Saturday, March 14, 2009

KRISIS YANG TAK BERKESUDAHAN

Tahun 2008 merupakan tahun krisis yang dirasai di seluruh dunia.

Pertama: Krisis bekalan makanan. Di Malaysia, kesannya tidak sehebat di Afrika, namun kita pernah dilanda panik sementara lantaran bekalan beras yang berkurangan dan harga jualannya yang begitu tinggi. Alhamdulillah, dengan kebijaksanaan pemimpin kita, hari ini kita masih boleh menjamu selera dengan pelbagai jenis hidangan nasi.

Kedua: Krisis kenaikan harga minyak dunia yang mengancam banyak negara terutama negara-negara pengimport minyak, temasuklah Malaysia. Kesannya bukan sekadar terhadap industri pengangkutan, namun perkilangan, peruncitan dan pastinya kehidupan harian kita. Peningkatan harga barangan dan perkhidmatan sekali lagi membuatkan hidup kita gusar. Ketika inilah pihak pembangkang mengambil kesempatan untuk memenangi hati rakyat terutama dalam kempen-kempen PRU. Pelbagai janji ditaburkan dan pastinya celaan bertubi-tubi terhadap kerajaan. Namun, saya secara peribadi menyalahkan kerajaan kerana gagal menangani isu ini dengan baik. Kenaikan mendadak harga minyak kepada RM 2.70 memang tidak masuk akal. Pak Lah memang tidak bijak dalam membuat perhitungan. Akibatnya, Barisan Nasional hilang 5 negeri dan Wilayah Persekutuan.

Ketiga: Krisis ekonomi global. Dunia dikejutkan dengan masalah ekonomi sub prima; natijahnya bank-bank ditutup, syarikat-syarikat gergasi muflis, penurunan nilai matawang, kehilangan punca pendapatan, menyumbang kepada beberapa masalah sosial yang merungsingkan; peningkatan kes bunuh diri, rompakan bersenjata dan sebagainya. Maka dunia mula menyalahkan sistem ekonomi kapitalis. Many blamed Bush for his bad governance. Senator John McCain pula dalam kempen beliau menyalahkan individu2 yang tamak - people that he termed as The Greed of Wall Street.

Tapi apa penyelesaiannya? Belum ada!!! Malah ada yang meramalkan keadaan ekonomi yang merudum begitu pantas ini akan menyebabkan keadaan 'depression' yang sangat teruk, mungkin akan mengalami sekali lagi 'The Great Depression' sebagaimana yang berlaku pada 1930-an. Kini ahli-ahli ekonomi dunia berkumpul untuk menilai kembali sistem ekonomi kapitalis, seperti pada bulan Januari baru-baru ini, mereka mengadakan simposium di Paris membincangkan tentang sistem Kapitalis Lama dan Kapitalis Baru.

Dalam pada masa yang sama, negara-negara di dunia ini mula memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi bagi membantu rakyat mereka untuk terus 'survive'. Termasuklah kuasa-kuasa ekonomi dunia, terbaru ialah China.

Di Malaysia, kerajaan kita juga melakukan perkara yang sama. Namun, mampukah kita bertahan menangani masalah ekonomi ini, jika;

1. Krisis politik dan rasuah masih terus menghantui kita saban hari?

2. Pak Lah dan konco-konconya terus diberi kuasa memerintah dan membuat keputusan?

3. Kita sebagai rakyat masih takut untuk bertindak dan hanya menjadi hamba kepada ahli-ahli politik yang korup?

4. Brader Anwar Bin Ibrahim masih dianggap sebagai penyelamat walhal kehadirannya hanya meletakkan kita dalam keadaan "keluar mulut harimau dan masuk mulut buaya"?

5. Sesama Melayu masih lagi mencaci, menghina sesama sendiri (seperti beberapa ANO pengecut yang menulis komen dengan mencaci dan mencarut dalam blog ini)?

Anda semua fikirlah sendiri!!!

4 comments:

  1. Sy memang seratus peratus sokong Paneh Miang kata kita seperti keluar dari mulut buaya masuk dalam mulut singa. Kalau Pak lah di tuduh dgn menantunya ECM Libra lah anak dia Scomi lah, lepas ni akan timbul lah beberapa syarikat proksi Najis dgn adiknya yg tunggu dgn Banknya. Belum pun naik no 1 dah timbul Perimekar. Tetapi pecaya lah tuan2, mereka yg Biru Karat seperti warna seluar "Tongsan Mari" dr Tanah Besar, masa blum Merdeka seperti Koyol, ONE, Pencak_silat dan Paneh Miang tetap sokong dacing Najis. Lega akan keluar dari mulut buaya tapi jangan masuk mulut Babi yg penuh Najis sudah. Paneh Miang kau yg ajor pelawat mencarut ka ulu dgn berbagai teori yg bersangkut dgn Brader ke? atau kau yg minat dgn saiful yg doktor sahkan masih dara, skrg ni tak tahu lah dia tala dekat sapa.

    ReplyDelete
  2. lain yg ditulis, lain yg dikomen. penyokong pembangkang spesis mcm ni berlambak kat malaysia ni. patut la lmbt maju. yg tukang bangkang pun lembab dan lemah berfikir.

    lepas najib ambil alih, segala spekulasi politik perlu dihentikan dan kita kena berusaha pulihkan ekons. rakyat dan muak dgn spekulasi dan mainan politik pembangkang. peduli kan pembangkang ni semua. mereka mmg nak tgk kerajaan gagal. pembangkang sanggup perjudikan nasib rakyat asalkan cita2 mereka tercapai. politik 24/7 itulah pegangan pembangkang.

    sama ada pakej ransangan ekons atau apa saja kaedah yg digunakan selepas ini oleh kerajaan, kita kena sama2 meyokong dan membantu. sama seperti krisis 1998 dimana rakyat menolak provokasi pembangkang dan bersatu dgn kerajaan utk memulih ekonomi.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  3. itulah yang sedang berlaku... kalau pembangkang, kena bangkang saja... kalau puji plak, terus kena cop penyokong parti pemerintah. Seolah-olah tiada tempat langsung mereka yang tidak berparti dan meneliti keadaan semasa dari atas pagar tanpa perlu melompat ke mana-mana bahagian di Tanah Melayu ini.

    Baik pembangkang mahupun pemerintah, masing-masing mempunyai tanggungjawab besar untuk memastikan rakyat yang diwakili dibela dengan sepenuhnya. Tapi yang sedang berlaku sekarang ialah, rakyat diasuh supaya terus membela mereka tanpa perlu menggunakan otak dan fikiran, sebaliknya perlu taksub membuta tuli. Apatah lagi dengan keciciran ilmu pengetahuan, membuatkan ramai yang mudah tersangkut dengan perdaya ini.

    entah sampai bilalah kita akan terus melalak dengan kuasa politik sedangkan kuasa politik itu sebenarnya sekadar satu simbol sedangkan kuasa sebenarnya adalah ekonomi... bila lagi kita nak tengok Dewan Perniagaan Melayu Malaysia berjaya mengatasi Dewan Perniagaan Cina Malaysia, kalau tidak pun Dewan Perniagaan Cina Selangor? Bila lagi orang Melayu akan mengisi ruang perniagaan di Tanah Melayu tanpa pembabitan kerajaan atau tangan-tangan ghaib orang politik?

    Semakin ramai yang benci dengan lakonan opera politik yang dimainkan oleh tokoh-tokoh Melayu ini. Dan mereka akan terus bermain-main selagi ada orang yang berminat, yang mengikuti, yang taksub, yang menyanjungi dan mempercayai seratus peratus apa yang mereka katakan.

    ReplyDelete
  4. yg mencarut tuh hanya eddie ajerk...dasar salesman kete yg tak laku...setakat ngorat awek kat blog...sedar2 ler diri tuh sikit dah anak 4 wahai org melaka oik...huhuhuhhhuuh...pantang btul dia kalau anuwar kena liwat eh silap kena kutuk...itulaaah dia eddie si penjual kete terpakai dari melaka, bapa beranak 4...

    ReplyDelete