Tuesday, October 7, 2008

Jejak Andalusia - Permulaan Kehancuran

Selepas kemangkatan Abdul Rahman III, teraju pemerintahan diambil alih oleh anaknya Al-Hakam yang turut digelar ‘Al-Mustansir’. Al-Hakam meneruskan kegemilangan ayahandanya selama 16 tahun mentadbir negeri dan menyuburkan budaya ilmu sehingga Andalusia lebih terkenal sebagai pusat kebudayaan, kesusasteraan dan keilmuan yang tinggi. Namun 12 generasi selepasnya tidak dapat mengekalkan kehebatan tamadun yang telahpun dibina oleh nenek moyang mereka selepas itu. (Adakah generasi muda di Malaysia kini dapat mempertahankan ketamadunan yang telahpun dibina oleh generasi terdahulu?)

Andalusia kembali bergolak sehinggakan mereka sanggup berbunuhan sesama sendiri demi memperolehi kekuasaan dan harta benda. Setiap kota dan negeri berpecah dengan pentadbir masing-masing serta ada dikalangan mereka mengisytiharkan diri sebagai raja. Kesempatan ini telah diambil oleh kerajaan Kristian Eropah untuk menghasut dan menimbulkan permusuhan dikalangan pemerintah Islam (Sama macam Amerika sekarang yang suka masuk campur urusan dalaman Malaysia). Apabila kerajaan Islam semakin lemah, maka kerajaan Kristian Eropah mula melakukan serangan bagi menakluk kembali negara mereka yang ditadbir oleh orang Islam.

Pada masa itu terdapat seorang raja dari keturunan Bani Abbaad yang memerintah Sevilla bernama Al-Mu’tamad bin Abaad yang mula risau dengan situasi yang melanda Andalusia. Beliau memutuskan untuk meminta bantuan daripada kerajaan Islam di Afrika bagi menangani krisis perpecahan pemimpin Islam di Andalusia serta menangkis serangan yang dilakukan kerajaan Kristian Eropah. Pada masa itu kerajaan Islam di Afrika adalah kerajaan Murabitun yang berpusat di Maghribi dan diketuai oleh Yusof bin Tasyfin. (Pemimpin PKR hari ini meminta bantuan Amerika dan Yahudi untuk campurtangan dalam hal ehwal Malaysia. Wajarkah?)

Namun hasrat Al-Mu’Tamad bin Abaad itu dibantah oleh penasihat-penasihatnya kerana berpendapat bahawa tampuk pemerintahan Andalusia pasti akan diambil alih oleh kerajaan Murabitun sesudah mereka memberikan bantuan. Tapi bantahan itu dijawab oleh Al-Mu’Tamad;

Menjadi tawanan dan disuruh mengembala unta di Afrika lebih ku sukai daripada menjadi tawanan tetapi disuruh mengembala babi di Sepanyol sendiri”. (PKR dan PAS di Selangor kini sanggup mengembala babi dengan DAP).

Setelah membuat keputusan, maka utusan pun dihantar kepada pemerintah kerajaan Murabitun iaitu Yusof bin Tasyfin untuk membantu menyelesaikan kemelut yang melanda Andalusia. Akhirnya Yusof bin Tasyfin datang ke Andalusia dengan bala tentera Islam yang besar bagi memerangi kerajaan Kristian Eropah. Kemelut itu kemudiannya dapat diselesaikan dan tentera Kristian Eropah berjaya ditumpaskan. Bagi menyelesaikan masalah perpecahan pemimpin-pemimpin Islam, Yusof bin Tasyfin telah menawan setiap kota serta membuang semua pemerintah ke Afrika dan hiduplah mereka dalam buangan di Afrika hingga ke akhir hayat.

Kerajaan Murabitun telah memerintah di Andalusia bermula tahun 1143 Masihi (537 Hijrah) dan hanya bertahan selama 3 tahun sahaja yang berakhir pada 1146 Masihi (540 Hijrah). Murabitun membawa maksud “golongan yang bertekun menyembah Allah di dalam Rubah (masjid)”. Gelaran lain bagi Murabitun ialah ‘Mulattsimin’ kerana kebiasaan bagi orang-orang Murabitun ialah mereka suka menggunakan hujung serban yang dipakai untuk membalut hidung.

Walaupun memerintah selama 3 tahun, kerajaan Murabitun sebenarnya telah melakukan impak yang besar terhadap kehancuran ketamadunan yang sedia tercipta di Andalusia. Sebagaimana maksud nama Murabitun itu sendiri, Yusof bin Tasyfin telah memperkenalkan dasar baru iaitu, ilmu yang dipelajari selain dari ilmu agama adalah ilmu yang tidak bermanfaat kepada Islam (Benarkah ilmu lain tidak bermanfaat?).

Maka banyaklah perpustakaan telah dimusnahkan termasuklah perpustakaan yang terhebat di Cordova. Buku dan bahan kajian intelektual telah diagih-agihkan ke setiap negeri. Kedai-kedai buku ditutup dan sarjana-sarjana Islam telah dihalau keluar dari Sepanyol. Kelas-kelas pengajian, makmal dan dewan kuliah telah digantikan dengan madrasah dan pondok-pondok pengajian agama. Guru-guru agama digalakkan mengajar ilmu agama dan ilmu-ilmu lain dilarang ajarannya.

Inilah bermulanya saat kehancuran umat Islam kerana hanya menumpukan kepada ajaran agama semata-mata. Terpinggirnya ilmu-ilmu lain terutamanya sains telah menyebabkan umat Islam menjadi semakin lemah. (Peringatan buat pemimpin-pemimpin PAS yang hanya mementingkan ajaran agama semata2). Sehingga ke zaman ini umat Islam sering ditindas kerana senjata2 hebat dimiliki negara barat yang menciptanya menggunakan ilmu sains dan teknologi yang suatu ketika dahulu dikuasai oleh umat Islam. Akibat kelalaian dalam membuat keputusan oleh pemimpin Islam di Andalusia, maka umat Islam menerima kesannya hingga ke hari ini. Dalam tulisan akan datang, akan dibincangkan mengenai apa yang dikatakan ‘gila kuasa’.

3 comments:

  1. Assalamualaikum Paneh,

    Sedih dan Insaf Mak Cik baca satu lagi kisah kehancuran Empayar Islam yang pernah Gemilang dan Terbilang.

    Amat malang mereka tidak bersatu dan Pihak Kristian pula sentiasa menunggu untuk menangguk di air keruh. Rancangan mereka teliti.

    Kita berharap supaya Sejarah seperti ini tidak akan berulang walaupun bibit bibit persamaan kadang kadang terasa juga. Waliyazubillah.

    Terima Kasih kerana mengingatkan kami betapa Tidak ada apa yang kekal walaupun pernah hebat dan unggul pada satu ketika.

    ReplyDelete
  2. Apakah fikiran dan dasar inilah juga yang Haji Hadi ingin terapkan di dalam PAS. cuba anda teliti ceramah dan amanat Haji Hadi bermula dari detik nama beliau naik dan popular dalam PAS.

    Harap-harap tidak begitu sekarang.

    ReplyDelete
  3. Good writing paneh. Keep up d great job. Memang kita akan kerap mengulangi sejarah jika kita tidak pernah mahu ambil tahu tentangnya. Sedikit sebanyak sejarah andalus ini ada terpalit pada kita.

    ReplyDelete