Tuesday, November 11, 2008

Realiti di sebalik insiden pergaduhan mesyuarat Umno Bahagian Seremban

Kekecohan yang berlaku akibat insiden bertumbuk di dalam mesyuarat Bahagian Seremban adalah rentetan daripada provokasi melampau yang telah dicetuskan oleh penyandang jawatan Ketua Bahagian Seremban, Ishak Ismail.

Tidak pernah berlaku di dalam mesyuarat bahagian ini, pengawal keselamatan diperlukan untuk mengunci semua pintu dan mengawalnya seperti bouncer sehinggakan menimbulkan rasa tidak senang kepada perwakilan sejak dari mesyuarat Perwakilan Pemuda lagi. Tetapi inilah salah satu cara yang digunakan oleh Ishak Ismail demi memastikan beliau terus memegang jawatan Ketua Bahagian yang telah disandangnya sejak 20 tahun lalu.

Insiden yang berlaku pada hari Ahad lepas bermula apabila terdapat 9 cawangan yang dianggap menentang kepimpinan Ishak Ismail telah digantung statusnya kerana didakwa gagal menjalankan mesyuaratnya dengan sempurna. Walaubagaimanapun, sebelum mesyuarat bahagian dijalankan, 4 daripada 9 cawangan tersebut telahpun menerima surat tauliah yang membolehkan perwakilan daripada cawangan-cawangan itu turut serta di dalam mesyuarat bahagian yang diadakan pada hari kejadian. Malangnya para perwakilan daripada keempat-empat cawangan tersebut telah dihalang oleh urusetia mesyuarat untuk masuk ke dewan kerana dikatakan mendapat bantahan teknikal. Perkara ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati kepada para perwakilan tersebut yang merasakan mereka telah dipermainkan sewenang-wenangnya oleh Ishak Ismail.

Para perwakilan tersebut telah ditarik hak mereka untuk mengundi dan mereka hanya dibenarkan masuk sebagai pemerhati sahaja. Ishak Ismail telah mendapat bantuan Rahim Tamby Chik yang bertindak sebagai wakil pemerhati daripada Umno Pusat. Selesai sahaja pengerusi mesyuarat Othman Senara membuat ucapan alu-aluan, Yusof Hermain Shah salah seorang perwakilan dari Sikamat bangun untuk bertanyakan status mengenai cawangannya. Rahim Tamby Chik yang bersekongkol dengan Ishak Ismail dengan sombongnya menegaskan pendiriannya berhubung perkara tersebut yang jelas memihak kepada Ishak Ismail.Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati kepada seorang perwakilan dari Cawangan Seri Aman, Fadhil yang kemudiannya bangun untuk turut mendapat jawapan mengenai status cawangannya yang digantung. Tindakannya ini telah menyebabkan salah seorang pengawal keselamatan iaitu anak Sham Lombong (Hardcore Ishak Ismail) meluru untuk merampas mikrofon daripada Fadhil. Salah seorang Perwakilan G10 Pemuda, Samsor Zainal cuba untuk meleraikan pergelutan tersebut bagi membolehkan Fadhil menjelaskan apa yang terbuku di hatinya. Tindakan Samsor Zainal itu telah menyebabkan anak Sham Lombong yang bertindak sebagai pengawal keselamatan cuba melepaskan beberapa tumbukan yang berjaya dielak oleh Samsor Zainal. Halim Lokman (Setiausaha Pemuda yang baru dilantik), yang cuba meleraikan perkara tersebut dengan menarik pengawal keselamatan itu telah diserang dengan tumbukan oleh seorang lagi anak Sham Lombong yang juga bertindak sebagai pengawal keselamatan dikenali sebagai Nizar. Itulah yang telah mencetuskan kemarahan para perwakilan yang lain sehinggakan mereka telah menyerang anak Sham Lombong beramai-ramai akibat marah dengan kebiadapannya yang diupah oleh Ishak Ismail dan kuncu-kuncunya.

Berhubung dengan kejadian ini, Ishak Ismail bersama kuncu-kuncunya telah membuat 9 laporan polis yang menunjukkan seolah-olah perwakilan-perwakilan yang teraniaya ini yang memulakan pergaduhan tersebut. Ishak Ismail cuba untuk membuatkan semua orang yang dikatakan cuba menentang kepimpinannya dikenakan tindakan disiplin ini termasuklah perwakilan G10 Pemuda ke Bahagian.

Sehubungan dengan itu, Tengku Adnan Tengku Mansor(Setiausaha Agung Umno serta rakan sekutu Ishak Ismail) telah mengeluarkan kenyataan bahawa Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan dan Umno Bahagian Seremban tidak mempercayai di antara satu sama lain.

Pada aku, Pak Lah yang masih lagi bertindak sebagai Presiden Umno sepatutnya mengkaji perkara ini dari peringkat akar umbi agar segala perlakuan kohok Ishak Ismail sejak 20 tahun menerajui Umno bahagian Seremban terbongkar. Adakah wajar seorang pemimpin yang mensabotaj calon daripada partinya sendiri di dalam pilihan raya, hanya diberikan amaran keras sahaja kerana ada Ketua Bahagian lain yang melakukan kesalahan yang sama telahpun digantung selama 3 tahun oleh lembaga disiplin parti. Lu fikirlah sendiri.....

37 comments:

  1. Tuan,

    Tanpa merujuk kepada mana-mana kes secara spesifik, saya amat berharap pemimpin UMNO dapat berfikir sebelum bertindak. Saya bimbang rakyat menolak UMNO sekiranya kita tidak berhati-hati.

    ReplyDelete
  2. Sudah sampai masanya yang tua diganti.Kalau tiada barisan pelapis,Umno akan terus hancur.

    Ntah bila lah tua kutuk tak sedar diri tuh nak mati. Yang bekas perogol plak tak abis2 nak berlagak.Kami masih ingat kes rogol bawah umah yg sepatutnya dikenakan sebatan 12x.:)

    Bak kat seorang sahabat kpd sahabatnya, keje kita nih dah bagus dah cuma yg kita takutkan hilangnya berkat.

    Len kali jgn ajak perogol jd pemerhati.Tiada maknanya beb!

    ReplyDelete
  3. Laaa...memang ada Bahagian lain pakai 'Bodyguard'!!! Den nengok gambar Bodyguard dlm paper tu, mcm hampeh..takde trill langsung..! Kurus mcm lomang jo...Jgn tak tahu tahun 2004, msyt Pemudo Rasah pakai Bodyguard 'kaki pukul'!! Longan masing2 bosa mcm batang kelapo...!!! Maso tu sapo jadi 'dalang' eh...jgn tak tahu...KING laaa... takdo apo pun bantahan, sonyap jo laaa. takut kono hompuk ! Ni kes S'ban ni kiro small matter pun....Dalang, Boss & Tok Boss eh besusun yo nengok..takkan tak tahu sapo ....

    ReplyDelete
  4. Realiti 1: Bahagian Seromban & Perhubungan UMNO Negori memang tak sebulu.

    Realiti 2: Tindakan mengupah pengawal hanyo memburukkan keadaan, menunjukkan ado unsur tidak pecayo, bias dan niat tertontu. Kes Rasah semuo perwakilan dibuek eh mcm pesalah!

    ReplyDelete
  5. yg sbenarnya bukan di Seremban ja, rasanya hampir smua Bhg yg bsidang t'utama klu ketua ada lawan, mesti pakai bouncer punya...kadang2 mcm umno tu bouncer yg punya, ahli nak bcakap pun x boleh. Sian kan....

    ReplyDelete
  6. Saya cuma nak mengingatkan bahawa peristiwa sediah dan memlukan seperti inilah yang sangat tidak diingini rakay terramai. Yang akhirnya mereka tunjukkan melalui pangkahan undi ketika pilihanraya. Bukannya kesalahan Jabatan Hal Ehwal Khas ( JASA ). Ini yang kakitangan Jasa pening kepala. Mereka yang membuat angkara, Jasa pula yang menerima murka dari pihak diatas sana. Patutkah JASA dinyahkan kerana perlakuan ahli-ahli UMNO?.

    ReplyDelete
  7. Masalah mmg banyak...selagi set2 tua terkutuk dalam umno asyik pentingkan tali perut sendiri dr bangsa, sampai bila pun xselesai...cukup2 laaa tuh pegang jawatan...ingat la kubur sama...mcm depa mau idup 1000thn lak...tak gitu sahak kohok?

    ReplyDelete
  8. cuba refer forum kmu, puaka desa patut siasat betul-betul dahulu sebelum beri pandangan, kenapa cawangan terbabit diberi taraf pemerhati, siapa yg main politik wang, siapa yg buat suka provok (asik press conference, asik kacau cawangan orang, asik demonstrasi, asik buat tuduhan etc etc), terlajak perahu boleh diundur.. terlajak kata.. lu pikir la sendiri. ke.. puaka desa pun ada masyuk ka?! (tgh pikir!)

    ini antara keterangan yg diberi dlm forum tu..

    erk..smlm aku da cakap da..meh aku story lg skali..
    kat seremban ade 2 puak..1 puak ketua bahagian...1 lg puak mb..siapa puak mb ni??puak mb ni adalah bekas pengikut ketua bahagian yg dijanjikan wang ringgit oleh mb n9 untuk memecah belahkan bahagian seremban..mat nor awang..usop @#$%&$ mabuk..dan rmai lg snggup menggadai maruah diri kerana jawatan dan wang ringgit...

    sape usop dan mat nor awang ni??sebab aku ni duk bawah dun sikamat under usop bekas adun kat situ dulu..meh aku story skit ape yg grass root marah skali dengan 2 orang ni...1st,pada pru lepas kedua dua calon ini kalah tipis dan bila da kalah tetibe sahaja menunding jari pada grass root yg dikatakan pengkhianat dan cuba menjatuhkan UMNO dr dalam(sabotaj la konon)..kerana itulah ketua bahagian dan dalam 20 ketua cawangan dan ketua pemuda dihadapkan ke lembaga disiplin UMNO,tp da diputuskan yg mereka ini semua tidak bersalah..bayangkan la,ketua cawangan tempat aku yg mase pru lepas bekerja keras walau x suke sngt dekat usop ni tp berkja demi parti pun dituduh sabotaj..

    mat nor awang adalah naib ketua sebelum ini,tp cuba untuk bertanding jawatan ketua..untuk pengetahuan korang,mesyuarat di setiap cawangan di bahagian seremban juga bnyk yg kecoh..mereka ni bnyk mengupah pemuda pemuda ala samseng untuk mengacau di setiap mesyuarat cawangan..lg lg kalau cawangan itu merupakan kubu kuat ketua bahagian..mereka ini dtng kononnya nak check supaya tidak berlaku penipuan la kononnya,lg lg dr segi kehadiran tp last skali dorang ni yg buat kacau..

    bak kate pepatah sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga..mcm tu la nasib mat nor awang,selama ni kitorang dok dengar diye maen duet,hulur sana,hulur sini,akhirnya dye ditangkap bpr,dan waktu ditangkap tu memang sedang menghulurkan duet..jd majlis tertinggi sendiri yg memutuskan dye tidak layak bertanding..tp kerana tidak berpuas hati,diye ni buat kacau la mase mesyuarat bahagian aritu.tp yg kurang ajar skali dlm mesyuarat tu adalah pemuda pemuda yg entah dr mana dikutip oleh mat nor awang dan usop ni...

    pemuda pemuda ni la yg mula mula bertindak membaling kerusi sehingga mesyuarat terpaksa ditangguhkan.aku sebagai pemuda memang malu skali pemuda kita buat kacau dalam mesyuarat UMNO bahagian.bayangkan la rmai yg situ orang orang tua,orang orang veteren tp pemuda pemuda ni plak boley buat kelakuan mcm tu..apepun aku harap ape insiden jd kat seremban ni bukan lah menunjukkan semua pemuda seremban ni kurang ajar,kite tngk n lihat sebab kalau x silap aku mesyuarat semula akan diadakan pada next week dan dibawah kendalian majlis tertinggi..mampu kah pemuda pemuda ni buat kacau lg??kite tngk dan lihat je la nanti.

    ReplyDelete
  9. cukup2 la tok sahack. muka pun dah naik lebam tgk macam sakit je. perkasakan parti dengan perubahan positif.

    ReplyDelete
  10. akum bro anonymous,

    Apa yang bro cakap tu adalah kempen yang dimainkan oleh orang-orang Dato' Ishak.Saya yakin dan pasti bro ini penyokong kuat Dato' Ishak.

    Apa yang puaka desa cakap itulah realiti sebab saya sendiri adalah perwakilan dalam dewan tu dan menyaksikan apa yang berlaku.

    Jikalau saya tidak menyokong Dato' Ishak adakah saya ni harusnya dilabel sebagai orang MB? Adakah setiap perwakilan yang dah mual dan jemu dengan retorik Dato'Ishak yang telah 20 tahun jadi Ketua Bahagian tu dapat "masyuk"? Adakah kakak-kakak perwakilan yang dah 50 tahun lebih yang didera oleh budak2hingusan Dato' Ishak dan dihalau balik dari mesyuarat cawangan sendiri hanya kerana terlupa bawa kad pengenalan semasa mesyuarat cawangan mereka sendiri tu dikatakan orang MB atau terima " masyuk"? Kurang bijak kalau bro berkata begitu.

    sesiapa yang ada masa piket tu akan terkejut kalau lihat kakak-kakak kita yang veteran turut sama berpiket membantah kepimpinan Dato' Ishak. Ramai yang terharu dengan kehadiran mereka tetapi orang macam bro ni tetap kata mereka ni terima "masyuk".Kalau macam tu fikiran kau bro ,kau ni memang anak durjana yang tak ingatkan perjuangan mereka yang lebih tua.

    Bro,kau kata md nor main duit sebenarnya pencalonan yang banyak dia dapat sebab orang di akar umbi mahukan perubahan.Rezwat yang kenakan Md nor tu cukup megah dia kenakan Md Nor.Silap rezwat ni,dia amat megah mencanang hingga ada percakapannya direkodkan dan akan dijadikan bukti di Mahkamah nanti.Masa tu semua orang tau md nor sebenarnya diperangkap dan siapa dalangnya akan diketahui.masa itu Tengku Adnan dan pemimpin tinggi parti akan terima tamparan hebat sebab keluarkan keputusan md nor tak boleh bertanding tanpa usul periksa.

    Masa PRU dulu, kalau bro kenal Khairul dan Jamal di Ampangan tanya diorang siapa yang suruh boikot kempen PRU BN di Ampangan. Duo malaun ni asyik hasut pemuda Ampangan suruh boikot.Tapi pemuda Ampangan tak badigol macam dia dua orang tu jadi hasutan tu tak menjadi.peruntukan dari UMNO Negeri ke bahagian Seremban hanya diberi kepada DUN Ampangan dan Sikamat aje,itupun Apai Setiuasaha Kerja Dato Ishak ambik komisyen peribadi sebab mengantarkan duit.Duit ke DUN Lenggeng dan DUN Nilai tak sampai. Apa jadi dengan duit tu? Tup-tup Suhaimi dan Sarimah orang kuat dato' Sahak keluar NAZA Ria MPV selepas PRU.Orang pun tau diaorang ni mampu pakai Iswara aje atas ukuran kerja diorang. Sarimah pegawai TEKUN dan Suhaimi tak bekerja. mana diorang dapat duit pakai NAZA Ria MPV bro?

    jangan ubah cerita bro, fakta tetap fakta. Dato ishak telah disabitkan kesalahan sabotaj parti masa PRU 12 lalu cuma dikenakan hukuman amaran oleh Lembaga Disiplin.Apapun hukumannya fakta adalah jelas Dato' ishak adalah PENSABOTAJ PARTI.

    Persoalannya jelas adakah akar umbi yang partinya telah disabotaj oleh pemimpinnya sendiri berhak rasa marah dan inginkan perubahan? berhakkah akar umbi marah jika cawangannya digantung tanpa alasan munasabah? Berhakkah perwakilan akar umbi yang telah terima surat tauliah perwakilan marah apabila mereka tidak diterima sebagai perwakilan tetapi sebagai pemerhati sahaja semasa mesyuarat bahagian? Adakah mereka ni semua orang MB?.mereka inilah ahli akar umbi yang setia pada parti yang tidak sabotaj parti sendiri tetapi dinafikan hak mereka!

    Bara api dah ada disiram dengan minyak bila anak Sham Lombong mula serang dan tumbuk perwakilan.Anak Sham Lombong ni bukan perwakilan tapi kononnya pengawal keselamatan.Tapi logik ke dari bapak, anak lelaki sampai ke anak perempuan jadi pengawal keselamatan? Siapa diorang ni nak pukul perwakilan yang dipilih oleh akar umbi? Sebab tu perwakilan jadi marah dan tercetuslah kekecohan.
    Jangan mudah cakap semua orang boleh dibeli bro. Jangan mudah cakap kekecohan dirancang. kalau ia dirancang takkan orang datang pakai baju melayu siap samping dan perempuan datang pakai baju kurung bro. Pakailah akal sikit bila berhujah bro!

    ReplyDelete
  11. Tentang kes ini nampaknya puaka desa berat sebelah. Aku pun perwakilan Seremban jugak. Disebabkan aku adalah salah sorang perwakilan, so nak tau jugak apasal boleh jd kecoh mesyuarat tempohhari, aku pun selidik2 la, akhirnya aku dapat info bhw kes 9 Cawangan tu bahagian Seremban dah jawap lengkap pun & dah dihantar sendiri kpd J/kuasa Pemantau Bdn Perhubungan UMNO NS, J/kuasa Pengurusan UMNO Pusat & S/U Agong UMNO sebelum mesyuarat bahagian lg (kalau tak percaya boleh refer diaorang). Lgpun setahu aku bukan semua cawangan tu dianggap menentang Datuk Ishak Ismail macam statement puaka desa tu, dan bukan semua tak bermesyuarat dgn baik.

    Cawangan Sri Aman yg diketuai oleh Fadzil Kamarudin (yg bertanya sejurus sebelum mesy. jd kecoh) bertaraf Pemerhati kerana mesyuaratnya dapat bantahan ahli cawangan bila lantik 2 orang yang bukan ahli cawangan jd AJK cawangan tu. Bila dimintak mesyuarat balik, dia tak nak & tak iktiraf pulak jawatan S/U Bhgn yg bg surat tu. Mesyuarat Sungai Machang pulak tergantung bila 36 orang yg minat nak jd ahli UMNO Cawangan & dah isi borang ahli sejak 2007 persoalkan status borang permohonan diaorang yg dikatakan oleh YB Mustafa Salim selaku Ketua Cawangan dah diterima dan dihantar ke Ibu Pejabat. Malangnya, bila disiasat, didapati yg Ibu Pejabat tak pernah dapat / terima borang2 permohonan tu pun. Diaorang tak puas hati dan bangkitkan dlm mesyuarat tapi tak dijawab sehingga berlaku kekecohan dan bantahan. Mesyuarat Gedong Lalang pulak dibuat tanpa pengetahuan Ketua Cawangan, dirancang oleh Timbalannya yg nakkan jawatan tu, so Ketua Cawangan buat bantahan la ke Ibu Pejabat. Camtu gak kes Jln. Dato’ Kelana Makmor yg dah diminta tangguhkan mesyuarat oleh Ketua Cawangan sbb dia terpaksa hadir majlis pengkebumian saudara rapatnya yg baru meninggal dunia, tapi Setiausaha Cawangan tetap teruskan mesyuarat tu & lantik diri sendiri sbg Ketua Cawangan yg baru. Pasal tu Ketua Cawangan yg asal buat bantahan (macam2 hal). Mesyuarat Bukit Ampangan tak cukup korum, cammana nak sah. Tu pasal 5 cawangan tu terpaksa jd Pemerhati. Diaorang pun dah tau pasal ni, cuma tak puas hati, dah tu ada pula org macam Datuk Yusof Hermain Shah yg konon2 nak jd pembela, cucuk sana, cucuk sini nak dapatkn undi sbg Timbalan Ketua Bahagian, tu pasal jd kecoh.

    Sbg perwakilan, aku ada di situ. Bila aku baca statement puaka desa ni, lebih banyak tak betul dari betul. Kok ye pun nak glamor, jgn la sampai memfitnah. Hr tu elok2 aku dapat cai warna oren, ketua cawangan bagi, katanya undilah org2 kita ni, kita nakkan perubahan, aku jwb ok je. Tapi lps tengok sendiri apa yg berlaku.. aku jd berat hati nak bg undi kat line up Mohd Nor (yg MT kata tak boleh bertanding Ketua Bahagian sbb ada kes rasuah), Datuk Yusof (bekas S/U Bahagian & calon YB Sikamat yg kalah PRU12) & the gang. Sbg perwakilan, aku nampak sendiri apa yg berlaku. Baru aku nak masuk dewan sbb majlis nak mula, tiba2 Mohd Nor terjerit2 macam orang hilang akal arahkan semua orang2 dia termasuk bukan perwakilan & pemerhati cawangan masuk dewan. Terkejut aku tiba2 orang serbu masuk ramai2, main langgar je terutama budak2 pemuda, tak hormat orang langsung. Kesudahannya, aku sbg perwakilan tak dapat duduk sbb kerusi aku dah ada budak pemuda duduk (entah sapa-2). So, terpaksalah berdiri sbb dewan tu memang dah sarat (rasa-2nya orang yg tak berhak masuk mesyuarat lebih ramai dari orang yang sepatutnya). Peraturan mana yg diikut, aku pun tak tau.

    Masa Ketua Bahagian buat ucapan perasmian, budak2 tu dah buat bising, hu ha-hu ha, gelak tak tentu arah & hisap rokok dlm dewan yg padat tu. Langsung tak hormat majlis. Aku jadi sangat sedih bila lihat inilah bakal pemimpin UMNO Seremban, anak Melayu Islam yg sudah hilang adabnya. Selama lebih 10 tahun menjadi perwakilan belum pernah aku lihat senario sebegini. Serendah-2 pendidikan anak2 dahulu, adab sopan tetap dijaga. Tapi setinggi2 pendidikan anak2 kini, makin biadap! Belum sempat Timbalan Pengerusi Tetap memulakan persidangan, Datuk Yusof Hermain Shah bangkit jd hero memperjuangkan hak cawangan yg berstatus Pemerhati (aku dpt tau cawangannya, Sikamat mmg sah.. nak tanya apa lg) & kewajaran mesyuarat bersidang hari itu. Berdasarkan jawapan yg dihantar oleh Bahagian ke Pemantau Perhubungan, SUA dan Pengurusan UMNO, Tan Sri Rahim buat keputusan teruskan mesyuarat. Malangnya keputusan tersebut ditolak dgn angkuhnya oleh Datuk Yusof, Mohd Nor & penyokongnya. Fadzil pula menyuarakan rasa tak puas hatinya. Bila Timbalan Pengerusi Tetap minta dia duduk, dia tak nak & bawak lari microphone. Masa pihak keselamatan memintanya duduk dan dapatkan balik microphone, para penyokongnya dan budak2 pemuda yang diajak masuk oleh Mohd Nor mula bertindak liar & sekelip mata berlakulah tumbuk-menumbuk dan baling kerusi. Aku nampak Pak Ya terjun pentas tangkis kerusi yg melayang nak mengenai perwakilan wanita. Cuba la pikir kalau yg kena hempap kerusi tu mak bapak kita, tak pun mak bapak diaorang sendiri, apa rasanya? Yg paling menjadi tanda tanya adalah apa rasionalnya Mohd Nor & YB Mustafa buat press conference selepas mesyuarat ditangguhkan untuk membela orang2 yg melakukan kekecohan itu. Adakah budaya samseng ini perlu dibela? Lu pikir la sendiri!

    Aku tak bermaksud menyebelahi mana2 pihak tapi bila membaca tulisan Puaka Desa ini aku terpaksa memberikan gambaran sebenar apa yg aku nampak, risik, pikir & yakin. Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang benar & kebenaran akan tetap menang. Wallahualam bissawab.

    ReplyDelete
  12. Confirm anonymous ni orang Dato' Ishak. Dia kate Puaka Desa berat sebelah tapi dia sendiri berat sebelah. Konon nak undi line up Md Nor tapi hakikatnya tidak!

    3 cawangan yang disebutkan tadi saya nak tanya. Kalau mesyuarat tak sah kenapa surat tauliah ahli warna biru tu keluar kepada mereka.Contohnya, Ketua Cawangan Gedong Lalang sebelum mesyuarat bertanya kepada M rosli selaku Pemangku Setiausaha ,M Rosli kata mesyuarat dia sah sebab itu Ketua Cawangan tu boleh dapat surat tauliah.Masa nak mesyuarat bahagian tiba-tiba tak leh masuklak sebagai perwakilan. Apa cerita? Berhujah pasal surat taulah ni sahaja cerita anonymous ni nampak cerita standard puak Dato' ishak.

    pasal cwg Dato' Klana pulak,mesyuarat dibuat atas arahan ketua cawangannya sendiri. Bila orang dah nak mula mesyuarat dia kata dia ada kematian tak dapat datang.Mesyuarat adalah hak ahli bukan hak eksklusif Ketua Cawangan jadi mesyuarat diteruskan. Lepas tu bekas Ketua Cawangan kata Setiausaha ini hanya Setiausaha Sementara tak de kuasa nak jalan mesyuarat walhal penyata mesyuarat yang lalu cawangan tersebut jelas tertera beliau adalah Setiausaha Cwg. JK Pemantau UMNO Perhubungan Negeri pun dah tengok kes tu dan berpuashati mesyuarat tersebut sah. Tapi Bahagian Seremban tak mahu iktiraf. Sebab apa? Sebab standard di macam anonymous cakap tadi la.

    Nak tanya anonymous ni dah berapa lama jadi ahli UMNO? Perlembagaan UMNO ada baca tak? Ikut Fasal 16 Perlembagaan UMNO ada tak jawatan Pemangku Setiausaha? Setiausaha tu setiausaha lah MANA ADA JAWATAN PEMANGKU!Kalau surat urusan rasmi UMNO yang ditulis oleh orang yang kata diri dia Pemangku Setiausaha yg mana jawatan tu sendiri tak de dalam Perlembagaan,boleh diterima ke. Kalau kata SU kerja pun tak pe sebab itu adalah kelaziman dalam pengurusan UMNO tapi PEMANGKU SETIAUSAHA? Tak de dalam Perlembagaan tapi hanya ada dalam kepimpinan Bhg Seremban spt yg disokong kuat oleh bro anonymous ni. Entah Perlembagaan mana dia ikut!

    9 cawangan itu diarahkan oleh pengurusan Majlis Tertinggi untuk bermesyuarat semula bukan suruh tulis surat balik kepada MAjlis Tertinggi.Ia adalah arahan.Yang dia jawab sebab apa?Dah lah jawapannya menyembunyikan fakta sebenar mengatakan cawangan in telah bermesyuarat semula. Entah bila dia buat mesyuarat pun tak tau.
    Nak tergelak bila Anonymous cakap Pak Ya tepis kerusi. Sebenarnya dia yang lari dulu.Sekurang-kurangnya Dato' Ishak tak lari kemana-mana masa kekecohan tu berlaku.Heran dengan Pak Ya ni. dulu dia kutuk Dato' Ishak ni bagai nak rak. Katanya prinsipnya tak sehaluan dgan kepimpinan Dato' Ishak. Sekarang mana pergi prinsip dia? Dia dah telan balik ke apa yang dia kutuk Dato' Ishak sebelum ni?

    20 tahun kepimpinan Dato Ishak ini telah melahirkan pengikut yang dungu(PD)dan pengikut adu domba (PAD)dan pemimpin penakut(PP). Langsung tak berkembang dan tak berani buat keputusan sendiri.Amat hairan tiba-tiba Pak Ya boleh jadi PP dan PD!Bro AQnonymous ni kategori mana lak?

    ReplyDelete
  13. a'kum...ada gak yang nak kait suhaimi & sarimah dalam kes ni nape????korang peduli apa dia nak pakai mpv ke naza ke???ada juga yang susah hati rupanya tgk diaorng ni tukar keta...meh sini aku cerita...aku ni sedara kat sarimah & suhaimi..aku tahu semua nye...kau tahu ke dia ada harta ke tak???dia ada anak buah yang kedai hardware kat seremban ni sorang lagi ada kilang ayam kat johor....semua anak buah dia dapat bimbingan dari sarimah & suhaimi sbb dulu diaorg wat bisnes gak...anak perempuan sulung suhaimi & sarimah keje kat kilang ayam kat johor tu jadi orang kanan anak buah dia...tiap2 3bulan anak perempuan dia akan audit kilang ayam tu...gaji pun boleh tahan besar...tu sebab dia mampu nak pakai naza ke mpv...sarimah pula keje tekun...tiap2 tahun mata gaji sarimah tu naik...raya baru ni dapat bonus 3bulan gaji...so,tak heran la dia mampu pakai...suhaimi pula walaupun tak keje tetap tapi dia masih menjalankan bisnes dia supply stationary ngan printing kat bank2,klinik2 dan pejabat2 kat seremban tu...orang yang kutuk dia jangan tak tahu...nak kutuk orang tak selidik dulu...hati busuk macam tu la...aku tahu perjuangan sarimah & suhaimi adalah atas dasar parti...korang pandang diaorg 2org lekeh je ye...kau jangan tak tahu sarimah ada tanah kat seremban tu...ampangan tu tanah tumpah nenek moyang sarimah dengan aku....esok kok yang kutuk dia ketulahan sok...jangan cakap sebarangan tanpa usul periksa...seremban ni memang kampung kitaorg...kalau tak masuk umno pun orang masih ramai lagi yang kenal diaorang ni...suhaimi pula ada tanah kat jelebu bapak dia bagi kat dia...sengal sungguh orang yang nak kutuk sarimah & suhaimi ni...diaorang ni malas nak menunjuk...diaorang cakap dengan aku,dunia ni hanya sementara je...bukan kekal untuk selamanye...diaorng pun cakap,sikit pun diaorang tak heran satu sen pun duit umno baik duit tok sahak baik duit mat nor tu baik...kalau takde umno pun diaorang boleh idup juga....tanah kat seremban ada kat jelebu ada...ni ank perempuan diaorang yang sulung nak beli tanah kat dusun nyiur tu...sedara mara kitaorg pun ramai yang senangla...kepada yang busuk hati tu sudah2 la...jangan cari musuh...jangan buat dosa...esok mati tak sempat minta maaf sok...dosa dengan orang ni susah...kalau orang tak ampunkan nanti roh kau tergantung...semoga ALLAH bgi pertunjuk kat orang umno yang semakin lupa perjuangan umno sebenarnye...AMIN...

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum...

    Kepada Puaka Desa dan juga En perwakilan Seremban cubelah anda berdua berfikir dengan sewajarnya sebelum membuat apa2 statement atau menabur fitnah kepada orang lain...anda sebenarnya tidak tahu reality sebenarnya..

    Pada saya siapa yang salah tetap salah dan siapa yang benar tetap benar disisi Allah Swt.Kita sebagai manusia tidak bebas dari melakukan kesalahan.Jadi tidak perlulah kita menuduh atau memfitnah sesiapa sedangkan diri kita sendiri bukanya maksum seperti Rasulullah SAW.Kita nak tuduh org itu ini pun bukan kita ada CCTV boleh pantau setiap pergerakan orang lain sampai hal rumah tangga orang pun kita boleh tahu dan masuk campur..

    Saya tidak mahu comment banyak tentang kekecohan yang berlaku semasa mesyuarat bahagian haritu..cuma saya hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai umat islam untuk membersihkan nama-nama orang yang difitnah kerana saya kenal dan tahu realiti sebenar orang-orang yang difitnah ni..

    Contohnye seperti Kak Sarimah dan Abg Shuhaimee..mereka setahu saya bertungkus lumus dalam menegakkkan nama parti UMNO yang disayangi demi bangsa agama dan negara.Setahu sya mereka menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan oleh ketua bahagian tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

    Tentang memiliki kereta besar..Kereta tu bukanya Naza Ria MPV yang baru tatapi KIA Carnival secondhand yang harganya bukanlah seperti NAZA Ria yang baru dan mereka mampu memilikinya kerana harganya tidak terlalu mahal pun seperti harga iswara yang baru je..mereka membelinya pun bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi untuk keselesaan ahli keluarga sendiri yang sebelum ni terpaksa berhimpit-himpit dalam sebuah kereta..salahkah kita kalau nak mengubah kehidupan kita kepada yang lebih baik?Jadi kepada En perwakilan seremban janganlah membuat fitnah yang en sendiri tidak menyelidik dahulu tentang perkara yang sebenarnya.

    Dan peringatan juga kepada En perwakilan Seremban dan En puaka Desa bahawa fitnah itu lebih teruk daripada membunuh...en berdua pun sedia maklum tentang perkara ini kan?sebab rasanya dari sekolah rendah lagi ustaz2 dah ajar kat kita...melainkan anda berdua ponteng sekolah atau masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

    Untuk puaka desa...saya tidak pelik jika anda suka memfitnah kerana nama pun dah puaka kan?ada ke puaka yang baik?bertaubatlah dan pergi ke jabatan pendaftaran dan tukar nama Aziz Desa ke contohnye kan lebih sedap..

    Kepada orang-orang yang sendiri tahu yang dia salah masa mesyuarat haritu ingatlahhhh ALLAH maha mengetahui apa yang hambanya lakukan...saya memang tak berpuas hati dengan sesiapa yang membaling kerusi yang boleh membahayakan orang lain di dalam dewan tu...ada agamakah anda?mana sifat perikemanusiaan anda?atau roh-roh atau liang roma anda telah dipenuhi iblis dan syaitan?Patutlah bila marah je semua konco-konco mula menghidupkan rokok masing-masing sebab asap rokok tu nak bagi syaitan makan...kan asap tu makanan syaitan?nauzubillah...Budak sekolah pun tahu dalam dewan atau tempat orang ramai adalah kawasan larangan merokok..

    Macam budak-budak...Cuba setiap nak lelap mata setiap malam dan renung-renungkan atas apa yang kita telah lakukan atas dunia ni dan mohonlah Ampun Pada yang ALLAH nescaya hati kita akan tenang.Dan banyakkan baca al-quran untuk menyucikan hati..Umur masing-masing bukanye muda lagi..apa hikmahnya Allah berikan umur yang panjang sedangkan sesetengah tu Allah dah uji dengan berbagai-bagai penyakit??itu maknanya Allah masih sayang dan berikan peluang bertaubat kepada kita...

    Macam mana kita nak memimpin dan jadi contoh kepada golongan muda sedangkan kita masih bergaduh sesama sendiri macam budak2 hanya kerana pangkat dan wang ringgit..bukaknya semua tu yang selamatkan kita dari api neraka..kepimpinan harus dipupuk dari rumah dan keluarga dahulu baru lah ke peringkat seterusnya..baru orang-orang muda respek...sayangi Agama dan Bangsa anda...Jangan biarkan bangsa lain bertepuk tangan apabila melihat kita berpecah belah..silap-silap kita yang kene blahh dari Tanah Melayu Kita ni...Renung-renungkan dan selamat beramal...wassalam

    ReplyDelete
  15. a'kum...saya setuju dengan piousness...amat setuju...sebagai orang muda yang baru berumur 20tahun saya langsung tak berminat dengan politik kalau macam ni rencana...tu sebab kita boleh tengok sekarang ni remaja kita tak berminat benda macam ni...remaja kita sekarang ramai yang mengalami masalah sosial kerana parti yang sepatutnya memimpin remaja sendiri bermasalah...tapi ikutkan kita tak perlu nak heran la...ini adalah petanda2 dunia semakin ke penghujung nya...yang tidak baik di tegakkan yang baik ditegah...subahanALLAH...maha suci ALLAH yang mencipta segalanya langit dan bumi....yang berkuasa menentukan segelanya...semoga ALLAH menunjukkan kebenaranNYA jika tidak di dunia tapi di akhirat...

    ReplyDelete
  16. salam....
    apo laie yang tak pueh hati ni...
    banyak eh org yang nak togakkan bonang basah. aku dongar pun sakit telingo...
    org skrg ni lobih pontingkan duit dari budi bahaso..
    samsul zainal@ sham kobau agak2 lah, baik bona ko dio tu....
    usup misai tu... lagi lah duit sumbangan nak beli keto jenazah pun di kapo eh....

    ekau pikir lah sendiri.

    ReplyDelete
  17. salam....
    aku ni pemerhati mesyuarat pewakilan tu...
    yang buat masalah tu fadil...
    die tu pemerhati pun bukan pewakilan pun bukan... sengal sngat. adap mesyuarat pun tak tahu.
    mana bleh orang bukan pewakilan becakap. kalau nak bantah awal2 bantah...
    benda ni belaku dari dia...
    bila org keselamatan nak ambik microphone, dio lari pulak kat sham kobau....
    ehhh macam dah planning jo....


    kepado semuo pembaco,
    tanyo pada saksi yang ado kek sano...
    baru komen..
    kalau tak betul, fitnah namo eh....

    dalam Al-Quran ado tersurat.......
    fitnah itu di laknat ALLAH S.W.T

    ReplyDelete
  18. salam....
    aku ni pemerhati mesyuarat pewakilan tu...
    yang buat masalah tu fadil...
    die tu pemerhati pun bukan pewakilan pun bukan... sengal sngat. adap mesyuarat pun tak tahu.
    mana bleh orang bukan pewakilan becakap. kalau nak bantah awal2 bantah...
    benda ni belaku dari dia...
    bila org keselamatan nak ambik microphone, dio lari pulak kat sham kobau....
    ehhh macam dah planning jo....


    kepado semuo pembaco,
    tanyo pada saksi yang ado kek sano...
    baru komen..
    kalau tak betul, fitnah namo eh....

    dalam Al-Quran ado tersurat.......
    fitnah itu di laknat ALLAH S.W.T

    ReplyDelete
  19. salam....

    kekanda... wan salwati yang aku sayangi...
    nape.. lari macam tu sangat masa hari mesyuarat..

    bukan tu ke yang akak nak...

    takut ke...
    dalam ucapan mari berjuang lagak berani tapi hampeh...

    kalau org kata untie sarimah beli kete baru....
    kak wan pun dah empat kete baru gak lah ...

    maju betul business kak wan...

    ketua puteri lah kan....

    saya sayang kak wan...

    tapi kak wan yang dulu...

    salam..

    ReplyDelete
  20. statement di paneh ni mmg paneh tp jgn la sampai thp fitnah, free yo dpt doso. siasat dulu sebolum report. heran jugak apsal satu pihak relax yo (sojuk kot!), satu pihak lg menggelupur (osah paneh eh!) press sana press sini, demo sana demo sini sampai blogger pun terikut2. relax la.. kok boto, boto. kok salah, salah. tak yah la nampak an na cam nak togak an bonang basah sampai keputusan MT pun dipertikai. cubo2 la baco pelembagaan UMNO tu, sok kok kono tindakan tatatertib jgn salah an den.

    ReplyDelete
  21. Untuk anonymous yg sokong Sarimah dan Suhaimee.Dua soalan nak tanya:

    Kenapa Dato Ishak marah sangat dekat Suhaimee dan tuduh dia tak pandai kendalikan mesyuarat pemuda hingga Hj Azman boleh kalah? Apa salah Suhaimee ni hingga Suhaimee ni makan hati kene tuduhan macam tu?

    ReplyDelete
  22. Surah Al-An'aam (ayat 67)
    "Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya". Fahami, hayati, jiwai & bkn sekadar tempelan.

    ReplyDelete
  23. kepada perwakilan pemuda...itulah yang membuktikan yang encik suhaimi ni mengendalikan mesyuarat mengikut prosuder parti...sebagai pengerusi tetap itu hak dia nak mengendalikan majlis mengikut etika yang telah ditetapkan oleh umno...

    ReplyDelete
  24. dalam blog ni pun ado la ayat tu nur.

    ReplyDelete
  25. Akum bro anonymous,

    berdasarkan komen saudara nampaknya dato' Ishak ni jenis tak suka ikut prosedur. Orang yang ikut prosedur dan orang yng banyak berkorban macam Suhaimee ni pun dengan sewenang-wenangnya dituduh kerana kekalahan Hj Azman,calon pemuda pilihan dato' Ishak. terima kasih bro anonymous, sekarang baru saya faham cara dato ishak dan saya mula mendapat gambaran kenapa semuanya ini berlaku di bahagian Seremban.

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum wbt..
    Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih..

    Melayu Sengketa Salahnya Siapa??

    Merujuk kepada perbalahan yang kebelakangan ini melanda UMNO Bahagian Seremban, tidaklah saya ingin mengulas mengenai siapa yang benar, siapa yang salah..
    Walaubagaimanapun, sebagai seorang pemuda yang sedang mengenal dunia dan percaturannya, amatlah menjengkelkan melihat pakcik2 veteran dan abg2 pemuda asyik menyalahkan sesama mereka..
    Amatlah menjadi harapan dalam hati ini untuk melihat perdamaian berbanding persengketaan kerana suka juga diingatkan bahawa setiap kalian adalah MELAYU..
    Melayu Sengketa Salahnya Siapa??

    Dalam sandiwara menuduh dan dituduh, secara sengaja atau tidak, sedar atau lena, sudah banyak fitnah yang ditabur.. Fitnah kalau dilihat dari sudut bahasa bermaksud: "sesuatu perkhabaran yang samar2 atau tidak jelas tentang sesuatu keadaan mahupun orang perseorangan"..
    Justeru, berlandaskan erti fitnah ini, dapatlah juga disimpulkan bahawa lantaran perkhabaran yang samar2 atau tidak jelas tentang sesuatu keadaan mahupun orang perseorangan, maka si penabur fitnah telah berjaya membuat pembaca2 blog ini untuk mempercayai segala kata2 dusta yang mereka sampaikan.. Objektif pertama (memecahbelahkan umat MELAYU) tercapai lantas
    Melayu Sengketa Salahnya Siapa??

    Sekalung ucapan tahniah kepada penabur fitnah kerana mereka bukan sahaja mencapai objektif mereka yang pertama tetapi objektif sampingan juga berjaya diperolehi.. Saya ambil contoh mengenai fitnah yang mereka taburkan mengenai pasangan suami isteri [En.Shuhaimee dan Pn.Sarimah] yang sangat dekat dalam hidup pemuda seperti saya..

    Objektif sampingan yang saya maksudkan adalah kejayaan penabur fitnah untuk melukakan hati keluarga dan sahabat terdekat pasangan tersebut.. Saya amat bersetuju dengan penabur2 fitnah ini andai apa yang mereka sampaikan adalah fakta yang benar tetapi malangnya mereka bercakap melalui pemerhatian tanpa kajian.. Melalui retina mata yang korneanya bisa menipu.. Melalui cakap2 orang yang tidak berfikir sebelum berkata.. Melalui hasad dengki yang mengaburi ikatan silaturrahim.. Bukan melalui pengalaman mereka berhadapan, bercakap dan bersalaman sendiri dengan manusia bernama En.Shuhaimee dan Pn.Sarimah ini.. Justeru, dari sudut mana boleh kita rasionalkan segala kata2 fitnah yan ditaburkan mengenai pasangan ini yang ikhlas mendedikasikan hidup mereka untuk perjuangan orang MELAYU..
    Melayu Sengketa Salahnya Siapa??

    Kepada penabur2 fitnah yang sangat bangga membusukkan nama2 yang kekal mengharum dalam hati pemuda seperti saya, dalam hati insan yang pernah mendapat bantuan daripada pasangan ini.. Ingatlah, insan yang teraniaya doanya makbul..
    Pesan pemuda seperti saya kepada penabur2 fitnah ini, teruskanlah kerja2 keji kalian ini sehingga maut menjemput kalian, kerana kalian sedang menganiayai saudara2 sebangsa kalian.. Lantaran doa orang2 yang teraniaya adalah antara doa yang paling mudah dimakbulkan, maka insya'Allah, bangsa MELAYU akan kembali utuh kerana doa yang diajar oleh Dato' Ishak Ismail kepada pasangan ini adalah supaya Umat MELAYU kekal bersatu di bumi ini.. Pemuda seperti saya tahu kerana pemuda seperti saya pernah mengaminkan doa yang dipanjat oleh mereka..

    Melayu Tepu Melayu Malu,
    Melayu Kayu Melayu Tahu,
    Melayu Sendu Melayu Jemu,
    Melayu Bersatu Melayu Maju..

    Melayu Sengketa Salahnya Siapa??
    Warkah ini sekadar usaha untuk menyeru rakan2 pemuda seperti saya untuk sama2 mengangkat semula daulat MELAYU yang dengan rakusnya dimalukan oleh mereka yang gila kuasa, pangkat dan harta.. Andai benar perbalahan di UMNO Bahagian Seremban dicetuskan oleh seorang ketua yang tidak mahu digantikan oleh penggantinya yang korup dan tidak jujur.. Maka, pemuda seperti saya meletakkan sepenuh kepercayaan pada sang ketua untuk terus mentadbir organisasi MELAYU yan mulia ini biar selama mana juga selagi yang termampu oleh beliau.. Pemuda seperti saya yakin bahawa yang sang ketua memiliki visi yang jelas dan ampuh untuk membantu mendaulatkan umat MELAYU.. Pemuda seperti saya percaya pada kemampuan sang ketua kerana pemuda seperti saya pernah dibantu oleh sang ketua ini untuk merasai kemanisan bergelar mahasiswa..
    Kenanglah kembali perjuangan orang2sebelum kita yang berjaya mendapatkan kemerdekaan hasil dari MELAYU yang bersatu-padu..

    Renung2kan..

    P/s: Andai bahasa yang digunakan menyakiti dan mengguris perasaan mana2 pihak, ribuan ampun dan maaf adalah amat dipinta.. Juga andai bahasa yang digunakan sukar difahami maka anda harus melakukan sesuatu kerana bahasa yang digunakan adalah bahasa MELAYU dari seorang yang berbangsa MELAYU di bumi MELAYU..

    Sengketa Melayu Salahnya Siapa??

    Waallahualam..
    Wasalam..

    ReplyDelete
  27. kepada perwakilan pemuda saya lupa nak nyatakan bahawa tok sahak terlupa bahawa suhaimi dah melebihi had umur utk mengundi...jadi saya nak perbetulkan statement saya...awak sebagai pemuda harus tahu had umur untuk berada dalam sayap parti itu....saya tak nyatakan tok sahak tak mengikut prosuder tapi tok sahak terlupa yang suhaimi dah tak layak mengundi....haji azman kalah bertanding hanya 4 undi sahaja beza nya dengan sharul...tapi yang pelik macam mana baharom boleh menang??apa kata saudara tanya pada baharom macam mana dia boleh menang sedangkan barisan kawan2 dia yang lain kalah...atau tanya pada rosli....saifudin pun mungkin ada jawapan dia...ini dunia politik...macam2 boleh berlaku wahai saudara perwakilan pemuda...

    ReplyDelete
  28. kepada wan salwati...tapi takde apa yang nak di banggakan dengan puteri seremban...setakat perwakilan 75 orang rasanya baik bubarkan je la puteri seremban masuk puteri pilah ke rembau ke...punya besar seremban tu 75 orang je wan sal boleh kumpul...takde apa nak bangga kan dengan puteri seremban...puteri seremban tu hanya jalan untuk budak perempuan jadi gundik2 tak pun bini nombor 2...

    ReplyDelete
  29. Melayu Sengketa Salahnya Siapa??

    Salahnya sahak la bang oi? Ko ni kabur ke apa? Dah kena mandrem ke? Doa yang ko aminkan mcamana bentuk doanya? Mereka saja ke yang teraniaya? Orang kampung lenggeng yang sampai skrg tak maju2 tu apa crita? Ko jadi mahasiswa sebab sahak tolong? Baguslah. Bukan jadi graduan sebab kemampuan sendiri rupanya. Patutlah ramai graduan Melayu jadi haprak sbb masuk universiti atas pertolongan sampai tak mampu nak bezakan mana baik dan buruk. Kalo masuk universiti sbb pemimpin Umno macam Tun Razak dan Mahathir boleh la diterima sbb mereka buat dasar. Tapi setakat masuk u sbb tok sahak, berlambak lagi orang Melayu yang orang politik tolong. Meh kita ramai2 listkan jasa tok sahak selama 20tahun jadi ketua bahagian. Kita tengok berapa banyak jasanya pada orang Melayu Seremban. Sesapa bole tolong senaraikan? dan bersamalah kita iktiraf dia sbg pemimpin jika memang benar besar jasanya.

    ReplyDelete
  30. Bro anonymous

    Fakta bro anonymous tak betul tu. Hj Azman cuma dapat 86 undi tapi Sharul dapat 100 undi beza 14 undi tu. Baharom menang lawan Lawyer Halim tu sebab dia khianat dengan team sendiri. Bayangkanlah kalau dia lobi untuk diri dia tp tak lobi untuk Hj Azman.Dia pernah cakap dengan para perwakilan dari Lenggeng ,dia tak kisah siapa Ketua Pemuda janji dia dapat undi dan dia mainkan sentimen orang lenggeng. Bila dia mainkan sentimen tu Hj Azman kalah dan lawyer Halim kalah sebab sentimen Lenggeng.Tuan anonymous tanya pada Baharom sendiri kenapa dia khianati team dia sendiri. Bagi dia biar team dia kalah tapi dia lepas.Dia tahu orang Lenggeng suka main sentimen kawasan ni.Jadi yang dapat faedah dia. Inilah pemuda yang dibela oleh Dato'Ishak selama ini.Pentingkan diri!

    ReplyDelete
  31. Untuk sedara dan penyokong Shuhaimee dan Sarimah.

    Sedikit pun aku tak percaya kat diaorang ni. Diorang ni dengan ketua pemuda dia Khairul namanya pernah fitnah kononnya Puan Gharizah kata Puan Gharizah kahwin dengan Dato' Azman (abg MB)

    Sarimah lagi teruk depan Dato' Derma dia cakap buah dada Gharizah dah lanjut tanda orang berkahwin sebab nak meyakinkan orang dengan fitnahnya.

    Diaorang buat fitnah ni sebelum PRU 12 lalu takut2 Puan Gharizah dicalonkan jadi wakil rakyat Ampangan.

    Aku tak takut cakap benda ni sebab aku dengar sendiri diorang cakap.Setahu aku diaorang ni belum pun mintak maaf dari Puan Gharizah.

    Jadi kepada sedara dan penyokong SS (Sarimah &Shuhaimee)sampai bila--bila pun aku tak percaya korang cakap SS ni baik.Kecuali kalau dia dah tobat dan dah minta maaf secara terbuka kepada Puan Gharizah ni.

    ReplyDelete
  32. hek eleh ni la masalah kalau ada org tu gila kuasa.. xdapat jadi ketua bahagian nak buat riot..
    bodoh sangat... macam mana nak bagi kuasa kalau dah dia tu korup!

    Dah tertulis dalam perlembagaan Orang Melayu tu ISLAM!! Orang Islam mabukKAH? Minum arakKAH? RasuahKAH?

    Jangan kata orang taknak undi.. Kalau dah orang yang tak beriman macam kau, kalah sikit je nak tabur fitnah semua, TAK PAYAH LAA..

    UMNO rosak sebab orang macam kau la.. Masalah UMNO bukan pada umur tok sahak ke, ketandusan generasi muda ke, Malasah utama UMNO ialah GILA KUASA..

    Lu fikir la sendiri..

    ReplyDelete
  33. huh.. merujuk ke Naib Ketua Bahagian ke?

    ReplyDelete
  34. huhu, singkatnya cara ko berfikir..
    mungkin hypothalamus ko da rosak sebab xleh nk integrasikan segala maklumat2 yang disampaikan pleh masyarakat sekeliling..

    tapi yang pasti reseptor ko sangat sensitif sebab terus tersentap kalau orang dok cakap pasal jasa tok sahak..

    rasa panas je kalau tok sahak nie bantu orang yg perlukan pertolongan.. dah tu, bukan fitnah tok sahak je, ngn orang2 yg tok sahak tolong pun difitnahnye.. mungkin jeles sebab org xmintak tolong kat ko kot..

    pasal yg tok sahak tolong org masuk u tu pun ko nak bising2..
    tolong ni mcm2 bentuk ade, tolong anta g u ade, tolong cop borang u ade, tolong cop sijil ade, tolong bagi wang pendahuluan nak masuk u ade.. kalau tolong mcm nie eloklah..

    lain lah kalau tolong gune kabel ke, ape ke, yang ko nk marah tok sahak tolong pun nape plak?? mcm mane la ko leh terpikir yg diorg ni dapat masuk u sebab tok sahak yg tolong dari segi yg xelok??? pastu leh lak kate mahasiswa melayu haprakla.. kalau haprak xder lah Sheikh Muszaphar (org seremban lak tu) jd angkasawan, dah tu, doktor plak tu.. sekadar contoh mahasiswa melayu xhaprak..
    cube pikir secare logik, kalau dah tol xlayak on da 1st place, tetap xlayak gak.. tapi xtau la kalau kroni ko byk bg tolong org yg sah2 xlayak.. besar kabel tu..

    ape sekalipun, mmg byk jasa tok sahak nie, sebab da byk sgt, so penat la kalau nk listkan.. kalau aku listkan pun, mesti org2 mcm ko nie tetap xpuas ati.. ader jer yg buruk kat tok sahak tu, ader jer yg xelok.. sekadar renungan, cermin2 lah diri kamu tu, sempurnakah kamu?? kalau sempurna, barulah mencari kesalahan org lain..

    ReplyDelete
  35. Anonymous,
    ko sendiri pun tak dapat listkan jasa Dato' ishak. maknanya ko sendiri pun tak tau.Tok sah cakap le kalau tak tau. masih tunggu list ko ni.

    ReplyDelete
  36. masalahnya 1 ajerk.
    elok bona lah kot sahak pengkhianat n md noor perasuah tuh takde...cari calon lain...dua2 haprak...dua2 penyebab umno kalah dl dun...tapi paling takleh pakai sahak tua kutuk la...hukum pengkhianat nih, pancung ajerk...dah terang2 tua kutuk pengangkat najis nih pengkhianat perjuangan parti...nape nak dibela?
    cuba jawab,kenapa kita nak bela sahak kohok pencacai tua pengangkut najis nih?kenapa mesti pengkhianat bangsanya nih terus diberi peluang...pengkhianat hukumnya dibunuh...kenapa mesti dimaafkan?yg perasuah tuh,elok bonalah kita cari pemimpin lain...

    ReplyDelete
  37. ano 3:50am cakap - ape sekalipun, mmg byk jasa tok sahak nie, sebab da byk sgt, so penat la kalau nk listkan..

    nampak sgt takdo jaso eh selain tolong org tak berapa nak layak masuk u mcm ko. banyak jaso atau skit n jaso eh sampai ko pon sogan nak listkan. orang melayu lain mcm sheikh muzafar masuk u ikut kemampuan diri tapi ko lak terpakso minta tlg org politik mcm tahun 70an dulu. ni zaman millenium la. usaha sendiri dulu, kerajaan umno dah sediakan peluang kasi rebut la. orang mcm ano 3.50am ni la contoh segelintir graduan melayu yang haprak. brgantung pada ahli politik utk hidup.

    ReplyDelete