Thursday, September 11, 2008

Aku Melayu Islam

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. Tiada Tuhan Yang ku sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Tiada apa yang dapat ku ucapkan melainkan syukur Alhamdulilah kepada-Mu ya Allah, dengan Izin dan kurnia-Mu aku masih lagi dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Assalamualaikum w.b.t

Lahirnya aku ke dunia ini sebagai seorang LELAKI, beragama ISLAM, berbangsa Melayu, di bumi Malaysia semuanya kehendak-Mu, Ya Allah. Tidak Kau jadikan aku untuk sesuatu yang sia-sia ya Allah. Setiap kejadian-Mu ada hikmah di sebaliknya Ya Allah. Kau jua yang Maha Mengetahui segalanya.

Bagiku Islam satu persaudaraan, Islam membentuk perpaduan buktinya sebelum kedatangan Islam di Tanah Arab kehidupan Arab Jahiliah sangat tidak bertamadun dan berpuak-puak. Sehinggalah lahirnya kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w yang membawa ajaran Islam sehingga terbentuklah satu tamadun Islam yang terhebat.

Pada pemikiranku, Allah tidak menyuruh menghapuskan sesuatu bangsa tetapi menjadikan ISLAM sebagai satu medium untuk menyatukannya. Cuba kita renung dan fahami maksud ayat
13 Surah Al-Hujarat;

Maksudnya,

“Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari seorang laki-laki seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Dalam ayat ini sesungguhnya Allah menjadikan Manusia ini berbangsa-bangsa. Kenapa? Bagiku hanya satu, supaya kamu saling kenal-mengenal, dapat memahami sesuatu bangsa bukan menindas sesama bangsa.

Aku percaya, tak mungkin Allah menyuruh AKU BERDIAM DIRI JIKA BANGSAKU DIHINA, BANGSAKU DICACI, MARUAH BANGSAKU DIPIJAK-PIJAK. Aku percaya kita mesti melawan. Tetapi melawan yang macam mana? Islam mengajar kita harmoni mengajak kepada pendamaian. Yang ada sekarang hanya satu laptop untuk aku menulis.

Kepada semua yang sebangsa dengan ku, hentikanlah sengketa sesama kita. Terimalah semuanya sebagai satu Qada' dan Qadar. Sesuatu penyakit atau musibah itu adalah satu ujian Allah untuk hambanya yang taat mengingati-Nya. Ingatlah, walau apapun terjadi, kiblat kita hanyalah satu, akidah kita adalah satu.

CUKUPLAH...! KEPADA BANGSA LAIN SELAIN BANGSA MELAYU ISLAM...TOLONGLAH HORMATI KAMI...PRIBUMI TANAH MELAYU...AKU MERAYU KEPADA KAMU SEMUA DENGAN PENUH RASA HORMAT, HENTIKAN MENGHINA BANGSAKU DI TANAH AIRKU INI...!

PEPATAH ORANG MELAYU, AIR YANG TENANG JANGAN DISANGKA TIADA BUAYA. JANGAN SENGAJA DIJOLOK SARANG TEBUAN, JIKALAU TERJOLOK BURUK PADAHNYA.

Wallahualam.

6 comments:

  1. Bangsa lain? melayu hina cina, cina pun hina melayu...bukan ker 2x5 jer tu wahai manusia?

    salah ker kami yg bukan sebangsa dgn kamu lahir di dunia ini?
    salah tuhan kah? jadilah seorg yg professional. sy sarankan anda baca link bawah ni:
    http://kudaranggi.blogspot.com/2008/09/antara-pendatang-dan-penumpang.html

    ReplyDelete
  2. kalau salah pegangan memang la hancur.. kenapa pemimpin pun kena takut?

    ReplyDelete
  3. sudah2 la tu wahai rakyat sekelian...kalau pemimpin2 umno,mca,mic,dap,pas dan pkr bodoh, takkan kita rakyat pun nak turut bodoh...

    kita yang tentukan nasib mereka tu semua...ini negara demokrasi...kuasa ditangan kita...kita gulingkan semua pemimpin yg ada sekarang...angkat pemimpin baru...yang berjiwa rakyat...muda namun memahami perjuangan sebuah negara bangsa...

    mari kita semua angkat mukhriz!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. buat kudaranggi.............!
    Ya... benar apa yang ko kata... tapi jangan lupa konsep penghijrahan dalam alam "Tamadun Melayu Islam" dan Konsep "Nusantara" Melayu "penumpang" berhijrah dalam alam melayu sendiri... org bukan melayu dari alam tamadun lain sememangnya "menumpang"... bahasa melayu menerima nasib spt hari ini adalah kerana kebanyakan org melayu tak faham konsep "menumpang" ini..

    ReplyDelete
  5. salam..

    marah benar ano 3.03 di atas tu nampaknya... maaflah kalau tuan tak sebangsa dgn aku.. tak ada pulak aku katakan yang tuan salah lahir di dunia ini.. cuma aku hanya mahu kita yang berlainan bangsa ini supaya jangan la asyik menghina sesama bangsa... ayat13 surah Al-Hujarat membawa maksud setiap bangsa ni untuk saling kenal mengenali bukan nak musuh memusuhi.. apo ko payah bona nak bagi paham ni.. baco doa penorang hati dulu yo.. dan aku mengajak semua yang sebangsa dengan aku untuk bersatu.. salah ke aku???

    masaalah kalau baca artikel dengan hati yang sakit.. banyakkan minum air zam-zam baru toghang hati tu sikit..

    kalau ikut artikel yang tuan suruh aku bace tu... tuan lah pendatang aku tak.... baco balik post lamo-lamo dalam blog ni balik.. maleh la nak cerito banyak kali.... heheheheh jagan marah-marah kang pahalo poso kok tinggal sikit yo...

    p/s
    sapo ano 3.03 ni?? den nak kona la... kok boleh nak den poluk ha....

    ReplyDelete
  6. kalo ikut artikel syed imran pasal pendatang/penumpang dlm kudaranggi ni, nampak sgt mamat ni tak kaji sejarah secara mendalam. sesia je jadi ex wartawan bernama.

    ReplyDelete