Thursday, April 9, 2009

SuPoL DrM vs SuPoL PakLah

Jika diamati pergerakan seorang Perdana Menteri..sudah tentu, institusi kepemimpinan Perdana Menteri mempunyai kesaktian tersirat yang membenar ianya dihormati dan disanjung sebagai Nasionalis, Patriot dan Revolusinalis.

Banyak yang dapat disambut dan dikongsi. Tapi malangnya, PakLah tidak berjaya meletak pedagogi Memenara Bangsa ke platform yang tepat dan berkesan.

Mantan-mantan SuPoL Dr.M seperti Pak Aziz, Det, Jo, semuanya merasa aura kepemimpinan Dr.M. Pak Aziz daripada seorang SuPoL, ada juga orang beri muka untuk kerusi Ketua Bahagian Shah Alam, walaupun dia bukan orang situ. Lantas merasa sekejap jadi Menteri KPLBW. Det pun keluar pejabat SuPoL merasa kerusi Menteri Besar Kedah. Jo pula merasa duduk MP Kubang Pasu, kini Ketua Bahagian dan Timbalan Menteri.

Mantan-mantan SuPoL PakLah seperti Othman Village, Hasbullah, Ramzi, Wan Farid, RM, semuanya merasa bahang tamparan awam kepada PakLah. OV tak dapat merasa apa-apa pun, berlaga Parlimen di Sik dan Ketua Bahagian Sik pun kena kelepet dengan sekumpulan piranha terlatih. Hasbullah pun sama tertonggeng. Ramzi pun tersembam di Kelantan. Wan Farid bungkus di Kuala Terengganu. RM nasib baik tumpas kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO. Kalu tidak berkahwin dengan menantu PakLah, ke reban la jawabnya...

Apakah ini kebetulan atau dirancang? Apakah semuanya takdir?

Secara literalnya, rakyat berpengetahuan Sains Politik melihat bahawa PakLah tidak mempunyai rancangan Masa Depan yang Ampuh dan Kukuh kepada semua SuPoLnya. "Don’t touch on my family matters"...apakah ini satu kenyataan BERNAS seorang PM?

DSN sebagai PM ke-6, mesti ambil Lautan Iktibar untuk menakhoda zaman ini. Pejabat keramat dan sakti Perdana Menteri mesti dijampi serapah dengan insan yang berdaya saing macam OV misalnya. Secara langsung, tiada istilah "my family is mine only".

DSNj sebagai PM ke-6, mesti menyedia laluan dan lorong untuk peningkatan kepada SuPoL tertentu yang dikelas sebagai orang berguna untuk rakyat. Hanya seorang sahaja boleh meneraju taktha Perdana Menteri. Hanya seorang sahaja IMAM BESAR negara Malaysia. Dalam istilah pemerintahan berkerajaan Melayu..seorang sahaja Mamak Bendahara.

Seorang PM harus memiliki 5 orang SuPoL yang masing-masing berperanan tersendiri. 3 daripada umat Melayu, 1 anak Thiong Hua dan 1 anak Tamil. Seorang KSS yang bijaksana dan bijaksini. 10 orang Pegawai Khas yang diberi tugasan khas bagi pihak PM. Pasukan pemikir lantikan PM yang didewasa dengan sebuah institusi misalnya Institut Perpaduan Nasional @ Institut Khidmat Negara @ Institut Kepimpinan Nasional @ Institut Adijagat Perdana, yang berperanan sebagai sebuah Pusat Kajian Strategik Swasta yang memberi khidmat terus kepada institusi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dalam beberapa projek khas setiap 5 tahun. Dengan wujudnya organisasi sebegini rupa, maka lebih banyak inisiatif membina keTERBILANGan bangsa 'One Malaysia' boleh diperkasa dan diangkat sebagai sumber Sakti dan Ajaib PM.

4 comments:

  1. Rosmah juga sesuai dilantik sebagai salah seorang SuPol secara terang terangan daripada dituduh dalam gelap.

    ReplyDelete
  2. azeez tunggu rebah di baling... pasal masyitah lagi cuuunnn... taib azamuddin senyum sampai telinga dengaq azeez menang MT.

    ReplyDelete
  3. orang kepala batasApril 9, 2009 at 11:13 AM

    SUPol Paklah paling hebat tentunya Reezal Merican.

    Kesilapan besar Paklah ialah melantik SuPol yang ada agenda politik peribadi mengatasi tugas menjaga politik bos, Hasbullah terkecuali sebab dia ini disecondedkan kepada TS Dr. Hamid Osman.

    Correction :Det Khalid dan Johari Baharom adalah SUPol Paklah. Cuma Joe Baharom served dua bos Paklah dan Mahathir.Dua lagi SUPol Paklah ialah Alwi dan Suhaimi Ibrahim. Ada seorang dua lagi saya tak ingat kerana tak pernah berinteraksi, SUPol Cina.

    Allahyarham Datok Fatah Abdullah yang menjadi SUPol sejak mula Paklah menjadi menteri hingga ke Perdana Menteri adalah SUPol terbaiknya.

    Yang terkemudian semuanya menjaga politik dan perut sendiri lebih dari menjaga bos..Reezal Merican no wahid dalam kategori ini.

    ReplyDelete
  4. Sorry Kluangman, Kalau Rosmah jadi set Pol lingkup sbb dia ni jonis kaduk naik junjung. Bolum Najib di tabal jd PM, dia dah siap mintak Karpet Merah bila dia buat lawatan2ke jabatan Kerajaan atau Hospital.

    ReplyDelete