Saturday, September 6, 2008

Lompek...Jangan Tak Lompek

``Saya pastikan 16 September tidak akan berlaku’’ – Abdullah

05/09/2008 6:21pm


Wahai Paklah yang dikasihi,

Sey dongar 5-6 orang MPs Sabah dah ready nak lompek parti. Orang2 KeAdilan bersungguh2 na konpom an' yang MPs Terengganu pasti akan melompek...kok tak silap jumlah eh 4 orang. Pahang pun dah sahkan (orang KeAdilan la yang sahkan), ado MPs yang suko lompek. Agak eh sobab tu la ramai MPs terutama dari Sabah dan Sarawak taknak sain akujanji setio dgn BN ari tu. Bukan taknak setio ngan BN sebonaeh, tapi taknak setio dgn Paklah.

Paklah, tak guno kalo buek sekreteriat baru pun dalam UMNO utk merungkai masalah sekarang ni. Masalah utamo eh Paklah tu yor yang tak paham2 laie. Sey punyo cadangan...mcmano Paklah nak pastikan 16 September tak akan berlaku iolah, PAKLAH LOTAK JAWATAN SEKARANG GAK! Konpem Brader Anwar Bin Ibrahim dah takdo modal laie. Masalah eh, brani ko Paklah buek?

Buek orang2 UMNO Bahagian yang bakal calonkan sesapo utk pemilihan MT UMNO terutamo eh jawatan Presiden bln Disember ni, kek sini sey nak tujukan kato2 yang selalu Brader Anwar Bin Ibrahim guno dalam ceramahnya...

"....hanya yang aku mahu ialah melakukan islah (reformasi) dengan segenap daya dan upaya". Ikhtiar menjalani, untung menyudahi, manusia mengikhtiarkan, Allah mentakdirkan.

Brader Anwar Bin Ibrahim ni selalu potik Surah Hud Ayat 88 dalam ucapan2 beliau. Terjemahan ponuh eh kek bawah nih;

"Nabi Syuaib berkata: “Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika aku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, dan Ia pula mengurniakan daku pangkat Nabi sebagai pemberian daripadaNya, (patutkah aku berdiam diri dari melarang kamu) sedang aku tidak bertujuan hendak melakukan sesuatu yang aku melarang kamu daripada melakukannya? Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali". (Surah Hud, Ayat 88)

Dan buek Brader Anwar Bin Ibrahim, sey pon nak bacokan surah nih;

Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: “Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta”. (Surah A-li ‘Imraan, Ayat 61)

p/s:"Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."

13 comments:

  1. kalau betul anwar jd PM 16 sept 08, agak2 org umno nak buat & kata apa kat pak lah? Kami tetap berdiri dibelakang pak lah??!! Atau..

    ReplyDelete
  2. aku tunggu je drama politik ni nak jd ape..

    ReplyDelete
  3. org ano tgk melopong yolah...hahahahaha...idup anwar!!!!!

    ReplyDelete
  4. orang umno yg nak lompek kek terengganu dgn pahang tu. sapo lak yg tinggal laie nak berdiri belakang paklah.

    ReplyDelete
  5. dia orang dok berdrama...rakyat dok menanggung derita...

    ReplyDelete
  6. Tapi jgn bagi anwar berdiri di belakang pak lah..lain jadinyer kang.

    Cheers!

    ReplyDelete
  7. kalo ikut resmi nuar skrg ni, sesapa pun dia sondol nak dapatkan kuasa.

    ReplyDelete
  8. abis, kalo paklah letak jawatan sapolak nak jadi pm. najib pun banyak skandal. sumpah tak pakai. nanti jadi sesumpah

    ReplyDelete
  9. " TEAM MUKRIZ " dare to change bro

    ReplyDelete
  10. gua sokong mukhriz!!!!!

    ReplyDelete
  11. Agree... Mukhriz takde isu panas sejak dulu, sama ada psl kronisme atau kaitan dgn mana2 artis.

    Satu kesilapan (atau kelebihan) yg ada pd dia ada berani bersuara, walau terhadap P'Lah sekalipun. Calon yg paling sesuai, cuma jgn kena pancung kt sesapa yg rasa terancam je.

    ReplyDelete
  12. majoriti rakyat dah pilih Pak Lah jadi PM... melalui sistem. kejap2 nak tukar... kata nak naik Najib... kejap nak naik Anwar...
    nanti orang gelak kat cucu cicit Sang Sapurba ni...
    muka diconteng arang arang pun masih gaduh sesama sendiri...
    "Sama rata tak semestinya adil"

    ReplyDelete
  13. muhyiddin for the PM. tak pun suruh che det bertanding smula.

    ReplyDelete