Thursday, January 8, 2009

BOIKOT: BAGAIMANA NASIB PEKERJA TEMPATAN?

Persatuan Pengguna Islam Malaysia memberi pilihan keutamaan kepada umat Islam untuk memboikot 3 jenis produk berkaitan Yahudi iaitu Colgate, Coca Cola dan Starbucks Coffee. Secara peribadi saya sudah lama tidak menggunakan Colgate atau minum Coke serta hanya sekali seumur hidup minum di Starbucks Coffee.

Semua sedia maklum bahawa Colgate dikeluarkan oleh syarikat Colgate-Palmolive (M) Sdn. Bhd. Foreign Based Company ini beralamat di Petaling Jaya dan jumlah pekerja syarikat itu di Malaysia sehingga Disember 2008 adalah kira-kira 1200 orang. Namun tidak dapat dipastikan jumlah orang Islam yang bekerja di situ. Adakah kempen memboikot produk Colgate secara berterusan turut akan menjejaskan pendapatan golongan pekerja Malaysia di syarikat tersebut? Situasi ini mungkin akan meletakkan ramai dalam keadaan serba salah.

Coca Cola pula merupakan salah satu produk keluaran dan edaran F & N Coca Cola (M) Sdn Bhd. Selain Coca Cola, syarikat ini turut mengeluarkan minuman SEASONS, F&N Fun Flavours, Fruit Tree dan 100PLUS. Pengurusan tertinggi syarikat ini ialah Phua Khia Goom iaitu Assistant General Manager Finance; James Teo Hong Beng selaku Manaqing Director dan Lim Mong Tuan, General Manager-Sales Operations. Memandangkan Coca Cola hanyalah salah satu daripada beberapa rantaian produk keluaran mereka, maka saranan untuk memboikot Coca Cola lebih praktikal untuk dilakukan. Pengurangan jualan produk Coca Cola berkemungkinan tidak akan menjejaskan pendapatan golongan pekerja Malaysia di syarikat tersebut.

Berjaya Starbucks Coffee Company Sdn Bhd adalah milik bersama Starbucks Coffee International dan Bejaya Corporation Berhad. Outlet pertama di Malaysia dibuka pada 17 Disember 1998 di KL Plaza dan Starbucks Coffee baru sahaja menyambut ulang tahun ke-10 pada Disember lepas. Sehingga kini Starbucks Coffee telah memiliki 100 outlets di seluruh negara dan yang terbaru bertempat di Jaya One, Jalan Universiti, Petaling Jaya. Dibina berdekatan kawasan pelajar kerana coffee itu kini menjadi kegilaan remaja urban. Produk ini paling mudah untuk diboikot. Hanya perlu mengawal kaki agar tidak melangkah menuju ke salah satu outlets Starbucks Coffee.

Kesan dan akibat kempen boikot kepada produk-produk lain keluaran Amerika/Yahudi juga memerlukan penelitian sebelum dilaksanakan. Ia bertujuan mengelakkan sumber kewangan rakyat Malaysia yang ramai bekerja di syarikat milik negara pengganas itu turut terjejas akibat kempen tersebut. Segalanya bermula dengan niat. Semoga kita berjaya menjahanamkan ekonomi Amerika/Yahudi tanpa kita sendiri menerima natijahnya.

7 comments:

  1. Assalamualaikum anakku Paneh,

    Inilah juga yang Mak Cik katakan pada sorang lagi anak angkat cyber Mak Cik ia itu saudara Harimau Menaip kita dari Soromban.

    Kita boleh boikot tapi bagaimana pula nasib Pekerja Pekerja di kilang atau kedai kedai tersebut.

    Melainkan mereka ada pilihan lain untuk mencari rezeki anak isteri mereka.

    WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  2. PANEH MIANG...

    Saya tak laa guna 3 produk diatas...tapi saya n anak saya suka juga makan KFC n McD.....kenapa kempen boikot tak berjaya?
    -kita x mampu membuat dan memasar produk yang hampir sama dengannya.Kita ada Ramlie Burger contohnya, tapi restoren Ramlie Burger satu pun xdak.
    -KFC menyediakan peluang pekerjaan dan memberi makan kepada vendor ayam melayu,kalau boikot KFC dan mungkin gulung tikar, kemanakah mereka ini bergantung harap...

    Jadi, jika kita nak boikot barangan buatan agen pembunuh, kita perlu menyediakan alternatif yang setanding bermula daripada sekarang supaya masa akan datang bila kita nak boikot, kita ada pilihan.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Setiap sesuatu perkara yg baik nak dilakukan, mesti ada pengorbanan,

    Bahkan AlQuran menyatakan yg bermaksud,"Berkorbanlah ke jalan Allah dengan harta atau nyawa" Allah memberi keutamaan dengan harta dahulu,kalau harta dah takut nak keluar, nyawa lagilah amat jauh, jalan keluar tetap ada...insyaAllah

    Islam adalah persaudaraan....no east no west we are brothers

    Allah memberi rezeki, jangan lah takut, jika hukum fikih diikuti, yg miskin akan dibantu dengan zakatnya........

    Kata-kata dari cucunda Nabi SAW, atas pengorbanan yg besar di Karbala:

    Andai dunia ini masih dianggap berharga,
    bukankah akhirat itu jauh lebih berharga dan mulia.
    Andai jasad ini memang diciptakan untuk mati,
    maka bukankah mati di jalan Allah lebih mulia.

    ReplyDelete
  4. saya setuju dgn musah.....takkan kita blh lihat saudara2 kita dibunuh dgn kejam sementara kita menghulur sumber wang pd israel utk membunuh mereka....

    pada pendapat sy...malaysia mesti boleh mengadakan produk2 yg setanding dgn barangan2 israel ni...

    ok lah klau kata mcD tu sedap..mmg sedap pun...tapi utk buat produk yg sebaik tu agak susah la kan..sebab secret recipe nye..apa kata pengusaha franchise yg baru tu buat analisa kandungan makanan..so dlm la ingredient nye..pastu modify sket bg lagi sedap...

    nak buat analisa kandungan makanan tu bukan susah..mmg ada machine utk analys..utk keterangan lebih lanjut carik le mana2 budak kimia industri...

    walaupun semua ni susah tapi ni lah yg patut kita lakukan!!

    ReplyDelete
  5. Salam semua,

    Saya cenderung untuk setuju dengan saranan semua. Hebatnya perniagaan barat ialah mereka membuka peluang kpd pendapatan rakyat tempatan. Jadi sebarang tentangan terhadap produk mereka sekaligus akan turut menjejaskan rakyat tempatan yg terlibat.

    Saya setuju wlpn boikot ini mungkin kelihatan sukar, tetapi bak kata Musah kita perlu berkorban.

    Sememangnya rakyat Malaysia kena mula memikirkan alternatif yg setanding dgn produk barat untuk memastikan keberkesanan kempen sebegini.

    Tapi skrg jika tak boleh elak sepenuhnya pun, mungkin kita masih boleh kurangkan penggunaan produk Amerika/Yahudi?

    ReplyDelete
  6. Asmlkm saudara,

    Saya tidak fikir rancangan boikot ini akan berjaya kerana isu ini telah lama dibangkitkan semenjak zaman TDM lagi, ianya hanya bermusim hangat tahi ayam dan mmg ini sikap orang melayu islam. Umat Islam 1.4 bilion tidak bersatu hati seperti dituntut islam jgn harap ada kejayaan dlm apa jua perjuangan menentang musuh islam. Masalah palestin hanya boleh dibantu oleh dunia arab sebagai barisan pertama sementara negara lain hanya boleh menyokong dari belakang. Kita lihat negara2 arab pun macam badut saja tak pernah serius dan bersatu. Masalah paling besar pelestin sendiri bertelagah dan berperang sesama mereka (hamas, fatah) jadi kita nak tolong apa ?
    Hanya dgn melemahkan ekonomi Amerika itulah senjata paling berkesan, tapi jika ekonomi Amerika lemah seluruh dunia aakan lemah kerana terlalu kebergantungan kpd Amerika. Jadi tidak ada jalan buatmasa ini !! Selagi struktur dan ekonomi dunia tidak berubah khusunya pbb kita hanya bermimpi di siang hari.

    Hanya Tuhan boleh menghukum israel, bukan dunia dan bukan juga umat islam yg lemah. Tak payah boikot, hanya kerja sia2 dan membuang masa saja.

    ReplyDelete
  7. skrg ni dh ada alternatif kpd KFC n Mcd iaitu... Radix Fried Chicken (RFC) bukan nk promosi tp nk war-warkan kalau boleh seantero dunia bahawa kita ada satu produk yg akan jdkn semua penyumbang Yahudi ni tutup. Diasaskan oleh taukey HPA. Iklan yang mai secawan kopi radix dan radix cola adalah dr keluaran melayu. Nak tau lebih lanjut email pd sy mohdazlan@kptg.gov.my bersama2lah kita menyokong produk melayu tempatan. InsyaAllah.

    ReplyDelete