Friday, August 15, 2008

Perlukah Demonstrasi Mahasiswa?

Aku sebenarnya malas untuk menyentuh perihal cadangan Khalid Ibrahim berkenaan pemberian kuota 10% kepada bukan bumiputera di UiTM. Antara sebabnya ialah perkara ini telahpun mendapat perhatian ramai pihak seperti Menteri2, NGO, parti2 politik, VC UiTM, malahan PM sendiri sudah memberi komen dan menyuarakan bantahan. Aku merasakan ia sudahpun memadai jika PM sendiri prihatin berkenaan perkara ini. Namun beberapa siri demonstrasi yang dilakukan oleh mahasiswa UiTM beberapa hari ini telah mengundang persoalan.

Persoalan aku ialah apa perlunya lagi mahasiswa UiTM ini berdemonstrasi? Kenapa demonstrasi ini dibiarkan berlarutan? Walaupun cadangan Khalid (dikatakan cadangan DAP) kelihatan menyentuh hak Melayu/Bumiputera di negara ini, tapi semua sedia maklum bahawa MB Selangor itu tidak mampu berbuat apa2 terutama apabila cadangan itu telahpun ditangkis oleh menteri2 berkaitan. Aku ragu2 dengan 'restu' yang diberikan kepada mahasiswa UiTM ini untuk berdemonstrasi. Bermula di UiTM Shah Alam, kemudiannya di UiTM Machang dan terbaru hari ini di UiTM Arau; beribu2 pelajar telah keluar berdemonstrasi.

Adakah mahasiswa2 ini mengambil kesempatan untuk berdemonstrasi kerana sebelum ini mereka tidak mempunyai sebab untuk melakukan sedemikian? Tidakkah mahasiswa2 ini sedar akan kemungkinan mereka hanya diperalatkan? Adakah 'suara ghaib' yang sengaja menghasut mahasiswa2 ini untuk keluar berdemonstrasi? Apakah natijahnya kepada negara jika keadaan ini dibiarkan berterusan dan seolah2 perlakuan demonstrasi adalah sesuatu yang diwajarkan? Siapakah yang membawa budaya demonstrasi dikalangan mahasiswa ini?

Aku harap demonstrasi mahasiswa terutama yang melibatkan Melayu ini dihentikan segera sebelum ia menjadi budaya yang sukar dibendung pada masa hadapan. Kita harus berhati2 dalam setiap tindakan kita ketika ini kerana musuh pasti akan mengambil kesempatan jika kita berterusan alpa. Menteri Pengajian Tinggi perlu menghentikan demonstrasi ini dengan segera kerana kita tidak mahu kerajaan dilihat seolah menyokong perbuatan seumpama ini. Buat mahasiswa UiTM, hentikanlah berdemonstrasi dan belajarlah bersungguh2 sehingga memperolehi kejayaan cemerlang demi membuktikan bahawa orang2 Melayu juga setanding dengan bangsa2 lain di dunia.

p/s: Ada beberapa nama dalang yang bermain di fikiran.

5 comments:

  1. Dah hak dan kepentingan nak dirampas dan dibeloti, masih takut demonstrasi?

    Kalau dah perlu perang, macam mana pulak?

    Kena beza retorik dan realiti ... hoi!

    Dah masa berjihad, kepala orang pun patut penggal la ...

    Bengapnya.

    ReplyDelete
  2. rileks nasionalis.Jangan terbawa2 sangat dengan emosi tu. Dah terbukti mereka tak boleh nak buat apa. So buat apa kita nak ambil tindakan yang sia2. Hanya menampakkan kebengapan kita sendiri nanti...

    Lagipun tugas budak2 tu kan belajar, yang kecoh sangat nak buat demo lebih2 ni pasai apa? tak cukup2 lagi ke yang 10ribu orng buat baru ni kat shah alam. Dah cukup dah rasanya.

    ReplyDelete
  3. Rasanye mesej dah pun sampai kpd MB Selangor dan juak2nya.

    p/s: Beliau masih taknak minta maaf kepada bangsa sendiri... Mungkin takde rasa bersalah atas kenyataan beliau hari tu kot.

    ReplyDelete
  4. aku setuju ngan sojuk kat atas ni...
    setahu aku orang2 yang suka berdemo ni anwar ibrahim ngan hindraf je...apa ke jadah nya kita nak suh generasi muda kita terikut2 ngan budaya songsang ni? Lagi tunjuk kita ni bengap ader la...

    Melainkan nasionalis kat atas ni memang org yg suka berdemo dan takde keja lain nak buat...

    Agak2 la wei kalo nak berdemo pon!!! Budak2 uitm ni seronok la boleh gi berdemo...tak payah pergi kelas kan???

    Elok la tu semaikan budaya orang2 desperate...tak ke bengap namanya tu????

    ReplyDelete
  5. demonstrasi mmg tak perlu pun
    yg kita nak graduan yg berkualiti
    dan pemimpin yg bersih

    kalo nak buat demo,
    buat la tpi jgn sampai ganggu pelajaran or menggannggu ketenteraman awam

    tpi yg peliknya ade org kuat buat demo tpi daftar pengundi pun tak
    mcm mana la suara ko nak kedengaran kalo ko tak daftar undi

    ReplyDelete