Monday, November 17, 2008

Shahrizat Jalil Tersepit...

Hampir keseluruhan 191 bahagian Umno telahpun bermesyuarat.Dapat kita lihat telatah para pemimpin yang tamak dan tidak berpendirian seolah-olah hilang pedoman dan maruah di dalam mengejar impian dan mengejar cita-cita untuk menjadi pemimpin-pemimpin penting dalam Umno.

Bagi jawatan presiden,Pak Lah masih ingin meneruskan kepimpinannya sehingga Mac 2009.Apa yang tersurat dan tersirat hanya dia sahaja yang mengetahuinya.Tetapi kebanyakan orang mengatakan bahawa sikapnya itu adalah semata-mata untuk melindungi menantunya (Khairy Jamaluddin) sahaja.Kalau alasannya untuk memastikan semua perancangan bagi menubuhkan suruhanjaya Kehakiman dan Suruhanjaya Rasuah rasanya segalanya boleh diselesaikan menjelang akhir November 2008.Kalau tak pun,Najib boleh meneruskannya.

Jika kita lihat senario yang berlaku sekarang,daripada 8 bahagian yang terdapat di Negeri Sembilan,KJ hanya mendapat 2 pencalonan sahaja itupun daripada bahagian Tampinyang diketuai oleh sepupunya sendiri (Shaziman Mansor) dan Bahagian Rembau(bahagiannya sendiri) hanya disebabkan kecekapan orang-orangnya mencadang,menyokong dan menutup pencalonan dengan cepat tanpa memberi peluang orang lain untuk membuat pencalonan.Khir Toyo pulak,cukuplah dengan peluang yang diberi yang mana untuk memimpin negeri sebesar Selangor pun beliau gagal inikan pulak untuk memimpin Pemuda Seluruh Malaysia.

Bagi jawatan Timbalan Presiden,semua orang tahu salah seorang peminat Shah Rukh Khan.Silap-silap,lepas ni bintang filem Tamil pulak yang dapat Datuk.Ramai juga mengatakan Ali Rustam ni hanya menyambung apa yang telah dirancang oleh Rahim Tamby Chik yang terlucut gelarannya.Yang sorang lagi,masa jadi MB dulu pun tidak tahu salah ke tak membawa duit tanpa memaklumkan kepada pihak berkuasa negara lain,masih ada hati nak memimpin.Macam mana nak suruh pengikut betulkan diri kalau diri sendiri pun tak betul.

Dalam kes Wanita pulak,dah berkali-kali diberitahu peralihan kuasa akan dijadualkan pada bulan Jun 2009 masih jugak mendiamkan diri apabila dicalonkan sebagai Ketua Wanita daripada bahagian-bahagian seluruh Malaysia kononnya kehendak akar umbi.Hanya selepas diputuskan di peringkat exco Wanita Umno Malaysia barulah akur itupun kat luar belum tentu boleh akur lagi tu.Nampaknya Sharizat kenalah pilih sama ada melawan Rafidah Aziz yang belum tentu boleh dimenanginya ataupun melawan Kamilia Ibrahim yang telah bersedia untuk mencabar sesiapa sahaja.Inilah akibatnya orang yang tamak dan tidak ada pendirian.Hanya mengampu,mengampu dan mengampu sahaja........lu fikirlah sendiri.....

1 comment:

  1. Hari ini terjawablah sudah apa yang tersirat sebenarnya disebalik kata-kata kehendak akar umbi umno.Bagus inilah yang dikatakan demokrasi sebenar, supaya para pemimpin wanita umno yang tua-tua dan berselindung disebalik kemahuan akar umbi umno .Didalam pemilihan perengkat bahagian akan datang bolih ditentang dan disuruh pula berhenti atas alasan kehendak akar umbi.Jangan jadi Sharizat,kalau awal-awal tak setuju dengan peralihan kuasa yang dijanjikan pada bulan june 2009. Dan bersedia untuk bertanding jawatan ketua wanita lagi baik.Kerana dengan berbuat demikian akan lebeh ramai lagi calon-calon yang berkeliber yang akan turut bertanding.Sekarang ini bukan Rafidah Aziz yang menyekat peluang calon calon lain untuk bertanding tetapi adalah sebab Sharizat Jalil yang tak memberi peluang.Betullah kata Rafidah Aziz tu,dia sanggup beri peluang kepada sesiapa saja untuk bertanding jawatan ketua dan naib ketua.Sekiranya Sharizat memberi kata putus untuk bertanding jawatan ketua.Mungkin bukan Sharizat Jalili saja yang akan bertanding untuk jawatan ketua wanita tetapi mungkin akan lebeh ramai lagi calon-calon yang muda dan layak menawar diri untuk bertanding.Bukan untuk ketua saja malahan untuk jawatan jawatan tertinggi yang lain juga.Jadi disini para pemimpin wanita yang hipokrit ini janganlah kehendak akar umbi dijadikan alasan.Apa pula alasan bagi orang yang mendapat banyak pencalonan .Apakah mereka ini bukan kehendak akar umbi.Sedangkan ahli-ahli perengkat cawangan dan bahagian telah memberi mandat kepada ketua wanita dan perwakilan bahagian kemesyuarat agong umno akan datang saperti yang diterjemah melalui pencalonan dari bahagian-bahagian yang telah menjalankan mesyuarat mereka.Yang sebenarnya para pemimpin atasan umno pada hari ini tidak perlu berselindung atas kehendak akar umbi lagi.Sebaliknya para pemimpin harus balik semula kepada asas demokrasi sebenar,dengan mengadakan atau lebeh tepat membiarkan semua jawatan dari peringkat cawangan hinggalah keperingkat MKT dan jawatan-jawatan penting saperti presiden dan naib2 presiden serta lain-lain jawatan tertinggi dpertandingkan tanpa sekatan dan alasan-alasan yang sengaja diadakan.Sekarang Pak lah haruslah mempercepatkan mesyuarat Agong Umno bukan menunggu hingga keMach 2009,tetapi mesti diadakan pada akhir tahun ini.Ini baru betul bagi mengelakan dari berlakunya perpecahan yang lebeh teruk tanpa ada lagi sebarang alasan.Siapa yang hendak bertanding biarkan bertanding,tapi jangan pula nanti ada politik wang.Tentang Sharizat dan sesiapa saja yang menyokong beliau tak payahlah berselindung kononnya atas kehendak akar umbi.Kalau macam tu sesiapa saja bolih berkata yang mereka juga bertanding atas kehendak akar umbi sebab ada pencalonan.Bawa-bawalah berdiri atas kenyataan berpijak diatas bumi nyata. Ahli UMNO dan RAAYAT tak bodoh.Dan sebagai raayat saya rasa kalau pun bukan semua,tapi majoriti memang telah bosan melihat tindak tandok pemimpin umno akhir-akhir ini,walau pun telah hampir hampir nak hilang kuasa tapi masih tak serik-serik dan sedar-sedar lagi.Lepas ni pula raayat akan disogokan pula dengan berita berita rasuah politik untuk merebut jawatan jawatan penting peringkat pusat pula.UMNO,UMNO,betullah kata Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahadhir(BH 20.Nov.2008).Kalau semuanya ini gagal dibendung olih Umno kali ini ,memanglah Umno tu nak lingkup dan inilah kali terakhir Umno mungkin mengetuai parti yang memerintah negara ini.Harus diingat tolak pengundi muda yang memang dah berpendidikan dan tahu menilai pemimpin,pengundi yang tua pula rata rata adalah yang lahir awal tahun 50an keatas.Gulongan ini rata rata telah mendapat pendidikan asas tahu membaca dan menulis dan setengahnya adalah berpendidikan Inggris dan berpendidikan tinggi.Mereka mereka ini yang menjadi ayah dan datuk sekarang.Dalam erti kata lain ekses mereka kepada dunia dan berita luar bukan saperti ayah dan datuk kita dahulu.Inilah gulungan pengundi yang ada pada hari ini.Awas dan dan hati hatilah para ahli politik,bukan dari Umno saja,malahan dari parti parti lain juga.

    ReplyDelete