Friday, October 31, 2008

Pusat Zakat Wajib Bertanggungjawab...

Semasa orang heboh mempertikaikan Mohd Nasir Hashim berkenaan saranannya berkenaan zakat, aku teringat suatu kes yang pernah berlaku di negeri beradat ini. Lama dahulu di Negeri Sembilan ada seorang hamba Allah yang mengalami kesusahan akibat dirompak semasa dalam perjalanan dari selatan ke utara semenanjung. Hamba Allah ini dikhabarkan telah meminta bantuan pusat zakat agar dapat memberikannya sedikit wang sebagai bekalan untuk meneruskan perjalanan dengan jaminan akan membayar semula. Namun dimaklumkan, pusat zakat telah mempamerkan pelbagai karenah birokrasi sehingga akhirnya hamba Allah ini terpaksa memohon ‘sedekah’ orang ramai untuk membantunya meneruskan perjalanan. Mungkin ayat di bawah ini boleh mengingatkan kembali akan tanggungjawab yang mungkin telah diabaikan oleh semua pusat zakat yang terdapat di Malaysia;

"Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana". – Surah At-Taubah (ayat 60).

4 comments:

  1. sekadar membetulkan fakta. beliau bukannya menyarankan. beliau hanya bertanya. itu saja. saya fikir dalam politik kita harus berlaku adil walaupun dengan musuh politik.

    ReplyDelete
  2. Tq saudara nobisha atas pembetulan.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Kita pun pelik kenapa beliau perlu 'Bertanya' sesuatu yang boleh dianggap sensitif pada umat Islam. Tak adakah isu lain yang boleh diketengahkan??

    Saja nak cari populariti.

    ReplyDelete
  4. yup sokong. tanya sesuatu yang tak munasabah. apa la salahnya tanya pada alim ulama sebelum keluarkan ucapan tu.

    ReplyDelete