu sehinggakan menganggu lalu lintas lain. Gelagat dan sikap Khairy itu tidak disenangi oleh para penyokong Pakatan Rakyat yang berada di pusat pengundian berkenaan.

    Melihat keadaan itu polis telah meminta pemanndu kereta dinaiki Khairy dan Hishamuddin supaya beredar dari pusat pengundian. Ketika ini Khairu diboo dan dimaki hamun termasuk dicerca sebagai "Menantu Perdana Menteri laknat".

    Kerana 'protes' itu Khairy dan Hishamuddin hanya sempat berberapa minit saja di pusat pengundian itu kerana tidak tahan dimaki hamun penyokong Pakatan Rakyat.

    Manakala dalam perkembangan lain gambaran zahir di pusat pengundi itu berpihak kepada calon PKR. Nisbah kunjungan pengundi ke bangsal panas untuk menyemak nama ialah 1 - 5 atau pun 3 - 10. Satu atau lima ke bangsal panas BN dan lima atau sepuluh ke bangsal panas PKR.

    Keadaan yang sama juga dilaporkan berlaku di pusat pengundian di Permatang Pauh di mana bilangan pengundi Cina agak ramai di situ.

    Ketika ini hujan yang turun mulai jam 12: 45 tengah hari tadi semakin lebat dan ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan peratusan keluar mengundi. [d'pauh 1:30 pm 26/08/08]

    ReplyDelete
  14. kakalu citer pasal korup ni bukan UMNO jer la...PR lebih korup...terang-terangan rasuah suruh orang lompat parti...macam haram je otak penyokong2 PKR ni...bangang lebih daripada lembu kot!!!

    ReplyDelete
  15. umno memang parti bodoh dan tolol.
    apa dah jadi ngan wirawati hangpa si sepol dan UNcle Pet?
    haha.

    berselindung disebalik nasionalisma mlayu hakikatnya segelintir pemimpin mengkhianati bangsa sendiri

    ReplyDelete
  16. Fitnah Liwat: Pembohongan Saipull Semata-mata

    Saya ingin memulakan warkah ini dengan wallahu ‘alam. Bukan niat saya untuk sebelah-menyebelah mana-mana pihak namun Islam mengajar kita agar sentiasa berlaku adil.

    Keadilan itu adalah salah satu karateristik bagi Islam dan wajib menjadi salah satu sifat orang-orang yang beriman. Malahan dalam Al-Quran, kita diseru oleh Allah agar sentiasa berkata benar walaupun kebenaran itu tidak menyebelahi diri kita atau ibu bapa kita.

    Maka itu atas dasar keadilan yang dituntut oleh Islam, saya agak tertanya- tanya mengenai Encik Saiful Bukhari dan dakwaan dan ingin sangat berkongsi pendapat dengan kawan-kawan di Renungan Ikhtibar.

    Segala yang baik lagi benar adalah dari Allah azzawajalla dan segala yang buruk lagi bathil adalah dari saya sendiri dan saya berdoa agar saya dan kawan-kawan semua dijaga oleh Allah dari apa jua yang buruk lagi bathil.

    Dan maafkan saya jikalau saya terpaksa menggunakan bahasa yang agak graphic tetapi saya rasa itu adalah perlu untuk penjelasan yang lebih jernih.

    Maka itu, saya mulakan.

    Bila Anwar Ibrahim konon-kononnya meliwat Saiful Bukhari, budak ini diam sahaja ke ?

    Tentunya seluarnya perlu dibuka dulu bukan ? And bukan itu sahaja, untuk membolehkan liwat berlaku, seluarnya harus dilucutkan sama sekali yakni tidak boleh berkumpul di kaki. Ini kerana untuk melakukan liwat, kedua kaki Saiful Bukhari harus berada diposisi kangkang samada berdiri mahupun terbaring, samada meniarap ataupun terlentang. Jikalau seluar panjang Saiful berkumpul dikakinya, kakinya tidak boleh dikangkangkan dengan seharusnya dan liwat amat sukar, hampir mustahil, untuk berlaku.

    Point ini penting dalam perbincangan ini, jadi sila ingat.

    Jadi pertama, membuka seluar dan kemudian melucutkannya sama sekali.

    Bukan senang nak buat begini pada seseorang, melainkan orang itu pengsan, sudah diikat, lemah akibat dipukul, hilang pertimbangan akibat mabuk atau didadah atau orang yang empunya seluar membukanya sendiri, samada dengan kerelaan diri atau akibat adanya ancaman.

    Kita ambil scenario yang terakhir dulu - saya tidak yakin Anwar Ibrahim boleh mengancam Saiful Bukhari dengan apa-apa. Beliau tidak mempunyai sebarang kedudukan yang boleh menyusahkan Saiful Bukhari atau keluarganya jikalau tidak mengikut kehendak Anwar. Malahan kedudukan Anwar sungguh rapuh.

    Jadi kita boleh katakan tiada ancaman yang berlaku - yakni Saiful Bukhari tidak menanggalkan seluarnya dengan sendirinya dan membenarkan dirinya diliwat akibat sebarang ancaman yang mungkin dibuat oleh Anwar Ibrahim.

    Dan kita boleh tolak kemungkinan Saiful Bukhari melakukannya dengan rela hati kerana Saiful Bukhari, melalui apa yang telah berlaku sekarang, sendiri menolak kemungkinan itu.

    Itu menjadikan satu sahaja kemungkinan bagaimana boleh terjadinya liwat iaitu Anwar menanggalkan seluar Saiful Bukhari secara paksa yakni dengan menggunakan kekuatan fizikal.

    Ini menimbulkan pelbagai persoalan.

    Pertama, ialah bila Anwar membuka seluar Saiful, Saiful buat apa sebagai tindakbalas ? Dan bila Anwar melucutkan seluar Saiful sepenuhnya, Saiful buat apa sebagai tindakbalas ?

    Hakikatnya ialah Saiful jauh lebih muda dari Anwar. Kekuatan fizikalnya adalah kekuatan seorang anak muda.

    Bayangkan bila Anwar melucutkan seluar Saiful keseluruhannya, Saiful mempunyai beberapa kesempatan untuk melakukan tindakbalas.

    Katakan Saiful terbaring, samada meniarap atau terlentang, jika Anwar berdiri semasa melucutkan seluar Saiful maknanya kedua kaki Saiful terangat ke atas - ini membolehkan Saiful menendang Anwar samada ke dadanya atau ke perutnya.

    Jikalau Anwar melutut untuk melucutkan seluar Saiful, Saiful boleh menendangnya ke muka atau kepala.

    Jadi persoalannya ialah jikalau benar Anwar meliwat Saiful, kenapa Saiful nyata tidak melakukan apa-apa untuk melindungi kehormatan dirinya ?

    Ini terutamanya kalau kita kaji mengenai perkara ini, untuk melakukan liwat tidaklah mudah terutamanya kalau dipaksa. Sebab itulah kita hampir-hampir tidak pernah mendengar kes lelaki merogol lelaki. Bila mana terjadi, selalunya lelaki yang menjadi mangsa telah dipukul, didadah atau mabuk.

    Hakikatnya, jikalau apa yang terjadi adalah kes paksaan, bukan sahaja Anwar harus meletakkan Saiful Bukhari di posisi yang membolehkan terjadinya liwat tetapi Anwar harus juga menggunakan kekuatan fizikalnya agar Saiful tidak memberontak, tidak mampun bergerak dan sebagainya. Tetapi yang nyata Anwar sebagai seorang datuk yang sudah menjangkau 60 tahun, untuk melakukan kedua-duanya pada masa yang sama adalah sesuatu yang mustahil.

    Nah, jadi bila Anwar konon-kononnya membuka seluar Saiful, melucutkannya sama sekali, kemudian mempaksanya berada di posisi fizikal yang diperlukan, menahannya dari memberontak / bergerak dan kemudian melakukan liwat ke atas Saiful, adakah Saiful senyap membisu dan tidak melawan membiarkan setiap proses ini berlaku tanpa sebarang tindakbalas ? Kenapa dia tidak memekik dan menjerit umpamanya, jikalau apa yang berlaku adalah merupakan satu paksaan ?

    Apatahlagi kerana , mengikut Saiful sendiri, perkara ini berlaku bukan sekali tapi 7 atau 8 kali. Kenapakah beliau tidak mengambil tindakan yang sewajarnya bila perkara ini pertama kali berlaku ? Kenapa sanggup menyerah diri sampai 7 hingga lapan kali ?

    Ini yang memeningkan kepala saya. Namun ini adalah sekadar berkongsi pendapat sahaja.

    Apa jua, sebagai seorang Muslim Singapura, yang begitu bangga dengan kejayaan Malaysia sejauh ini, saya berdoa agar kemelut yang mendatang ini tidak berpanjangan kerana akhirnya yang menjadi mangsa adalah orang Melayu nanti. Jikalau tiada perpaduan Melayu, dimanakah nanti letakkan martabat Islam di Malaysia ?

    Wassalam

    ReplyDelete
  17. Sumpah laknat 'senjata makan tuan'
    Aug 27, 08 2:18pm
    Sumpah laknat dalam isu liwat yang dimainkan oleh BN dengan rancak bagi menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim ibarat "senjata makan tuan", kata seorang pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM).

    Mengulas keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh semalam yang dimenangi dengan majoriti besar oleh penasihat PKR itu, Dr Sivamurugan Pandian dilaporkan berkata isu sumpah ditolak pengundi kerana "masyarakat kampung sudah muak dengan cerita seperti itu".

    Isu itu mula dimainkan melalui media dan ceramah BN apabila Mohd Saiful Bukhari Azlan secara mengejut berbuat demikian sehari sebelum penamaan calon pilihanraya kerusi parlimen itu 16 Ogos lalu.

    Rakaman acara bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan itu juga dilaporkan ditayangkan di bilik-bilik gerakan BN, selain ucapan-ucapan menyindir Anwar berhubung isu salah laku seks itu yang kini sudah dihadapkan di mahkamah.

    Selain faktor itu, lapor Bernama lagi, beberapa punca lain BN tewas lebih buruk semalam termasuklah kerjasama dalam pakatan BN, strategi media dan isu yang diketengahkan, serangan peribadi terhadap calon lawan serta faktor luaran yang menjejaskan rentak sokongan rakyat kepada gabungan 14 parti komponen itu.

    Anwar menang dengan majoriti 15,671 undi - peningkatan lebih 2,000 undi berbanding yang diperolehi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebanyak 13,388 pada pilihanraya umum Mac lepas.

    Sementara calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Mamat hilang wang pertaruhan apabila memungut hanya 92 undi.

    Menurut agensi berita itu, Dr Sivamurugan berkata jentera BN dilihat lambat "bangkit" untuk menangani kempen dan serangan pembangkang khususnya daripada PKR.

    Tambahnya, perebutan jawatan pemimpin Umno di bahagian Permatang Pauh yang tidak pernah berkesudahan membuatkan penduduk di kawasan itu bosan kerana merasakan hak dan keinginan mereka diketepikan.

    Ahli akademik USM menyarankan pemimpin BN mendengar suara hati rakyat dan apa yang mereka mahukan, dan bukannya memaksa kehendak mereka terhadap orang ramai.

    ReplyDelete
  18. Laungan takbir memecah kesunyian malam di kamar-kamar mahasiwa Malaysia di bumi Acheh, Indonesia malam 26 Ogos semalam. Berita kemenangan besar Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh mengalahkan calon Barisan Nasional dan calon bebas sudah dijangkakan oleh banyak pihak termasuk pemimpin UMNO sendiri yang tidak yakin mereka akan menang.


    Jumlah undi sebanyak 31,195 yang diraih oleh Anwar berbanding calon BN yang hanya mendapat 15,524 undi cukup untuk menutup keangkuhan Barisan Nasional yang mendabik dada bahawa mereka sahaja yang layak mentadbir negara, boleh memberi keamanan kepada rakyat dan menjaga kestabilan politik Malaysia.

    Sekitar pertengahan bulan Ogos yang lalu, Timbalan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Dato’ Seri Shahrizat Jalil telah mengeluarkan kenyataan dalam satu majlis di Pulau Pinang bahawa “ pilihanraya Permatang Pauh adalah satu jihad kerana kita menghadapi seorang individu yang bercita-cita tinggi mencapai impiannya dan kejayaan peribadi “. Kenyataan ini sudah tentu disasarkan kepada Anwar Ibrahim yang dianggap berjuang untuk kepentingan peribadi untuk menjadi Perdana Menteri.

    Hari pertama kenyataan ini keluar di dada akhbar, sebahagian besar rakyat Malaysia sudah tentu ketawa dan geli hati serta memaki hamun Shahrizat. Manakan tidak, seorang individu yang tidak berminat dengan Islam tiba-tiba boleh mengeluarkan ‘seruan jihad’ di Permatang Pauh. “ Hayya bil jihad ya ustazah Shahrizat “ ! Saya cukup yakin, pendokong gerakan Islam di Malaysia tentu masih mengingati dosa-dosa ‘ Mujahidah Shahrizat’ ini.

    Dalam isu tangkapan beberapa remaja wanita Melayu di kelab malam The Zouk di Jalan Ampang beberapa tahun yang lalu kerana terlibat dengan minuman keras dan seks, beliaulah yang menjadi pembela terkehadapan sehingga sanggup memaki hamun penguatkuasa JAWI. Tatkala, timbul isu IFC dan murtad, beliaulah yang menjadi pembela dengan alasan hak asasi manusia. Dengan aurat yang terdedah, dada yang tidak dipelihara dan rambut yang terbuka, beliau sanggup melaungkan ‘jihad’ ?

    Benarlah firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 44 : “ adakah kamu memerintahkan manusia melakukan kebaikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca Al-Kitab. Adakah kamu tidak beraqal ? “

    Dengan gabungan padu Shahrizat dan Dato’ Najib, serangan peluru berpandu dilancarkan dengan kelajuan yang sangat tinggi menyerang Anwar. Bermula dengan isu liwat meliwat, agen negara asing, pengkhianat negara, membahayakan bangsa Melayu dan sebagainya. Saya bukanlah penyokong fanatik Dato’ Seri Anwar sehingga membelanya melampau-lampau.

    Tapi isunya adalah masalah fitnah dan sumpah menyumpah sehingga mempermainkan agama tidak ditakuti sedikitpun oleh pemimpin UMNO mengenai natijah yang bakal mereka terima.

    Alhamdulillah, kejahatan pasti akan terzahir juga .‘Imam’ Ramlang Porigi akhirnya dengan penuh perasaan bertanggungjawab mengakui bahawa beliau dipaksa untuk menjadi saksi di dalam majlis ‘sumpah mubahalah’ dari Saiful walaupun dia bukanlah imam masjid wilayah seperti yang digembar gemburkan oleh media. Adegan sumpah menyumpah berlanjutan sehingga Dato’ Najib turut serta menjadi pelakon utamanya.

    Dengan menyebut nama Allah, beliau mengaku dihadapan jama’ah masjid di Permatang Pauh bahawa dia tidak mengenali Altantuya. Najib oh Najib…rakyat Malaysia sedang menunggu gambar kamu dengan Altantuya di Paris terkeluar seperti yang diakui oleh sepupu Altantuya, Amy. Tahniah Dato' Seri Anwar. Jangan lupa, jutaan manusia mengharapkan anda dapat menyelamatkan Islam di Malaysia dan berusaha ke arah pelaksanaannya. Selamat Islam, maka bangsa dan negara akan selamat ! Yakinlah.


    Dari http://arruhuljadid86.blogspot.com/
    "

    ReplyDelete
  19. akar umbi umno, anda ditipu bulat2 oleh pemimpin umno pengkhianat bangsa yg korup!!!!

    ReplyDelete
  20. tertarik dengan persoalan dan hujah mat neutral (neutral sgt ke?) ttg kaedah saiful diliwat oleh anwar. tapi yang pasti tiada satu pun komentar menafikan atau mengatakan anwar tidak meliwat. seolah2 semua penyokong pkr mengakui jauh di sudut hati mmg anwar melakukan liwat. cuma masih nak meluruskan bulu yang bengkok. mubahalah jgn dibuat main. surah al-imran ayat 61 juga mengesahkannya. wallahualam.

    ReplyDelete
  21. Wei bangsat PKR sekalian!!!! pengkhianat bangsa , kau orang tau x korang sekarang di tipu idup2.. Anuar guna duit haram untuk taja korang semua .. Si sekutu israel ini memang nak kena bunuh dgn aku tau ... BAruah punya anuar.. aku nak tanya mana die dpt duit banyak utk berkempen die permatang pauh haa?? kalau bukan dari israel dan CIA ??? Ya Allah , kau buka lah pintu hati2 bangsa MELAYU utk berfikir dgn waras.. Kalau anuar tue baik sangat apasal die takut sangat nak bersumpah?? Korang yang pengkhianat bangsa nie pikir la bersumpah dgn nama Allah tue mana boleh di manipulasikan kecuali anuar sendiri suruh org2 die manipulasikan sumpah tersebut , anuar kan banyak duit haram dan mampu untuk taja korang semua, dan lagi satu waktu die dalam penjara takkan die bleh buat direct selling sampai bleh dpt berjuta2 dan mampu taja korang semua yang pengkhianat bangsa.... nak di banding kan korang punya parti (PKR) lagi korup berbanding umno...kau (sepupu jebat) agaknya same dgn anuar silap2 ader pertalian tp yang pasti persamaan korang berdua ialah PENGKHIANAT BANGSA TAU TAK............. pasal apa lagi korang nak sebut?? pasal KORUP, kalau korang nak tau waktu kat permatang pauh anuar siap tawar lagi sape2 pengundi BN yang keluar dan masuk parti CIA dgn Israel ni (PKR) die akan bagi rm300dan siap undi die lg... wei sepupu jebat , kau nak tgk bangsa melayu tergadai x??? kalau nak tgk, tgk kat palestin tu haa, bukan tergadai dah siap hampir nak terkubur tau x?? BUNUH KAU (sepupu jebat) DGN ANUAR TANPA BELAS KASIHAN... Jaga baik kau ,, anuar tue ader dalam pengawasan aku .. hehehe.. MATI KAU ANUAR

    ReplyDelete
  22. umno memang bangsat dan sial!!!!dah berkarat. anda semua golongan minoriti yg bodoh. sempit betul!!!berdumpah laknat utk poket. Tahniah wirawati anda uncle pet dan saiful anak ikan, merekalah pejuang sebenar UMNO part tipu melayu!!!!!!(jd ketua bahaguian dah dapat banyak projek)

    ReplyDelete
  23. masa nuar sodomi dlm umno dulu taukah anda berapa byk korup yg dia dah buat. kalo baru skrg nak folow atau ikut nuar sodomi tu mmg tak kan paham. tapi kalo korang betul2 kaji dan ikut nuar masa 16 tahun dia dlm umno dulu...baru korang tau siapa setan bertopengkan manusia yg sorang ni.
    hati org pkr ni dah hitam sbb makan duit haram nuar. sbb tu takleh terima petunjuk. malanglah melayu mcm depa2 yg agungkan ahli parlimen permatang pauh melayang nih.

    ReplyDelete
  24. den ghaso kau mati nnt cmno la yo. xdapek den mmbayangkan. ilmu agamo kurang tp msih nk berbicaro psal agamo. 2 yg jd munafik tue. bicaro agamo atas logik. semogo kito sumo dikurnai rahmat dan hidayah dr Allah S.W.T.

    ReplyDelete
  25. ano 12.41pm ateh ni citor pasal sapo?

    ReplyDelete
  26. Kenapa sanggup mencari dosa dengan mereka-mreka apa yang tidak ada hanya kerana benci kepada DSAI? Melalui artikel ini saya dapati akibat terlalu dendam dengan DSAI, lintasan iblis dianggap sebagai benar.. sudahlah, tidak ada faedahnya mereka cipta sesuatu yang tidak ada hanya untuk memuaskan nafsu serakah sendiri. Apakah anda tidak yakin bahawa balasan syurga dan neraka itu benar? Apakan anda tidak percaya akan azab kubur?

    Hentikanlah fitnah ini. Pak Lah dan Najib pun tidak boleh memberi syafaat di akhirat kelak. Polis dan FRU tidak dapat menyelamatkan anda dari siksaan di akhirat.

    Apak anda sudah merasa puas dengan cerita rekaan yang anda tulis ini???? Bahkan saya fikir hati anda semakin sakit kerana anda sendiri tahu apa yang anda tulis ini hanya satu rekaan. Bertaubatlah, ambillah kesempatan di bulan Ramadhan yang mulia ini untuk menambah amal ibadah kepada Allah.... itu lebih berfaedah.

    ReplyDelete
  27. Salam keriskontot.

    Pertamanya saya berharap hanya keris anda sahaja yg kontot, tidak benda lain. :)

    Keduanya asas blog ini ialah call a spade a spade. maknanya kami cuba utk mengetengahkan sesuatu itu sebenar2 mungkin dgn fakta. Jadi terpulanglah kepada semua viewer kami jika menganggap bahawa artikel ini atau artikel lainnya adalah rekaan. InsyaAllah segala sumber kami adalah benar dan tulen.

    Demi perjuangan mendaulatkan Islam dan hak Melayu utk terus kekal di bumi Malaysia sampai bila2...hati kami tidak akan sakit bak kata keriskontot.

    Berpesan2 dengan kebenaran dan berpesan2 dengan kesabaran. Wallahualam.

    ReplyDelete
  28. kahkahkah
    takyah reka citer la..
    byk fakta ko tak masukkan..
    konon ikut fakta dan citer
    tulen...
    lawak2..sian aku nengok korang nih
    tapi takper nanti ada la orang percaya ngan skrip korang nih!

    ReplyDelete
  29. wei ano 4.49pm kek ateh ni. jgn golak yor kojo. kok ko kato ado fakta yg tak di masukan dek si paneh ni, ko bgtau la kitorg nih. bole kongsi. jgn golak cam setan yor tau. kok handal na ko tau pasal fakta bgtau kek sini. jgn cakap je lebih. setakat nak tergolak je, bdk spastik pun leh golak cam ko. jom cari kebenaran. ko bagi plak fakta ko.

    ReplyDelete
  30. org umno ni memang takder cita lain liwat lewat luat lawat hahahaha..

    Org Permatang Pauh dah tolak skrip ni.

    Cuba lagi ek!!!

    ReplyDelete
  31. Tuan guru Nik Aziz, Dr Harun din pun x percaya liwat tu,ko percaya no...isshh..isshh.. kesian kt ko ni

    ReplyDelete
  32. nik aziz ngan harun din tak percaya nuar liwat sepol ke atau sepol liwat nuar? tak caya liwat? kenapa harun din cuma persoalkan angkat sumpah si sepol je? kenapa dia tak ajar sepol cara sumpah yg dia rasa btul kalo tau sepol buat tak betol. dan yg paling penting kenapa tak persoalkan nuar yg langsung taknak bersumpah tu?
    sian pkr...baru skrg konal si nuar, dah bela bermati2an. sian...

    p/s: dalam masa 2 bulan atau tak sampai setahun...bak kata ulama' syiah. kito tunggu yolah...!

    ReplyDelete
  33. mungkin lagu ini boleh membantu cereka dalam blog ini

    http://www.youtube.com/watch?v=cETNmdfO7wI

    ReplyDelete
  34. nik aziz ngan harun din tak percaya nuar liwat sepol ke atau sepol liwat nuar? tak caya liwat? kenapa harun din cuma persoalkan angkat sumpah si sepol je? kenapa dia tak ajar sepol cara sumpah yg dia rasa btul kalo tau sepol buat tak betol. dan yg paling penting kenapa tak persoalkan nuar yg langsung taknak bersumpah tu?
    sian pkr...baru skrg konal si nuar, dah bela bermati2an. sian...

    p/s: dalam masa 2 bulan atau tak sampai setahun...bak kata ulama' syiah. kito tunggu yolah

    - si sepol melakukan sumpah secara underground dan tergesa2 di masjid wilayah, ye la kan esok tu penamaan calun, ustaz ramlang pon jadi bidan terjun, kalau difikirkan logik kalau betul saiful tu ikhlas, kenapa dia x pelawa harun din dan nik aziz jadi saksi? contohnya bagi surat kpd harun din utk jemput dia jadi saksi....

    upacara bersumpah pon dijalankan secara rakaman....
    tepuk dada tanya selera wahai org2 umno.

    ReplyDelete
  35. mano ko tau sumpah tu dilakukan tergesa2? bak kata pengarah jakim, "biarlah org yang banyak soal (pertikai mubahalah) tu, mereka lebih pandai".

    sonang cerita apa kata aku cadangkan ano 7.57pm dan semua penyokong pkr ni buat mubahalah mengatakan sepol tu tak benar. ko wakilkan utk nuar yg banyak alasan tu. ada brani?

    ReplyDelete
  36. Patutlah sakit hati benar kat polis dan geram benar kat TS Musa!

    ReplyDelete
  37. Melayu Takkan Hilang Di DuniaNovember 19, 2010 at 12:11 PM

    ko x paham pasal agama islam x yah cite laa kat sini...mubahalah tu x perlu pon..org yg suke mubahalah nie org suke membohong..kalau kau di pihak yg betol x perlu mubahalah...ckp dgn tegas yg kau x lakukan nyer...Allah ade...dia maha mengetahui...xyah saiko org cara cam nie..bodoh sgt editor nie aku nampak...ko cuba mengajak org lain terjun ke neraka sama2 dgn ko kan....

    ReplyDelete
  38. Melayu Takkan Hilang Di Dunia belajar agama tang mana? sekolah pasti ka? hang kata org yang suka mubahalah ni orang yg pembohong? kakaka. hang cakap bebaik sikit no. bahaya statement hang ni. ala2 iblis pun ada ni. ketentuan Allah dan sunnah nabi jangan diperlekeh. kot nanti bala nuaq tu pindah kat hang.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete