Monday, December 29, 2008

Permasyhuran Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-11

Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin, Datuk-Datuk Lembaga Yang Empat Luak Ulu Muar iaitu Datuk Paduka Besar, Datuk Seri Maharaja, Datuk Senara Muda dan Datuk Orang Kaya Bongsu telah mengisytiharkan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru.

Pemilihan pengganti dibuat antara Putera Yang Empat iaitu Tunku Besar Seri Menanti Tunku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Tunku Laksamana Tunku Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar, Tunku Muda Serting Tunku Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tuanku Panglima Besar Tunku Nadzaruddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar. Pemilihan Yang Dipertuan Besar ini adalah mengikut adat yang diucap dan dipakai seperti kata adat “Yamtuan Mangkat, Yamtuan Menanam”, begitu juga dengan “Undang Mangkat”, Undang Menanam” yang bermaksud mengumumkan pengganti Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan sebelum Almarhum disemadikan. Cara pelantikan ini dipakai mengikut Adat Perpatih dari dahulu hingga selama-lamanya.

Warga Paneh Miang mengucapkan TAHNIAH kepada DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di atas permasyhuran baginda sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. DAULAT TUANKU!

9 comments:

  1. Muhriz bukan Mukhriz.

    ReplyDelete
  2. Tahniah. Semoga memerintah dengan adil dan saksama.Check and balance antara rakyat jelata dan parti yang memerintah.

    ReplyDelete
  3. Tq,kerana sudi bertandg keblog saya....teruskan penulisan saudara...

    ReplyDelete
  4. Den dongar tadi maso Undang Luak Sg Ujong umumkan namo Tunku MUHRIZ .. bedorau darah si KJ tu.. hehehe...

    ReplyDelete
  5. Daulat Tuanku Daulat tuanku Daulat Tuanku Gahara...pinang pulang ke tampuk, sirih pulang ke ganggang...

    ReplyDelete
  6. hahaha..bukan setakat berderau darah kj, siap menggelegak pun yor. petando awal kj ta dapek jadi ketua pemuda.

    ReplyDelete
  7. Perlantikkan Tuanku Muhriz barulah kena antara buku dengan ruas.Tapi kita kena tahu.KJ is smart boy.Tuanku must be smart then him

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Rezeki masing masing. Allah swt beri kuasa kepada siapa yang dia mahu dan cabut kuasa pun dari siapa yang dia mahu.

    WaAllahuAlam.

    ReplyDelete