Thursday, October 9, 2008

Terima Kasih Sahabat

UPDATE:
8.45 am


Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam berkata, walau apa pun tekanan ke atas Abdullah, semua pihak harus memberi tabik hormat kepadanya. Katanya, beliau sangat terharu dengan keputusan Abdullah itu kerana bukan mudah bagi seseorang yang memegang jawatan tertinggi negara memberi laluan dan bersara begitu sahaja.

''Rekod beliau memang kontroversi sejak memegang jawatan Perdana Menteri. Tetapi kita harus menerima hakikat bahawa beliaulah yang telah membawa proses demokrasi dengan unsur-unsur kebebasan begitu luas kepada rakyat jelata yang tidak pernah kita alami sejak begitu lama dalam sejarah negara," kata Musa kepada Utusan Malaysia.

Original Posting:

Kelakar juga bila tengok di televisyen aksi Rais Zainuddin, bekas Exco Kerajaan NS merangkap bekas ADUN Chembong Rembau telah bersama dikalangan mereka yang berhimpun di Sri Perdana, bersungguh mahukan Paklah kekal dengan pelan peralihan kuasa 2010. Gelagat Rais yang tidak mahu Paklah berundur awal agak mencuit hati. Di Negeri Sembilan ramai yang mengenali Rais ini sebagai 'Paklah boy'. Jadi kelibatnya dalam protes itu tidaklah memeranjatkan. Mungkin ada yang beranggapan bahawa individu yang berhimpun untuk membantah Paklah berundur awal antaranya disebabkan takut kehilangan projek, sahabat-sahabat Paklah ataupun individu yang disuruh oleh KJ untuk memprotes agar Paklah menukar keputusan pada saat akhir.

Aku pun tak tahu sebab yang mana satu. Mungkin juga ada sebab lain mereka berhimpun, sama ada di Sri Perdana mahupun di PWTC. Semuanya serba berkemungkinan. Banyak juga blog yang aku baca tentang isu ini dengan beraneka pendapat dan hujah masing-masing. Ada yang kata "Tahniah kerana mengotakan janji", "Paklah telus", "Paklah sayangkan parti dan negara", "PM paling tidak berjasa", "Presiden paling teruk", "Terima kasih kerana memahami" dan bermacam lagi. Ramai juga yang komen tentang suruhanjaya2 dan inisiatif yang ingin dilakukan Paklah. Ramai yang sinis akan keberkesanan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Aduan Khas yang dirancang Paklah. Ramai juga di blog masing2 yang mempertikaikan tentang usaha Paklah untuk memperkasakan Jaringan Keselamatan Sosial dan Konvensyen Barisan Nasional. Banyak kepala maka berbagailah pendapat. Sama ada usaha Paklah yang terakhir ini akan dikenang sebagai 'jasa' pada masa akan datang, wallahualam.

Namun aku tahu kelompok mana yang mungkin 'tidak sedih' dengan pengunduran Paklah, namun tetap akan berterima kasih kepada beliau. Mereka bukanlah terdiri daripada penerima-penerima projek mahupun orang-orang KJ, tetapi daripada golongan bawahan yang mungkin seumur hidup mereka tidak pernah sekalipun bersemuka dengan Paklah. Antaranya ialah guru-guru J-Qaf, mereka yang belajar di sekolah pondok yang telah dinaik taraf menjadi sekolah kebangsaan dan juga para pengusaha produk IKS. Mungkin banyak lagi sebab untuk orang berterima kasih atas usaha-usaha Paklah yang jarang diwar-warkan dalam media. Golongan yang banyak dibantu Paklah ini kebanyakannya adalah orang Melayu. Walaupun guru-guru J-Qaf dan pihak pengurusan sekolah pondok kebanyakannya menyokong pembangkang, namun Paklah tetap membantu mereka hanya semata-mata mereka ini berbangsa MELAYU dan sudah tentulah beragama Islam. Beratus pengusaha IKS dapat mengembangkan perniagaan, beribu graduan berpendidikan agama dapat jadi guru, malah berpuluh ribu lagi memperolehi manfaat disebabkan penarafan sekolah pondok melalui insentif kerajaan. Mungkin kita akan beranggapan usaha Paklah ini kecil, namun ianya amat bererti kepada golongan Melayu ini.

Kesilapan Paklah mungkin kerana telah memberikan ruang yang seluas-luasnya kepada kebebasan, keterbukaan dan ketelusan; yang hasilnya telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia sebenarnya masih belum bersedia ke arah itu. Akhirnya, ramai yang mula sedar bahawa kebebasan, keterbukaan dan ketelusan atas nama hak asasi itu sebenarnya memberikan kesan yang amat 'menakutkan' dalam konteks rakyat berbilang kaum di Malaysia. Walau bagaimanapun, mungkin ruang dan peluang yang telah diberikan Paklah kepada rakyat negara ini, akan menjadi sesuatu yang bakal dikenang dalam lipatan sejarah Malaysia.

Menyentuh mengenai jawatan Presiden UMNO, Che Det berkata beliau tidak tertarik dengan prestasi Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri sekarang. Che Det juga mengatakan berkemungkinan menjadi timbalan presiden sepatutnya Muhyiddin Yassin dan beliau menganggap pesaing lain yang ada sekarang bagi mengisi jawatan Timbalan Presiden UMNO hanyalah "pak lawak".

p/s: Menjawab soalan pencak_silat sebelum ini berkenaan siapa Presiden UMNO ke-7, jawapan aku.."Teringin melihat 'keberanian' Muhyiddin".

6 comments:

  1. aku mmg ketawa dlm kehairanan tgk rais zainudin nak salam dgn pak lah masa kereta pak lah tengah bergerak..gaya macam paparazzi pun ada, masa dia kejar keta pak lah tu. Aku tak pasti la dia dpt salam ke tidak?

    ReplyDelete
  2. Ontah la dapek salam ko tidak. Dengan perut boroi berlari tu kelakar gak.

    ReplyDelete
  3. Aku puji tindakan P'lah yg akhirnya mengambil tindakan berani utk tidak bertanding. Namun negara memerlukan Pemimpin yg lebih berani dan UMNO mahukan ketua yg memperjuangkan nasib bangsa Melayu di samping menjaga perpaduan di kalangan rakyat berlainan bangsa di negara kita.

    Terima kasih P'Lah.

    ReplyDelete
  4. paklah akan bergelar mantan...mundar mandir tanpa jawatan. tq paklah. tetap hargai jasamu.

    ReplyDelete
  5. salam perpaduan..
    kita melihat hari ini dunia politik ada penurunan suhu 'panas'nya apabila paklah mengumumkan pengundurannya.Apabila saya mendengar berita tentang pengunduran paklah, saya hanya mampu termenung sejenak.Terlintas difikiran saya sambil berdoa agar pengantinya juga akan membantu anak2 melayu yang berada di ikm, di institut perguruan melayu, pesawah di desa serta pengusaha di kampung. Ketika keluar mencari jawapan kepada suasana ini, saya singgah dirumah seorang petani.Dulunya antara orang yang menerima bantuan jabatan agama dan telah berjaya meloloskan dirinya daripada kelompok kemiskinan hasil revolusi bantuan pertanian yang paklah anjurkan pada 2004. sepatah ayatnya, "aku takut kena masuk list jabatan agama baliklah" terkedu saya.Walaupun begitu, saya tetap bersetuju untuk paklah mengundur diri.Jangan salahkan Datuk Rais secara membuta tuli.Saya mengenalinya. beliau bukan diupah oleh mana2 pihak.Beliau hanya mahu menyelamatkan Paklah sejak kekalahan teruk BN daripada KJ.Itu niat beliau.Beliau tidak terkilan apabila Mat Hassan bersetuju mengikut perancangan KJ dengan meletakkan Zhaiful dan mengetepikan Rais di chembong. Ketika itu, mat hassan diberi kata dua oleh KJ.Follow or u will be finish.Si Mat hassan ni pengecut lalu menukar list asal kpd list KJ.Apepun saya mahu melihat KJ terkubur di Rembau.Tak perlu takut dengan si mamak ni.Saya anggap dia budak hingusan yang ada duit tapi bodoh untuk memahami erti perjuangan yang hakiki.Umno tak perlukan KJ.Hanya KJ perlukan Umno.Orang umno jgk tak perlukan KJ melainkan perwakilan yang gian duit KJ.Sedarlah wahai bangsaku melayu yang orang umno.Bunuhlah si KJ ni diperingkat apapun.Kerana dia hanya akan musnahkan semangat orang melayu yang hakiki.Dibelakangnya juga adalah kalimullah yang menjadi duri dalam daging terhadap paklah.Tak perlu takut wahai pemuda.Si KJ ni tak boleh buat apapun.Kuasa di tangan Umno bahagian.Saya berharap agar orang melayu sedar bahawa ada golongan dalam umno yang suka paklah turun bukan sebab paklah gagal mentadbir umno tapi sebab paklah gagal mentadbir si KJ.rata-rata orang umno sayangkan paklah.Tapi sebab Ketua Joker ni, orang benci paklah.Saya berterima kasih kepada paklah kerana telah membantu orang melayu didesa.Terima kasih jugak paklah kerana telah menyusun semula bank pertanian kepada agro bank.Dapatlah orang kampung saya memantapkan perniagaan dodolnya dengan meneksport ke indonesia dan singapura.Walaupin masih dalam quantiti kecil tetapi ia adalah perkembangan positif bukan sahaja bagi perniagaannnya tetapi buat kami orang kampung kerana ada produk kampung kami ke pasaran antarabangsa.Buat pakcik yang bertani tadi, doalah agar datuk najib meneruskan usaha paklah membantu golongan petani.Percayalah bahawa paklah mempunyai legasi besar untuk orang melayu.tetapi bukan untuk orang melayu yang dah senang.Paklah mungkin dilihat lemah tapi percayalah bahawa tiada pemimpin negara lagi seberani paklah untuk membuka negara kepada dasar 'terbuka,telus serta demokrasi'. Apepun saya kecewa khususnya kepada Tan sri Mahyuddin yang tidak matang dalam soal dasar ini.Kerana beliau sendiri bermuka2 dalam soal dasar ini.Mahyuddin, cabarlah najib kalau berani sangat.Jangan berani sbb Tun M.Kepada para perwakilan, ini nasihat saya, pilihlah pemimpin yang ada semangat berani memperjuangkan melayu bukannya pemimpin yang berani kerana ada wang.Semangat lahir dari hati yang cekal dan ianya tidak ada nilai yang mampu dibayar oleh sesiapa melainkan pahala diberi oleh allah.

    ReplyDelete
  6. ko jgn golak kek rais...kang kok kotulahan....hehehehe..

    ReplyDelete