Wednesday, February 4, 2009

Suara Orang Muda: "Kami Mahu Mahathir!"

Baru-baru ni kami telah menemubual beberapa orang muda Negeri Sembilan yang berumur antara 16 hingga 37 tahun. Temubual secara santai ini merupakan proses untuk memahami kehendak, kefahaman dan suara hati orang muda terhadap situasi yang berlaku dalam negara ketika ini. Walaupun perbualan ini dibuat secara suka-suka, tetapi apa yang cuba disampaikan oleh golongan muda ini adalah sesuatu yang kami anggap serius. Berikut merupakan beberapa isu yang kami rasa menarik untuk dikongsikan. Penggunaan nama di bawah ini adalah nama sebenar responden terlibat.

PM: Apa yang anda/adik/kakak/abang tahu dan rasa mengenai situasi yang berlaku dalam negara kita pada hari ini?

Faizal (21, Kuala Pilah)

"Saya rasa anak muda sekarang dah banyak terikut budaya barat la bang. Kecewa jugak bila tengok budak-budak muda sekarang ni. Tak kiralah di bandar dan kampung pun sama je. Mak bapak mereka ni macam tak endah je."

Dayang (22, Seremban 2)

"Anak-anak Melayu sekarang tak bangga dilahirkan sebagai orang Melayu. Kebanyakan mereka semua ni tak fikir tentang masa depan. Banyak yang suka berseronok je. Kelab dan persatuan belia pun macam tak ambil berat. Mereka semua ni tak sesuai buat program jatidiri saja, tapi perlu diberi kefahaman tentang bagaimana mereka perlu mencorak diri bagi menghadapi cabaran mendatang."

Khairul (32, Rasah)

"Saya tak puas hati apabila orang yang menyatakan kebenaran dan fakta seperti Ahmad Ismail dikenakan hukuman sedangkan kaum lain yang sibuk pertikaikan Melayu dan agama kita boleh lepas begitu saja. Kalau zaman Mahathir dulu jangan harap la hindraf tu nak banyak songeh."

Din (19, Jempol)

"Budak kita sekarang ni tak sedar asal usul bang. Kena kasi ajar skit dorang ni pasal sejarah. Member-member saya ramai yang tak sedar. Kerajaan negeri kena buat banyak program untuk belia kampung. Kasi taruk skit bohsia, bohjan, mat rempit, mat pit semua ni."

Azman (37, Rembau)

"Pemimpin sekarang tak tunjuk contoh yang baik. Tak kiralah kerajaan ke, pembangkang ke sama ja. Kerajaan tak boleh salahkan orang muda/rakyat di atas kekalahan yang dialami dalam pilihanraya. Kebanyakan pemimpin sekarang yang sombong dan ego. Raja zalim, raja disanggah. Kerajaan kena serius atasi masalah ekonomi golongan muda. Karenah birokrasi menyekat peluang. Galakan mak bapak untuk anak berniaga pun kurang. Impak sesuatu program yang dilaksanakan tidak diambil peduli. Kalau pemimpin buat silap, yang jadi mangsa orang bawah. Ikan busuk bermula dari kepala..bukannya ekor."

Nazim (30, Seremban)

"Kalau orang atas lemah, bawah pun boleh jadi lemah sekarang ni. Orang Melayu dah kurang jati diri sebab terpengaruh dengan budaya barat. Pemimpin kena rapatkan jurang dengan rakyat. Kena banyakkan program untuk tarik golongan belia untuk kesedaran terutama di luar bandar. Saya suka dengan slogan yang dibawa oleh Ali Rustam iaitu 'Dunia Melayu, Dunia Islam'. Membangkitkan semangat agar orang Melayu menjadi contoh umat Islam yang terbaik di dunia ni."

Diana (16, Bahau)

"Remaja kena dorong diri sendiri untuk maju kehadapan. Perlu pengisian dengan maklumat yang berfaedah dan berguna. Isteri-isteri pemimpin kena la ikut sunnah Islam. Jangan rosakkan imej suami. Tingkatkan ilmiah, budi bahasa dan bagi contoh yang baik kepada orang lain. Cermin diri sendiri dulu."

Wada (17, Jempol)

"Kita kena ajar diri sendiri dulu baru boleh ajar orang lain."

Man (18, Kuala Pilah)

"Singkir je terus pemimpin yang bermasalah bang..senang cerita. Yang banyak masalah sekarang ni pembangkang. Dalam kerajaan pun ada jugak saya tengok. Nasib baik saya tak boleh mengundi, kalo tak.. Macamana orang sekarang mengundi pun tak tahu. Entah apa yang dorang fikir."

Yong (27, Jelebu)

"Rais Yatim bagus sebagai pemimpin. Dia tahu hak bangsa dia dan tak ketepikan hak kaum macam kami. Tapi pemimpin macam ni tak mendapat tempat. Kaki cocok belakang yang orang suka. Dulu aman..sekarang rosak".

Guna (19, Port Dickson)

"Bosan la politik sekarang. Malas nak amik tahu. Kelam kabut je tengok. Kalo Tok Najib jadi PM nanti pastikan keadaan sama macam dulu. Kami pun dah bosan tengok orang-orang tua dalam politik ni semua. Karut saja lebih. Perlu bagi peluang pada orang muda yang faham kami. Kasi tukar Samy Vellu."

Setakat itu saja yang boleh kami paparkan. Responden adalah seramai 32 orang sahaja yang dipilih secara rawak. Kami main terjah je tanya. Antara semua yang ditemubual, kami tertarik dengan jawapan yang diberikan Diana, 16 tahun yang dilihat matang berbicara berbanding usianya. Kebanyakan responden membangkitkan isu yang hampir sama. Namun, kesemua responden mahukan Che Det kembali menerajui negara. Ontahlah.

8 comments:

  1. SALAM,
    EDEN YANG DAH KIRA OTAI NI PUN MASIH NAK CHEDET MEMEGANG TERAJU NEGARA...
    TETAPI MEMANDANG KEADAAN SEKARANG BIARLAH NAJIB JE..DAN CHEDET LOPOK DARI BOLAKANG..OK LA TUH..

    ReplyDelete
  2. Azman(21thn lum daftar)
    -bagi sayalah...baik Najib atau Tun Dr M mereka nie pon lebih kurang jor,dah namanyer org UM NO...
    -Boleh kira dengan jari sebelah..sapo laie yang berkhidmat utk rakyat,yang botul-botul bekerja untuk rakyat..
    -kek tompek den 'rakyat'tu dibahasakan utk Orang Asli...
    -Mari kito jadikan UM NO ni sbg satu bahan sejarah jor..lotakkat Muzium Negara,Muzium Adat(Parlimen Rais Yatim),dah memang layak pon

    ReplyDelete
  3. Ese sbg org mudo b'pendapat kito xleh
    idup ngan politik yo.. Den bosan da ni ari2 asik dgr cito politik yg xb'kesudahan.. Pemimpin asik dgn survival politik diorg yo.. Camno ngan kito sbg rkyat ni??..

    ReplyDelete
  4. Salam. Kawan ni pun nok juge ke Tun Mahathir tu. Zaman Mahahtir dia kelihatan gagah perkasa. Orang kata dia kuku besi tetapi kalau jenis tak berkuku maka inilah jadinya - cacing naik ke mate. Mahathir masih tiada tandingannya abad ini.

    ReplyDelete
  5. Salam Paneh Miang, maka kempen untuk menyingkirkan kj dan konco-konconya dari persada politik tertinggi UMNO sudah menjadi kewajipan kepada marhien UKMNO yang mahu lihat UMNO kembali disayangi oleh orang Melayu dan dihormati oleh kaum-kamum utama yanglain.

    Saya terguris bila melihat label seperti Dr Belit diberi oleh blogger penjilat tapak kaki kj dalam blog mereka. kj adalah liabiliti kepada kekuatan UMNO!!!

    ReplyDelete
  6. hidup TUN...
    akhirnye ada gak penyokong dia...
    saya berumur 22 asal melaka...
    saya ngaku penyokong mahathir...
    peduli ape kuku besi ka, maha zalim ka, maha firaun ka...
    yang orang muda seperti kami mahu adalah masa depan yang cerah bukan macam sekarang kacau bilau...
    jika difikirkan semula, semua orang nampak betapa lemahnye Abdullah sampai pembangkang pun setuju dia kekal...
    Mahathir?? Jangan haram...
    Biasa visi dia terlalu ke hadapan...
    tak terkejar...
    Bagi sesape yang tak sedar diri kutuk2 beliau..
    Anda sebenarnye sedang lawan berjuta2 orang yang hormati dia sebagai negarawan..
    dia ada hak menegur sebagai rakyat biasa, jika kite boleh tegur kenape dia tak boleh??

    ReplyDelete
  7. bdkpilah, belajar dulu baru boleh cakap.jgn sodap mulut jo. omak ayah yang membosarkan tu pun guno taknik politik.

    kepado najib dan kuncu-kuncu, tolong dongar rintihan bebudak tu. kau kono ingat,
    cempodak tak jadi nangko
    kobau tak jadi unto
    besika tak jadi moto
    tapi, jago-jago
    bebudak jadi orang tuo

    ReplyDelete