Thursday, November 20, 2008

Dilema Melayu Semakin Parah

Semasa membaca buku The Malay Dilemma suatu masa dahulu, aku dapat merasakan betapa kecewanya Che Det dengan nasib orang-orang Melayu semasa beliau menulisnya. Bagaimana British meminggirkan orang-orang Melayu, jumlah orang Melayu yang kurang dalam perkhidmatan awam dan universiti, kedudukan ekonomi orang-orang Melayu yang lemah berbanding Cina serta bagaimana terpinggirnya orang-orang Melayu dalam bidang profesional dan pendidikan berbanding kaum lain. Semuanya diluahkan oleh Che Det dalam bukunya itu. Namun segalanya hampir berjaya ditebus kembali, dimulai dengan Tun Abdul Razak dan kemudiannya diperkasakan oleh Che Det sendiri semasa menerajui kerajaan.

Mungkin ramai yang masih ingat bagaimana risaunya kaum bukan Melayu semasa Che Det mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kerana ketebalan semangat kemelayuannya sehingga beliau pernah digelar ‘Malay Ultra’. Bahkan nombor 4 dianggap ‘suwey’ oleh orang Cina memandangkan Che Det adalah Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan orang Cina beranggapan bahawa keselesaan mereka akan bakal tergugat. Di zaman pentadbiran Che Det juga kurang kedengaran suara-suara sumbang yang menyentuh mengenai hak Melayu dan perkara-perkara yang telah sedia termaktub dalam perlembagaan.

Namun kini semakin ramai yang berani mempersoalkan bukan sahaja hak Melayu, bahkan agama Islam dan bahasa Melayu juga seolah dipermainkan secara terbuka oleh kaum bukan Melayu. Tiga perkara yang diketahui umum sangat sinonim dengan orang-orang Melayu sejak zaman Kesultanan Melaka telah dipersoalkan tanpa rasa bersalah oleh kaum bukan Melayu di Malaysia. Aku tidak tahu bagaimana perasaan Che Det sekarang, adakah sama sebagaimana semasa beliau menulis The Malay Dilemma. Namun apa yang dapat aku katakan bahawa hari ini orang Melayu telah menghadapi satu lagi dilema. Satu Dilema Melayu yang kini terpendam dengan api kemarahan. Lupakan soal politik, kerana Dilema Melayu yang baru ini lebih besar daripada bicara politik dan ianya seakan ‘gunung berapi’ yang hanya menunggu masa untuk meletus.
Rata-rata orang Melayu yang aku jumpa akhir-akhir ini telah melahirkan rasa tidak puas hati dan dendam yang membara. Mereka rasa dikhianati. Mereka rasa tercabar. Mereka rasa seolah-olah didesak sehingga ke tahap kesabaran yang semakin menipis. Mereka merasakan ada spesis manusia yang wujud di Malaysia hari ini tidak lagi tahu mengenang budi. Tidak lagi tahu berterima kasih. Tidak lagi tahu menghormati. Kaedah menangani dan penyelesaian yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin Malaysia tidak kira di pihak kerajaan atau pembangkang telah menambahkan lagi kepedihan luka yang sedia terguris dalam diri orang-orang Melayu. Sikap mendiamkan diri orang-orang Melayu telah diperlekehkan dengan sewenang-wenangnya oleh pemimpin Malaysia. Silent protest dikalangan orang-orang Melayu sudah semakin sukar untuk dibendung dan dikawal.

Pemimpin Malaysia hari ini seolah-olah telah melupakan bahawa orang Melayu merupakan penduduk dominan di negara ini. Pemimpin Malaysia juga lupa bahawa bersandarkan kepada faktor dominan orang Melayu itulah, maka sebarang perkara yang mengancam dan memudaratkan mereka pasti akan memberi kesan yang besar kepada negara. Dilema Melayu secara tidak langsung merupakan dilema Malaysia. Orang Melayu adalah ‘jantung’ kepada negara ini. Malaysia tidak akan aman, maju dan makmur sekiranya terdapat barah yang sedang memakan jantungnya. Usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilakukan segera untuk merawat barah yang semakin merebak ini. Jika sesuatu kaedah penyelesaian tidak dilaksanakan segera, maka kita akan dapat menyaksikan sekali lagi pengulangan sejarah yang sudah pasti tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan kepada negara.

7 comments:

  1. Meremang bulu romaku membaca warkah saudara. Jika keris terhunus ditanganku sudah tentu ku tikam mereka yang menjadi peluang bangsa ku. Pun yang demikian ilmu didadaku membawaku menjadi insan yang sabar. Namun kesabaranku jangan dianggap aku takut pada sekalian makluk tuhan. Hanya Kepada Allah aku berserah.
    Kan ku cincang kamu habis-habisan, jika tuan ku berkata ayuh.
    Tuan ku bukan PKR, Bukan DAP tetapi UMNO. Hanya UMNO sedari dulu yang terbukti kukuh membela bangsa ku. Janganlah wahai insan anak didik penjajah. Sediakan Tee Kwon Doo mu, kami bersedia dengan Keris Taming Seri yang Keramat ini.
    Namun Tanah Ibu Pertiwi ini akan tetap kami pertahankan demi anak dan cucu kami suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  2. Yang tercetusnya masalah sekarang kerana pemimpin tidur sewaktu orang2 ini naik tocang dan berkata macam2. Siapa nak bela Melayu kalau bukan pemimpin? Kalau pemimpin asyik suka sangat tidur, baik ganti pemimpin.

    ReplyDelete
  3. salam,

    che det bukan perdana menteri ke empat tapi 3a macam bangunan mewah dan apartment la.bila naik lift tingkat empat, cari butang tingkat 4 tak ada. rupanya simbol 3a yang tersembul di papan tu la tingkat 4.punya la cina ni berkira pasal nombor.sampai nombor 4 pun dipolitikkan takut orang taknak beli.

    ReplyDelete
  4. apokah kito perlu menghunuskan keris panjang sedepa untuk meneruskan survival di tanah melayu yang botuah ni.mungkin kalau dah takdo caaro lain

    ReplyDelete
  5. semakin kami baca nukilan mu paneh...semakin paneh di hati.

    ReplyDelete
  6. waaa....! terbakar semangat saya nak pijak si Khalid Samad ni ...!

    ReplyDelete
  7. Monggologak darah den peneh...Kito ni nak tunggu sapo yang nak selesaikan masaalah perkauman yang semakin tenat.Kita ada akta itu dan ini dan kita masih mempunyai kuasa untuk menentukan survival bangsa kita.Mengapa kita tidak gunakan.Apo yang Kito nak takutkan.Jangan sampai bercacak koghih dan lombeng baru nak guno..jam tu tak ado laie guno eh do jang....

    ReplyDelete