Tuesday, January 13, 2009

Bangang sangat ke pelajar Sekolah Berasrama Penuh?

Baru-baru ni aku menghadiri majlis reunion di salah sebuah hotel yang terkemuka di Selangor. Ramai di kalangan member-member lama yang dah menjawat beberapa jawatan yang memberansangkan seperti peguam, lecturer, mejar, wartawan, engineer dan tak kurang jugak yang bukak bisnes sendiri.

Dalam ramai-ramai member aku tu, salah seorangnya merupakan guru penolong kanan di salah sebuah sekolah berasrama penuh yang agak tersohor di negara ini. Dalam borak punya borak, aku pun bertanyalah tentang pencapaian murid-murid sekolah tersebut di dalam peperiksaan PMR yang lalu. Apa yang agak mengejutkan aku sekolah berasrama penuh tu keputusannya tidaklah segah namanya.

Tanpa membuang masa aku pun terus je la smash member aku, apa ke bangang sangat ni? Kau tak buat keje ke? Takkan la bangang sangat pelajar-pelajar sekolah tu sedangkan mereka semua adalah pelajar-pelajar yang terpilih dan cemerlang dalam UPSR? Merah padam muka member cuba bagi alasan. Antara alasan-alasan yang diberikan ialah:

1-Pengetua tidak diberikan kuasa untuk memilih guru-guru seperti dulu lagi. Pemilihan guru-guru untuk menjadi tenaga pengajar di sekolah-sekolah berasrama penuh adalah di bawah bidang kuasa jabatan pendidikan.

2-Kebanyakan tenaga-tenaga pengajar merupakan guru-guru baru yang merupakan lepasan KPLI yang mana mereka ini bukannya mempunyai pengalaman yang lama dalam bidang pendidikan. Bagaimana mereka hendak memberikan komitmen yang sepenuhnya kepada murid-murid sedangkan kebanyakan mereka ada yang baru berkahwin, yang mana keutamaan mereka adalah kepada keluarga mereka sendiri.

3-Berkemungkinan guru-guru dari bangsa lain tidak begitu ikhlas di dalam pengajaran mereka kerana majoriti pelajar-pelajar sekolah berasrama penuh adalah berbangsa Melayu.

4-Guru-guru dari bangsa lain tidak dapat mengikuti semua aktiviti sekolah terutamanya yang melibatkan aktiviti keagamaan seperti sambutan Maal Hijrah kerana berlainan agama. Sepatutnya keutamaan harus diberikan kepada guru-guru berbangsa Melayu memandangkan majoriti pelajar sekolah berasrama penuh adalah Melayu. Guru bangsa lain hantar jelah mengajar kat sekolah harian ke, jenis kebangsaan ke, kerana ramai lagi guru berbangsa Melayu yang jauh lebih bagus di luar sana.

5-Tiada elaun khas yang mampu memotivasikan para guru agar lebih komited untuk membuat kelas tambahan; sedangkan mereka mengajar di sekolah berasrama penuh bukannya sekolah harian biasa. Jika dibandingkan guru-guru di sekolah harian lebih beruntung kerana mampu menambah pendapatan dengan memberikan tuisyen.

6-Pengetua 'berat bontot' untuk melawat ke kelas sewaktu aktiviti pembelajaran dijalankan juga menyebabkan terdapat sesetengah guru yang lebih banyak keluar dari sekolah untuk berkursus dan sebagainya dan kadangkala mengajar dengan sambil lewa sahaja.

7-Sehingga ke hari ini tidak ada post mortem dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab di dalam mengenalpasti kelemahan dan kekurangan di dalam keputusan PMR tersebut.

8-Masih terdapat kes-kes buli yang menyebabkan pelajar-pelajar merasa tidak sepenuh hati untuk belajar dan pergi ke sekolah. Pelajar-pelajar senior banyak menekan pelajar-pelajar junior sehinggakan mereka merasa tertekan dan tidak gembira.

Termenung aku mendengar alasan-alasan yang diberikan. Apa yang merisaukan aku, majoriti pelajar ini adalah berbangsa Melayu yang mendapat keputusan yang cemerlang sebelum ini. Tidak mustahil suatu hari nanti sekolah-sekolah berasrama penuh hanya gah pada nama sahaja sedangkan dari segi keputusan, jauh tercicir daripada sekolah-sekolah harian. Seharusnya perkara-perkara seperti ini walaupun nampak remeh dan kecil, ianya harus diberi perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab. Bagaimana rakyat nak bagi sokongan sedangkan perkara sekecil inipun tak boleh hendak diselesaikan. Lu fikirlah sendiri.....

7 comments:

  1. aku rasa la guru yang beri alasan tu pun sama bodo dengan cikgu kpli juga,,,, ada ke itu sebahagian dari alasan,,, tak masuk akal langsung,,, agak-agak la nak salahkan jpn,cikgu kpli,pengetua berat bontot dan bla-bla....

    ReplyDelete
  2. biasala tu...nama pun cikgu...salahkan semua orang tapi tidak diri sendiri...dia ingat dia bagus sangat la tuh...ntah2 jadi penolong kanan pun jasa dok kipas bontot orang kat kementerian...hampeh punya penolong kanan...patut la skolah dia result tak bagus...ader penolong kanan macam tu...

    ReplyDelete
  3. Itu pasallah anak muridnya bila keluar dan bekerjaya, telah mula masuk parti pembangkang. Murid perempuannya, semasa diSekolah lagi telah mula belajar MEMBANGKANG.

    ReplyDelete
  4. salam singgah,

    1. Secara peribadi saya berpendapat masalah utama guru yang gagal membawa anak-anak muridnya ke mercu kejayaan adalah kerana tiada semangat, keihklasan serta niat untuk membantu anak-anak bangsa tidak wujud dalam jiwa masing-masing.

    2. Guru-guru pada zaman ini tidak lebih melihat karier perguruan itu sebagai satu cabang pendapatan s eperti mana pekerjaan-pekerjaan lain.

    3. Maka dengan sikap sebegini kita pasti akan melihat anak-anak bangsa kita akan terus ketinggalan, gagal menyaingi kemajuan dan mewarisi kemunduran yang ditinggalkan samada oleh ibubapa, para pemimpin negara serta bangsa kita sendiri.

    ReplyDelete
  5. Tidak salah jika guru melihat profesen mereka sebagai sumber pendapatan kerana setiap maknusia mengharapkan ganjaran daripada sebarang pekerjaan atau usaha bagaimana pun perlu ada KPI di atas tugasan seperti penilaian prestasi. Bagaimana murid tidak membangkang jika guru sendiri pun ahli parti pembangkang ?

    ReplyDelete
  6. Rasanya terlalu banyak penghinaan yang ditujukan kepada guru. Takut saya mendengarnya. Nasib baik saya telah bersara dari menjadi guru, jika tidak dalam golongan yang dihna itulah duduknya saya.

    Dalam kita membicarakan soal guru tadi, kita harus ingat satu perkara iaiut dia juga manusia seperti kita, ada perasaan dan harga diri.

    Kejayaan murid tidak terletak ke atas bahu guru seratus peratus. Usia atau had keupayaan menerima ilmu setiap murid tidak sama. Ada murid dapat menakluki ilmu ketika kanak-kanak, sebab itu ia dapat 5A dalam UPSR.

    Ada murid yang keupayaannya menurun selepas itu, sebab itu ia tidak cemerlang dalambeberapa perkara. Tetapi ada murid pula yang peringkat awalnya tidak dapat menakluki ilmu tetapi ia berjaya kemudian dengan cemerlang kerana had keupayaannya telah meningkat pada waktu itu.

    Peranan teman-teman dan persekitaran yang kodusif juga harus diambil kira. Ini juga mempengaruhi pencapaian cemerlang mereka.

    Semua orang tentu masih ingat kepada adik Azali Azlan dai SMKA Yan tahun lepas yang telah mencapai 21A dalam SPM 2007. Tekad dan kemahuan murid itu sendiri adalah pendorong yang paling kuat. Guru hanya pembimbing ke arah itu.

    Seingat saya beliau tidak pernah menimbulkan sebarang masalah di sekolah malah beliau sendiri mengambil inisiatif mengadakan kelas tambahqn untuk kawan-kawannya yang kurang berkebolehan pada hari-hari cuti.

    Saya hanya membantu beliau dengan memberi kemudahan-kemudahan menggunakan bilik-bilik atau dewan serta peralatan yang mereka perlukan. Saya hanya melihat dari jauh. Itupun mereka boleh berjaya sebab dalam diri mereka sudah ada pendorong yang cukup kuat.

    Jadi jangan menghina guru-guru kerana anda sendiri yang menjadi pandai hari ini pun diajar oleh guru yang hari ini anda hina, bukan apabila lahir anda terus menjadi pandai seperti hari ini.

    Sekian.

    ReplyDelete
  7. ya tanpa guru siapalah kami. guru membimbing, tetapi kamilah yg menentukan masa depan kami atas usaha sendiri.

    tapi saya juga percaya bahawa kebanyakan guru hari ini memilih kerjaya berkenaan kerana terpaksa sebab tdk mendapat peluang lain yg diharapkan.

    saya mengetahuinya kerana banyak mengendalikan kursus guru2 kpli. jika ditanya siapakah yg benar2 berminat menjadi guru, hanya 20% mengaku kerjaya guru adalah impiannya sejak kecil. sebahagian besar yg lain..adoi.

    ReplyDelete