Friday, February 27, 2009

PPSMI

Assalamualaikum.....

Semoga sihat hendaknya semua peminat-peminat Paneh Miang.

Ingin saya menyentuh tentang PPSMI. Ramai betul pejuang bahasa Melayu lahir akibat dari perlaksanaan PPSMI. Alhamdulillah. Mungkin ini satu rahmat kepada negara Malaysia dari Allah kerana ramai betul penentang PPSMI termasuk kaum bukan Melayu. Mereka boleh bersatu dalam isu ini.

Saya ingin bertanya kepada semua orang yang menentang PPSMI ini dengan alasan cintakan bahasa Melayu..

1. Apakah ada di rumah kamu Kamus Dewan Bahasa yang dikeluarkan oleh DBP yang nilainya tidak sampai RM 100? Kalau adapun digunakan tidak?

2. Apakah kamu membaca novel-novel berbahasa Melayu setiap hari...paling kurang pun satu bulan satu novel?

3. Adakah kamu pergi ke perpustakaan paling kurang setahun sekali demi melihat kempen cintakan bahasa Melayu yang dijalankan?

Cukuplah tiga soalan ini.

Bagi saya sebagai anak yang membesar di zaman TDM, saya amat marah kepada TDM kenapa lambat dilaksanakan PPSMI ini. Akibatnya saya amat lemah dalam Bahasa Inggeris, di mana kebanyakan buku-buku rujukan semuanya dalam bahasa Inggeris. Baru sekarang berjinak jinak membaca blog TDM di mana ada sesetengah artikel bahasa Inggeris..itupun kamus disebelah saya.

Kepada pejuang-pejuang bahasa Melayu ni, saya menyokong anda semua..tapi biarlah benar-benar ikhlas. Jangan hanya bermotifkan politik. Mari kita ramai-ramai jayakan semua kempen yang dianjurkan DBP. Tahu tak apa kempen yang dijalankan DBP? He.he.he (pinjam gelak TDM).

Bagi saya PPSMI ini banyak mendatangkan kebaikan dari keburukan. Memang sesuatu perkara itu mempunyai kebaikan atau keburukan. Tapi fikirkan dengan tenang apa kebaikan dan keburukannya, baru tindakan diambil untuk menyokong atau membangkang. Jangan digelapkan hati kerana api kebencian. Nanti merana diri.

Terima kasih kerana sudi membaca.

6 comments:

  1. SINGH IS SAMSINGH!! Nasib tak kena belasah dek anak omardin.

    ReplyDelete
  2. Tuan.
    Pandangan saya untuk meningkatkan tahap penguasaan BI sangat di harapkan. Kita sebagai bangsa melayu mesti menyahut cabaran globalisasi dengan menguasai BI dengan baik dan memuaskan.

    Persoalannya, adakah dengan hanya mengajar Sains dan Metametik dalam BI, tahap BI akan lebih baik seiring dengan kecemerlangan mata pelajaran sains dan metametik itu sendiri? Rungutan dari ibubapa termasuk saya sendiri, untuk pelajar tahun 1-3 sangat susah untuk menguasai sains dan metametik. Mereka ini dahlah teraba-raba utk belajar mengeja melayu inikan pula BI. Fikirkan secara menyeluroh bukannya segelintir sahaja. Statistik peperiksaan utk kedua pelajaran ini pun tidak menggalakkan secara menyeluroh.

    Cadangan saya utk improve BI bukan dengan PPSMI tetapi kaedah lain seperti tambahkan masa BI, kaedah pembelajaran yang bersistematik, tahap guru-guru sendiri mesti menguasai BI dengan cemerlang dan menggunakanya secara meluas di sekolah.

    ReplyDelete
  3. salam untuk jarodah..

    1. perkembangan ilmu sains dan matematik amat laju sekali, dan semuanya di dalam bahasa inggeris. semua rujukan dan jurnal2 dikeluarkan di dalam bahasa inggeris. maka dengan membiasakan anak2 kecil kita dan mendedahkan mereka dalam bahasa inggeris di peringkat awal pembelajaran dilihat sebagai langkah bijak.

    2. mungkin perlaksanaan pihak kementerian membuatkan PPSMI ini dilihat gagal. sebab mungkin kita kekurangan guru yang fasih berbahasa inggeris, kenapa ini terjadi? mungkin kerana dizaman guru ini belajar mereka tidak diajar dalam bahasa inggeris. akibatnya....

    3. bagi saya perlaksanaan PPSMI ini tidak nampak hasilnya sekarang. kita patut beri pihak kementerian pelajaran peluang dalam merangka strategi untuk melaksanakan PPSMI ini dengan cara yang terbaik.

    Di doakan agar anak Jarodah bakal menjadi ilmuan sains dan matematik berbangsa melayu yang dikagumi kelak. dimana beliau dapat pula melahirkan ramai lagi ilmuan melayu. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  4. wah wah wah..

    sedap je korang komen yek.. seperti tulisan Jarodah itu memang betul.. aku sendiri dapat rasakan sebab aku mengajar sains dan matematik tahap 1 di sekolah yang terletak di tengah2 bandar...

    kat tengah bandar pun murid terutama darjah 1,2 dan 3 cukup perit nak bagi faham sains dalam English. boleh dikatakan separuh murid ini sentiasa gagal menyiapkan kerja yang diberi atau membuatnya dengan meniru sebab di rumah tiada siapa yang boleh ditanya. ibubapa pula ramai yang x tahu berbahasa Inggeris, kalo tahu pun x cukup fasih untuk menerangkan maksud perkatan dan konsep teknikal sains dan matematik itu sendiri.

    tahukah kamu semua bahawa tahun lepas, soalan sains dan matematik telah dibocorkan dulu dengan soalan yang amat similar di sekolah beberapa minggu sebelum UPSR dan PMR? itu pun ramai masih GAGAL menjawabnya!!! mana2 ibubapa yang anak mereka skor dalam Sains dan Matematik PMR dan UPSR x payanh laa nak bangga dan perasan sebab markah penggredannya cukup rendah.. ramai yang sentiasa dapat C/D tiba2 dapat A/B semasa UPSR/PMR sebenar. dan ini bukan lagi rahsia di kalangan guru2, cuma malas nak kecoh kat media yang suka pula memutarbelit fakta.

    masalah yang paling besar ialah di kalangan orang MELAYU? sekali tertinggal, terus tertinggal selama2nya.. ada kelas yang terpasa menggunakan dwibahasa baru murid faham, malah kadang2 penggunaan BM lebih 60%, kalo x ramai yang tak tahu apa langsung..

    kalo membantah dasar yang x elok dengan bangsa perlukah digelar 'menyokong pembangkang'??? mana kebebasan memberikan pendapat/bersuara???

    ReplyDelete
  5. Salam.. Nizar_ryza

    maaflah kalau tulisan saya menggangu emosi cikgu...

    1. Boleh saya tahu apa inisiatif cikgu dlam melaksanakan PPSMI di luar bandar.
    - adakah dengan membocorkan soalan dahulu sebelum peperiksaan satu tindakan bijak?
    - ada atau tidak cikgu mengajar lebih dari sepatutnya demi kemajuan anak bangsa kita?
    - satu cadangan dari saya banyakkan latihan kepada murid-murid "practise make perfect"

    2. Nizar-Ryza, jangan cepat melatah... Jadi cikgu yang baik untuk murid-muridnya.. didiklah anakbangsa kita supaya menjadi ilmuwan melayu yang digeruni...
    semoga cikgu berjaya.

    p/s
    baru lopeh beborak ngan abg den tadi. botul gak kato eh.. kenapo SRJK(C) ngan SRJK(T) mengajar semuo subjek eh dalam bahaso ibunda bangso masing-masing.. tak pulak disuruh diorang ni belajar dalam bahaso melayu kan.. susah kalau semasing dah tak betolo ni.... susah... susah...

    ReplyDelete
  6. assalamu'alaikum kengkawan,

    Kadang-kadang kita terlupa sikap orang Melayu suka perkara yang mudah.... tak mahu susah payah untuk belajar perkara yang baru...

    saya ada beberapa persoalan buat sesiapa yang menentang PPSMI :-

    a. Adakah mereka hantar anak mereka ke universiti tempatan?

    b. Adakah mereka betul2 cakap BM dgn orang lain? Ataupun bahasa rojak seperti I...U...

    c. Kenapa dibiarkan perkara yang memelayukan perkataan BI seperti aircon...(penghawa dingin)...sampel (contoh)..byk lagi la..

    d. Kalau susah2 sgt kita cadangkan jer wujud semula sekolah 2 aliran :- alairan Melayu dan aliran Inggeris. Pastu kita tengok sapa yang ramai hantar anak mereka ke aliran Inggeris. Orang kampung tetap duduk di aliran Melayu ketinggalan.

    e. Kenapa kita tak bising BI dijadikan bahasa pembelajran di UiTM, UIA dan beberapa IPTA?

    ntah sikap kita suka merungut tapi tak suka menyelesaikan masalah.

    ReplyDelete