Thursday, January 1, 2009

BERBOGEL DI TAHUN BARU

Selamat Tahun Baru Hijrah 1430 dan Tahun Baru Masihi 2009. Semua orang pun tahu (termasuk kebanyakan bukan Islam) bagaimana bermulanya Tahun Baru Hijrah. Namun tahun baru masihi ni ada beberapa fakta berbeza yang den perolehi dari beberapa sumber dan buku. Ada kajian yang menyatakan bermulanya kiraan tahun masihi adalah daripada tarikh kelahiran Nabi Isa a.s. Sebab itu tahun sebelum masihi dipanggil oleh orang kristian sebagai 'before christ' (BC). Ada juga sumber kajian menyatakan kiraan itu bermula selepas 2 tahun kelahiran Nabi Isa a.s. Terdapat juga sumber lain menulis pengiraan tahun masihi bermula pada tahun Christ itu disalib. Antara sumber lain kajian juga menyatakan bahawa kiraan tahun masihi bermula apabila Nabi Isa a.s. diangkat sebagai Nabi. Wallahualam. Tetapi, pendapat paling hampir yang digunakan ialah kiraan tahun masihi bermula pada tarikh kelahiran Nabi Isa a.s.

Bagi den tarikh bermulanya tahun masihi tu tak berapa penting sangat. Yang paling utama ialah hari Jumaat untuk Tahun Hijrah dan Tahun Masihi adalah sama. Kerana jika urutan hari tu tak sama, maka mungkin akan menimbulkan polemik. Pelik pulak jika kita dok solat Jumaat tiap-tiap minggu, tapi rupanya hari yang kita dok solat tu yang sebenarnya hari Ahad. Dah jadi pening pulak nanti. Susah pulak nak kaji balik hari apa sebenarnya hari ni. Memang den pun selalu gak tertanya-tanya bagaimana bermulanya kiraan hari. Belum cari lagi maklumat. Kalau ada yang boleh kongsi, cantik jugak tu.

Kebanyakan rakyat Malaysia tahu bahawa Negeri Sembilan dalam tempoh berkabung 40 hari. Namun den tengok macam tak berkabung je malam tadi. Bukan kerana adanya sambutan tahun baru dibuat di Negeri Sembilan, tapi den melihat berdasarkan aktiviti mat rempit yang masih bermaharajalela di jalanraya sekitar Ampangan dan Senawang malam tadi. Port Dickson den dongar pulak bukan setakat rempit je, siap pelancong-pelancong dan orang bukan Melayu dok mabuk tepi pantai. Tu belum lagi tengok aktiviti berpeleseran 'couple-couple' gersang. Maka ada ke yang berkabung gamaknya? Nasihat den pada mat rempit tu suma, kalau nak merempit pun tolong pastikan helmet anda dililit kain putih. Sekurang-kurangnya kasi tunjuk respek sikit. Kesian kat polis, lotih layan orang 'pendek akal' ni.

Den sebenarnya teringat sambutan tahun baru di Sabah masa den duduk sana dulu. Den pernah dibawa oleh kengkawan di Sabah ke sebuah pantai untuk menyaksikan satu 'budaya' yang den tak pernah dengar dan tengok sebelum ni. Namun kengkawan den mengingatkan berkenaan satu syarat sebelum kami boleh pergi ke pantai tersebut iaitu tidak dibenarkan sesiapa membawa kamera. Walaupun pelik, tapi den ikut je rentak kengkawan. Setibanya di sana, den tengok ramai orang tak kira lelaki atau perempuan sedang duduk berkumpul di tepi pantai sambil menunggu detik 12 malam tahun baru.

Apabila jarum jam menunjukkan 12.00am, mereka yang berkumpul tadi masuk beramai-ramai ke dalam laut dalam keadaan masih lengkap berpakaian sebagaimana sebelum mereka datang ke situ. Semasa di dalam laut, mereka telah menanggalkan pakaian yang dipakai masing-masing dan dibiarkan saja pakaian itu hanyut. Setelah selesai, mereka naik semula ke pantai dalam keadaan bogel tanpa seurat benang. Buntang mato den kojap nengok eh. Mereka naik ke pantai dan terus memakai pakaian baru yang telah pun sedia dibawa sebelumnya. Urutan peristiwa ini berlaku hanya dalam masa beberapa minit sahaja. Setelah selesai berpakaian semula, mereka pun mula berpesta untuk menyambut tahun baru. Ada yang minum arak, ada yang menyanyi, menari dan sebagainya. Terdapat juga dikalangan mereka yang terus tidur di pantai itu hingga ke pagi, tapi kebanyakannya pulang ke rumah setelah puas berpesta ria.

Kengkawan den di Sabah menerangkan bahawa 'budaya' itu dilakukan oleh satu suku kaum di sana. Tujuan mereka berbuat begitu kononnya adalah untuk membuang 'sial' tahun lama kerana ingin memulakan tahun baru dengan 'tuah' yang baru. Sebab itulah mereka menanggalkan pakaian lama yang dipakai sebelumnya semasa berendam dan memakai pakaian baru sebaik sahaja naik semula ke pantai. Ini merupakan satu pengalaman baru bagi den masa tu dan den difahamkan tak ramai yang tahu mengenainya, hatta orang Sabah sekalipun. Tapi korang jangan harap la den nak bagitau kek mano pantai tu. Kang ponuh pulak orang dok tunggu kat pantai tu tahun 2010 nanti. Biarlah ia menjadi rahsia peribadi den dan mungkin den akan turun sekali lagi ke sana untuk memastikan sama ada 'budaya' itu masih diamalkan atau tidak. Jangan salah sangko pulak, bukan den nak pegi sano sobab den suko tengok orang bogel secaro percumo (heh heh heh)!

Den tak pastilah sama ada 'budaya' tersebut benar-benar memberi 'tuah' kepada kaum yang mengamalkannya. Namun apa yang den pasti, kaum pendatang iaitu orang-orang Filipina yang tinggal di sekitar pantai tersebut adalah insan yang paling 'bertuah'. Sebabnya, pada waktu pagi tahun baru tu akan kelihatan ramai orang Filipina terutamanya kanak-kanak yang datang untuk mengutip semua pakaian yang ditinggalkan di dalam laut sebelumnya. Kebanyakan pakaian tersebut telah dihanyutkan semula ke pantai pada waktu pagi. Pakaian yang dikumpul mereka kemudiannya dijual semula di tamu atau pasar Filipin yang terdapat di sekitar kawasan tersebut. Secara tidak langsung 'budaya' ini telah memberi 'tuah' dan rezeki tahun baru kepada kaum pendatang tersebut.

Itulah serba sedikit pengalaman cetek den semasa tahun baru. Den sebonarnya nak cerito bondo lain iaitu kaitan 'pagar' dengan kehidupan. Tapi bilo dah menaip, cerito lain pulak jadinya. Takpelah, sok-sok ado laie. Selamat tahun baru kepada semua pengunjung setia Blog Paneh Miang. Sokongan berterusan anda amatlah kami hargai. Terima kasih daun keladi.

9 comments:

  1. Assalamuaalikum Paneh,

    Memang banyak cerita pelik pelik pada diri kita tetapi biasa sahaja pada orang atau kaum lain.

    Cerita buang sial ini amalan banyak kaum di Malaysia yang mempunyai banyak cara yang kononnya boleh merubah nasib mereka kepada yang lebih baik. Ini kepercayaan mereka semata mata.

    Dalam soal buang baju lama ini nampak macam direka untuk keseronokkan dan menjadikan membuang sial itu sebabgai alasan sahaja. Tapi bahayanya ialah ia akan jadi turutan dan lambat laun jadi 'budaya' pulak!!!

    Takut juga orang Melayu Islam terikut ikut pulak...macam budaya rempit..budaya punk..semua yang dikaut dari budaya asing belaka.

    WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Hanya org Sabah yg 'pendek akal' ja bt bdy ni d Tg Aru Beach. Majoriti yg lain, takde bt perangai budus ni!

    ReplyDelete
  3. Hahaha..ustazSAID dah bocor rahsia. Ado tempat lain lagi ustaz.

    Buat ibu melayuangkat, setiap budaya pasti direka manusia. Cuma kita kena la pilih yg mana satu baik untuk diikut. Rasanya ibu akan mengkaji berkenaan budaya dan agama ni dalam pengajian ibu. WaAllahualam.

    ReplyDelete
  4. Kok eden tu kan... tak buleh tu nak join samo dalam pesta tu. Kau tau sobab apo? Sobab eh ... bilo dah masuk dalam air tu buang baju lopeh tu naik pulak ke pantai secaro bogel, gerenti eden soghang jo yang tak akan naik. Camno nak naik kalau pipit togak? Tak ko malu nanti?

    Tapi kan pikir pikir punyo pikir, kok yang lain yang nangga baju tu sumo makcik makcik yang tuo tuo dah putuih haid, tak laa eden togak sano sini gek eh doh.

    Ishh apo koo cito cito tak masuk aka ni kau bawak kek sini ni paneh.

    Ese

    ReplyDelete
  5. hahaha..kami pun terpikir benda yang sama gak Ese. kah kah kah!

    ReplyDelete
  6. Keh keh..salam Ese. Yang buek kojo tu mudo belio suma eh. Tak tergamak yg putuih haid pun buek bondo tu doh. Sesekali sajo den tulih cerito santai wlpn yg sebonar eh tak berapa santai pun. Asik cerito yg berat jo lotih la.

    ReplyDelete
  7. Paneh,

    Pemandangan yang cantik kena dikongsi bersama........hehe

    ReplyDelete
  8. s, ustazSAID dah sobut salah satu tmpt tu. pantai lain tu usya sendirilah. memang cantik pemandangan 3 pantai tu. heheh..

    ReplyDelete
  9. Opppsss!!! bertuahnya Paneh dpt tgk free2 :-P
    Aku org Sabah sdiri ndak tau ni. Huhuhuhuuu...harap bukan kaum aku tu tau.

    ReplyDelete