Sunday, November 2, 2008

Kata mereka..kata Najib..

Komentar Najib:

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin unsur-unsur Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang berakhir pada 1990 dan digantikan dengan Dasar Ekonomi Nasional (DEN) pada 1991, boleh dihapuskan secara beransur-ansur. Saya sedang berusaha ke arah melaksanakan liberalisasi (unsur-unsur DEB) secara beransur-ansur itu apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri. Dalam tempoh yang tidak terlalu lama lagi, kita dapat saksikan unsur-unsur DEB ini akan diganti kata Najib dalam wawancara melalui program Bloomberg Voices terbitan Bloomberg TV.

Komentar mereka pula:

1. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak akan dihapuskan kerana pencapaiannya masih jauh daripada yang disasarkan. Beliau yang juga Naib presiden Umno berkata, dasar itu tidak akan berubah atau ditamatkan walaupun sebelum ini laporan menyebut ia akan dihapuskan secara berperingkat.

2. Penghapusan dasar pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam akan hanya melemahkan lagi ekonomi orang Melayu, kata Anggota Exco Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir. Menurutnya, sekarang bukan masa untuk mencadangkan 30 peratus ekuiti orang Melayu dihapuskan sebaliknya ia masa bagi meningkatkan ekonomi mereka.

3. Keputusan utk menilai semula ekuiti bumiputra 30% oleh YAB Timbalan Perdana Menteri adalah merupakan pandangan peribadi kerana ia tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Kerja Tertinggi. Pandangan ini telah mendapat berbagai reaksi, malah ramai ahli MT juga tidak setuju. Bagi saya masalah jumlah ekuiti tidak timbul, yang menjadi masalahnya ialah kegagalan kita untuk mencapai jumlah pegangan tersebut. Jalan penyelesaian perlu dicari dan kaedah terbaik perlu dilaksanakan agar orang Melayu tidak merasa mereka dipinggirkan dari arus ekonomi negara. Saya sedar dalam keadaan politik jaga hati yang berlaku hari, pemimpin UMNO didesak untuk jaga hati parti komponen BN yang lain, hinggakan ia akan melukakan hati orang-orang Melayu adalah suatu tindakan yang dangkal dan perlu ditimbang semula. Saya tak mahu berlaku keadaan yang dikendung dicicirkan yang dikejar terlepas dari pandangan. - www.drkhir.com

p/s: Selagi Perkara 153 termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, selagi itu ia WAJIB dipertahankan oleh orang Melayu.

1 comment:

  1. den rasa najib nih dah kena kenen dengan paklah la. curiga plak den ngan dia nih.

    ReplyDelete