Tuesday, March 24, 2009

KUDOS TO anWAR

Satu Malaya (malah seluruh alam buana) sudah tahu yang Bro Anwar Bin Ibrahim telah mencalonkan dirinya sendiri untuk jadi Perdana Menteri Malaysia. Visinya sebagai PM begitu hebat namun gagal dimurnikan sehinggalah ke hari ini (juga diketahui masyarakat dunia). Sebabnya mudah saja, Bro Anwar Bin Ibrahim ni berciri sebagaimana sifat khinzir iaitu GELOJOH. Sondol sahaja apa yang lalu...hatta najis sendiri. Najis orang lain pun dia belasah jugak masalahnya. Yang bukan najis, sah2 la disapu bersih.

Akhirnya penjara serba lengkap juga yang dia putuskan untuk singgah bermalam. Sempat la beberapa tahun. Itu pun percuma, duit cukai rakyat yang digunakan untuk tanggung kemewahan sel penjara dia tu. Sudah la sebelum tu dia dah berjaya cekup berjuta-juta hengget. Hebat! Memang hebat! Tapi keputusan dia untuk ke penjara akhirnya makan diri, jawatan PM terpaksa simpan dibawah bantal dulu.

Namun Bro Anwar Bin Ibrahim ni 'bergeliga' @ otak penipu bak kata P.Ramlee. Untuk jadi PM mesti punya ramai penyokong. Kalau setakat satu dua negeri macam Nik Aziz, itu Mat Jenin namanya. Maka satu misi dan strategi disusun. Segala sumber digunakan. Paling berharga ialah Azizah yang lembut hati...digunakan habis-habisan, termasuklah puteri sulong Nurul Izzah (hebatnya kuasa perempuan, bisa mengubah kedudukan dan nasib seorang lelaki). Ditambah pula dengan kehebatan Anwar beretorik yang pastinya majoriti rakyat Malaysia tidak menguasai bidang ini. Wow! Indah bahasanya; menghina; mencaci; mencerca; menyalahgunakan firman Allah...tapi yang paling best digunakan untuk memperbodoh diri sendiri...Untuk apa? Merasuah hati rakyat...Halus permainannya...

Pencapaian agong beliau apabila berjaya menanamkan idealisme 'Malaysian Malaysia'. Menggunakan salah satu senjata Yahudi A.S. yakni hak asasi manusia: hak samarata dan menghapuskan amalan berasaskan perkauman, telah berjaya merasuah hati2 muda, yang naif menilai isu negara bangsa dan jahil menghayati sejarah yang membentuk negara harmoni Malaysia. Ditambah lagi dengan kelembapan dan kelemahan Pak Lah dalam menangani isu (lebih teruk, dia tak tahu mana satu isu!!!), akhirnya 5 negeri berjaya ditawan melalui pakatan rakyat.

Idea Malaysian Malaysia dimurnikan dengan baik pada awalnya di Pulau Pinang. Ketua Menteri Cina (kerana Cina bangsa majoriti di PP), dan dibantu oleh 2 Timbalan Ketua Menteri; Melayu dan India. Adil pembahagian kuasa yang dibuat. Namun terbaru Fairus (TKM 1) meletak jawatan. Sumber dalaman PKR sendiri yang mengatakan beliau diarah meletak jawatan. Tiada konspirasi menjatuhkan beliau. Alasan? 'Dia lembap, tak boleh harap, typical Malay and it's not necessary to have 2 TKM. Another Malay ADUN pun hopeless. So one is enough'. Persoalannya, kenapa Fairus? Kenapa tidak yang lagi satu? Sedangkan sumber yang sama juga menyatakan TKM 2 pun sama bengap dengan Fairus.

Maka apakah asas idealisme 'Malaysian Malaysia' yang dibawa oleh Bro Anwar Bin Ibrahim? Mudah jer...

1. Hapuskan kuasa politik Melayu dan hak keistimewaan mereka.
2. Semua rakyat dilayan samarata tanpa perbezaan antara kelompok majoriti dan minoriti.
3. Namun pemimpin untuk rakyat yang samarata hak mereka ini mestilah diserahkan kepada Bro Anwar Bin Ibrahim kerana dia Melayu dan Melayu adalah kelompok majoriti. Inilah kejayaan beliau maha hebat: CONTRADICTION!!! Bukti betapa beliau adalah seorang pemimpin yang HIPOKRIT.

Maka 'tahniah'lah diatas kejayaan Bro A.B.I. Namun ucapan takziah diucapkan kepada penyokong2 PR kerana anda semua hanyalah alat Br0 A.B.I. Tanyakan diri anda sehingga ke hari ini, apakah harapan yang anda letakkan telah ditunai? Atau ia akan menjadi satu lagi hutang lapuk?

Pesan pemimpin agung terdahulu:
"Berkatalah benar walau kepada diri sendiri.Dan berkatalah benar walau ianya pahit"

9 comments:

  1. anwar lagi? cerita lama lagi? cerita yg x berapa nak clear sangat tu? modal lain x de? fobia dgn anwar? dgn najib x fobia pulak? mana BALA pergi bro? apasal najib mengelak pasal altantuya bro? apsal lu x kupas? berapa kali lu cium gambar najib sebelum tido? betul betul ke umno boleh bertahan lama bro? umno dah lama bangsat bro...lu aje yg x boleh terima hakikat..yelah umnokan parti org melayu..PAS tu cuma parti orang Islam je...

    ReplyDelete
  2. tq emy.harap emy juga begitu. jgn salah faham, saya sayangkan umno, ttp bukan pemimpinnya. itu saja.

    ReplyDelete
  3. Awat Neraca Keadilan memanggil sesama islam Babi. Tak baik, itu dosa namanya. Jikalau seseorang insan tak mahu makan najis sendiri, masakan mahu makan najis orang. Tapi! yang aku heran, esok lusa akan ada orang yg makan Najis orang. Dilantik oleh barisan najis menjadi Kepala Najis. Mahashit lama masih dok mengaum pd perhimpunan Perkasa tp bila aku tgk dia sebut KJ rupanya natang ni pun tak ikhlas. Asyik2 anak dia mukriz. Dulu jadi PM, BPR kau letak bawah anu kamu aja. Bila mai Pak lah SPRM hanya ckp pasal Lombu aja. Memang sah tak da perubahan. Asyik kroni dan anak2 aja. Mai kita nyayi "Bersatu kita bersatu untuk anak dan menantu".

    ReplyDelete
  4. Salam Paneh,

    Memang susah nak menembusi tembok taksub pada Anwar. Apa kita kata pun mereka tak akan percaya. Mereka akan nampak salah BN sahaja.

    Tak perlu kesian dengan mereka terutama yang sepecies dengan Edie tu. Buang masa sahaja. Biarkan siluncai terjun dengan Anwar Ibrahimnya.

    Inilah salah satu bahaya demokrasi jika nanti pilihan Pemimpin berdasar pada Emosi.

    WaAllahuALam.

    ReplyDelete
  5. Parti tinggalan British.

    ReplyDelete
  6. aku suka menuduh org berdosa. tapi aku panggil org shit, najis semua tarak apa. biasalah. kami penyokong nuar leewat sumanya maksum. termasuk rakan pas erdogan kami.

    ReplyDelete
  7. Ya dah ada pengunjung karat UMNO, ke 3-3 calon pemuda ketua Pemuda UMNO, yg paling aku heran ialah Khir Toyol. Macam mana badan disiplin UMNO dapati toyol ni tak rasuah, padahal ada 20 lapuran (lengkap data rasuah) yg SPRM Lombu pun tak lalu nak tgk!?.Rupanya badan disiplin UMNO terpaksa melepaskan Toyol sbb negeri Toyol ni yg Dato Khali MB dituduh rasuah Lombu. KJ pulak di lepas sbb menantu. Mahashit siang mlm melolong agar KJ tak leh bertanding agar anak dia menang. Ahai kah!, Kah!, Kah! Hangpa ahli UMNO sampai darjah ni taasub. Macam mana la Melayu nak maju? Cakap tak sereba bikin. Ini bikin malu sama Hindu Cina.

    ReplyDelete
  8. Jgn kau kutuk org lain babi sbb parti kau dah sah parti rasuah. Kau tahu tak, perasuah pemberi dan penerima ibarat babi yg menyondol makan apa saja. Aku harap dapat kembali zaman mahathir yg bersih rasuah selama 22 tahun.

    ReplyDelete
  9. salam muhibbah.
    melihat kpd komen2 dlm ni, nmpk nya semua beremosi.
    izinkn sy memberi pndgn peribadi politik semasa khususnya politik org melayu. Baik Umno mahupun PKR..kedua-dua parti ini ada kelemahan yg ketara.Perbezaannya sama ada kelemahan ini boleh dikawal atau tidak. Umno secara sejarahnya adlh parti yg telah memperjuangkn hak org melayu ketika mana kita berdepan dgn malayan union.Ini adalah fakta.Byk perkara yg Umno perjuangkn ketika itu.Buktinya adlah apa yg tmaktub dlm plembagaan negara.Ketika dlm era kearah kemerdekaan, apabila Dato Onn tampil dgn idea untuk mbuka Umno kpd bkn melayu, maka ini di tentang oleh datuk nenek moyang kita.Krn umno perlu tumpu pjuangan bgsa melayu dan umno itu milik melayu.maka dato onn keluar menubuhkn parti negara yg mengabungkn semua bgsa tnh mly.Pernahkah sbg ank muda, kita tdetik utk bfikir mgapa cina(MCA) dan india(MIC) tidak bersama mbantu dato onn untuk menang ps pilihanraya ketika itu? ini krn, mrk juga ada matlamat utk mbela bgsa mereka.Maka wujud perikatan dimana Umno sbg parti yg mendominasi mrk.Hr ini dlm Umno tetap melayu.PKR adlh sbuah parti yg pd asalnya ditubuhkn utk myokong mgeluarkn DSAI dr penjara. Akhirnya anwar dkeluarkn dizaman Paklah. walaupun pelbagai cacian dan kata dilemparkn kpd paklah, pernahkh kite sbg pyokong PKR bterima kasih kpd Paklah krn telus mgeluarkn pmimpin agung kami dr dinding penjara? kita sbaliknya menhina paklah.Mengapa tidak sbg pyokong DSAI kita mengucapkan terima kasih kpdnya diatas jasa Paklah mengeluarkn anwar diakhir zmn pemerintahannya? sy teringat kata2 almarhum tunku dmana bgsa dtnh mly xkn boleh bsatu dbwh 1payung parti sbaliknya kerjasama dan psefahaman itu perlu dieratkn atr kaum.Persoalannya, siapkah pemimpin PKR akn dtg yg berbangsa melayu n beragama islam selpas anwar dan azmin? Hr ini anak muda bgga mengikut jejak demonstrasi yg sebenarnya bkn budaya rakyat msia.isu rasuah dan nepotisme.Umno kini dilabelkan sbg parti yg byk rasuah.Sbg ank melayu, akhirnya sy berasa bgga krn Umno bersedia utk menyaring ahli-ahlinya bertanding scr bhemah.Mmg bnr xsemua ttangkap.tetapi niat murni Umno itu sdh ada.Persoalannya, adkh apabila PKR sdh bkuasa, adkh PKR juga bsedia melakukan perkara yg sama sperti UMNO hr ni? emosi kita mudah menuduh salah org.tp kita lupa,skali kita mnunjuk pd org, 4jari lain mnunjuk kpd diri kita sendiri. Sy sedih melihat bgsa melayu begini. Sy pernah mengagungkn anwar.tp kini sy berani dan yakin bahawa jika anwar menjadi PM, pasti matinya anwar, generasi pewaris bgsa ku akn meludah dikubur anwar. krn anwar bjaya dlm misinya memecahkn bgsa melayu. Sy juga pelik, mengapa ada melayu yg tidak menyokong isu ketuanan melayu. Adakah malaysia ini nama asalnya tanah samarata? bkn kah nama nya tanah melayu? mengapa kita org melayu xnak mengaku kita adalah tuan kpd tnh ini sbnrnya.Isu ketuanan melayu ini telah menguris hati-hati para pejuang ngra yg masih hdup lg dek kata-kata anwar.Mengapa anwar? mengapa anda perlu mengatakan tidak perlu ketuanan melayu? sedangkn ramai perajurit melayu yg berjuang mempertahankan tanah ini utk ank bgsa nya hdup kelak sperti hdupnya anwar diatas tanah yg pernah dpaggil tnh melayu. Mengapa perlu ada hak sama rata dikalangan bgsa melayu dgn kaum lain? sedangkn datuk nenek moyang kita bgadai emas dan harta utk dberikn kpd tunku bg mempertahankn hak istimewa org melayu.inikah hadiah yg anwar beri pd jasa pgorbanan mereka? Sy bimbang jika hak sama rata berlaku, kita jgn heran apabila nanti agama buddha dan hindu adlah agama rasmi persekutuan.Maka ketika itu, apa yg kita nk tgglkn kpd generasi melayu iaitu ank cucu kita? Pemimpin umno yg bertanding perlulah fikir kn bahawa jwtn yg mrk menang nnt merupakan 1 bala yg besar utk mereka pikul dan selesaikn demi perpaduan org melayu.bg PKR, sy menyeru agar pengikut yg ada kini, kita tidak perlu berasa taksub kpd individu.Mati individu, matilh dia.Tp bgsa dan agama tidak akn mati hinggalah kiamat.Jgnlh kita jd sperti syiahyg taksub srta mengagungkn saidina ali,balasannya hnylh pgaduhan dikalangan bgsa mrk sndri hgga ke hari ini.

    ReplyDelete