Saturday, March 28, 2009

2 Bukit & 1 Batang: Penilaian Semula Selepas Perhimpunan Agong Umno 2009

1. Corak pemilihan pemimpin oleh perwakilan Umno dalam ketiga-tiga sayap parti baru-baru ini tidak menampakkan perubahan seperti yang diinginkan oleh rakyat keseluruhannya.

2. Perwakilan Umno terutamanya Pemuda secara dasarnya gagal dalam membawa mandat bahagian masing-masing dan didapati sangat tidak amanah apatah lagi jujur dalam melaksanakan tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka.

3. Lantaran itu, tertanya-tanya juga saya kenapa perkara sebegini boleh berlaku? Adakah kerana politik wang 'masyuk' atau apakah juga kerana tidak dapat mempengaruhi perwakilan daripada Sabah atau...tiada siapa yang tahu. Hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu akan niat sebenar perwakilan yang tidak jujur dan tidak amanah itu sendiri.

4. Apa dah jadi pada Umno agaknya? Ada individu yang kononnya tidak bersalah atas tuduhan politik wang, tetapi ada pula manusia lain yang dikenakan hukuman atas kesalahan yang sama. Bagaimana pula individu yang secara jelas telah ditolak oleh rakyat semasa PRU-12 yang lalu masih dibenarkan memimpin Umno hingga hari ini?

5. Saya tertarik mendengar pertikaian antara tiga naib presiden Umno yang baru dalam sesi bicara pada malam 27 Mac 2009. Mereka menyatakan bahawa walaupun terdapat kawasan pilihanraya yang mempunyai bilangan ahli Umno yang ramai, dan kawasan itu pula ditandingi oleh calon dari parti Umno, namun BN masih tetap juga mengalami kekalahan.

6. Dengan mudah saja saya boleh menjawab persoalan itu. Macamana nak menang jika pemimpin Umno di peringkat cawangan atau bahagian bagi kawasan pilihanraya tersebut tidak jujur, tidak amanah serta hilang keikhlasan untuk berjuang. Pemilihan Umno kali ini telah membuktikan telahan tersebut apabila mandat bahagian yang memberi pencalonan sangat berbeza dengan mandat perwakilan untuk menentukan pemimpin.

7. Yang menghairankan apabila doktrin pemilihan daripada peringkat cawangan hinggalah ke peringkat bahagian mahupun ke peringkat MKT, tidak pernah hendak berubah. Dalam PAU apabila perwakilan berhujah tampak seperti berdegar-degar, tapi bila tiba di peringkat perlaksanaan-ZERO. Tambahan pula kebanyakan pemimpin yang ada di peringkat cawangan dan bahagian kebiasaannya adalah terdiri daripada kalangan mereka yang kurang intelek yang secara tidak langsung turut mengurangkan kewibawaan mereka. Hanya sekadar bergantung kepada pengalaman politik semata adalah tidak mencukupi pada zaman ini.

8. Walau bagaimanapun, syukur alhamdulillah kerana YB Tan Sri Muhyiddin menang jawatan Timbalan Presiden Umno. Kalau tidak..lagi hancur jadinya. Mengapa? Kerana hampir semua yang terpilih sebagai pemimpin bagaikan 'si bacul tidak bertelur'. Keris telah dihunus, tetapi dimasukkan semula ke dalam sarung. Siap minta maaf lagi..pada bangsa bukan Melayu pulak tu. Fikirkanlah..kita daripada golongan pemimpin yang bilangan rakyatnya terbesar, malah mewakili parti terbesar di negara ini yang kononnya hak Melayu, tetapi menjadi penakut dalam kelambu sendiri. Amat malanglah bagi agama, bangsa dan negara yang konon diwakilinya.

9. Sama ada Umno sedar atau tidak, sekiranya PAS bijak mengambil kesempatan atas situasi ini, maka tidak mustahil untuk mereka memperoleh kemenangan dalam pilihanraya nanti, termasuklah calon-calon bebas sekiranya mereka juga pandai mencuri kesempatan.

10. Mari kita renungkan dengan pemikiran yang terbuka bahawa - "rakyat telah tahu dan mampu menilai".

11. Diingatkan bahawa tidak lama lagi BN akan menghadapi pilihanraya 2 Bukit dan 1 Batang di Sarawak. Dengan pencalonan Nizar selaku wakil pembangkang di Bukit Gantang, nasib BN diramalkan hanya 50-50. Namun sekiranya ada calon bebas yang bertanding, rasanya BN dan pembangkang berkemungkinan akan kecundang. Puncanya kerana Melayu sekarang tidak lagi dilihat bersatu kerana telah diganggu-gugat oleh pengkhianat bangsa bernama Brader Anwar Bin Ibrahim serta konco-konconya. Kawasan Kuala Sepetang di Bukit Gantang mempunyai pengundi bukan Melayu dalam lingkungan 6,000 orang dan perkara ini perlu diberi perhatian.

12. Maka sama-samalah kita tunggu keputusan PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai untuk menterjemahkan reaksi rakyat terhadap keputusan pemilihan Umno baru-baru ini. Tak perlulah kita nak dengar ulasan profesor cerdik pandai yang kebanyakannya melalut membuta tuli berdasarkan teori semata-mata sepertimana yang sering dilihat dikaca tv sekarang. Ini kerana kebanyakan ulasan mereka itu hanyalah atas kapasiti pengampu demi menjaga tembolok masing-masing. Kita pasti akan mengetahui pandangan sebenar rakyat mengenai keputusan pemilihan Umno 2009 apabila mereka menterjemahkannya dalam bentuk undi dalam PRK nanti.

P/S
Syabas Dato' Shahrir Samad. Dato' seorang yang bijaksana dan berhati besar. Bagaimana pula yang lain? Terutama bagi pemimpin dari negeri-negeri yang kalah ketika PRU ke 12. Tak segan ke? Ke hati dah mati?

Takziah untuk YB Montori Godang. Banyak laie kojo tak solosai kek Negori Sombilan ni tok. Toksah la sibuk2 an hal lain doh. Meh kito sosamo pikir an dan laksano an apo yang patut monjolong PRU-13 di N9. Itu tugas dan tanggungjawab kito yg bolom solosai.

Selamat berjuang pejuang-pejuang parti! Jika anda tidak bersetuju dengan artikel ini, terjemahkan dengan kemenangan BN di 2 Bukit dan 1 Batang tu nanti sebagai tanda bantahan.

7 comments:

  1. Bijak juga KJ last minit tekan no acc perwakilan.

    ReplyDelete
  2. bijak atau tidak, kita tgk apa jadi time election.umno pasti dikapankan.anuwar lagi kaya dan handal dr KJ.bab rasuah nih kan amalan dia selain liwat.

    ReplyDelete
  3. Amat benarlah kata tuan PA. Banyak wo duit ari tuh dapat. Tapi saya tetap bawa mandat bahagian.Tak berubah.tapi lagi banyak time mamat keadilan tuh jadi ketua pemuda.

    ReplyDelete
  4. Cian bapak mentua Pantet Miang Mahakutty, anak dia kalah. Meluat aku tgk anak dia asyik sengih aja. Dah kalah tu kata pulak dia dapat sokongan akarrumput. Apa punya auta ckp mamak roti canai ni. Tapi takpa, masih ada barisan sayap wanita anak mamak Jalil, anak mami puteri dan KJ DKK Rembau.Bersatu kita bersatu.

    ReplyDelete
  5. Lega dah tamat dah persidangan Raja2 Lawak, terutama pak lawak dari Kedah.

    ReplyDelete
  6. Hidup KJ!Gi jahanam Khir Toyo & Mukhriz.

    ReplyDelete
  7. pandangan bernas.

    http://prioryofjenin.blogspot.com/

    ReplyDelete