Wednesday, November 26, 2008

Najib BUKAN PM Malaysia Ke-6

Ramai yang berbicara mengenai tindakan Paklah yang tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO, tetapi masih mahu menjadi Ketua Bahagian UMNO Kepala Batas. Pada awalnya saya juga keliru apabila seseorang yang pada suatu ketika mengetuai parti tetapi akhirnya menjadi setaraf dengan ketua-ketua bahagian yang lain. Apa yang menjadi persoalan saya ialah bagaimana bentuk layanan yang akan diberikan kepada Paklah dalam program anjuran UMNO selepas ini? Adakah Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri akan turut melibatkan Paklah dalam aktiviti perhubungan atas kapasiti Paklah selaku ketua bahagian? Dan bagaimana pula dengan kedudukan Paklah sebagai mantan Presiden dan mantan Perdana Menteri semasa Perhimpunan Agong UMNO berlangsung? Adakah Paklah akan duduk di kerusi yang disediakan untuk tetamu kehormat atau Paklah akan duduk bersama ketua-ketua bahagian lain di kerusi perwakilan?

Saya terfikir mengenai dua senario yang mungkin berlaku pada masa hadapan. Kalau tidak berlaku pun, anggaplah bahawa saya hanya bermimpi dan berimiginasi tentangnya. Berikut saya terangkan mengenai senario yang mungkin atau tidak berlaku.

Senario 1: Paklah akan dilayan sebagaimana ketua-ketua bahagian yang lain. Lagipun Paklah sudah tiada kuasa dan ahli UMNO juga tidak akan mempedulikannya sangat sebagaimana yang telah berlaku kepada Che Det sebelum ini. Najib kemudiannya akan ditabalkan sebagai Presiden UMNO yang baru dan seterusnya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6. Pada masa itu Khairy Jamaluddin akan kalah dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO dan mungkin akan mengambil masa yang lama untuk kembali semula ke dalam hierarki kepimpinan UMNO. Anwar Ibrahim pula akan berkeras dengan tuduhan bahawa Najib telah menyalahgunakan kuasa untuk menutup skandal yang melibatkan dirinya. Akhirnya Najib terpaksa bertindak dan seterusnya menahan Anwar Ibrahim melalui tahanan tanpa bicara.

Senario 2: Sebelum Mac 2009, kumpulan Paklah akan memberi tekanan kepada Najib melalui skandal seks yang melibatkan dirinya. Semua sedia maklum bahawa kes Altantuya belum lagi selesai dan pihak pembelaan akan membentangkan bukti mereka tidak lama lagi. Kemungkinan segala hujah pembelaan akan menjurus kepada Najib dan kumpulan Paklah akan menggunakannya sebagai ‘senjata’ untuk mengugut Najib agar menolak pencalonan jawatan Presiden UMNO. Segala skandal mengenai Najib akan dibongkar secara besar-besaran sebelum Mac 2009 sehingga rakyat mula mempertikaikan kredibiliti Najib untuk menerajui negara. Najib akan digambarkan sebagai liabiliti kepada UMNO dan bakal memberikan imej buruk kepada Barisan Nasional. Najib berkemungkinan akan akur dengan tekanan tersebut dan menolak jawatan Presiden UMNO yang dimenanginya tanpa bertanding. Seterusnya Paklah selaku remaining Presiden dan masih memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO Kepala Batas akan memangku jawatan Presiden sehinggalah ke pemilihan berikutnya. Paklah akan kekal sebagai Perdana Menteri sekurang-kurangnya sehingga 2010 sebagaimana cadangan pelan peralihannya sebelum ini. The Prince in waiting iaitu Khairy Jamaluddin juga akan memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO dan seterusnya akan dipersiapkan untuk bertanding jawatan yang lebih tinggi dalam pemilihan pucuk pimpinan UMNO akan datang. Maka impian Khairy untuk menjadi the youngest Prime Minister in history berkemungkinan akan tercapai kerana Paklah pasti akan membantunya ke puncak kuasa.

Dalam masa empat bulan ini pelbagai perkara boleh berlaku dan mungkin juga akan wujud senario yang berbeza. Pilihlah senario mana yang anda mahu dan anggaplah ia sekadar hiburan bedtime stories.

10 comments:

  1. jika bukan najib jadi PM dan presiden UMNO, timb. Presiden akan memangku jawatan Presiden dan PM.

    ReplyDelete
  2. Pada saya, buat apa nak layan Pak Lah seperti bekas PM .Dah jawatan ketua bahagian, anggaplah diri sebagai ketua bahagian sahaja. Kalau pengerusi Perhubungan nak lantik ke,tak nak panggil ke itu atas budi bicara penerusi perhubungan, sepatutnya pal lah tidak pertikai benda-benda macam ni malahan sepatutnya beliau malu kerana diturun secara drastik.

    ReplyDelete
  3. Salam perpaduan.
    Hari ini senario politik Umno macam peningnya ekonomi dunia.apa yang dijangka hanya tinggal 20% kemungkinan berlaku. Saya pada mulanya terpikir juga dimana kesudahan nasib paklah? Paklah kini umpama pemain bola yang dah 'injured' kena tamat karier.Ni sebab KJ dah tackle keras kt pak mentua sendiri.Refree kasi kad kuning kt KJ.Persoalannya adakah coach (perwakilan umno) mahu mengekalkan KJ dalam permainan bola ini jika mahu menang dalam senario politik negara untuk PRU 13.Jadi ini semua terletak kepada kebijaksanaan semua perwakilan.Sekarang, bila paklah yg juga sebagai capt Umno dah injured,rentak permainan bola umno makin kelam kabut.Maka soal paklah dimana adalah menjadi agenda agen2 paklah untuk buat dealing baru.Peningkan ilustrasi saya.Apapun secara amnya, percaturan yang sepatutnya berlaku bukanlah dimana ingin meletakkan paklah tetapi macam mana ingin membuat KJ dan sekutunya dalam Umno termasuk Reezal,Ali rustam,Nor Yaakob dan sebagainya. Kerana yang menyusahkan sekarang adalah mereka ini dah kukuh.Apabila seorang perwakilan datang kepada saya bertanyakan soal siapa layak untuk Timb Presiden. Saya diam. Datang hamba allah lagi dia menyampuk kata mahyuddin paling layak memjadi timb presiden dengan beberapa fakta antaranya adalah mahyuddin memperjuangkan suara orang melayu. Saya berfikir siapa mahyuddin. Justeru ini membuka bicara dengan bertanyakan kalau mahyuddin perjuangkan hak melayu asli, mengapa kenyataan awalnya, dia telah berjumpa dan memohon restu Tun M sedangkan Tun M adalah mantan presiden Umno.Mengapa tidak dia memohon restu paklah? Kedua nya, adat melayu taat dan hormati pemimpin. Kalau mahyuddin memperjuangkan hak orang melayu, mengapa mahyuddin secara terbuka mengkritik paklah didalam media? Orang umno kena tahu siapa mahyuddin.Andai mahyuddin naik maka Umno tetap takkan berubah.Percayalah, kerana mahyuddin adalah mahathir dan mahathir adalah mahyuddin. Andai orang umno mahukan mahathir mentadbir Umno, maka generasi muda akan melihat bapak2 mereka tidak matang dan pengecut kerana mahukan seorang ditaktor.Ingat, malaysia bukan melahirkan generasi lama sebaliknya melahirkan generasi baru yang lebih mengutamakan ketelusan dan saksama. Orang umno perlu tahu bahawa generasi kini adalah 'auditor' kepada umno.Terpulanglah kepada orang umno sama ada ingin melenyapkan nama umno di dalam sejarah malaysia akan datang atau tidak.Antara 3calon timb, fikirlah kredibeliti masing2.tiga2 orang ini ada sejarah lampau.Ali sedang membuat kesilapan.Mahyuddin kesilapannya tidak dimaafkan orang johor hingga kiamat.Mat Taib penah menjadi 'black sheep' kepada mahathir dan sultan yang akhirnya memerangkap dirinya.Antara tiga2 orang ini, siapa yang menghormati pemimpin,ahli dan tdak mengkhianati parti? hanya mat taib sahaja.Fikir2lah.

    ReplyDelete
  4. Anak hang tuah,

    Apa relevan MAT TAIB pada mata kamu...dan bukan nya mahyuddin.....salahke kalau Muhyuddin kalau dia dengar nasihat dan pandgn Mahathir....org yg ..telah dapat membaca dan melihat banyak kekhilafan UMNO pada masa ini atas pemerintahan UMNO yg begitu korup pada hari ini ...apa anda masih tak nampak...lagi atau anda setuju umno hanyut dibawa arus zaman....

    Kalau anda tak mampu memperbetulkan Umno serah saja pd org yg arif mengenainya.....tak perlu lah memburukkan lg keadaan.....

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum anakku Paneh,

    Pada Mak Cik tidak salah beri layanan Istimewa pada Pak Lah

    1. Dia bekas PM kita (Pada waktu tu)

    2. Dia sebagai orang tua.

    Dan InsyaAllah, Mak Cik rasa kita berbaik sangka dan Najib akan jadi PM juga, jika inilah kehendak Illahi.

    Tak usahlah kita orang Melayu bersangka buruk berterusan. Sampai bila kita akan begini? SIAPA pun jadi PM bagi Mak Cik biarlah dia layak membawa kita semua kepada satu Kesatuan. Bersatu kita teguh bercerai pasti roboh.

    WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  6. bagus analogi ko paneh. kalo najib betul la najib akan dikaitkan dgn pelbagai skandal sebelum sempat dinobatkan secara rasmi sbg presiden, maka sudah tentu paklah akan pangku jawatan tu kerana paklah pernah kata bahawa dia hanya akan serahkan jawatan pm beberapa hari selepas perhimpunan agong. maka tak mustahil senario kedua tu boleh berlaku. najib kena berhati2 la lepas ni.

    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum Wr,Wb

    Harap-harap Malaysia akan aman, namun saya kurang yakin sebab terlalu banyak onak dan duri yang akan di hadapi oleh mereka, saya harap apa yang saya katakan ini kita ingat bersama

    ReplyDelete
  8. saya rasa Pak Lah akan terus berjuang dlm UMNO walaupun menjawat Ketua Bahagian .sekarang ini pun beliau adalah Pengerusi Perhubungan UMNO PP dan akan kekalkan jawatan ini kerana mendapat sokongan semua bahagian PP. UMNO PP menyokong kuat Pak Lah tidak seperti di negeri lain .

    Saya rasa Najib akan menjadi PM ke 6 jika ditakdirkan Allah . Jika takdir Allah Najib PM ke 6 ,segala halangan untuknya Allah akan permudahkan . Saya percaya Najib kerana Najib telah bersumpah tidak mengenali Altantunya dan semua ini hanya fitnah terhadap dirinya oleh RPK dan Anwar .

    HIDUP NAJIB !! PM MALAYSIA KE -6

    SALAM SETIAKAWAN BERSAMA NAJIB PM MALAYSIA KE 6

    ReplyDelete
  9. najib pm ke-6 dan khairy pm ke-7.

    ReplyDelete
  10. Salam khas kepada sutera timur.
    Persoalan yang saya nak tanya..adakah sutera timur tahu sejarah korup dan politik wang dalam umno? apa peranan mahyuddin ketika Tun M bertanding dengan Tengku Razaleigh? adakah sutera timur tahu? jawab soalan saya. Umno 22 tahun lalu didik dengan korupsi.Mengapa baru hari ini nak kata umno itu korup? kalau umno korup ketika era zaman paklah, hari ini mengapa baru anak bangsa umno yang dah tamat zaman pemuda baru kenal lembaga disiplin umno? dimanakah lembaga ini zaman mahathir? sebagai anak melayu saya kagum kerana mempunyai tokoh pembangunan seperti mahathir tetapi saya bukan taksub dan kagum 100%.begitu juga pada paklah.Saya akui nilai perjuangan paklah dan kemelayuannya tinggi dari mahathir tetapi paklah lembik dari segi pentadbiran dan loser kepada menantunya yang menjadi dalang kepada pembelian ekuiti yahudi.Siapa mahyuddin untuk bercakap soal melayu. Dia orang yang pernah membeli maruah melayu melalui wang. Siapa mat taib? Hari ini, selangor maju dan menjadi 'favourite state' PR adalah hasil usaha mat taib.Orang kata mat taib bawak duit dari oversea.dia tak declare.sebab itu arahan orang atasnya ketika itu.Siapa orang atasnya? jawab!..kalau mahyuddin betul membantu melayu, mengapa taknak bantu petani bermasalah ketika jadi menteri pertanian? Beliau hanya mengkormesialkan kementeriannya.kenapa zaman dia menjadi menteri pertanian, kenapa soal masalah baja tidak diselesaikan secara profesional? perbetulkan niat mahyuddin malah semua calon yang bertanding.Saya bukan menyokong sesiapa tetapi demi kepentingan Umno, mahyuddin tidak wajar dipilih sebagai Timb kerana ini hanya menguatkan kata2 orang munafik dan berkepentingan seperti mahathir dalam bangsa melayu.

    ReplyDelete