Tuesday, October 28, 2008

Che Det Tak Setuju

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan cadangan MCA supaya kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam kerana ini bukan masa yang sesuai dan syarat itu juga belum dicapai sepenuhnya.

“Waktu ini saya tak setuju. Kalau capai 30 peratus bumiputera, 40 bukan bumiputera dan 30 peratus orang asing, kalau capai itu kita boleh mansuhlah.

“Kalau tercapai matlamat ekuiti itu patutlah kita hapuskan (ekuiti pemilikan bumiputera itu). Sekarang belum tercapai... banyak lagi nak kena buat. Kalau (kurangkan) 20 peratus hari ini (dan) tak berkembang, sedangkan ekonomi berkembang, (maka) 20 peratus itu akan kurang, jadi ini semua kena ambil kira,” katanya. - BERNAMA

p/s: Selagi wujud perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan, apa sahaja yang melibatkan kepentingan Melayu, WAJIB DIPERTAHANKAN!

3 comments:

  1. Siapa lagi yang mahu memperjuangkan hak bangsa Melayu???

    ReplyDelete
  2. ..huh.mempertahankan 'melayu' itu kiranya menjadi agenda utama. 'melayu' itu bisa menyelamatkan umatnya dari dibaham neraka agaknya? Mengapa tidak disatukan umat melayu bagi memantapkan syiar Islam, pertahankan Islam..laksnakan syariat Islam..huh..asyik bicara ttg melayu..tak kesudahan..melayu juga yang binasakan melayu...lesen judi melayu juga beri...maksiat melayu juga yang hanyut...melayu ku melayumu jua...Islam jadi agenda no 3

    ReplyDelete
  3. edie....edie...hmmm...kesian...kesian...

    ReplyDelete