Sunday, May 3, 2009

CADANGAN WAN AZIZAH MENYELESAIKAN ISU PENGANGGURAN MEMALUKAN PKR

2.5.09 - Sinar Harian (Edisi Kelantan) m.s. N6. melaporkan perutusan Hari Pekerja oleh Penasihat PKR Bro. A.B.I. dan kroninya Wan Azizah yang merupakan Presiden PKR.

Dalam kenyataan beliau, Bro. A.B.I. menyifatkan usaha kerajaan yang menyediakan lebih 200,000 peluang pekerjaan kepada mereka yang telah diberhentikan kerja sebagai tindakan runcitan yang cuba untuk melengahkan masa yang ada. (Bro. A.B.I. tidak pula menyatakan tindakan yang sepatutnya diambil untuk menyelamatkan ekonomi negara dan cara menyelamatkan golongan pekerja ini).

Berikut pula merupakan usul penyelesaian yang diutarakan oleh Presiden PKR-Wan Azizah:

1. "Kami tetap mahu memperkenalkan gaji minima bagi semua golongan pekerja sekurang-kurangnya RM1000 sebulan" (Harap ini memang benar akan dilaksanakan, jangan pula ia menjadi satu lagi janji palsu Pembangkang...menyeksa dan menipu rakyat kalau begitu).

2. Menurutnya negeri2 di bawah pemerintahan PR telah menyediakan mekanisme bagi menghadapi masalah pengangguran pekerja contohnya dengan mewujudkan laman sesawang khas yang mengumpul data terperinci mengenai status pengangguran rakyat di bawah pemerintahan PR. "Laman sesawang ini akan membekalkan maklumat (apa bentuk maklumat dan bagaimana ia diperolehi tidak dijelaskan) mengenai kadar pengangguran di seluruh negeri naungan PR. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, kami dapat menyediakan pekerjaan kepada golongan tersebut dengan lebih efisien".

3. Menurutnya PKR akan terus mendesak kerajaan untuk melaksanakan sistem seperti itu (masalahnya mereka sendiri dah laksanakan ke sistem ni?) serta mewujudkan Tabung Bantuan Pengangguran melalui Dana Rangsangan Ekonomi.

Nampaknya, pembangkang yang suka main belakang ni cuba menggunakan 'labour force' pula untuk kelihatan bijak walaupun pada dasarnya cakap2 mereka ini semuanya KOSONG BELAKA. Tidak ada penyelesaian yang jelas yang diusulkan oleh mereka. Sekadar mencipta laman sesawang yang mungkin maklumatnya bergantung kepada pengunjung laman tersebut untuk memberikan maklumat, saya tidak nampak bagaimana mereka akan dapat mengurangkan pengangguran dalam kegawatan ekonomi yang melanda seluruh dunia.

Kenapa akhirnya mereka perlu bergantung kepada kerajaan jua untuk mewujudkan tabung bantuan dan sebagainya?

Untuk rekod, hatta negara2 maju pun tidak mampu untuk menyelamatkan rakyat mereka daripada pengangguran walaupun beberapa pakej rangsangan ekonomi telah dilulus dan dilaksanakan. Tindakan menuduh secara melulu dan tidak berasas dan meletakkan beban ke atas kerajaan semata2 adalah tindakan paling bacul pimpinan pembangkang, apatah lagi jika cadangan yang dikemukakan sangatlah dangkal dan bertaraf sekolah menengah sahaja.

Jika benar mereka bertanggungjawab dan mengambil berat keadaan rakyat secara keseluruhan, sewajarnya mereka bersatu dengan pihak kerajaan dalam hal ini, membantu mempromosikan peluang2 yang telah disediakan, bukan bercakap dengan omongan kosong dan penuh kebobrokan. Kerana yang jelas, mereka hanya menampakkan kebodohan dan sifat pentingkan diri sendiri, yang hanya mementingkan kedudukan parti, bukan kebajikan rakyat. Mereka tidak lain hanyalah OPPORTUNIS yang cuba memperbodoh rakyat.


Semakin lama pembangkang terutama PKR semakin menghina tahap intelektual rakyat Malaysia dengan penipuan dan bicara 'bimbo' mereka. Saya yakin, rakyat Malaysia lebih bijak dalam menilai.

10 comments:

  1. kita suka sangat menuduh PR memberikan janji kosong tetapi apakah daya mereka kerana mereka bukan berada di tampuk pemerintahan. Walaupun 5 negeri berada (satu telah dirampas)pembangkang,apalah yang boleh mereka lakukan kerana ditindas oleh taktik kotor kerajaan pusat yang menggunakan kuasa federal untuk mengongkong kuasa kerajaan negeri. Jika PR yang menjadi kerajaan federal dan tidak dapat laksanakan apa yang dimanifestokan maka barulah mereka boleh dikatakan berjanji kosong. Bolehkah kita samakan janji kosong penguasaan 50 tahun dengan dengan penguasaan 1 tahun setangah? 50 tahun UMNO menjadi parti dominan yang memerintah, apakah sudah tidak ada orang Melayu yang masih merempat di negara sendiri?

    ReplyDelete
  2. Hoi, Berok Paneh Miang, Banyak di Bukit Putus.Sekarang ni tengah musim panas ni. Maka banyak betul borok-borok tengah paneh miang dekat bukit putus.
    Bab hal pekerja ni, semua orang boleh cakap, apo pulak masaalahnya.Paneh Miang tahu banyak ke tentang hal ehwal pekerja ni? Kau tahu ke, undang2 buruh BN yang ada tahap paling bangsat dalam dunia.
    Kalau tak tahu isu- jangan buat polemiklah.Blog yg paling palat, buek malu orangNS.

    ReplyDelete
  3. Berapa banyak kajian daa !!!! Kalau sekadar kajian, budak sekolah rendah pun boleh dikerah...

    Berdasarkan maklumat yang diperoleh, kami dapat menyediakan pekerjaan kepada golongan tersebut dengan lebih efisien ???

    Pekerjaan itu atok dia buat sendiri ke dengan begitu mudah nak dibagi bagi kan...cakap boleh le.

    Ini gawat le bro..satu donia, baik kerajaan atau pembangkang, depa hanya boleh bercakap siang malam about billion and trillion, mereka tidak lebih dari menanam tebu dibibir mulut..

    ReplyDelete
  4. Kak wan cakap tak serupa bikin di pulau pinang banyak yg kena buang kerja apa PR buat.Setakat janji kosong jgn lah harap perkerja termakan asutan puak PR yg nampak bodoh.

    ReplyDelete
  5. Jika diteliti peranan Melayu di Pulau Pinang kini yakni semenjak PR mengambil alih kerajaan dari BN dengan kerajaan terdahulu di bawah Barisan Nasional adalah amat jelas perbezaannya. Lihat bagaimana Cina DAP telah menguasai hampir keseluruhan EXCO Negeri. PR Melayu hanya diberi peranan memegang portfolio 'Second Class' yang tidak penting manakala portfolio penting seperti kewangan, tanah, pembangunan dan kerjaraya dikuasai oleh orang Cina. Berbanding kerajaan terdahulu walaupun Ketua Menteri dipimpin oleh Gerakan namun EXCO Melayu UMNO masih diberi peluang memegang portfolio kewangan dan portflio penting lain.

    Alasan yang diberikan Anwar bagi menjelaskan penguasaan DAP adalah amat mudah. Kononnya dengan perubahan senario politik ini yakni memberi lebih kuasa kepada orang Cina dapat menghapuskan kronisme dan penyelewengan yang menurut Anwar sering dilakukan oleh pemimpin UMNO dulu walhal tidak pernah sekalipun tuduhan tersebut disertakan dengan bukti yang sahih. Lebih menyedihkan lagi kini, sejak DAP berkuasa, sudah banyak tanah yang sebelum ini digazetkan sebagai tanah pertanian ditukar kepada industri yang jelas menguntungkan tokey-tokey besar Cina.

    ReplyDelete
  6. PR dapat memerintah 5 negeri, tiada alasan untuk PR memberi perkhidmatan yang baik kepada Rakyat. Kemelut Politik Pulau Pinang menunjukan PR lebih suka berpolitik daripada membela nasib rakyat. Masa lebih di tumpukan kepada politik daripada mentabir kerajaan. Jangan salahkan Kerajaan pusat kalau kerajaan negeri tak tahu nak buat kerja. 1 tahun memerintah PR , corak pentabiran PR lebih buruk daripada pemerintahan BN. Kalau PR memerintah Malaysia dalam masa 5 tahun alamat makin mundur Nerara ini.

    ReplyDelete
  7. Haha. Pakatan Rakyat hanya tahu cakap. Kutuk saja pandai, promosi diri juga pandai.

    Tapi ni macam jual tin kosong. Pakatan Rakyat hanya jual tin yang cantik dan menarik dari luar sahaja.

    Rakyat hanya akan tahu tin itu sebenarnya kosong di dalam setelah membelinya.

    Tunggulah nanti, apabila Parti Kacau Rakyat roboh.

    ReplyDelete
  8. epinkluang said...

    Kak wan cakap tak serupa bikin di pulau pinang banyak yg kena buang kerja apa PR buat.Setakat janji kosong jgn lah harap perkerja termakan asutan puak PR yg nampak bodoh.
    ******abih apa peranan kerajaan be end buat sekarang ..stakat buat pameran,ekspo pekerjaan,tp peluang perkerjaan yg kosong hanyer 1-2 kekosongan...apa ker jadahnyer????company yg dtg pun pun hanyer buat pameran produk yg dihasilkan...tp peluang perkerjaan xder,KIV ler...aku habis duit berpuluh-puluh hinggit photostat,print gambo berkeping-keping,tp laa ni haprak....alah..nak tunjukkan kat tv bahwa kerjaan prihatin/simpati tp result???????hampeh!!!


    rahman,ahchong,muniandy said...
    sejak DAP berkuasa, sudah banyak tanah yang sebelum ini digazetkan sebagai tanah pertanian ditukar kepada industri yang jelas menguntungkan tokey-tokey besar Cina.
    **** hahahahaha apa bezanyer ubn perintah selama 50 thn dengan DAP...berapa banyak tanah melayu tergadai?berapa byk penyelewengan duit telah berlaku semsa ubn memerintah?terbelakah org miskin melayu di penang?GERAKAN memerintah



    Anonymous said...8:38 PM
    PR dapat memerintah 5 negeri, tiada alasan untuk PR memberi perkhidmatan yang baik kepada Rakyat. Kemelut Politik Pulau Pinang menunjukan PR lebih suka berpolitik daripada membela nasib rakyat. Masa lebih di tumpukan kepada politik daripada mentabir kerajaan. Jangan salahkan Kerajaan pusat kalau kerajaan negeri tak tahu nak buat kerja. 1 tahun memerintah PR , corak pentabiran PR lebih buruk daripada pemerintahan BN. Kalau PR memerintah Malaysia dalam masa 5 tahun alamat makin mundur Nerara ini.
    *****abih tu kalau dah dok asyik mengacau PR memerintah negeri...sampai bila pun perkhidmatan terganggu....apa kata ko suruh ubn buat keje dia..dan PR buat keje dia....ini tidak... start 5 negeri jatuh ke PR,hari2 beriter di tv asyik kluar berita politik(isnin-hal selangor,selasa-hal perak,rabu-hal kedah,khamis-hal penang,jumaat-kelantan dan hal lain2...mgu depan repeat lg.and on..and on)rakyat dah naik muak dgn beriter yg di hidang d tv...

    ReplyDelete
  9. bos AMK tu yahudi....paham.... yang dok bunuh orang pelantine tu....
    PKR pun kimak gak... aku dok dalam PKR 5 taun aku tau la... kalau sapa yang kuat suara kritik skit siap la jadi macam FAirus tu. Lagi haram jadah kalau tak ikut cara PKR. Kerja nak jahanam kan orang Melayu. Pasai pa orang Cina & Indai tak masuk DAP??????? Pasal depa nak monopoli la bodoh. bayangkan kalau calon presiden PKR tu cina VS melayu, sapa yang menang. CINA tu la yang menang. Kerana 65% dalam PKR bukan melayu... PKR yang dok menang tu pasal PAS yang dok tolong. PAS pun kira murtad macam UMNO gak la ni pasal kawan DAP...best best best...
    PAS pun cakap bohong.. kalau memerintah nak hapuskan JUDI, ARAK. Alih2 tak jadi takut hilang pengaruh dari cina dan india. Sanggup MUNAFIK.

    Kalau UMNO BN dah buruk pasai pa la PAS PKR pun jadi lagi buruk. Tapi mungkin pasal janji SYURGA IDAMAN KALBU pasal pangkah lain dari BN... ha ha ha...

    Aku juga akan masuk syurga pasal 2004 aku pangkah PAS, 2008 aku pun pangkah BN la pasal dah kompom aku masuk syurga...

    Aku berdoa BN kalah pastu nak tengok orang melayu mai sujud di kaki UMNO supaya berjuang balik macam tuntut mereka tu...
    Orang Melayu gak yang sembahyang Hajat mintak Jepun masuk malaya dan orang Melayu gak panggey balik Orang INGGERIS...
    Orang melayu ni memang perangai dia "tak sakit tak melalak, terhantuk baru nak mengadah" tunggu nasi Jadi bubur.....

    Ex-PKR

    ReplyDelete
  10. Anonymous said...May 4, 2009 11:36 AM
    PKR pun kimak gak... aku dok dalam PKR 5 taun aku tau la..
    *****hahahahha..5tahun jer...aku yg ddk ah 10 tahun tak heboh pun....spesis cam ko ni mmg kita org tak nak...time menang besar ko sokong PR...tp bila kalah besar(2004)ko sokong be end...lalang lah ko ni....xder tetap pendirian..mmg patut pun ko kluar PKR.Perjuangan ko cam buih coco-cola....hahahahaha

    Pasai pa orang Cina & Indai tak masuk DAP??????? Pasal depa nak monopoli la bodoh. bayangkan kalau calon presiden PKR tu cina VS melayu, sapa yang menang. CINA tu la yang menang. Kerana 65% dalam PKR bukan melayu...
    *****hahahaha..tu la..ddk dalam PKR 5 tahun jer...bukan tau sgt pun pasal parti....lawak lah ko...nak tau dduk lama ckit ....br tau criter sebenar....

    PAS pun kira murtad macam UMNO gak la ni pasal kawan DAP...best best best...
    PAS pun cakap bohong.. kalau memerintah nak hapuskan JUDI, ARAK. Alih2 tak jadi takut hilang pengaruh dari cina dan india. Sanggup MUNAFIK.
    ****sekarang aku nak tanyer ko,salah ker berkawan dgn DAP..beri kan aku nas dan dalil mengatakan bahawa berkawan dgn org kafir jd murtad!!!!!!ckp mcm xder akal..buduh!!!JUDI n ARAK haram disisi ISLAM,so betullah pendirian PAS...org cina dan india nak minum sampai mabuk,nak judi sampai miskin lantak p laaa....yg org ISLAM p minum arak n judi buat apa????PAS menegur menganut agama islam tidak boleh melakukan maksiat!

    Kalau UMNO BN dah buruk pasai pa la PAS PKR pun jadi lagi buruk. Tapi mungkin pasal janji SYURGA IDAMAN KALBU pasal pangkah lain dari BN... ha ha ha...

    Aku juga akan masuk syurga pasal 2004 aku pangkah PAS, 2008 aku pun pangkah BN la pasal dah kompom aku masuk syurga...
    *****dr ayat ko ni..memang ko boleh dikhusus sebagai menunjukkan/menyerlahkan kebodohan sendiri di khalayak ramai....TGNA setahu aku tak pernah mengatakan 'confirm' msuk syurga.....perkataan 'confirm'ni hang dapat dr mana?ko tuhan ker?p tanyer TGNA adakah pernah di mengeluarkan perkataan 'confirm' tu....belajar tak abis..msk PKR pun 5 tahun jer...(dlm ms 5 tahun apa yg ko dah belajar?klu bdk kecik 5 tahun baru pandai membaca,mengira yg 'basic'!bdk 10 baru pandai kenal sains,math,sejarah,pendidikan jasmani....dll.)Skg aku nak tanyer ko apa pendirian/pandangan/fahaman ko dgn motto/cogankata di bawah:

    umno- 1 malaysia?
    dap - malaysian malaysia?
    pas - PAS for all?
    pkr - ketuanan rakyat?

    ReplyDelete