Friday, August 29, 2008

Karut Marut

Sebelum ini Shabery Chek mengatakan dia sanggup letak jawatan jika gagal dalam debatnya dengan Anwar. Kini Syed Hamid Albar pula mengatakan dia sedia letak jawatan berhubung perkara DNA yang entah apa alasannya. Ezam pula beri komen berhubung ahli2 PKR yang keluar parti bebas membuat keputusan untuk memilih mana2 parti. Nazri pula di parlimen kelmarin seolah2 mempertahankan Che Det yang selalu dihentamnya sebelum ini. Sebelum ni dia keluar kenyataan kemenangan PKR dah dijangka seolah2 menyerah sebelum berjuang. Macam tak yakin dengan parti dan calon sendiri. Dah la Paklah pulak lembam, dah habis pilihanraya baru nak marah. Sejak hari penamaan calon di Permatang Pauh sehingga hari mengundi, bermacam perkara telah berlaku, tapi baru semalam Paklah nak marah? Suko ko la Dolah...!

Apa pendirian Nazri sebenarnya? Adakah dia termasuk spesis lalang? Adakah Ezam sememangnya tidak yakin dengan UMNO sejak dulu lagi? Kenapa dia tak ajak ahli2 PKR yang keluar parti menyertai UMNO? Adakah Ezam masuk UMNO hanya untuk mengaburi mata rakyat? Tiada siapa boleh menafikan cara Ezam bercakap saling tak tumpah (sebijik) macam Brader Anwar Bin Ibrahim. Kenapa Shabery Chek dulu dan kini Syed Hamid Albar sibuk menyatakan kesanggupan meletak jawatan? Adakah mereka tidak yakin dengan diri sendiri atau tidak yakin dengan kepimpinan parti ataupun tidak lagi yakin dengan UMNO?

Mana pergi barisan Pemuda UMNO dan PEKIDA yang kononnya hebat tetapi tenggelam dengan keganasan ‘Team A’ di Permatang Pauh? Mana perginya kehebatan pencak Pemuda UMNO yang amat lantang lagi ampuh sebelum ini?

Che Det kata tidak mungkin Anwar akan berjaya membentuk kerajaan pada 16 September ini. Beliau menegaskan bahawa tidak mungkin 30 Ahli Parlimen yang diwar2kan melompat parti akan mempermainkan mandat rakyat yang telahpun diberi kepada mereka pada PRU Ke-12.

Che Det yang dikasihi, kami tidak risau tentang 30 ahli parlimen tersebut. Apa yang merisaukan kami ialah tentang kesetiaan parti2 komponen dalam UMNO. Apa jaminan mereka tidak akan keluar BN? Siapa yang tahu apa yang bermain di hati mereka? Che Det sendiri pernah menyatakan keraguan kepada ahli2 UMNO di Sabah sebelum ini. Walaupun kelmarin ahli2 parlimen BN Sabah dan Sarawak berikrar taat setia pada kepimpinan BN, namun siapakah yang boleh menafikan bahawa pemimpin2 parti komponen BN tidak ada sedikitpun keraguan terhadap kepimpinan Paklah? Kalau ahli UMNO sendiri tidak yakin dengan Paklah, apatah lagi mereka.

Pilihanraya kecil Permatang Pauh sudah berlalu. Walau apa jua isu atau perkara yang dijelaskan oleh kerajaan, rakyat masih menghantar isyarat yang sama. Malah majoriti sokongan terhadap PKR semakin meningkat di Permatang Pauh. Masihkah kepimpinan UMNO mahu menidakkan perkara ini? Walau apa juga yang diterangkan, rakyat sudah tidak mahu terima. Apakah langkah penyelesaian yang seterusnya?

Pilihanraya kecil di Permatang Pauh perlu dijadikan rujukan dan kajian terperinci. Bukannya mengkaji sejauh mana kekuatan Anwar serta Pakatan Rakyat ataupun mengkaji kenapa kemenangan Anwar di Permatang Pauh mendapat liputan meluas CNN, BBC dan media2 Israel. BN kena mengkaji sejauh mana kesetiaan ahli2 dan parti2 komponen mereka. Adakah ahli dan parti2 komponen benar2 berkempen bermati2an di Permatang Pauh? Berapa ramai jentera yang dihantar oleh parti komponen untuk membantu calon UMNO? Setakat mana sokongan orang2 cina sebagai ahli parti komponen dalam BN?

Ahli2 UMNO pula perlu difahami kehendak mereka. Tidak dinafikan ahli2 UMNO diperingkat bawahan kini merasa diri diketepikan. Akar umbi UMNO umpama ikan bilis yang tidak berdaya melunaskan hasrat mereka lantaran “ancaman” sang jerung perkasa yang megah di puncak kuasa iaitu pemimpin yang tidak mahu belajar dari pengalaman dan sejarah bangsa. Adakah rombakan besar2an perlu dilakukan segera dalam barisan kepimpinan UMNO termasuk presidennya?

Cina seperti yang kita sedia maklum adalah satu bangsa yang optimistik dan materialistik. Selagi sesuatu itu memberi faedah kepada mereka, mereka akan terus setia. Orang dahulu kala pula pernah memberi perumpamaan, jika jumpa ular dan keling di tengah jalan, maka bunuh keling dulu. Orang2 Melayu khususnya perlu berwaspada. Mungkinkah kita akan menjadi Singapura ke-2?

p/s: Ulama' mengingatkan, “Jika Allah menghendaki kemusnahan sesuatu kaum itu, maka akan diangkat-Nya dikalangan mereka, pemimpin yang zalim lagi menyesatkan”. Adakah ia akan terjadi di Malaysia?

9 comments:

  1. asslamualaikum....

    sempena menyambut ramadhan yang mulia ni... kembali kita mengingati Allah swt.. ikut suruhan tinggalkan larangan.. Muhasabah diri, tingkatkan keimanan.. Berdoa sepenuh hati minta kejayaan untuk MALAYSIA tercinta..

    p/s : berdoa mintak jumpa mlm lailatul qadar..

    ReplyDelete
  2. Salam KEMENANGAN buat Rakyat..
    Marilah menerima kenyataan bahawasanya negara sedang menuju ke era PERUBAHAN..
    Rakyat sdg menolak sesuatu yg LAPUK dan tdk mudah percaya dgan FITNAH..
    Let the "best brain" run this country..
    be end is goin to end..

    ReplyDelete
  3. p/s: Ulama' mengingatkan, “Jika Allah menghendaki kemusnahan sesuatu kaum itu, maka akan diangkat-Nya dikalangan mereka, pemimpin yang zalim lagi menyesatkan”. Adakah ia akan terjadi di Malaysia?


    -Ya. pemimpin UMNO yg korip dan hipokrit!

    ReplyDelete
  4. buat ano 11 pm,

    kalo betul umno mcm ko cakap, ko sbg bangsa melayu dah musnah ke? cakap biar dgn fakta.

    ReplyDelete
  5. kawan sedih jugak dgn apa yg berlaku keatas umno sekarang, tapi dah peringkat susah nak perbaiki,
    punca nya pemimpin2 yg banyak makan duit, kalau kita tgk umno diperingkat cawangan dan bahagian pon sama, susah nak cari mereka yg betul2 berjuang utk melayu, semua utk perut, (kecuali blogger paneh dan sekutu).ado idea x bai, camno nak pulihkan situasi ini?

    ya, saya setuju kemusnahan malaysia memang disebabkan oleh pemimpin2 yg tak perlu disebutkan namanya.

    ReplyDelete
  6. hehe...

    pemimpim zalim kat malaysia nie pon dah ramai yg diangkat....
    sudah la...
    korang nie tak mau terima hakikat yg UMNO tu zalim sebenarnya...

    ReplyDelete
  7. beri contoh pemimpin umno yg zalim di malaysia wahai ano? kok zalim agaknya dpt ke ko menulis kat blog nih menghina pemimpin umno kalo mereka zalim? kasi tunjuk sapa zalim.

    ReplyDelete
  8. ch pemimpin zalim: maha zalim (tun mahathirhaprak),

    kata nak masuk bil paklah mampos,

    tapi, dah dasar keturunan keling !!! hayya duduk surau sudahlah, rumah kata pergi kubur kata mari!!!!

    ReplyDelete
  9. apo ko merepek ni ano 6.15pm...poning den org kaki maki hamun nih. samo je dgn org kaki liwat.

    ReplyDelete