Wednesday, December 10, 2008

Bloggers Pembangkang Menyokong ISA

Apa yang menarik mengenai kes Surind Tambi ialah dia berjaya membuatkan kebanyakan komuniti bloggers Islam di Malaysia bersatu. Tidak kiralah blogger-blogger ni penyokong kerajaan, penyokong pembangkang ataupun atas pagar; aku lihat kebanyakannya nak budak tambi tu dihukum. Peristiwa yang berlaku dalam kes tambi ni adalah sebagaimana yang telah aku tulis semalam bahawa umat Islam pasti akan melupakan perbezaan ideologi, parti, pendapat, budaya dan sebagainya semata-mata untuk mempertahankan Islam. Namun aku lebih tertarik dengan reaksi spontan yang ditunjukkan oleh kebanyakan bloggers penyokong pembangkang kepada si tambi tu. Apa yang aku lihat di blog-blog pembangkang sebelum ni ialah banyaknya slogan yang tertera "Bloggers Against ISA" atau "Say NO to ISA". Tapi bila budak tambi tu cuba 'menjentik' ajaran Islam, tiba-tiba pendirian bloggers pembangkang ni berubah. Pendirian mereka bolehlah diumpamakan seperti bait lirik lagu Rahmat Ja'world' iaitu..

"SEKELIP MATA KAU BERUBAH...OH BEGITULAH..LUMRAHNYA.."

Kebanyakan bloggers pembangkang telah secara spontan mengancam budak tambi ni dengan ISA. Mereka gagal untuk melihat yang si tambi ni juga sebenarnya adalah sama seperti mereka yang menyokong PR. Bloggers penyokong pembangkang juga menjadi 'hilang ingatan' seketika mengenai perjuangan asal mereka yang mahu ISA dihapuskan.

Maka, saranan aku kepada para bloggers pembangkang di Malaysia, hentikanlah sifat hipokrit dengan slogan retorik korang tu. Aku tau yang korang pun sedar sebenarnya bahawa ISA itu masih tetap relevan. Marilah bersama melaungkan slogan sebenar iaitu...

19 comments:

  1. Assalamualaikum anakku Paneh,

    Memang Mak Cik penyokong setia ISA.
    Bukan budak Isa anak cucu Wan Melah ket Baruh tu..

    Bukan apa, ISA ini penting dalam keadaan genting seperti menjaga keamanan dan ketenteraman Awam dan kesejahteraan Rakyat Malaysia itu sendiri.

    Kita dah sama-sama mengharungi 51 tahun merdeka. Kita tidak boleh tidak berterima kasih pada ISA atau menafikan ISA itu ada baiknya. Lebih lebih lagi sejak kebelakangan ini ramai junjung yang naik kaduk bila lihat orang Melayu kendur sedikit perikatan antara mereka.

    Jadi kepada rakyat Malaysia Biasa yang cintakan Keamanan dan tidak menyusahkan sesiapa pihak berwajib atau tidak berwajib, tidak perlu bimbang pada ISA ke atau apa akta pun.

    ReplyDelete
  2. sama macam lim kit siang tuntut sedition ke atas mukhriz

    tgk singapore laaaa!!!!

    ReplyDelete
  3. salam harmoni..
    Saya amat teruja membaca artikel ini yang sememangnya pernah saya katakan dahulu ISA jangan dilupuskan.Andai ISA ini diberikan nyawa untuk bercakap, pasti akta ini berkata "perjuangan aku sama seperti seorang pejuang agama,bangsa dan negara". Saya tidak mengagungkan ISA tetapi kewujudannya selama 51tahun adalah relevan dan mengekang anasir jahat untuk menghancurkan perpaduan negara.Tidak ada agama yang dilindungi oleh ISA melainkan Islam,Melayu dan malaysia.Hakikat ini tidak disedari oleh ramai pihak khususnya anak muda melayu.Mereka terlalu ikutkan gerak senda pembangkang.Pembangakang seperti Pas dan melayu PKR pula menyokong tanpa berfikir dan muhasabah tentang kebaikan ISA.Memang benar ada pro n cont.Tapi kita lebih wajar melihat dari sudut realistiknya terhadap suasana yang genting.ISA membantu rakyat dengan 'mengkuarantin' sekejap mereka yang menggangu keamanan negara.Saya terfikir dimana relevannya kata-kata teresa kok kononnya layanan ISA ini dilayan seperti binatang. Bagi saya teresa ni perlu amat bersyukur kalau pihak polis memberi dia makan nasi putih dengan ikan masin.Sebabnya, amerika yang menjadi batu api terhadap ISA dinegara kita pun tidak melayan rakyat mereka sebaik itu.Justeru teresa ni nak layanan macam mana? Zaman paklah adalah era dimana pengunaan ISA ini sentiasa diperhalusi sebelum polis bertindak menggunakannya.Saya pelik, kenapa tidak ahli parlimen pembangkang tidak berani bertanya dalam dewan berapa banyak laporan atas nasihat polis untuk menggunakan ISA tetapi kerajaan tak ikut nasihat itu.Pasti banyak.Jangan kita mudah melatah.Saya antara anak muda beragama islam,bangsa melayu yang menentang keras terhdap penghapusan ISA.Isu penahanan tanpa bicara yang digunakan oleh ISA adalah perkara yang semua orang tahu dimana ia adalah makanisme yang boleh bantu kerajaan menangkap penggugat keamanan dengan cepat.Kalau ISA dipersoal, mengapa anwar dan PAS tak mahu bersama negara mempersoalkan tindakan amerika terhadap Iraq yang sememangnya mencabul kehormatan serta maruah iraq dan islam? Janganlah hapuskan ISA.Saya bimbang nanti, apabila kuasa melayu ini terhapus, takut-takut anak bangsa melayu dibawah kaki perdana menteri lim kit siang.Sebab, andai anwar jadi PM,beliau tidak akan jadi lama.Paling lama pun 8tahun.Percayalah, kita perlu berfikir seketika sebelum membuat gesaan terhadap ISA.
    Salam Hormat

    ReplyDelete
  4. Mengenai ISA,penahanan tanpa bicara adalah bertentangan dengan ajaran Islam

    Ini disahkan sendiri oleh Mufti Perlis di dalam satu wawancara

    ReplyDelete
  5. Salam..

    Kita ni hidup dinegara yg berbilang kaum & agama jd lumrahlah kalu ada mulut2 yg capoi dan tak reti bahasa yg mengutuk diantara satu sama lain.Cuma ISA ini la satu2nya senjata kita utk mengAMANkan negara Malaysia ni. Betoi dak?

    ReplyDelete
  6. Dengan hormat ke atas pandangan Dr Asri, rasanya tidak semestinya undang2 yang dibuat manusia itu salah. Harus diingat bahawa orang Islam di Malaysia hanya 56% berbanding bukan Islam. Kepentingan orang Islam yang kebanyakannya Melayu ini perlu dijaga. Pendapat saya ISA ini perlu cuma jangan disalahguna. Dalam keadaan umat Islam dunia kini yang sering diancam, maka kita berhak mempertahankannya. ISA merupakan salah satu kaedah. Orang bukan Islam menentang ISA kerana akan memberi manfaat kepada mereka sebenarnya. Kita orang Islam jangan terpengaruh.

    Penentangan Amerika ke atas ISA sebenarnya adalah agenda utk memusnahkan kita org Islam. Mereka pun ada Ptriot Act yg lebih teruk dari kita sampai kanak2 pun boleh jadi mangsa tahanan. Kalau tak buat salah mengapa harus takut kepada ISA. Macam kita kalo tak buat dosa mengapa nak takut pada neraka. Mereka yang tidak suka neraka adalah mereka yang teringin berbuat dosa sebenarnya. Anggap saja ISA itu sebagai ingatan kepada kita agar tidak berbuat salah. Habis cerita.

    ReplyDelete
  7. aduh...korang yg sokong ISA ni..cam x yakin dgn AL Quran lak..tu lah bahananya berpemimpinkan mereka yg jahil...hanya tahu survival kuasa je...akta ISA bagi priority..akta dlm Quran...? duk kat tepi?

    ReplyDelete
  8. Apa hang merepek ni edie? Kenapa nak mengenderkan sokong ISA dengan percaya pada Quran? Kalau Quran kata Amal maaruf nahi mungkar maksudnya perlu ada tindakan bukan hanya percaya sahaja. Nampak musuh Islam nak hancurkan Islam Takan kita tak ambik tindakan dan biar musuh henyak kita dan kita hanya kata kita percaya pada Quran. ISA cuma salah satu method dan banyak method lain.Selalunya method yang berbentuk pencegahan akan mengundang pelbagai tohmah dan pertikaian.Bagi aku simple, sekiranya method ni boleh menjaga kepentingan agama dan orang Islam why not?

    ReplyDelete
  9. Dalam situasi rakyat berlagak lebih bijak daripada kerajaan, kerajaan perlu diberikan sedikit kekebalan. ISA adalah benteng terakhir kerajaan dan menjadi pilihan paling tepat untuk berhadapan sekumpulan minoriti degil seperti ini. Bukan sahaja kerajaan yang sedia ada, malahan sesiapa sahaja yang menjadi kerajaan, ISA atau seumpamanya dengannya memang diperlukan.

    ReplyDelete
  10. ok..kenapa isa cuma satu akta...apa perlunya ditangkap dipenjarakan tanpa proses perbicaraan? Cuma kemukakan satu bukti yg mengatakan Islam 'benarkan' hukuman sebegitu?
    Lagi satu dalam dunia global x dinafikan mmg ada musuh yg pelbagai spesis. But itu bukan alasan utk menghalalkan ISA bang..ISA dulu tangkap komunis..la ni tangkap musuh politik UMNO..apa citer..apa takut sangat umno kalah lagi? Cukuplah dah sekian lama korang diperbodohkan oleh kejahilan pemimpin korang..lama dah..oiit..penjenayah pun ada hak kemanusiaan dia..awat takut sangat nak bicara 'pesalah' ISA ni? awatnya? Takut banyak rahsia kerajaan terbongkar ke apa..ala..x payah ISA pun lambat laun akan terdedah juga...

    ReplyDelete
  11. Untuk pengetahuan ck Edie masa zaman Khalifah Abu Bakar pun terus pancung kepala masa berdepan dengan orang Murtad. tak payah bawak bicara pun. Kalau nak ikutkan lagi sadis. Alasan Abu bakar senang sahaja kerana puak tu dah mencemar kesucian Islam. Ini baru tahan aje. Tanya le Anwar masa ditahan ISA makan tak cukup ke?

    Cik Edie buka le balik Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. Adake dia cakap untuk komunis sahaja? Tak de pun. Tapi dia ada cakap prevention against threat to national security.

    ISA diluluskan dengan sah di Parlimen. tak langgar Perlembagaan pun.Banyak kes nak challenge Akta ni Mahkamah tolak semua.Yang lepas dari ISA tu sebab penahanan tak ikut prosedur yg ditetapkan Akta.
    Mahkamah tak pernah katapun ISA ni bertentangan dengan Perlembagaan Cuma org2 macam Cik Edie aje yang kata dan peguam-peguam Benggali dan India yg rasa mereka cerdik sangat.

    Hanya kerana Perdana Menteri tu Presiden UMNO jangan le terus kita anggap ISA digunakan utuk kepentingan UMNO.Saya nak tanya kalau Anwar sendiri jadi PM dia akan mansuhkan ISA. Cakap boleh le. Sok jadi PM lagi kuat orang kena tahan masuk ISA.

    Bagi saya ISA ni method yang sah untuk jaga ketenteraman dan mencegah sebarang ancaman. So why not?

    ReplyDelete
  12. http://soaljawab.wordpress.com/2007/05/18/sekilas-berkenaan-hukum-murtad/

    ReplyDelete
  13. nih la seko lagi yg gunakan hukum agama utk kepentingan tali perut dia...tak salah kalau kita asingkan seketika sehingga masyarakat kembali aman,dr terus jatuhkan hukuman bunuh...even dlm bab bughah pun begitu...lex bro edie...ISA sgt diperlukan skrang berbanding civil law yg bleh melepaskan seseorg secara technical fault.kalau tak caya, nape laaa org yg meliwat lepas...huuuhuhuhuhuh...'nampak mcm edie tapi bukan edie'...haprak!!

    ReplyDelete
  14. meliwat? dah compem dah anwar buat...taon 98 dulu kes liwat jugak yo..? tapi lopeh yo tak..x do kes..mmg la lopeh..sakit hati lak..kes x do..anwar bosumpah maso tu ado masuk tv tak? Ado x? x masuk do..malu lah umno..kuaso Tuhan lopeh tu ghamai yg tekedok..soghang-soghang..mano de mangso liwat azizan tu..apsal nyorok? mano suweifool..apsal pulak polis jago macam nak rak..ghaso besalah ko? anwar relax yo..oghang x salah apo nak takut..ko dan paneh ni..banyak bonar makan dakyah BTN..Yolah..dah TUHAN ee UMNO kut...ikut yo lah..yo kan ajo..umno..umno..ramas bontot ko buek cd blue ko judi ko zina ko..kigho halal lah..janji UMNO..yo tak..

    ReplyDelete
  15. raso eh edie ni org umno tapi org umno yg terpinggir. tu pasal marah sgt ngan umno. tah apo la umno buat kat dio sampai jadi mcm ni. sian lak nengok kan. orang bukan bicara pasal umno. dio balik2 hujah umno. takdo modal dah ke?

    anwar lepas sbb teknikal la edie. kalo ko baca balik laporan hakim2 yang mengadili kes dia tu mengatakan semua 9 hakim tu percaya dia buat. tapi dilepaskan sbb teknikal saja. sbb tu kadangkala akta seperti ISA ni penting sobab peguam2 bela kulit hitam ni pandai putar belit fakta dan bukti. tapi buang masa je cerita kat orang macam edie ni. hati dia dah gelap macam si kulit hitam tu jugak.

    ko kata anwar bersumpah? aku ingat lagi sumpah anwar di johor masa tu, dalam sumpah dia kata "demi Allah saya tidak melakukan perkara itu". - ini dialoq yang anwar sebut. apa yg dimaksudkan anwar dengan perkara itu? dia tak sebut pun liwat. kalo betul2 ikhlas dan jujur, mubahalah la senang cerita.

    ko keluar jelah dari umno edie. kalo tak kau umpama orang hipokrit dan munafik. faham2 jelah kalo dah masuk kategori munafik ni.

    ReplyDelete
  16. ha ha ha umno totok..yg tak boleh terima hakikat..ha ha..

    ReplyDelete
  17. apasal ko gelak edie? terasa diri munafik ke?

    ReplyDelete
  18. setuju benar dengan apa yang ditulis. Sama-samalah kita sokong gerakan hapuskan ISA (Bukan Isa Samad)

    ReplyDelete
  19. rasanya cikgu ni salah tmpt posting. artikel ni sokong isa dan bukannya hapuskan isa.

    ReplyDelete