Sunday, January 18, 2009

Talasemia

Disebabkan ada dikalangan kawan-kawan yang menghidap Talasemia, saya nak kongsi info tentang penyakit ni. Asik cerita isu semasa politik je boring juga.

Talasemia ialah sejenis penyakit anemia yang juga penyakit keturunan. Walaupun biasa terdapat di kawasan Mediteranean, penyakit ini juga didapati di India dan Asia Tenggara.

Talasemia boleh diwarisi oleh anak jika kedua-dua ibu dan bapa mempunyai gen yang terlibat. Walaupun kedua-dua ibu bapa tidak menghidap anemia, kebarangkalian anak menghidapinya ialah satu per empat.

Anak yang menghidap talasemia tidak boleh menghasilkan hemoglobin yang normal, iaitu bahan yang menghasilkan warna merah dalam sel darah merah dan merupakan bahan pembawa oksigen ke seluruh tubuh badan. Masalah ini ketara semasa anak menjangkau tiga bulan.

Pada masa ini, tanda-tanda penyakit anemia mula muncul seperti kelesuan, sesak nafas dan pucat. Lama-kelamaan anak akan semakin kekurangan tenaga dan mengalami kesukaran menyusu. Bahagian abdomennya juga akan menjadi besar disebabkan pembesaran limpa dan hati.

Antara tanda penyakit ini.

1. Kelesuan.
2. Bibir, lidah, tangan, kaki dan bahagian lain berwarna pucat.
3. Sesak nafas.
4. Hilang selera makan dan bengkak di bahagian abdomen.

Apakah yang boleh dilakukan?

Doktor akan mengambil contoh darah untuk diuji. Jika penyakit talasemia disyaki, anak akan dirujuk ke hospital untuk dilakukan ujian lanjutan. Jika anak disahkan menghidap penyakit ini, pemindahan darah biasanya diperlukan untuk mengelak anak daripada mengalami kesan buruk penyakit anemia.

Apabila anak sudah cukup besar, anak mungkin perlu menjalani pembedahan untuk membuang limpanya. Ini akan mengurangkan kekerapan pemindahan darah kerana kekerapan pemindahan darah akan menimbulkan masalah lain, iaitu ferum boleh berkumpul di dalam tubuh badan dan merosakkan hati, pankreas dan jantung.

"Lebihan ferum" ini merupakan ancaman utama penyakit ini dan ramai pesakit menemui ajal mereka semasa remaja. Kini rawatan baru memberi masa depan yang lebih cerah bagi pesakit. Kanak-kanak yang menghidap talasemia kini menerima suntikan ubat yang dapat membantu tubuh badan membuang ferum. Dalam beberapa keadaan, rawatan ini dilakukan secara suntikan yang berterusan pada waktu malam. Anak yang menghidap talasemia harus boleh menjalani kehidupan yang normal.

Kegiatannya tidak perlu dihadkan tetapi dia memerlukan bantuan dan sokongan. Minta nasihat doktor dan cuba berhubung dengan keluarga lain yang juga ada anak yang menghidap talasemia.

Jika anda tergolong dalam kumpulan yang berkemungkinan besar menjadi pembawa penyakit ini, pastikan anda dan pasangan menjalani ujian darah sebelum anda membuat keputusan untuk mendapatkan anak. Ujian untuk memnetukan kemungkinan bayi dalam kandungan menghidap penyakit tersebut boleh dilakukan.

p/s: Tahniah kepada PAS yang terpilih memegang amanah di Kuala Terengganu. Kekalahan yang disengajakan BN sebelum berlakunya KEJUTAN?

9 comments:

  1. la..tqlah pasal info ni..bosar makno ee..pado den..yolah..sojuk2kan hati tu..camno buleh kalah yo tak..tontu pasal ezam..x pun pasal karoke tak?atau personaliti najib yg semakin meragukan? atau umno itu sendiri sudah hilang moral? atau TAKDIR sudah menentukan PAS monang yo tak..paneh..teruskan mengampu dgn fakta2 yg lebih sarat dan padat..mudah2an botambah bonci oghang kek UMNO dan sekutunya..umno kalah..pak lah pun laghi pi bocuti..hagham x di apekkan..ayo pak lah..paneh..kelakalah bilo P/S ko tu bulehlak tosolit kato2 cam tu..yolah..nak sojukkan hati yo tak..apo2 yolah paneh..fakta apo lai lopeh ni?

    ReplyDelete
  2. heheh...lawak la ko edie. camno ko leh terjebak jadi ahli umno? oh lupo lak. pasal dikadirkan oleh anwar aljuburi (cilok kato mat sabu).

    melayu vs melayu-menang pun nak bangga? walau pas tewas sekalipun, secara peribadi aku tidak akan berbangga. kerana jika aku berbangga bermakna aku sudah jatuh kedalam perangkap british. itulah yg mereka mahukan sejak meluluskan pendaftaran pas. kasi pecah sesama melayu bermakna akan berpecah sesama Islam. mari jadikan melayu macam arab hidup berkabilah. akhirnya kafirun yang monang.

    takbir raya!

    ReplyDelete
  3. lah..pulak..kok gitu lak paneh..yolah..poilah ulu bondo tu jap..mandi sojuk kit hati yg paneh...

    ReplyDelete
  4. Keh keh keh. kami kesian tgk si edie ni. Cuba menarik perhatian orang. Mungkin ini kaedah promosi beliau menarik perhatian orang utk membaca blognya yg tak memberi manafaat pada manusia sejagat. Nyesal kami masuk tgk. Takpelah nak buat mcmana.

    Tapi nampak gayanya bukan si paneh yang kena sejukkan hati. Macam si edie ni je yang terkena paneh miang. Keh keh keh. Kesian.

    Jangan layan munafikun ni paneh. Kami rasa standard contributor blog ni tak layak layan orang macam si edie ni. Buang masa korang je.

    ReplyDelete
  5. Sekadar mengingatkan. Amalkan doa ini.

    Dari Surah Al-Baqarah ayat 286, bermaksud;

    "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau babani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir".

    ReplyDelete
  6. KGB..tq..ye blog yg bermanfaat adalah blog yg mengampu banyak dan kritik sikit2.Blog yg bermanfaat adalah blog yg menyokong pemerintah tanpa sedar mana longkang dan mana parit. Blog yg bermanfaat adalah blog yg sukar menerima hakikat!Tk yo..

    ReplyDelete
  7. Edie..tq..ye blog yg bermanfaat adalah blog tidak langsung mengkritik kesalahan pembangkang (mcm blog hang). Blog yg bermanfaat adalah blog yg menyokong pembangkang membabi buta tanpa sedar mana longkang dan mana parit (pun mcm blog hang). Blog yg bermanfaat adalah blog yg sukar menerima hakikat bahawa orang yang dipuja itu terang2an membuat kesilapan (la.. mcm blog hang lagi). Tk yo..

    Kesimpulannya, blog hang takde manfaat pada agama, bangsa dan negara. Tak membina langsung. Tak rugi negara takde org mcm hang.

    ReplyDelete
  8. x pe ok..pandangan memasing.aku tetap tidak berganjak.umno perlu dilupuskan jika usaha mereformasikan parti ini tidak mampu terlaksana. hakikatnya umno tidak bersalah.aku tegaskan, kepimpinannya wajib diubah jika mahu terus berkesinambungan.sekian lamanya pemimpin umno membodohkan melayu. begitu banyak kesilapan telah dibuat namun tidak ramai yg tahu. hanya selepas 1998 barulah banyak yg terdedah.itulah hikmah namanya. aku tidak sesekali bersetuju dgn perasuah,perogol,kaki judi,kaki perempuan,kaki minum untuk memimpin negara.kalau korang pengampu rela, terpulang.

    ReplyDelete
  9. kata edie,

    aku tidak sesekali bersetuju dgn perasuah,perogol,kaki judi,kaki perempuan,kaki minum untuk memimpin negara.

    kaki liwat tak sobut pun. makno eh setuju la tu. kaki penipu mcm mcm nuar? kaki peralat agama utk politik mcm hadi dan pok nik? kaki perbodohkan melayu mcm karpal, guan dan lim? makno eh pemimpin camni suma edie terima. baguih dok ada.

    ReplyDelete