Sunday, March 8, 2009

Antara Radhi OAG dan PPSMI

Sebelum ni kengkawan sey iaitu paneh, cacing merah, pencak_silat dan puaka desa pernah duduk bersembang dengan Radhi OAG dalam satu majlis di Petaling Jaya. Kenal siapa Radhi ni? Alah..penyanyi kumpulan muzik yang selalu pakai songkok lusuh sambil menyanyi tu. Kok tak kenal jugak, tengok jelah gambar kek bawah ni.

Dalam perbualan dengan kengkawan sey tu, si Radhi ni ada la bagitau yang dia nak perjuangkan penggunaan Bahasa Melayu dalam setiap kontrak yang dibuat antara artis dengan syarikat rakaman ataupun pihak penganjur. Beliau memberikan alasan bahawa kebanyakan artis di Malaysia ni tidaklah begitu memahami kontrak yang kebiasaannya ditulis dalam Bahasa Inggeris. Kebanyakan artis akan terus sahaja menandatangani perjanjian atau kontrak yang disediakan tanpa cuba memahami terlebih dahulu akan terma dan syarat yang terkandung dalam kontrak tersebut. Disebabkan itulah maka ramai artis dikatakan kerap menjadi mangsa penipuan oleh pihak yang berurusan dengan mereka.

Kesian artis kek Malaysia ni. Ramai yang tak tau baco English rupo eh. Yolah, kebanyakan artis sekarang ni lepasan SPM jo. Tak cayo tengok Akademi Fantasia, Mentor, OIAM, Akademi Nasyid, Malaysian Idol dan sebagainya. Kebanyakan artis Malaysia hari ini terutamanya generasi mudo, tak sompek nak masuk universiti untuk polish bahasa alternatif memasing (tak sompek atau result SPM hanyo cukup makan je, tak pasti la pulak).

Agaknya kalau Radhi dan kawan-kawan artis dia dulu berpeluang belajar melalui kaedah PPSMI, pasti sedikit sebanyak mereka akan tahu baco kontrak dalam bahasa Inggeris walaupun mereka hanya belajar setakat SPM yor.

Jadi kepada mereka yang berdemonstrasi kononnya untuk memperjuangkan Bahasa Melayu dan hapuskan PPSMI di Istana Negara semalam, rentikan yolah kerja bodoh tu.

Rasulullah s.a.w. ado bagitau - "Tuntutlah ilmu hingga ke negara China". Jika bahasa Cina pun kita terpaksa belajar untuk menuntut ilmu, inikan pulak bahasa Inggeris yang menjadi bahasa ilmu di dunia hari ini. Lagipun dengan menguasai bahasa asing secara tidak langsung akan memberi kelebihan kepada kita demi untuk memperkasakan ketamadunan Islam serta memartabatkan bangsa Melayu itu sendiri.

Janganlah mudah terpengaruh dengan dakyah dan propaganda orang yang cemburu melihat kejayaan bangsa kita. Berhati-hatilah dengan agenda asing yang berniat memusnahkan ketamadunan Malaysia yang susah payah kita bina sehingga hari ini.

p/s: Kepado Puaka Desa, den pun dah layak masuk tournament.

13 comments:

  1. Iyo lah tuan Paneh, den setuju tu,

    Tu belum kira kontrak beli kereta, kad kredit, pinjama jual beli dan lain-lain.

    Orang melayu dah lah tak reti, main sain saja, borang kosong pun sain..

    Eloklah PPSMI di teruskan, nak harapkan guru-guru BI, lihat keputusan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Adakah keputusan matapelajaran BI memuasakan?

    Jawapannya Tidak. ini kerana komitmen mereka untuk mengajar anak melayu di kampung tidak tinggi. Cukup setakat cari makan saja.

    Tiap-tiap tahun isi borang tukar untuk mengajar di bandar, dengan harapan boleh buka kelas tuisyen di rumah.

    ReplyDelete
  2. 'Menuntut ilmu hingga ke negeri china' ni bukan Rasulullah kata. Hadis ni hadis palsu, minta penulis kaji sedikit sebelum post ye. -pemerhati-

    ReplyDelete
  3. yo lah paneh eden pun stuju dongan pengajaran bahasa inggeris di perluaskan dalam bentuk apa sekalipun.

    macam eden, BI ni setakat bolih baco yo, bolun tontu paham lae..
    morengkeh nak cari makno eee.

    budak2 sekarang janganlah jadi macam den, payah nak belajar lebih jauh nanti.

    harap kerajaan pikir dengan lobih mendalam. tingkatkan pelajaran bahasa inggeris, itu jer.

    ReplyDelete
  4. bangang btoi r
    mne ko tau radhi xpndi bi??
    yg terma dan syarat tu xe kaitan dgn bm..
    nk memperbaiki bi xpyh ppsmi pn leh jln...
    tingkatkn kaedh subjek bi tu dlu..
    apa r
    ppsmi adalah pengjrn sains n matematik dlm bi..
    tp terma dan syarat tu bknny sains dan matematik pn..
    sila renungkn k..
    berushlah kita jadi org melayu yg
    pandai berfikir sebenar2nya..

    ReplyDelete
  5. Salam..

    "Tuntutlah Ilmu hingga ke negeri (negara) China" ialah hadis Nabi s.a.w.

    Lain2 ayat yang lebih kurang sama maksudnya :

    1. Belajar ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.

    2. Ilmu itu pelita (penyuluh) hidup.

    dan banyak lagi lah...

    Antara tentera Islam yang belajar dari China ialah tentera Turki, Acheh dan banyak lagi.. bidang yang di pelajari ialah ilmu membuat peledak atau meriam..

    Kita wajib menuntut ilmu yang bermunafaat..

    wassalam...

    ReplyDelete
  6. salam..

    Kalau perjuangan puak-puak ni suci, jgn nampak hanya PPSMI kat sekolah jer.. tuntut sama pembelajaran yang di universiti.. tu Uitm tu semua inggeris.. Kolej Polytech MARA, semua inggeris.. letakkan syarat, setiap universiti dan firma asing yang ingin bertapak di malaysia harus menggunakan bahasa melayu sahaja..

    jgn korbankan masa depan anak bangsa kerana serakah sendiri.. berfikirlah ngan sewaras yg mungkin kerana beza manusia dgn haiwan itu adalah "akal" yg berikanNya pada manusia..

    ReplyDelete
  7. iyo ko ? ceghito dio sekaghang ni iolah nak mendaulatkan bahso Melayu. Bukan PPSMI ni!. PPSMI ni alat untuk pertingkatkan kemahiran bahaso yang kementerian pelajaran buek. Den ghaso nak belaja BI ni tak payah dalam math dan Sains. Belajar la dalam B.I. Bukan ko subjek dio ado?. Mak bapak pulak ajar la anak-anak dio BI. Tak payah la nak menempel dalam math dan sains. kalau dah istilah BI yang tak buleh ubah tu, biarlah sebut dalam BI. Macam hari ni kito sobut account/akaun. Takdo halnya. Apo payah? Hishamuddin kato apo pasa dah 6 tahun baghu nak berimpun. Laa...sobab dah nampak tak releven la tuuu....6 tahun test tak jadi apo pun....

    ReplyDelete
  8. Tak perlulah nak paksa anak murid kita belajar sains dan math dalam bahasa Inggeris.Dalam ekonomi, ada istilah permintaan berkait atau permintaan terbitan. Jika mata pelajaran sains dan maths diajar dalam Bahasa Melayu, akan terbit permintaan untuk buku2 berkaitan dalam Bahasa Melayu.Akan terbit pula istilah2 baru sains dan maths dalam Bahasa Melayu.Akan lebih berusaha DBP untuk memakmurkan dan memperkasakan Bahasa Melayu dengan penerbitan perkataan baru untuk sains & teknologi.Barulah Bahasa Melayu menjadi semakin mantap dan berkembang. Jepun, China, Peranchis, German dll belajar sains dan maths dalam bahasa ibunda mereka dan terbukti mampu menandingi negara2 yang mengutamakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

    Kalau nak pandai Bahasa Inggeris, belajarlah Bahasa Inggeris dengan guru2 bahasa yg berkelayakan.Ada ramai guru2 bahasa Inggeris yang sudah pencen tetapi masih boleh menyumbang, terutama guru2 bahasa Inggeris bangsa India dan China.Mereka terkenal dengan tahap Inggeris yang tinggi.

    ReplyDelete
  9. Salam untuk semua...
    Bahasa mencerminkan identiti Bangsa. Kalau dalam bahasa melayu pun anak melayu dah kantoi exam math/sains apotah lg dlm bahasa inggeris...lg la tambah2 kantoi.
    Apo lak cakap rontilah kojo2 bangang tu... Orang yg menulis mcm tu yg paling BANGANG sebonar eh!!!

    ReplyDelete
  10. Hari ini isu PPSMI,

    esok atau lusa akan ada isu baru...

    den ambik contoh isu duit.. kalau DSAI ada buka isu duit kita 1 dollar sama dengan 3.77 sen adalah salah dan tak releven. Kita kena pinjam IMF. maka semua orang Pas akan sokong DSAI dan akan buat demo lagi....bermacam2 hujah menyokong DSAI.

    siapa tongong? DSAI atau Pas?
    DAP senyum tengok kebodohan Melayu Pas.

    ReplyDelete
  11. Dah semak pada Kitab Silsilah Hadis Dha'if dan Maudhu' karya
    Sheikh Muhammad Nashruddin Albani. Mohon sahabat paneh buang. Perawi yang merawi hadis tu ado sorang sangat dhoif rawiannya di sisi muhadissin. Imam Bukhari sendiri mengatakan munkar.

    ReplyDelete
  12. sekarang ni tiba2 ada sindrom 'menyanyangi bangsa dan bahasa Melayu' dgn begitu diluar jangkaan dlm masyarakat kita. tiba2 semua org mampu berdebat dgn lantang bersuara dari makcik2 kantin, pakcik jual burger hinggalah ke abg2 lori kontena mengenai isu ketaksesuaian, ketakbagusan, ketaksampaian objektif kewujudan dasar PPSMi ini.

    tp kenapa hanya isu PPSMI ini sahaja yg tetiba boleh menaikkan semangat org2 kita nih. kenapa? walhal isu berkaitan bahasa menimbun2 sebelum ini dan tiada pulak tgk org2 kita ni memperjuangkannya dgn bersungguh2. contohnya isu mencampur adukkan bahasa melayu dgn bahasa Inggeris, bahasa rojak, bahasa sms, salah ejaan papan tanda, penggunaan bahasa melayu yg salah dlm persuratan dan sebagainya. bagi aku itu adalah satu isu yg agak serius dan tidak buleh dipandang ringan.

    bagi pencinta2 bangsa dan bahasa melayu (instant lover all of sudden) sebelum kamu memaki hamun PPSMI nih..let me ask u sumthing la..nih kalo korg btol2 pencinta bangsa dan bahasa r..

    -di rumah ada ke Kamus Dewan dan Bahasa sebijik dua? kalo ada, pakai ke? bila last guna?

    -tiap2 ari mmg baca Utusan ataupun Berita Harian ke?

    -korang pencinta bahasa kan? mesti dah byk baca novel melayu. dah berapa bijik abis bulan nih?

    -pencinta bahasa kan? apa teater bahasa melayu yg terakhir kamu tengok? tengok teater ke? tengok Spa Q tuh kire jugak ke?

    -benci sgt PPSMI kan? abes masa besday nyanyi lagu hepi besday to you ke? atau Allah selamatkan kamu?

    ingat bahawa anak2 cina lebih advance belajar bahasa inggeris drpd melayu. maka melayu kena double or triple kan usaha utk belajar. tak caya pegi tgk skolah cina dan bandingkan dgn sekolah kbgsaan. tak salah PPSMI ni diteruskan. mmg ada yg baik dan buruknya. tapi lbh byk baik dr buruknya.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum,

    Frankly, I still don’t understand the reasons for opposing PPSMI.

    Though Bahasa Melayu had been declared as the National Language under Article 152 of the Federal Constitution but English Language has been acknowledged as the Second Language in Malaysia. Looking through this angle, English Language can no longer be considered as Foreign Language but as a local language in Malaysia after Bahasa Melayu.

    Therefore why should we create a big issue when the Government uses English language in teaching Math and Science to the students? After all, it is the local language of Malaysia. It has been 6 years since the Government introduced the said policy in our country’s educational system. Our students are rapidly adapting to the idea and there are cases indicating the increase in usage of internet among Malay students in course of doing their school work as they now are able to understand better what they are reading in the internet. Why should we stop now? Why should we stop half way?

    I had the opportunity to listen to the presentation of the Singapore Budget for 2009. Apparently the Singapore Government is allocating considerably a huge budget to introduce the usage of English Language in teaching of Science and Math in Muslim Religious Schools in Singapore. The Singapore Prime Minister elaborated in length the importance of mastering the language in view of keeping abreast with the rapid development of the modern world. Astonishingly, that was the rationale given by TDM 6 years ago when he wanted to introduce PPSMI in Malaysian schools. It really boosted my pride knowing that a Malaysian leader was so forward thinking, way ahead of his Singapore’s counterpart by 6 years.

    Does the implementation of this policy downgrade the status of Bahasa Melayu as the National Language in Malaysia? Does the said implementation will mark the demise of Bahasa Melayu in this country? Would our child be less patriotic if he learns Math and Science in English? Would it make a Malay less Malay?

    Bahasa Melayu status is duly guaranteed under the Constitution. No doubts on that. Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia) is used officially in government offices, courts and in Parliament sessions. To work in government sectors, a person would certainly need a distinction in Bahasa Melayu. Even Barisan Nasional imposes a condition on their candidates that they must be proficient in Bahasa Melayu in order to be candidates for the election. The status of Bahasa Melayu as National Language under the Constitution will remain unscathed.

    When a Malay speaks in English, does he lose his identity as a Malay? Did Tunku Abdul Rahman lose his identity as a Malay when he talked in the British Parliament, in his effort to secure independence for Malaya nearly 60 years ago? I certainly will say no. In fact it was an advantage and Tunku used this advantage to convince the British that they should give the independence to Malaya. Why should we deprive this advantage to young generations? After all, they are our country’s future leaders.

    Oleh itu beritahu pada saya kenapa kita harus hentikan PPSMI ini ?

    ReplyDelete