Tuesday, March 31, 2009

Najib angkat sumpah Jumaat

Istiadat pengurniaan suratcara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah serta menyimpan rahsia sebagai Perdana Menteri yang baru oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, akan berlangsung di Istana Negara pagi Jumaat ini bersamaan 3 April 2009.

Para jemaah menteri telah menerima jemputan untuk menghadiri istiadat yang dihantar pada 10 pagi ini.

Jemputan tersebut turut dihantar melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Menurut jemputan tersebut, istiadat tersebut akan berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara mulai jam 9 pagi.

Sumber: malaysiakini

4 comments:

  1. salam,
    semoga permulaan baru ini bakal memberi suntikan berganda ke atas umno dan ahli-ahli..

    insyaallah

    ReplyDelete
  2. Kenape jemputan untuk suatu istiadat yang besar hanya melalui SMS????
    Ini satu penghinaan terhadap Yang Di Pertuan Agong.

    Sdra One; Insya-AlLah, ini akan menjadi permulaan kejatuhan UMNO / BN. Semoga AlLah SWT akan menambahkan rasa meluat kepada Ketua UMNO baru, di dalam hati setiap rakyat yang telah banyak ditipu dan ditindas. UMNO akan terus sinonim dengan rasuah, penindasan, kepentingan diri dan keluarga, serta kesombongan, kegelojohan dan kurang cerdik.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah apabila Dato' Sri Najib menjadi Perdana Menteri, pihak pembangkang akan kepanasan

    ReplyDelete