Friday, October 24, 2008

ISLAM HANYA SIMBOL BULAN ATAU HIJAU

Hari ini alhamdulillah saya diberi peluang untuk duduk di dalam satu majlis ilmu bersama beberapa ahli intelektual muda dan berpengalaman...banyak perkara yang dibincangkan...namun satu persoalan yang sangat menarik telah diutarakan yang ingin saya kongsikan bersama pembaca...dan pastinya saya mengharapkan 'feedback' daripada pembaca sekalian.

"Banyak perkara dilaksanakan/ditubuhkan/dilancarkan dan kemudiannya dikaitkan dengan ISLAM (contohnya PARTI ISLAM SEMALAYSIA, PERSATUAN PELAJAR ISLAM, ISLAM HADHARI, UNIVERSITI ISLAM dan pelbagai lagi nama menggunakan perkataan ISLAM), namun hakikatnya tidak mencapai 'standard' atau piawaian yang telah ISLAM tetapkan samada dari segi perancangan, penyampaian, perlaksanaan, ikutan, mahupun penerimaan. Maka wajarkah kita mengaitkan sesuatu itu dengan ISLAM apabila ia tidak mencerminkan ISLAM yang sebenar iaitu ISLAM yang paling tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripada ISLAM? Lebih teruk lagi apabila kita menggunakan nama ISLAM namun tidak pun mengerti apatah lagi menghayati maksud ISLAM yang sebenar... Tidak pun mengerti mana yang pokok mana yang cabang..."

Persoalan ini mungkin biasa kita dengar dan mudah diutarakan, namun saya kira wajar dibincangkan secara intelek dan profesional. Di Malaysia saya kira ia menjadi trend kalangan orang Melayu untuk menampakkan kelompok mereka lebih baik, lebih beriman, dan lebih mengetahui agama, maka institusi dan organisasi mereka dilabelkan sebagai ISLAM...

PAS contohnya yang memperjuangkan ISLAM, hakikatnya masih gagal memberi refleksi bahawa ISLAM ialah yang paling tinggi kedudukannya tiada yang lebih tinggi daripadanya. Tinggikah PAS sebagai sebuah pertubuhan ISLAM yang NYATA telah salah meletakkan keutamaan dalam perancangan mereka seperti HUDUD berbanding ILMU PENGETAHUAN DAN KESTABILAN NEGARA? Adakah ini contoh perlaksanaan hukum ISLAM dan pentadbiran negara ISLAM yang telah diajar oleh Rasulullah?

Saya benar-benar mengharapkan respon daripada pembaca demi meningkatkan kefahaman kita semua tentang ISLAM dan berusaha untuk mengembalikan kegemilangannya sebagaimana di zaman Rasulullah, Sahabat dan Empayar Islam.

p/s: Paneh, nampaknya masih ramai pembaca yang sempit pemikiran mereka dan tidak dapat menjangkau mesej yang cuba anda utarakan melalui kupasan Andalusia....Inilah masalah apabila ISLAM itu dilihat kepada 'form' instead of 'content'....

1 comment:

  1. Inilah masalahnya bila Islam hanya pada nama, logo dan simbol.

    ReplyDelete