Saturday, October 25, 2008

Sambung Kontrak atau Kalah Pilihanraya!

Aku tertarik dengan kenyataan Mat Taib mengenai kedudukan guru-guru Kemas bertaraf kontrak yang telah diberi jaminan akan dikekalkan dan tidak terlibat dengan penamatan perkhidmatan kontrak dengan kerajaan pada Disember ini. Apakah ini satu keadilan daripada kerajaan Barisan Nasional atau Umno khususnya? Apakah penjawat kontrak kerajaan yang lain tidak wajar dipertimbangkan dan diberi keutamaan?

Memanglah jawatan guru-guru Kemas ini di bawah naungan Umno. Apakah hanya orang-orang Umno sahaja yang perlu dijaga sedangkan rakyat biasa yang menjadi pengundi terabai begitu sahaja? Memanglah guru-guru Kemas itu adalah salah satu cabang jawatan yang diwujudkan oleh Umno untuk menjaga kepentingannya tetapi penjawat kontrak yang lain juga adalah sama pentingnya.

Perlu difikirkan juga bahawa bagi setiap orang penjawat awam bertaraf kontrak yang ditamatkan khidmatnya secara tidak langsung akan melibatkan dua hingga tiga orang yang lain seperti dirinya sendiri, ibu bapanya, isterinya dan boleh jadi juga saudara yang terdekat yang mana Umno atau kerajaan Barisan Nasional akan kehilangan undi dari mereka di dalam pilihanraya akan datang.

Secara mudahnya, seandainya isu ini berkaitan dengan 50,000 pekerja kontrak samalah juga kerajaan mengabaikan 150,000 pengundi bagi 3-4 tahun yang akan datang. Mengambil kira bagi jangka masa panjang, berkemungkinan jumlah ini akan bertambah lagi.

Jika kita kaji balik majoriti mereka yang terlibat ini terdiri dari kalangan siswazah dan sudah tentulah mereka boleh mempengaruhi keluarga serta masyarakat supaya marah kepada kerajaan. Pada pendapat aku, seandainya perkara ini berlaku ditambah pula dengan masalah yang melanda orang Melayu khususnya dan rakyat amnya maka janganlah terperanjat jika pihak pembangkang tidak perlu berkempen untuk memenangi pilihanraya akan datang.

Kerajaan seharusnya lebih peka pengundi yang mengundi hari ini bukanlah orang-orang yang bodoh. Janganlah nanti bila tiba musim pilihanraya umum barulah terkial-kial menjanjikan pelbagai kekosongan jawatan. Lu fikirlah sendiri...

2 comments:

  1. yang den herannya, si Najib bibir merah bak delima merekah ni, sesuka hati mak bapak dia je buat kenyataan ekonomi kita kukuh. Tambah pulak dengan si mamak mohd nor timbalan menteri kewangan tu pulak kata malaysia tidak akan tergugat oleh krisis ekonomi dunia hatta tahun depan pun kita masih boleh berdiri gagah...

    dia orang ni semua ingat rakyat malaysia sekarang ni tak pergi sekolah tak ader ijazah ke ape??? Bodoh punya kenyataan...Aku rasa memang elok jugak pun mampus UMNO dalam pilihan raya lepas ni...biar dia reti sikit hormat rakyat ni...

    Ni lah dia jadinya apabila pemimpin hanya dok main duit, pempuan, kelab2...bukan reti nak pergi masjid, turun ke kampung2, kawasan desa/pinggir bandar, pasar2, hospital2 untuk tengok keadaan sebenar...yang dia reti dok kayakan anak menantu...pikir projek apa nak dapat...berapa ribu nak tabur...kaum kerabat mana yang akan dapat kedudukan...

    Ntah la labu....aku ni pun dah pening gila...tersepit babe!!! Sokong pembangkang pun sama jugak lalang...Sampai sekarang entah mananya yang konon nak amik alih kerajaan...ntah kerajaan mana yang dia nak amik pun aku tak tahu...kerjaan pasir berdengung kot???sudahnya nanti aku lari pi luar negara je...

    -yang tersepit-

    ReplyDelete
  2. banyak kilang dah tutup. byk org hilang keja. semua tu org melayu. sapa nak bagi makan anak dorg. elok lantik mahathir jadi penasihat kewangan Malaysia sementara dia masih hidup

    ReplyDelete