Tuesday, March 17, 2009

MP Puchong Digantung Setahun...Syabas

Semalam heboh satu Malaya tentang penggantungan MP Puchong Gobind Singh daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama satu tahun dan juga tidak dibayar segala elaun atau kemudahan sebagai Ahli Parlimen. Peristiwa bersejarah ini belaku ekoran tindakan MP Barisan Nasional yang sebulat suara menyokong usul yang dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz. Inilah natijah keceluparan Gobind yang memfitnah TPM Dato' Seri Najib.

Benar ke Dato' Seri Najib terlibat dalam kes Altantuya? Mahkamah dan Razak Baginda sendiri telah membuat kenyataan bahawa Dato' Seri Najib tidak terlibat dalam kes tersebut. Jadi mengapa perkara ini masih dipolitikkan? Jika benarlah kes ini melibatkan Dato' Seri Najib, kenapa ianya tidak dibuktikan dengan fakta. Setakat dengan air liur sahaja tidak berguna.

Kepentingan politik pembangkang terserlah apabila perkara yang salah digambarkan seolah ianya benar-benar berlaku. Kes ini dicanang dan dipalu ke sana ke mari dan anda boleh mendengarnya dalam siri jelajah ceramah parti pembangkang di mana-mana sahaja. Tanpa rasa bersalah atau malu pada diri sendiri, pembangkang menfitnah perkara yang belum tentu kesahihah kebenarannya, terutama apabila mereka bercerita mengenai kes Altantuya. Pada pandangan pembangkang, kes Altantuya akan memberikan keuntungan politik kepada mereka.

Saya tidak langsung terkejut dengan kenyataan Bro Anwar Bin Ibrahim apabila beliau mengatakan bahawa penggantungan MP Puchong selama 1 tahun adalah rancangan jahat Barisan Nasional. Bro Anwar Bin Ibrahim memberi gambaran seolah-olah tidak salah untuk memfitnah asalkan mendatangkan keuntungan politik kepada beliau.

Sebenarnya keputusan menggantung Gobind di Dewan Rakyat tempoh hari masih mengikut peraturan yang ditetapkan kerana keputusan itu dibenar untuk dibahaskan serta penggantungan tersebut dilakukan di dalam dewan. Cuba kita bandingkan dengan perkara yang berlaku di Perak. Speaker Dewan Undangan Negeri Perak iaitu Sivakumar lagilah zalim apabila beliau membuat keputusan untuk menggantung ADUN di luar Dewan. Seolah Sivakumar dilihat menggunakan 'jungle rules' ketika membuat keputusan tersebut. Namun apabila keputusannya dipertikaikan, pandai pula mereka menyatakan ianya mengikut peraturan.

Apa yang berlaku di Dewan Rakyat hakikatnya adalah agenda politik pembangkang memandangkan mereka akan menghadapi pilihanraya kecil di tiga kawasan. Maka alasan sebegini pasti digunakan untuk mendapatkan simpati pengundi. Mereka akan menggambarkan diri mereka sebagai pejuang demokrasi sehingga sanggup digantung dalam Dewan Rakyat yang kononnya adalah demi rakyat. Maka saranan saya ialah, pengundi di tiga kawasan tersebut perlulah berfikir secara rasional sebelum membuat pilihan dan janganlah mudah tertipu dengan lakonan pembangkang yang sememangnya pakar menggunakan helah serta tipu daya untuk mencapai agenda peribadi mereka.

3 comments:

  1. Padan lah muka dia....tak sedar diri punya benggali...

    ReplyDelete
  2. Jelas UMNO/BN takut untuk menghadapi pembangkang, jadi kick him out. Another hero in the making.

    ReplyDelete
  3. Taktik politik murahan - Smear campaign & character assassination.

    ReplyDelete