Saturday, October 25, 2008

Kesatuan Cina vs Kesatuan Melayu

Nampaknya ada yang meminati artikel Jejak Andalusia. Terima kasih diucapkan atas sokongan anda. Walaupun mesej yang cuba disampaikan dalam kisah sejarah tersebut hanya dilihat dan dinilai dari perspektif yang sempit oleh segelintir commentator, tapi apakan daya kerana masing-masing ada pandangan sendiri. Kalaulah artikel itu dilihat dari perspektif yang lebih luas, dalam konteks cintakan negara misalnya atau memahami keadaan dunia Islam zaman ini khususnya, sudah tentu perdebatan mengenainya akan lebih menarik jika dibincangkan dari sudut ilmiah. Tahniah kepada mereka yang dapat memahami maksud tersurat dan tersirat dalam artikel tersebut. Jejak Andalusia masih ada sambungannya dan insyaAllah akan menyusul sedikit masa lagi. Semoga kita tidak tergolong dikalangan bangsa yang tidak mahu belajar daripada sejarah dan akhirnya terhapus sebagaimana kaum-kaum yang pernah dibinasakan Allah sebelum ini.

Kali ini aku ingin bicara tentang Oversea Chinese Association (OCA). Dulu aku sering tertanya-tanya, bagaimana bangsa Cina ni boleh menjadi satu bangsa yang agak hebat dalam dunia perniagaan dan berupaya menguasai ekonomi di sesebuah negara. Campaklah ke mana saja, bangsa Cina pasti boleh ‘hidup’ dan sepertimana contoh terbaik yang boleh dilihat ialah bangsa Cina yang terdapat di Malaysia. Mereka tentu mempunyai jaringan dan kesatuan yang kuat serta turut memainkan peranan penting dalam setiap kejayaan yang mereka kecapi khususnya dalam bidang ekonomi. Maka dalam penyelidikan yang dibuat, aku discover tentang OCA yakni satu pertubuhan yang agak samar-samar kewujudannya.

OCA ini dianggotai oleh jutawan dan juga billionaire yang terdiri daripada kaum Cina yang menetap di luar negara China. OCA khabarnya sudahpun bermula sejak tahun 1400 - 1500 dan ketika itu persatuan ini dianggotai oleh bangsawan2 Cina yang kaya. Sehingga tahun 2006, dikhabarkan nilai harta persatuan ini telah mencecah USD 4 trillion (mungkin sekarang semakin meningkat). Tujuan OCA ini ditubuhkan adalah untuk membantu kaum Cina dari segi dana untuk memulakan serta mengembangkan jaringan perniagaan merangkumi peruncitan, pengangkutan, pemborongan dan juga pengeluaran. Jadi tidak hairanlah jika bangsa Cina ini begitu hebat dalam menguasai ekonomi sesebuah negara. OCA juga memainkan peranan dalam menjaga kebajikan dan mempertahankan hak bangsa Cina yang menetap di luar negara China.

Seperti kita sedia maklum, di dunia ini bangsa Cina berada di mana-mana sahaja. Hampir setiap negara di dunia ini terdapat bangsa Cina yang menjadi pemastautin. Suatu ketika dahulu, Datuk Lat pernah melukis kartun Amstrong yang terperanjat sebaik sahaja menjejakkan kaki ke bulan kerana melihat orang Cina yang sudahpun tiba dulu sambil menggoreng mee di bulan. Begitulah kehebatan bangsa Cina yang cuba digambarkan oleh Datuk Lat melalui kartunnya.

OCA menjadi badan yang memayungi beberapa pertubuhan. Di bawah OCA terdapat Chinese Assembly Hall (CAH) dan dibawah CAH terdapat beberapa pertubuhan lain seperti Chinese Chamber Council (CCC), Guild’s serta Chinese Culture Association (CCA). Banyak lagi pertubuhan2 yang dinaungi oleh OCA, tapi aku tulis yang penting sajalah. Apa yang menarik dalam salasilah pertubuhan OCA ini, terdapat beberapa pertubuhan di Malaysia yang terletak di bawah CCA iaitu MCA, DAP, Gerakan dan PAP. CCA juga dikhabarkan turut menaungi beberapa kumpulan kongsi gelap yang terdapat di seluruh dunia. Patutlah jika menyentuh perkara yang berkaitan dengan hak dan kepentingan kaum Cina di Malaysia, parti2 politik seperti MCA, DAP dan Gerakan adalah ‘senada’. Sebabnya mereka di bawah naungan yang sama.

Nampaknya bangsa Cina mempunyai satu kesatuan yang hebat serta berkeupayaan membantu mereka untuk berjaya dalam pelbagai bidang yang diceburi khususnya ekonomi. Dan harus di ingat bahawa kaum Cina mendapat bantuan daripada kesatuan mereka sejak sebelum kita merdeka lagi. Di Malaysia, orang Melayu cuma mendapat bantuan daripada kerajaan sejak merdeka sehingga kini. Dahlah pertubuhan orang Melayu cuma ada UMNO dan mungkin juga PAS untuk memberi bantuan serta mempertahankan hak kaum Melayu. Itupun masih ada lagi suara2 tak puas hati dan masih lagi nak bertelagah sesama sendiri. Hendak diharapkan orang2 kaya Melayu, besarkan tembolok masing2 bolehlah. Jauh sekali nak wujudkan rangkaian jaringan ekonomi macam OCA untuk bantu sesama Melayu.

Tafsiran Melayu dalam perlembagaan adalah mesti beragama Islam, mengamalkan adat resam Melayu dan berbahasa Melayu. Jadi, jika kita memperjuangkan Melayu secara tidak langsung kita turut memperjuangkan Islam. Tidak dinafikan ada bangsa lain beragama Islam di Malaysia tetapi orang Melayu adalah kaum majoriti di negara ini iaitu 63%. Jadi adalah lebih baik bangsa majoriti ini diutamakan dahulu, tanpa meminggirkan bangsa manoriti Islam yang lain. Kalau tak, Hadi Awang pun tidak akan sebut “Ahli Parlimen Melayu Islam” dalam ucapannya. Ini bermakna beliau juga setuju bahawa apabila dikatakan Melayu, maka dia beragama Islam. Jika orang Melayu murtad atau keluar dari Islam di negara ini, maka dia akan hilang hak keistimewaan sebagai orang Melayu kerana tidak mengikut tafsiran Melayu sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Fin.

5 comments:

  1. Ucapan tahniah di atas ulasan yang rengkas tapi padat sejarah OCA.Buku penulis barat Sterling Seagrave ber tajuk "Lords of the Rim"cetakkan Corgi Books 1996 1997 sudah mmelapurkan bab OCA.Kalu sape ade contat dengan dia minta dia buat update terkini.Satu lagi buku karangan bersama murray weiderbaum dan samuel Huges bertajuk The bamboo Network"cetakkan The Free Press.Dan juga di Google,memenag tak larat nak baca.Dan juge jangan lupe surat kahbar tempatan mengisisikan berita dalam bahase mandarin yang berape kerat Orang Melayu bolih baca,akhbar The Star mana pemimpin tempatan sangat sangat menonjol OCA,walaupun mereka pakai Mykad biru dan paspot Msia.
    Kita ni ade ade think tank untuk buat kajian berkenann dengan OCA agar Orang Melayu dapat belajar buat benteng?Monta Paneh Miang buat pautan yang seaik nya kaitan dengan ni.
    arjuna waspada

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Satu masa dahulu, orang Melayu hanya ada parti politik yang kuat, iaitu UMNO. UMNO-lah yang mewakili suara orang Melayu dan diharapkan menjaga kepentingan orang Melayu.

    Orang Melayu banyak juga NGO, tapi tidak ada yang betul-betul kuat, kerana semuanya hendak bernaung di bawah UMNO, atau pun tidak mahu bersekutu dengan UMNO.

    Malangnya, apabila UMNO lemah atau kelihatan lemah, tidak ada badan lain (khasnya NGO) yang boleh mewakili orang Melayu dan memperjuangkan kepentingan orang Melayu.

    Baru-baru ini NGO Melayu cuba bersatu dan berjuang untuk mempertahankan kepentingan orang Melayu, tapi saya tidak pasti kekuatan dan keupayaan mereka.

    Akhir-akhirnya badan-badan itu pun mungkin hanya hendak memperkuatkan UMNO dan terus bernaung di bawah UMNO.

    Inilah perbezaan kesatuan Cina dengan kesatuan Melayu.

    ReplyDelete
  3. cadangan yang baik dari arjuna waspada. harap paneh and geng dapat buat susulan kajian tentang oca ni. orang melayu kena tahu mereka bersaing dengan siapa dan tahap kemampuan pesaing mereka jika dibandingkan dgn org melayu sendiri.

    ReplyDelete
  4. Saya sokong usul yang di buat olih pekembar(bunyi macam parti Mealyu yang asli tahun 1946 !)Tapa lah,saya suka nama itu.Kita perlu think tank yang bebas)ade ke?) dan dengan izin"ade "credential" dan kita perlu sebarkan kajian 2 itu untuk di gunapakai olih pejuang pelapis.Sebab orang melayu ramai dah otai.
    arjuna waspada

    ReplyDelete
  5. kena dapatkan maklumat oca walau apa pun cara. belajar strategi mereka utk survival melayu dan orang Islam sedunia.

    ReplyDelete