Tuesday, January 27, 2009

Biaq pi la depa..

1. Dalam sebuah program yang saya terlibat baru-baru ini, salah seorang peserta berbangsa Cina mengeluarkan ayat berikut,

"Sekiranya negara ini diserang, saya akan bawa kaum kerabat saya keluar dari negara ini. Sesudah tamat peperangan dan negara kembali aman, kami kaum Cina akan kembali semula untuk bersama membangunkan negara yang telah musnah".

2. Kata-kata pemuda Cina ini dibidas oleh seorang peserta India yang mengatakan,

"Oh..jadi you mahu biar orang Melayu dengan India saja pertahankan negara ni la? Supaya senang bila you balik semula nanti, semua rakyat sudah mati dan you dengan kaum you boleh berkuasa dalam negara ni? You sayang Malaysia ka atau sayang kaum you saja?"

3. Perdebatan ini berlarutan beberapa ketika sehingga akhirnya pemuda Cina itu bertindak mendiamkan diri dan tidak lagi mahu memberikan sebarang komen.

4. Manakala, tiada seorang Melayu pun yang mahu campur dalam perdebatan tersebut.

5. Pemuda Cina itu lulusan universiti dari New Zealand, manakala pemuda India yang berdebat dengannya itu adalah lulusan Universitas Bali, Indonesia.

6. Saya masih memikirkan mengenai babak yang berlaku dalam perdebatan tersebut serta kemungkinan yang berlaku akhir-akhir ini.

7. Adakah pemuda Cina itu menunjukkan sikap sebenar kaum Cina yang hanya mementingkan diri? Apabila keadaan mendesak, maka mereka akan menggunakan apa saja cara untuk melindungi kaum mereka semata?

8. Adakah kaum India kini lebih patriotik berbanding kaum Cina? Atau kebetulan pemuda India itu bersifat patriotik kerana terpengaruh dengan rakyat Indonesia yang terkenal sebagai sebuah negara yang tebal dengan sifat patriotik berbanding kita. Atau beliau insaf dengan kehidupan rakyat Malaysia yang jauh lebih baik berbanding Indonesia? Untuk makluman, pemuda India ini telah bermastautin di Indonesia selama 6 tahun.

9. Dan adakah orang Melayu yang melihat perdebatan itu sudah semakin selesa sehingga tidak langsung mempertikaikan kewajaran kenyataan yang dibuat oleh pemuda Cina tersebut?

10. DAP sering melompat parti menyertai MCA atau Gerakan di Negeri Sembilan. Perkara ini dianggap biasa semasa Negeri Sembilan diterajui oleh Isa Samad.

11. Ia dianggap biasa dengan anggapan bahawa orang Cina dan India mementingkan kaum mereka dan tidak terlalu patriotik terhadap parti.

12. Selagi kepentingan Cina dan India tidak terjejas, mereka akan terus setia.

13. Namun jika perkara sebegini berlaku kepada orang Melayu, maka ia kelihatan bertentangan dengan budaya mereka.

14. Tidak kiralah jika ahli UMNO melompat menyertai PAS atau sebaliknya (kami tidak menganggap PKR sebuah parti Melayu), ia tetap bertentangan dengan sifat orang Melayu yang selalu mengenang budi dan tidak akan membalas budi orang dengan tahi.

15. Orang Melayu juga terkenal dengan sifat setia dan taat berbanding kaum lain.

16. Namun, mungkinkah kini orang Melayu sudah mula terpengaruh dengan prinsip kaum lain di Malaysia?

17. Orang Melayu hanya setia hanya apabila kepentingan mereka terpelihara?

17. Berbalik kepada kata-kata pemuda Cina di atas - "Sekiranya negara ini diserang, saya akan bawa kaum kerabat saya keluar dari negara ini. Sesudah tamat peperangan dan negara kembali aman, kami kaum Cina akan kembali semula untuk bersama membangunkan negara yang telah musnah".

18. Adakah ini juga bermakna setelah kerajaan sedia ada berjaya digulingkan, maka semua orang Melayu akan kembali membangunkan negara yang telahpun sedia 'musnah' semasa proses penggulingan tersebut?

p/s: Warga Paneh Miang difahamkan bahawa Tuanku Muhriz turut melapangkan masa membaca kandungan blog ini. Terima kasih atas sokongan tuanku. Kami akan berkata yang benar walaupun pahit. Daulat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

6 comments:

  1. CINA MACAM MANA PARTI SEKALIPUN BANGSA MEREKA TETAP AKAN PERJUANGKAN BANGSA CINA JUGAK!!!

    KUTUK KE HINA KE BILA SATU ISU MELIBATKAN BANGSA CINA MEREKA AKAN BERSATU..

    MELAYU???
    EMMMM KITA CUBA RENUNGKAN!!!

    http://gomo-no1.blogspot.com/2009/01/anwar-buntut-punya-olang.html

    ReplyDelete
  2. By the time we realized we have made a wrong decision, it will be too late to correct it. Lihat saja Palestine, Singapura, Fiji dan banyak lagi negara dimana kaum pendatang telah menjadi tuan sementara kaum peribumi pula terpaksa berhempas pulas hendk membetulkan keadaan....

    Apabila tanahair sendiri telah terlepas ke tangan orang, amatlah payah untuk mendapatkannya semula.

    ReplyDelete
  3. Disinilah letaknya makna kesetian kepada bangsa,ketaatan kpd negara,dan berkorban utk mempertahankan bangsa dan tanahair tercinta.Faktor sekeliling memainkan peranan yang sangat besar dalam hal ini.Cara berfikir budak cina yg belajar di negara Kiwi..budak india yg belajar di seberang negara kita.
    Apakah titik kesamaan yang ada?budak melayu bagaimana pula...Gen X dan Gen Y,diuliti dgn internet,PSP dan ipod dsbgnya.Adakah mereka sedar ttg ancaman terhadap negara?rasanya mereka sedar tetapi apakah langkah proaktif mereka?..tak dapek den nak nolong nyo doo

    ReplyDelete
  4. betul DAP kata... Melayu akan layu lepas Mahathir dan Harun Idris..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datuk Harun Idris kerjaya politik nya dihancurkan oleh orang UMNO sendiri kerana pengaruh beliau yang kuat dan mungkin mengugat orang lain untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Episod Datuk Harun Idris adalah satu contoh kerakusan kaum elit UMNO. Ia juga satu petanda bahawa UMNO bukan untuk rakyat biasa yang cerdik dan bermoral!!

      Delete
  5. Assalaamualaikum,
    Bangsa melayu pasti utuh sekiranya MENDAULATKAN ISLAM. Selagi ISLAM tidak diDAULATKAN .....yang pastinya bangsa melayu akan sentiasa.....LAAAAAYUUUUU !!!

    ReplyDelete