Sunday, January 4, 2009

KADANGKALA SOALAN PERLU DIJAWAB DENGAN PENAMPAR

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negara kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang Imam tua di kampungnya.

Pemuda: Pak Imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Pak Imam: Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda: Pak Imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan,

1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya?
2. Apakah yang dinamakan TAKDIR?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa Pak Imam marah kepada saya?

Pak Imam: Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.

Pemuda: Saya amat tidak faham...??

Pak Imam: Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!

Pak Imam: Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda: Ya....!

Pak Imam: Tunjukan pada saya wujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?

Pemuda: Tak boleh Pak Imam...!!!

Pak Imam: Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.

Pak Imam: Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?

Pemuda: Tidak....!!?

Pak Imam: Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda: Tidak....!!!?

Pak Imam: Itulah yang dinamakan TAKDIR!

Pak Imam: Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?

Pemuda: Kulit dan daging...!!!

Pak Imam: Terbuat dari apakah pipi awak itu...?

Pemuda: Kulit dan daging....!!!??

Pak Imam: Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit dan pedih....!!!?

Pak Imam: Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, namun jika Tuhan berkehendak, maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan....walaupun sama unsur asalnya...!!

Pemuda: Allahuakbar!

"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG.. ITULAH JANJI ILAHI"

4 comments:

  1. sdra paneh miang

    saya mohon izin utk menempek artikel ini difotopages saya... terimakasih

    ReplyDelete
  2. Itulah sebabnya Allah suruh kita menggunakan akal untuk berfikir tentang keEsaan Allah.....bukan sebaliknya seperti yang selalu ditekankan oleh sesetengah orang.

    Saya amat kagum dengan falsafah disebalik cerita yang penuh informasi ini.

    Boleh digunakan untuk mereka yang berfikir tentang keujudan Allah, Tuhan unutk seluruh ciptaanNya.....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum anakku,

    Menarik dan berkesan sekali kisah ini, sama ada betul atau rekaan.
    Pengajaran yang berkesan pada mereka yang mahu menerimanya.

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  4. 1. Cuba tunjukkan kepada saya dimana minyak dalam susu sebotol?
    2. Pada muka kita dimana duduk cahaya ( Nor )?

    ReplyDelete