Friday, February 13, 2009

Titah Di Raja

Pak Sedaro nak minta sumo yang baco Paneh atau yang cuma pit-stop aja. Fikirlah sebagai seorang insan yang diberi Allah ilmu berfikir dan berkhalawat dengan ILMU. Pak Sedaro dikhabarkan bahawa DYMM Sultan Selangor telah bertitah mengenai isu Perak.

Bacolah dengan pancaindera dan mata hati dan mata akal serta mata ILMU. Begitu tajam titah ini.

Cukup menyentuh bukan sahaja kepada Perak dan Biadapnya manusia-manusia yang namanya Karpal Singh, Anwar Ibrahim, dan siapa pun yang terlibat dalam drama topengan di Perak.

Inilah Bisanya" Apabila Ular Menyusur Akar, tak akan hilang Biso." Titah ini merupakan Titah Yang amat Jarang sekali diperturun oleh seorang yang diangkat Allah dalam kalangan manusia sebagai Sultan.

Pak Sedaro yakin minggu depan akan ada manusia yang akan poei check in di KLIA untuk cabut lari dan bersih dosa di luar Tanahair.

13 Mei 1969 mungkin tidak akan BERLAKU lagi. Tapi Daulat Institusi Raja dan Sultan akan mula bersinar. Cuma Pak Sedaro nak posan kepada anak bangsa Malaysia yang Melayu, Cina dan Keling yang masih tak sodar diri, Jangan Minta Fisabilillah Turun Dari Gunung. Air Tak Mencurah ke Bumi kalau Kaki Langit Tak Mendung.

Bacalah Hikayat Melayu karangan Tun Sri Lanang. Bacalah Kisah Pelayaran Abdullah Mushyi. Bacalah Hikayat Merong Mahawangsa. Jangan dok sibuk dengan Shakespears hingga lupa Asal-Usul Melayu dan Semenanjung Emas ini.

3 comments:

  1. agak2nya turun dari gunung mana tu...

    ReplyDelete
  2. Sila lihat ini..sejarah yang tidak diajar dalam buku sejarah sekolah haha...
    http://www.marhaendaily.net/v1/mar_a_meor01.html

    ReplyDelete
  3. Dah nak termuntah den baco kisah rajo2 ni

    ReplyDelete