Sunday, October 19, 2008

PIKIR-PIKIRKAN

Majlis raja-raja telah bermesyuarat dan telah memperingatkan semua pihak terutama yang sengaja tak ondak memahami atau yang tak paham-paham supayo tidak mempersoalkan kontrak social yang termaktub selamo ini. Dalam nada yang selamba MCA mengaku bahawa kontrak itu penting untuk memperkukuhkan perpaduan masyarakat Tanah Melayu ini. Dalam waktu yang samo pemuda mca mintak supayo BN mengadokan lagu satu jawatan timbalan pengerusi BN. Hishamudin pun tercungap-cungap menjawab pokara tu bilo ditanyo kek press. Apokah ini yang dikatokan tolunjuk lurus kelengkeng bokait. Ataupun mengunting dalam lipatan. Pepat dihujung rencong di dalam dan macam-macam lagi yang disobut-sobut orang tetuo dulu.

Dalam waktu yang samo jugo atok tengok ramai yang kombang dan kocut bilo bahagian dah bomosyuarat. Yang sonyum sampai ko tolingo ramai tapi tido tak leno pun ramai. Post mortem jalanan pun tak kurang hebat eh. Seolah-olah diolah pakar penganalisa politik macam razak bagindo. (apolah nasib dak ajak tu yo). Memang ado sikit kelainan kali ni. Macam kek kampong atok, yang dicalonkan ialah mukhriz, KJ tak disobut. Kek selangor, atok donga mukhriz yang dicalonkan. Tokobil-kobil doctor gigi tu nunggu pencalonan. Agak-agak eh ni reformasi dalam UMNO yang ditunggu. Lupolak, mike Tyson pun tolopong yo.

Tapi pokong yang lamo tu masih lagi babau tongik dan hapak. Ari tu atok ado duduk samo ngan para penganalisa politik jalanan melemparkan hujah-hujah masing-masing. Duit masih lagi botaburan macam daun gotah di musim luruh. Undi rosak tu disobabkan dio orang tak cukup konyang. Undi rosak tu sobab calon jumpo dio orang sekali yo. Undi rosak tu sobab calon yang monang tu dah bawak dio orang po’ie bocuti. Tak tumbuh, tak melato. Tak sungguh orang tak kato. Itu yang atok dapek rumuskan.

Kito cakap bodoga-doga tentang survival Melayu. Somuo bocakap tontang ketuanan Melayu. Bilo ado orang mencabar Melayu dan Islam, kito semuo melonting. Kitolah hero kek dopan tu. Bocakap mengalahkan sejarawan. Bocakap mengalahkan ulamak tosohor. Tapi bilo kito tengok keadaan sekarang, dio orang ni seolah-olah menafikan kematian, menafikan adonyo azab kubur, menafikan adonyo nerako.

Jadi, di sini atok nasihatkan para dermawan tiga tahun sekali ni, kapal dah nak karam janganlah kito botongkar pasal tiang layer. Ingat-ingatlah, hidup tu dah lopeh asar dah. Ado yang masok maghrib dah. Konangkan anak cucu.Jangan sampai dio orang merempat. Ronung-ronungkan posanan atok.

3 comments:

  1. Deputy Prime Minister Najib Abdul Razak wasted no time unveiling his manifesto for the Umno presidency, denouncing recent allegations made against him and vowing to defend the supremacy of the Malay race till the last drop of his blood.

    ReplyDelete
  2. CARI PERSAMAAN..... semuo nyo ego torlobih-lobih, cubo tengok kek negaro luar, politik macam nie kalau tak henti kan laie, hancur punah lah negaro....

    CARI PERSAMAAN WALAU WUJUD PERBEZAAN

    ReplyDelete
  3. Sudahlah Che Det

    22 October 2008 Oleh Zulkifli Noordin pada 5:21 PM
    Label: Tun Dr. Mahathir

    Saya agak hairan melihat Tun Dr. Mahathir yang sejak akhir-akhir ini bercakap dan merepek seolah-olah beliau langsung tidak berdosa kepada bangsa Melayu dan Islam.

    Kita tidak lupa Mahathirlah orangnya yang menghancurkan insitusi Raja-Raja Melayu dengan pindaan Perlembagaan pada tahun 1980an;

    Kita tidak lupa Mahathirlah orangnya yang menghancurkan institusi kehakiman dengan pemecatan haram Tun Salleh Abas;

    Kita tidak lupa Mahathirlah orangnya yang mencemar institusi Islam; menghina Nabi, memecat Mufti dan mempertikai hukum Islam;

    Kita tidak lupa Mahathirlah orangnya menghancurkan kuasa politik Melayu dengan persempadanan semula kawasan pilihanraya setelah pembangkang menang besar dalam pilihanraya 1999 sehingga menyebabkan tidak ujud lagi kawasan majoriti Melayu mutlak, sebaliknya pengundi bukan Melayu menjadi pengundi penentu;

    Kita tidak lupa Mahathirlah orangnya yang mengajar kita kurang ajar dengan bersikap kurang ajar terhadap YAM Tunku Abdul Rahman;

    Hari ini kita melihat Tun Dr. Mahathir bercakap dan berkokok seolah-olah beliau bersih suci dan tidak pernah melakukan sebarang kesalahan; sedangkan tangan beliau kotor berlumuran dengan najis-najis mengotorkan Islam dan bangsa Melayu.

    Kepada Tun Dr. Mahathir saya nasihatkan supaya ..bertaubatlah..gunalah masa tambahan yang diberi ALLAH untuk menambahkan 'amal ibadah..

    Rumah dah nak halau pergi..kubor dok panggil mari-mari..
    Tun Dr. Mahathir..PLEASE KEEP QUIET..
    Adios..

    ReplyDelete