Monday, April 6, 2009

PTPTN

Tertubuhnya PTPTN adalah sebagai satu kemudahan bagi pelajar-pelajar meneruskan pembelajaran ke peringkat menara gading. Hampir semua pelajar yang meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi selepas alam persekolahan akan meminjam dengan PTPTN. Selain MARA, JPA, Yayasan Negeri, PTPTN adalah yang paling mudah untuk dipinjam.

Terima kasih PTPTN.

Tetapi apa yang ingin saya bicarakan disini adalah mengenai pembayaran balik pinjaman ini. Terdapat laporan yang mengatakan lebih daripada 200 ribu peminjam PTPTN akan di senarai hitamkan untuk keluar negara dan akan di senarai hitamkan dari membuat pinjaman perumahan sehingga mereka selesaikan hutang PTPTN. Adakah ini satu tindakan yang wajar?

Bagi PTPTN mereka akan menjawab YA memang patut pun, kalau dah pinjam kenalah bayar balik. Dulu cakap 4% tinggi sangat, sekarang dah turun sampai 1% pun takan tak nak bayar.

Bagi saya PTPTN agak keterlaluan. Bukan niat saya menghalalkan tidak membayar hutang. Tetapi fikirkanlah...

Selesai menamatkan pengajian, para pelajar ini bukan terus akan mendapat pekerjaan. Kadangkala setahun menganggur baru dapat kerja. Itupun ditawarkan gaji RM 1200.00 sebulan (fresh graduate). Makan sahaja satu hari RM 20.00, sebulan dah jadi RM 600.00. Tambang LRT sebulan RM 100, sewa rumah RM 200.00, bagi ibu di kampung RM 100.00, kos balik kampung 2 minggu sekali 200.00, topup hp RM 50.00, beli baju sepasang RM 100.00 dan banyak lagi kos yang perlu ditanggung yang kesemuanya berjumlah RM 1350.00. Macam mana nak bayar PTPTN? Nak tunggu gaji naik? Lepas tu dah beli kereta pula, lepas tu nak kahwin pula. Kos kahwin zaman sekarang ni paling kurang pun kena ada RM 15 ribu.

Sekarang baru rasa mampu nak bayar balik pinjaman PTPTN setelah 6-7 tahun bekerja menempuh alam mencari rezeki. Tetapi bagi PTPTN itu sudah terlambat. Surat mahkamah dah berpucuk-pucuk sampai. Kawan saya dijatuhkan hukuman mesti membayar keseluruhan pinjaman berjumlah 18 ribu ringgit termasuk 1% wang pengurusan .

Cadangan saya yang tidak seberapa ini:

1. Boleh tak dihapuskan terus 1% caj pengurusan itu?

2. Boleh tak tarik balik surat mahkamah dan kita mulakan balik perjanjian baru untuk pembayaran semula dengan anggaran sebulan paling kurang RM 50.00?

3. Menawarkan ganjaran bagi mereka yang boleh membayar pinjaman dalam tempoh tertentu?

Bukan niat dihati tidak mahu melangsaikan hutang. Salah tetap salah. Tapi mohon pertimbangan pihak berkaitan agar masalah 200 ribu orang ini dapat diselesaikan. Janganlah mereka ini semua dihukum. Apalah salahnya guna pendekatan sama-sama menang.

7 comments:

  1. Kalahkan BnN di pilihanraya kecil dan selepas itu kita bawa isu ini !!!!

    ReplyDelete
  2. byr utang xesah.
    kesah bile kos pentadbiran yang masuk every month even dh byr.
    ai xbyr lg sbb dpt penangguhan, tp,kos ttp masuk..
    tu yg xtahan tu
    abes belajar 2 taon lg, jumlah caj pentadbiran je dh brape, bygla.

    ReplyDelete
  3. ptptn = pitih pi tipu.

    ReplyDelete
  4. Tidak boleh buat macam tu! Hang mestilah rajin dan jangan sesekali nak harapkan tongkat saja.

    ReplyDelete
  5. Salam semua...
    Dalam Islam... bila berhutang kena bayar,,, dan tidak digalakan berhutang... nanti kalau umur pendek nanti... berasap dalam kubur...

    Mana ada fresh graduate gaji rm1200 sekarang ni... paling kurang rm1800. sebabnya budak lepas spm kat pasaraya pun dibayar gaji rm 800-1200 sebulan.

    Pasal PTPTN,,,
    Masa belum dapat pinjaman semua setuju termasuk la dengan caj 4% dan bersetuju akan membayar balik selepas 6 bulan tamat pengajian...
    Tapi bila tamat pengajian,,, melengah-lengahkan bayaran...
    Disini kepada pemegang pinjaman PTPTN,, seharusnya sedar bahwa kerajaan telah mengeluarkan terlalu banyak wang untuk anak-anak rakyat berbilang fahaman politik meneruskan pelajaran dengan PTPTN.. susah sangatkah peminjam nak melunaskan ansuran ptptn? kenapa? mengapa? dimana tanggungjawab sosial anda? mengapa perlu dhukum generasi muda dibawah peminjam sekarang yang akan menerima nasib yang sukar untuk mendapat ptptn dek kerana ketidak bertanggungjawab peminjam sekarang ini yang amat "lembam" untuk membayar balik pinjaman...
    Janganlah dok memikirkan faktor-faktor yang dicipta sendiri oleh nafsu diri sendiri spt artikel diatas...

    Yang penting setiap peminjam seharusnya sedaya upaya akan membayar walaupun dengan minima rm 50 demi untuk generasi akan datang... ingatlah Allah tidak pernah menzalimkan umatnya kecuali umatnya mencari peluang untuk dizalimi...

    Maksudnya, kalau peminjam tidak membayar PTPTN mengikut syrat yang telah dipersetujui,,, lambat laun akan terkena pempiasnya kepasa generasi 'kandung' peminjam sendiri seperti anak,cucu,cicit dizaman akan datang walaupun mungkin PTPTN akan ditukar kepada nama lain...
    wassalam

    catatan:
    Kluangman: PTPTN memberi juga kepada anak anak pembangkang,, maka bersyukurlah sedikit nikmat dari Allah berpunca dari ikhtiar kerajaan BN.

    Fatin Nabila:Kos pentadbiran memang masuk setiap bulan even dah bayar pun,, itu adalah "pengiraan"
    PTPTN.. sebab PTPTN mengambil kira hutang pada setiap baki terakhir setiap bulan yang dicaj kan kepada peminjam... hakikat sebenar kalau 1% adalah 0.5% sahaja.

    Podeh: banyak lagi akronim yang sedap didengar ....

    anon 11:38pm: Saya setuju dengan sdra/i..

    ReplyDelete
  6. untuk saudara add..

    terima kasih atas komen saudara.. sekali lagi saya ulang bukan niat tak nak bayar hutang.... tetapi mohon pertimbangan pihak berkaitan dengan cadangan saya itu.. itu sahaja..

    sekarang mungkin tiada lagi budak gaji RM 1200.00 tapi 7 tahun dulu agaknya pun tiada, mungkin saya tipu agaknya... heheheh.. betul ke tak de fresh graduate gaji mula kerja RM 1200 sekarang ni??

    lepas tu apa pilihan selain dari menandatangani surat perjanjian pinjaman PTPTN....

    kenapa MARA, JPA, Yayasan Negeri boleh buat pinjaman tanpa sebarang kos pengurusan tambahan?? malah ada pemotongan pinjaman lagi pinjam 15 ribu bayar semula 12 ribu sahaja??

    sekali lagi saya ulang.. BUKAN NIAT SAYA TAK NAK BAYAR HUTANG....

    ReplyDelete
  7. baru terjumpe artikel ni.

    camne fresh grad nak dapat gaji lebih2 sebab majikan semua nak pekerja yg berpengalaman?

    fresh grad pulak kalo lepas praktikal terus ditawarkan keje takpe la. sekarang plak student praktikal masa tahun ke-3 belajar. lepas praktikal sambung abeskan degree. bila apply keje, pengalaman praktikal tidak dikira.

    bukan tak pernah kami mula kerja sebagai promoter dengan gaji lepasan spm? bukan tak pernah kami menipu kelayakan semata2 untuk dapat kerja...semata2 untuk bayar balik ptptn. bayangkan la.

    ReplyDelete