Sunday, November 16, 2008

Wasiat Raja-Raja Melayu pada 31 Ogos 1957

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan selamat sejahtera”.

“Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, Persekutuan Tanah Melayu (sekarang adalah Malaysia)”.

“Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

“Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu, harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara”.

“Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini”.

“Kami tetapkan Islam ialah agama Persekutuan”.

“Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan

“Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Kepentingan Sah Kaum-Kaum Lain (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)”.

4 comments:

  1. Paneh,
    Mana ekau dapek wasiat ni? Aku pinjam nak letakkan dalam blog waadat, ok. Lepas tu aku ambik terus le... simpan dalam harddisk laptop aku. (biasa la. Mula2 jengah, pastu singgah, pastu lepak jap, pastu tak reti nak balik, lepas tu tumpang tidur, pastu buat cam harta sendiri, pastu... : "er, korang dah lama jadi ketua, bagi le aku pulak... alaa.. sekali je.." kata budak tu.

    (aku cerita pasal sorang budak, kawan adik aku. Dia ni satu grup dgn adik aku utk buat projek kolej. Walaupun baru join tapi sibuk hasut adik aku supaya gantikan ketua lama mereka. Tak ada kena mengena dgn hal lain...)

    ReplyDelete
  2. dan kami pastikan org kaum pendatang dapat sebuah pulau yang ada singa didalamnya dan kaum awalnya yang bodoh utk diberikan kepada kaum pendatang itu.

    kami pastikan cucu ulama yang menetapkan tarikh hari ini, tarikh kemerdekaan, utk memastikan yang kami wasiatkan akan TIDAK menjadi kenyataan.

    AMIN

    ReplyDelete
  3. salam demang.

    wasiat ni dapat masa pegi seminar perlembagaan minggu lepas. amik la takde masalah.

    analogi member adik tu mcm terkena pada seseorang je.

    ReplyDelete