Saturday, September 27, 2008

Jejak Andalusia - The Great Caliphate of Cordova

Pada kurun ke-10 iaitu pada tahun 912 Masihi (300 Hijrah), telah bermulanya era pemerintahan individu yang bergelar 'An-Nasir' iaitu Yang Membela di bumi Andalusia. Baginda merupakan khalifah pertama yang memerintah Andalusia dari Bani Umaiyah yang turut digelar oleh sarjana barat sebagai “The Great Caliphate of Cordova”. Namanya adalah Abdul Rahman III dan dianggap sebagai raja oleh rakyat Andalusia yang turut menggelarkan baginda dengan nama Abdul Rahman Al-Andalus. Beliau merupakan antara pemerintah Islam yang paling lama di Andalusia iaitu memerintah selama 50 tahun.

Sebelum zaman pemerintahan Abdul Rahman III, Andalusia ditadbir oleh Abdullah bin Muhammad yang mula memerintah pada 888 Masihi (275 Hijrah) dengan memakai gelaran Amir dari kerajaan Bani Umaiyah. Pada zaman Abdullah bin Muhammad ini, umat Islam telah kembali bergolak akibat perebutan kuasa. Setiap kota dan negeri kebanyakannya berpecah dan ditadbir oleh pemerintah masing-masing. Akibat perpecahan itu, orang Kristian Sepanyol dari penempatan yang wujud di kawasan pendalaman dan pergunungan di Andalusia terutamanya Barcelona (pada asalnya adalah kerajaan Kristian yang kecil sahaja) telah mengambil kesempatan untuk memerdekakan diri mereka daripada kekuasaan Islam. Kejayaan besar orang Kristian pada masa itu ialah, mereka berjaya menakluk kembali sebahagian besar daerah Catalonia yang berada dibawah pemerintahan Islam. (Situasi itu kini hampir sama seperti di Malaysia apabila orang Islam berseteru sesama sendiri, akhirnya Pulau Pinang, Perak dan Selangor jatuh ke dalam kekuasaan kaum Cina. Orang Islam hanya jadi pak turut di 3 buah negeri tersebut).

Namun sebaik sahaja Abdul Rahman III memerintah, baginda telah menghapuskan segala pemberontakan dan perselisihan serta menyatukan kembali umat Islam yang berpecah. Kecerdikan dan keberanian baginda bukan saja menimbulkan rasa gerun kepada musuh, malah dihormati dan dikagumi oleh para pemimpin Islam pada masa itu. Baginda memerangi panglima-panglima perang Sepanyol dan raja-raja Eropah yang lain sehingga mereka semua tunduk di bawah kekuasaan Islam. Banyak utusan dan hadiah dihantar kepada Abdul Rahman III oleh raja-raja Eropah bagi tujuan perdamaian dan akur kepada pemerintahan Islam. Atas penghormatan yang diberikan, beliau kemudiannya memperolehi bai’at daripada para pemimpin Islam dengan menabalkannya sebagai Khalifah dengan memakai gelaran Amirul Mukminin yang ternyata bersesuaian dengan kehebatan dan kedaulatannya ketika itu.

Zaman pemerintahan Abdul Rahman III digambarkan sebagai “The Golden Age of Al-Andalus” oleh para sarjana barat kerana kehebatan Abdul Rahman III membina sebuah ketamadunan yang luar biasa di Andalusia. Takut dan gerunnya bangsa Eropah terhadap umat Islam pada masa itu bukan hanya disebabkan kekuatan tentera yang mereka miliki, tetapi juga disebabkan ilmu pengetahuan umat Islam yang sangat hebat. Tiada agama di dunia yang meletakkan ilmu pengetahuan sebagai keutamaan; hanya Islam yang meletakkan ilmu itu ke suatu tahap yang tinggi. Wahyu pertama yang turun juga adalah Iqra’ yakni ‘bacalah’ bagi menunjukkan pentingnya kewajipan menuntut ilmu itu di dalam Islam.

Pada zaman Abdul Rahman III, banyak kelas-kelas pengajian, dewan-dewan kuliah, makmal, kedai buku dan perpustakaan dibina. Pada ketika itu terdapat lebih 70 buah perpustakaan besar di Andalusia dan untuk sebuah perpustakaan saja terdapat lebih 600,000 manuskrip dalam pelbagai disiplin ilmu. Antara ilmu yang dikaji oleh sarjana-sarjana Islam pada ketika itu ialah medicine, astrology, astronomy, pharmacology, psychology, physiology, zoology, biology, botany, mineralogy, optics, chemistry, physics, mathematics, algebra, geometry, trigonometry, mucis, meteorology, geography, mechanics, hydrostatics, navigation dan history. Semua buku dalam pelbagai bidang ini disusun bersebelahan dengan buku-buku agama kerana menganggap Al-Quran itu sendiri adalah sains. Ia bertujuan memudahkan umat Islam mempelajari ilmu-ilmu lain tanpa meminggirkan asas agama mereka sendiri. (Perpustakaan yang terdapat di Malaysia, susun atur buku-buku agama diasingkan daripada buku-buku ilmiah yang lain).

Kehebatan para ilmuan Islam pada zaman pemerintahan Abdul Rahman III bukan sahaja telah mengundang kehadiran ramai umat Islam dari seluruh pelosok dunia, bahkan kaum Yahudi dan Nasrani juga turut merantau ke bumi Andalusia. Kebanyakan mereka datang dari luar negara seperti Portugal, Perancis, England, Rom, Parsi dan serata Eropah. Mereka merantau jauh semata-mata untuk melutut di kaki sarjana Islam demi menimba ilmu falsafah, sains dan perubatan. Penduduk Eropah ketika itu berada dalam zaman gelap (dark ages) dan penduduknya masih lagi tidak mengenali apa itu kertas sedangkan semua perkara berkaitan pentadbiran, perdagangan dan ilmu yang terdapat di Andalusia telahpun menggunakan kertas. Kebijasanaan sarjana dan ilmuan Islam ketika itu juga menyebabkan Andalusia amat terkenal dengan seni (sajak, puisi, syair, lukisan, lagu, teater dsb), rangkaian perdagangan, ilmu saintifik dan senibina yang indah.

Andalusia turut dikunjungi disebabkan pentadbiran kerajaan Islam yang adil dan saksama serta amat bertoleransi terhadap penganut agama lain sehinggakan ia digambarkan sebagai “negara yang penuh dengan imaginasi yang indah”. Bangsa Yahudi dan Kristian hidup dalam aman dan harmoni di bawah pemerintahan Islam di Andalusia sedangkan negara Eropah lainnya masih tidak kenal erti toleransi. (Bukankah pentadbiran kerajaan Malaysia ketika ini juga membolehkan penganut agama lain hidup dalam keadaan aman dan harmoni? Apa lagi yang dimahukan oleh kaum lain?) Eropah ketika itu sering menindas penganut agama selain agama Kristian, termasuklah bangsa Yahudi dan sering memaksa rakyatnya untuk menganut agama Kristian. (Sehingga kini masyarakat barat tidak faham makna toleransi kerana sering menindas umat Islam).

Cordova sebagai pusat pemerintahan Islam pada masa itu telahpun memiliki 113,000 buah rumah, 700 masjid, 21 buah taman perumahan pinggir bandar, taman-taman bunga, tandas-tandas awam, laluan pejalan kaki, jalan raya yang dibuat daripada jubin dan batuan konkrit serta 300 tempat mandi awam (kolam renang, spa, jakuzi dsb). (Bayangkan taman-taman di Malaysia kini seperti yang terdapat di Seremban, Putrajaya, Shah Alam, JB, Melaka dan sebagainya sudah wujud lama di Andalusia ketika itu).

Segala yang terdapat di Cordova, turut dibina di kota-kota lain di Andalusia seperti Toledo, Sevilla, Velencia, Granada, Malaga, Marcia dan sebagainya. Balkoni rumah mereka dibuat daripada batu marmar yang sesuai digunakan semasa musim panas dan lantainya diperbuat daripada mosaic (bentuk atau corak yang dibuat dengan cantuman kepingan batu) yang bersesuaian untuk kegunaan musim sejuk. Taman-taman di sekeliling rumah mereka pula dihiasi dengan air pancut buatan dan bunga-bunga orkid. Sedangkan bangsa Eropah ketika itu hanya tahu menggunakan jerami untuk menutup kekotoran yang terdapat dilantai rumah mereka yang diperbuat daripada kayu. Begitulah majunya umat Islam di Andalusia berbanding negara Eropah yang lain. Semua ini adalah hasil kebijaksanaan Abdul Rahman III yang amat membudayakan ilmu pengetahuan dan pelaksanaan pentadbiran yang adil dan saksama sebagaimana tuntutan Islam. (Tidakkah keadaan di Andalusia ketika itu sama seperti di Malaysia kini?)

Dalam bahagian seterusnya, saya akan membincangkan mengenai bermulanya bibit-bibit kehancuran kerajaan Islam di Andalusia.

p/s: Abdul Rahman III ni ada macam Che Det ka?

3 comments:

  1. Salam,

    Janganlah taksub sangat....bukan aku tak sayangkan Malaysia...tapi jauh bezanya & malu rasanya untuk membandingkan Malaysia dgn Andalusia. Mungkin dari segi frasana & infrastruktur, adalah sikit-sikit persamaaan...tapi cuba bandingkan pembangunan rohani & spiritual. Confirm tak terbanding....

    Satu lagi, sama ka Abdul Rahman & Che Det...adusss...macam compare power horse Ferrari dgn Kancil???

    Sorry to say....tapi kalau sayang pun, jgn la sampai taksub cam ni sekali...

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. apa pulak yang taksubnya. aku rasa ano kat atas ni tak faham apa yg tersirat drpd cerita paneh ni. dia bukan nak suruh org bandingkan andalusia dgn malaysia. dia cuba nak bagi kita faham akan kepentingan sebuah negara. tggu la dulu habis cerita ni. mesti ada lagi yg menarik. betul tak paneh?
    tapi aku rasa che det ada skit persamaan dgn abdul rahman III.

    ReplyDelete
  3. dalam ilusi proses untuk mematangkan diri.

    ReplyDelete