Friday, November 28, 2008

Krisis Yang Tidak Dipedulikan

Kebelakangan ini rakyat Malaysia seakan melupakan tsunami kewangan global yang telah memberi impak besar kepada seluruh penduduk dunia. Amaran penganalisis ekonomi dan kewangan yang meramalkan krisis kewangan dunia akan bertambah buruk menjelang tahun hadapan seolah tidak penting bagi rakyat Malaysia. Kita merasakan bahawa itu bukan masalah kita. Kemungkinan kekerapan penurunan harga runcit minyak oleh kerajaan serta kehangatan pemilihan kepimpinan UMNO telah membuatkan ramai beralih fokus buat seketika. Rakyat Malaysia keseluruhannya lebih tertarik kepada isu rasuah yang kononnya berlaku dalam UMNO, isu siapa yang akan menjadi timbalan presiden, siapa ketua wanita, siapa ketua pemuda, siapa ketua puteri, isu yoga dan yang terbaru berkenaan rombakan dalam PAS.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa krisis kewangan yang melanda dunia adalah berkait dengan perbelanjaan peperangan ke atas negara Iraq, Afghanistan, Palestin, Sudan etc. Krisis kewangan ini telah dirancang dengan begitu teliti oleh para elit kewangan global yang merupakan sebahagian agenda 'Pesta Perang' yang bakal berlaku. This is a global war – a global financial war. One cannot detach the wars in Iraq and Afghanistan from this financial crisis. War is the racket.

Kita sedang menyaksikan permulaan kepada pengakhiran Empayar Anglo-American Zionist. Mungkin ramai akan mengatakan, apalah yang mamat ni bebelkan. Tetapi sejarah telah mengajar saya bahawa apabila sesebuah empayar akan sampai ke penghujung riwayat, maka keadaan akan menjadi lebih bahaya kerana mereka akan sedaya upaya menggunakan segala kekuatan yang ada untuk melambatkan saat kejatuhan mereka. Penggunaan kuasa ketenteraan atau dictatorships kini tumbuh bak cendawan di seluruh dunia terutama di negara-negara yang bersekutu dengan Amerika Syarikat. Sama ada anda sedar atau tidak, tindakan yang diambil oleh negara jiran kita iaitu Thailand akhir-akhir ini seakan 'membenarkan' teori di atas.

Jika diamati, beberapa negara akhir-akhir ini seolah-olah sedang bersedia untuk menghadapi peperangan. Rusia dan China kini seakan diancam dan kedua negara ini telah bertindak meningkatkan perbelanjaan pertahanan mereka. Rusia juga telah mengeluarkan amaran bahawa sekiranya diserang, mereka tidak akan teragak-agak untuk melancarkan senjata nuklear seandainya Amerika Syarikat cuba untuk bertindak sembarangan. Sekiranya prihatin, anda akan menyedari bahawa terbaru kini kapal perang China sedang dalam keadaan bersedia berhadapan dengan aircraft carrier USS Kitty Hawk yang berlabuh di sepanjang selat yang memisahkan Taiwan dengan Tanah Besar China. NATO yang berada dalam keadaan kelam kabut dan kurang stabil di Balkans, khususnya Kosovo, turut memberi ancaman kepada Rusia. Israel pula sedang hebat melakukan provokasi di Timur Tengah.

Krisis kewangan dunia yang berlaku kini bolehlah dikatakan War of Currencies. Penguasaan dollar semakin lemah. Petro-dollar kini bukan lagi simbol kekayaan sesebuah negara. Pengumuman Bank Negara berkenaan rizab dalam matawang dollar oleh Malaysia yang melebihi USD160 billion, pasti tidak akan memberi sebarang makna pada ekonomi semasa. Rizab dalam matawang Pound Sterling dan Euro yang sebelum ini dianggap sebagai alternatif juga berada dalam keadaan yang tidak stabil. Namun berbeza dengan Russian Ruble dan Chinese Yuan yang kelihatan semakin kukuh di pasaran dunia serta dianggap sebagai ancaman oleh Amerika Syarikat kepada status global dollar yang sebelum ini merupakan rujukan the global reserve currency.

Perang nilai matawang antara USD, Ruble dan Yuan ini kelihatan sejajar dengan 'hot wars' yang dijangka akan berlaku oleh ramai penganalisis ekonomi dan politik dunia. Dipercayai bahawa Zionist Anglo-American War Party sudah tiada pilihan melainkan terpaksa menganjurkan peperangan to protect power, intimidate and if need be conquer and occupy any country resisting the dollar hegemony.

Inilah pengakhiran kepada ‘permainan’ mereka selama ini. Mereka beranggapan sekiranya empayar zionist anglo-american tidak berjaya mengekalkan pengaruh dollar bermakna itulah saat kehancuran bagi mereka. Maka, jika anda beranggapan bahawa zionist anglo-american akan berputus asa terhadap kejatuhan ekonomi dan pengaruh dollar, lebih baik anda fikirkan semula. We must prepare for the coming global wars. Please tell your fellow citizens to expose this perfidy and start organizing resistance.

2 comments:

  1. Assalamualaikum anakku,

    Mamat ini tidak membebel...tidak. Dan Mak Cik yang tidak pandai ekonomi ini pun dah tahu bahawa Krisis ekonomi global ini tidak boleh didiamkan sahaja dan seolah tidak berlaku.

    Inilah yang sepatutnya Parti Parti Pemerintah fikirkan masak-masak. Contohnya DAP janganlah ghairah dengan JASA mereka membubuh segala bahasa pada Papan tanda jalan jalan raya di Penang, cubalah takut dan fikirkan apa akan terjadi jika kilang kilang elektornik di Penang itu kena bahana tempias secara langsung atau tidak dengan apa yang melanda di Barat dan US sekarang.

    Menakutkan..bayangkan kalau kilang kilang ini terpaksa ditutup..UMNO pun sibuk dengan pertandingan. Rebut merebut kuasa..kuasa sebenarnya adalah kuasa ekonomi. Poket kosong cakap apa pun tak boleh bikin.

    ReplyDelete
  2. Saudara Paneh,

    Betul apa yg diperkatakan ,tapi ahli-ahli politik kita pembgkg dan pemerintah sedar ke tidak. Masih ambil mudah seolah tiada apa yg berlaku dan biar semuanya berlaku secara sendiri,tidak spt dulu lgkah-lgkah pencegahan dan kawalan diusahakan dan dicari.Pembgkg dgn perangainya mengkritik tetapi tidak memberi cadgn yg relevan untuk menyekat ekonomi drp merudum, manakala kerajaan masih percaya negara kita masih boleh kekal dan tidak terjejas ekonominya.Bunyinya seolah negara kita tidak akan alami apa-apa masalah.Ya ke......

    ReplyDelete