Wednesday, May 20, 2009

Hudud di Kelantan & Kedah - PAS BOLEH!

Aku nak bagi beberapa cadangan kepada Pas memandangkan mereka mendakwa semakin ramai yang telah menjadi ahli parti mereka selepas PRU-12.

Berdasarkan situasi sekarang, Pas telahpun berjaya memerintah dua buah negeri iaitu Kelantan dan Kedah; tidak termasuk Perak yang mana Nizar masih belum confirm lagi jadi MB. Jadi apa kata HUKUM HUDUD dilaksanakan di negeri Kedah dan Kelantan terlebih dulu.

Sekurang-kurangnya fokus rakyat terhadap kemelut politik wang yang melanda Pas dapat dialihkan seketika. Dan yang PALING PENTING, pelaksanaan undang-undang hudud di dua negeri yang ditadbir Pas mampu untuk memenuhi aspirasi parti seperti yang diwar-warkan selama ini.

Pedulikan DAP dan PKR tu. Lagipun Pas lebih banyak memenangi kerusi berbanding sekutu mereka di Kelantan dan Kedah. Kalaupun DAP mengancam untuk tidak menaikkan Nizar di Perak, sekurang-kurangnya MB mestilah daripada mereka yang berketurunan Melayu dan beragama Islam. Jadi tak payahlah dirisaukan sangat akan hal tu.

Lagipun inilah masanya untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa Pas merupakan parti Islam yang benar-benar ingin merealisasikan hasrat mewujudkan sebuah Negara Islam.

Kalau Sultan Kedah dan Sultan Kelantan tidak memperkenankan hukum hudud dilaksanakan di negeri mereka...itu perkara mudah...mohon Sembah Derhaka sajalah. Kalau rakyat Kelantan dan Kedah dah mula baring atas jalanraya dan tahan kereta diRaja, pasti CONFIRM Sultan akan akur kehendak Pas.

Yang pasti, Pas WAJIB melaksanakan HUKUM HUDUD selaras dengan apa yang mereka perjuangkan selama ini. Pas kena bertindak cepat kerana kemelut politik wang yang seumpama barah sudah mula merebak dan membunuh ahli Pas secara perlahan-lahan.

PAS BOLEH LAKUKAN.

PAS SEPATUTNYA MENDOMINASI PAKATAN RAKYAT.

PAS PERLU MENGETUAI PKR DAN DAP.

PAS LEBIH SENIOR DAN MANTAP DARIPADA SEKUTU MEREKA.

MARI LAKSANAKAN HUDUD DI KELANTAN DAN KEDAH.

PEDULIKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN.

MEREKA DAH TAK BOLEH BUAT APA-APA.

LAGIPUN PENYOKONG PAS KATA BN LEMAH DAN PENAKUT.

JADI INILAH MASANYA PAS MENGOTAKAN JANJI DAN AMBIL KESEMPATAN ATAS KELEMAHAN BN.

PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA.

HUKUM HUDUD PERLU DILAKSANAKAN DI KEDAH DAN KELANTAN SEKARANG.

HIDUP PAS.

TAKBIR..........RAYA.........!

FIKIRLAH SENDIRI.....

20 comments:

  1. HAAA....Dah mula dah, puak UMNO ni provok...tak abih-abih ko ni...tak der kerja lain....porahhh..

    1,000 Orang Ahli UMNO Sertai PKR Di Perlis

    KANGAR [2.10 am] - Tindakan ahli-ahli UMNO yang didakwa melompat parti untuk menyertai PKR secara terbuka di Perlis, khususnya di Kangar, menimbulkan tandatanya apakah ianya tanda membantah pelantikan Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu sebagai pengerusi UMNO negeri yang baru. Dr Md Isa yang juga ADUN Bintong, merupakan ketua UMNO bahagian Kangar. Difahamkan seorang bekas pemimpin UMNO bahagian Kangar telah mengisytiharkan keluar parti itu bersama-sama kira-kira 1,000 ahli parti itu untuk menyertai PKR, bulan lalu. Ketika dihubungi , seorang pemimpin UMNO bahagian tersebut yang tidak mahunya disebut, mengesahkan perkara itu berlaku tetapi berkata, tidak tahu apa puncanya. Beliau juga mengesahkan kumpulan tersebut bertindak keluar daripada parti UMNO selepas Dr Md Isa dilantik menerajui UMNO Perlis, bagi menggantikan bekas MB, Datuk Seri Shahidan Kassim pada 24 April tahun lalu.

    [Nampaknya ketika bahang krisis politik di Perak masih terasa, kini satu lagi negeri UMNO bergolak. Jika di Trengganu isu Menteri Besar menjadi sebab utama, kini di Perlis juga nampaknya isu yang sama menjadi sebutan rakyat Perlis. Inilah akibatnya jika UMNO dan BN asyik tertumpu kepada krisis Menteri Besar di Perak agaknya. Hukuman dunia akhirnya datang kepada mereka. Jika di Perak ia melibatkan dua parti yang berbeza idealogi, namun di Perlis dan Terengganu ternyata amat memalukan kerana melibatkan sesama UMNO bercakaran antara satu sama lain. Kemelut yang berlaku ini memberi harapan baru kepada Pakatan Rakyat untuk menawan kedua-dua negeri itu sebenarnya].

    ReplyDelete
  2. Hek eleh......

    Nampak tak perbezaan antara provoke oleh penyokong PR dgn provoke penyokong BN?

    Salah ke provok ni? rasa2nya provok x salah sekiranya ia diletakkan di tempat yg sebetulnya.mmg adakala provok diperlukan dlm kehidupan cuma yg penting bgmn nak memahami provok itu. adakah provok itu membawa kesejahteraan atau membawa kemudaratan? ini yg perlu difahami.

    Berbalik kpd perbezaan provok PR dgn provok BN ialah provok siapa yg mendtgkan mudarat? adakah provok BN atau provok PR.

    Rasa2nya sepanjang berdiskusi dlm PM ni dpt dilihat bermcm2 provok dilakukan. bezanya jika PR memprovok BN pasti menjawap dgn faktanya sebaliknya jika BN memprovok PR menjawap juga tp dgn mengalihkan isu yg dikemukakan (dlm erti kata lain x jawap la) atau mengemukakan fitnah yg sgt busuk dan meloyakan (krn itulah kepakaran mrk).

    Perhatikanlah......

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah,

    Sokong Penuh atas idea ni.

    PAS Wajib laksanakan Hudud di Kedah dan Kelantan, sekarang.

    Tidak perlu tunggu ada yang terbaring di tengah jalan.

    Laksanakan sekarang juga.

    *Dalam Hudud, kalau confirm cakap bohong dan fitnah = 80 sebatan.

    Salam.

    ReplyDelete
  4. Setuju........

    Rasanya lebih rela menyerahkan bontot utk disebat berdasarkan hukum hudud. Daripada menyerahkan bontot kpd B.A.B.I untuk disontot.

    Agak2nyalah apa hukum bg org yg main ikut bontot (Meliwat)?

    tlg jawab......

    ReplyDelete
  5. cuba lah komen secara fakta dan rasional bukan emosi

    melayu boleh

    ReplyDelete
  6. Alahai tahap ni ajo ko tahap pemikiran kamu yg komen penuh dgn mencarut.

    ReplyDelete
  7. Ingatkan Jejak Tuah Cendiakawan Melayu, rupanya Melayu Cendawan yg tumbuh melata tapi tak berkualiti menyokong yg perasuah dan minat pada rasuah. (Ingat lagi Melayu yg julang KJ waktu KJ menang tempoh hari)

    ReplyDelete
  8. Terserah......

    Hadirnya Jejak sekadar mengimarahkan laman PM ini, bukannya mengharap utk diangkat, dijulang setinggi langit dgn gelaran2 duniawi. sekadarnya juga mencetuskan ruang pemikiran, mencabar minda teman2 berfikir diluar kebiasaan, juga adanya mengimbangi pandangan yg berlawanan. mengindahkan perbincangan bukan hanya dr satu pasukan. menuntut kpd sandaran iman dlm perbahasan. tidak memaksa utk diterima terserah kpd yg punya bijaksana.

    Tidak salah jika berbeza tp tidak sampai menghina, mencaci juga mencerca. tidak sekadar bermain bahasa. membacanya juga tidak sekadar pada tersurat fahami erti yg tersirat, jika dpt sampai ke makrifat. itu tanda orgnya hebat!

    Biar berhujah berdasarkan kefahaman jgn berhujah sekadar dari dengaran. khuatir diri salah pegangan disangka yg benar rupanya kepalsuan. Biar mebela berdasarkan fakta, jgn membela berdasarkan auta, khuatir diri salah belanya disangka hak rupanya batil. disangka betul rupanya salah. disangka kebaikan rupanya keburukan. disangka menyampai berita tp rupanya menyebar fitnah sengsara.

    Fahami pepatah lama sbg panduan
    1. 'jgn krn guruh dilangit air ditempayan dicurahkan'.
    2. 'Lari dr mulut buaya termasuk ke mulut naga'
    3. 'sudah terhantuk baru terngadah'
    4. 'mencegah lebih baik dr mengubati'
    5. 'terlajak perahu blh diundur terlajak kata badan binasa'

    Renungkanlah......

    ReplyDelete
  9. APA KATA UMNO/BN JIKA PAKATAN RAKYAT KATA SEBEGINI

    Gerakan harap Chin Peng dibenar kembali ke Malaysia

    PULAU PINANG: Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan meminta kerajaan membenarkan bekas pemimpin komunis, Chin Peng, kembali ke Malaysia atas sebab-sebab kemanusiaan kerana beliau tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

    "Keganasan komunis yang melampau seperti pada tahun-tahun 50an tidak lagi diamalkan (dan) komunisme di seluruh dunia termasuk di China dan Rusia telah mengalami transformasi dan kini menuju ke arah perjuangan berasaskan ekonomi," katanya dalam satu kenyataan.

    Chin Peng, yang dilahirkan di Sitiawan, Perak, kini tinggal di Bangkok selepas permohonan terakhirnya menerusi saluran undang-undang untuk menetap di Malaysia ditolak oleh mahkamah pada 30 April lepas.

    Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya itu dipercayai mempunyai saudara mara khususnya di Perak dan di Butterworth.

    "Beliau sudah berusia 85 tahun, dan ingin kembali ke negara kelahirannya tetapi rayuannya telah ditolak," kata Teng. BERNAMA

    TOLONG KOMEN SIKIT BRO TUAH....

    ReplyDelete
  10. Pembinaan memorial memperingati perjuangan komunis di tanah perkuburan Cina di Sarawak dan di Nilai, Negeri Sembilan yang dibina untuk memperingati pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai wira atau hero tidak boleh dibiarkan kerana sensitiviti dan sentimen umum terhadap komunis di Malaysia tidak diambil kira.
    Isu pembinaan memorial tersebut telah bermula sejak 2004 lagi, seperti yang telah dinyatakan oleh Putera Gunung Tahan dalam ruangan ini bertarikh 1 Disember 2004.

    ReplyDelete
  11. Sememangnya perkara seperti ini akan memutarbelitkan dan menjadi satu fakta yang mengelirukan dalam lipatan sejarah tanah air kita yang tercinta ini. Ini secara tidak langsung akan memberikan beberapa kesan seperti berikut, antaranya:

    1. Perasaan kecewa Angkatan Tentera Malaysia dan lain-lain pasukan keselamatan yang anggotanya ramai terbunuh dan tercedera dalam pertempuran memburu pengganas komunis di hutan belantara.

    2. Perasaan marah keluarga yang anggota mereka menjadi mangsa keganasan PKM.

    Berdasarkan buku Wira Tak Didendang, tulisan Zainuddin Maidin, komunisme di Malaysia adalah hasil penerapan langsung virus komunis ke dalam kelompok kecil masyarakat Cina di Malaysia yang dikendalikan oleh agensi Parti Komunis China yang terletak di bawah arahan Biro Timur Jauh Komunis Antarabangsa (Comintern) yang dikuasai oleh Politbiro Parti Komunis Soviet Union sehinggalah membawa kepada penubuhan Tentera Rakyat Anti-Jepun Malaya (MPAJA).

    MPAJA ini ditubuhkan bukan bertujuan untuk mempertahankan Malaya sebagai tanah air tetapi kerana sentimen anti-Jepun oleh kaum Cina yang berakar umbi sejak konflik China-Jepun dan kerana layanan buruk tentera Jepun kepada kaum Cina. Ini adalah lanjutan daripada penaklukan negara China oleh Jepun di mana ramai orang China yang telah dibunuh terutama di Nanjing dalam apa yang dipanggil Massacre of Nanjing. Tentunya mereka tidak mempercayai orang China dan begitu juga orang China amat memusuhi tentera Jepun.

    ReplyDelete
  12. MPAJA adalah sebuah gerakan bersenjata yang ditubuh, diurus dan dibiayai oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Sejarah menunjukkan bahawa kebanyakan pemimpin MPAJA terdiri daripada pemimpin atau ahli PKM sendiri. PKM ditubuhkan pada 1927 (30 tahun sebelum negara mencapai kemerdekaan) tetapi berfungsi sebagai pertubuhan kongsi gelap dan keseluruhan anggota asalnya adalah orang Cina.

    Pendudukan Jepun di Tanah Melayu membolehkan PKM mencapai dua objektif. Pertama, menentang musuh tradisional (Jepun) dan kedua, menubuhkan Republik Komunis Tanah Melayu. Pada masa inilah, pemimpin tentera British di Malaya mendekati PKM untuk saling membantu bagi mengalahkan Jepun dengan janji bahawa selepas Jepun kalah, mereka akan meletakkan senjata.

    Kekosongan yang wujud antara kekalahan Jepun pada Ogos 1945 dan kedatangan semula British di Tanah Melayu menyebabkan komunis (yang juga ahli MPAJA) bermaharajalela.
    Pemimpin mereka yang berharapan tinggi untuk menguasai Tanah Melayu selepas perang, mula menunjukkan sikap bengis dan zalim yang tidak berbeza dengan ketika Jepun memerintah.

    ReplyDelete
  13. MPAJA adalah sebuah gerakan bersenjata yang ditubuh, diurus dan dibiayai oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Sejarah menunjukkan bahawa kebanyakan pemimpin MPAJA terdiri daripada pemimpin atau ahli PKM sendiri. PKM ditubuhkan pada 1927 (30 tahun sebelum negara mencapai kemerdekaan) tetapi berfungsi sebagai pertubuhan kongsi gelap dan keseluruhan anggota asalnya adalah orang Cina.

    Pendudukan Jepun di Tanah Melayu membolehkan PKM mencapai dua objektif. Pertama, menentang musuh tradisional (Jepun) dan kedua, menubuhkan Republik Komunis Tanah Melayu. Pada masa inilah, pemimpin tentera British di Malaya mendekati PKM untuk saling membantu bagi mengalahkan Jepun dengan janji bahawa selepas Jepun kalah, mereka akan meletakkan senjata.

    Kekosongan yang wujud antara kekalahan Jepun pada Ogos 1945 dan kedatangan semula British di Tanah Melayu menyebabkan komunis (yang juga ahli MPAJA) bermaharajalela.
    Pemimpin mereka yang berharapan tinggi untuk menguasai Tanah Melayu selepas perang, mula menunjukkan sikap bengis dan zalim yang tidak berbeza dengan ketika Jepun memerintah.

    ReplyDelete
  14. Saya sama sekali tidak bermaksud hendak menafikan sumbangan orang Cina terhadap kemerdekaan dan pembangunan negara. Ini kerana penglibatan dan sumbangan orang Cina seperti Tun Tan Cheng Lock yang menyertai rombongan menuntut kemerdekaan daripada British yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman tidak boleh diperkecilkan.
    Oleh yang demikian, PKM tidak layak mendapat pengiktirafan itu apatah lagi kerana gerakan yang dirancang telah menyebabkan lebih 10,000 anggota tentera, polis dan orang awam cedera atau terbunuh. PKM berjuang untuk merampas kuasa. Sebab itu mereka membunuh, merompak, membakar dan menganiaya rakyat.

    ReplyDelete
  15. Mereka bercita-cita untuk merampas kuasa menerusi keganasan untuk menakutkan rakyat. Jika benar PKM inginkan kemerdekaan, maka sejarah tidak membuktikan PKM yang merintis jalan kemerdekaan dengan British.

    Saya juga amat bersetuju dengan Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Naib Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia yang mengatakan bahawa tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia, kewarganegaraan kepada orang asing diberikan secara mudah, kecuali apabila British memerintah Tanah Melayu.

    British juga mensyaratkan kepada orang Melayu supaya berkongsi kuasa dengan kaum asing jika mahukan kemerdekaan. Orang Melayu menerima syarat itu.
    Inilah sikap akomodasi orang Melayu yang jarang dijumpai pada orang lain. Jika tidak ada kompromi ini, saya fikir orang Cina tidak seperti seadanya pada hari ini. Tetapi dalam konteks sumbangan MPAJA, tidaklah sampai ke tahap membina tugu khas untuk mengenang jasa mereka.

    Cubalah kita bayangkan bagaimana agaknya suasana dan keadaan negara kita yang kita cintai ini seandainya diperintah oleh komunis?

    Tidak mustahil kita tidak dapat menikmati kemerdekaan seperti yang kita nikmati pada hari ini. Lihat sahaja kepada keruntuhan kerajaan yang dikuasai oleh parti komunis seperti kesalinan Soviet Union, Jerman Timur, Poland dan sebagainya yang mana telah menimbulkan suasana yang huru-hara dan pertumpahan darah di kalangan rakyatnya yang bukan sedikit jumlahnya.

    Wajarkah kita mengiktiraf MPAJA yang berjuang berdasarkan ideologi dan bukannya bermotifkan perjuangan untuk mempertahankan bumi bertuah ini? Janganlah seperti kata pepatah ‘lembu punya susu tapi sapi yang mendapat nama’.

    *ini adalah artikel yang menjadi rujukan aku semasa menulis tajuk "Komunis yang disanjung".Pendirian kami khususnya warga Paneh Miang, tetap menyatakan yang benar tetap dan yang salah tetap salah.Kepada anon kat atas ni tolong jangan pinjam otak lembu/khinzir apabila membuat komen yang seolah-olah cuba memperlekehkan pengorbanan para perajurit yang telah bermati-matian mempertahankan tanahair yang tercinta dan bertuah ini selain sensitiviti ahli keluarga yang jasanya kepada tanahair dan kita semua tidak akan terbalas sampai bila-bila.

    ReplyDelete
  16. PUAKA DESA KATA :
    Kepada anon kat atas ni tolong jangan pinjam otak lembu/khinzir apabila membuat komen yang seolah-olah cuba memperlekehkan pengorbanan para perajurit yang telah bermati-matian mempertahankan tanahair yang tercinta dan bertuah ini selain sensitiviti ahli keluarga yang jasanya kepada tanahair dan kita semua tidak akan terbalas sampai bila-bila.

    AKU KATA :
    Wah..panjang cerita enko bro....lamanya menulis...tak ngantuk ker...apa lah jadahnya tulis panjang dgn penuh kemarahan dan amarah yang teramat sgt....sampai ko panggil pinjam otak lembu/khinzir....aku rasa ko ni marah je lebih tp bukannya memperlihatkan kematangan yg berhemah...ko marah sampai badan ko merah menyala pun apa gunanya bro,apa yg ko dapat bro? kau dapat mengubah keadaan yg haru biru sekaarng???? ko kata pinjam otak lembu/khinzir..maaf lah bro...itu bukan aku lah..aku tak pinjam otak lembu/khinzir kerana kedua-duanya adalah bodoh merelakan hidung dicucuk dan menyerahkan leher utk dipotong olh manusia yg pelahap dan tamak haloba mengagungkan hawa nafsu serakah yang tiada bandingannya dengan mahluk pelesit terkeji di alam dunia ....mungkin org lain kot yg pinjam otak lembu/khinzir sebab tu lah mereka dengan mudah disembelih dan ditipu oleh hanya seutas tali dihidung..itulah akibat kita terlalu bodoh maka kita mudahlah pula dibangangkan olh manusia bijak bistari namun nafsu bermaharalela di hati....mereka ini lah menjadikanlembu-lembu ini sbg ALAT untuk memuaskan nafsu syaitan mereka....sungguh laknat mereka.....

    ReplyDelete
  17. Terkenang semasa dulu......

    Sempat bersembang dgn org2 lama yg pernah hidup dizaman komunis dahulu. mrk merupakan bekas2 perajurit yg menjadi benteng hadapan mempertahankan negara dr pengganas komunis. betapa perit jerih yg dihadapi mrk utk memastikan anak cucu mrk dpt merasai nikmat keamanan. mengalir air mata mrk apabila mengenang peristiwa yg dialami. terkenangkan rakan2 yg syahid demi negara. yg cedera, yg parah, yg patah, yg putus anggotanya. dpt dihayati akan pedihnya, x tertanggung rasanya bebanan ini.

    Kalo ditanya apa pandangan, blh difahami dr nada yg jejak nyatakan diatas. dan jejak amat bersetuju dgn ulasan puaka desa. tapi siapalah jejak nak ulas lebih2. khuatir nanti disalah tafsir. maklumlah soalan ini soalan spelet. tp yg pasti pemimpin negara tidak akan melaksanakan sesuatu tanpa berfikir dan berbincang dahulu. rasa2nya pemimpin negara tidak bodoh melayan kerenah yg tidak wajar dlayan. tidak spt sesetengah pemimpin pembangkang yg sanggup menggadaikan maruah negara demi cita2 politiknya. sanggup memburukkan negara utk jd popular. bersetuju meminta bantuan musuh negara asalkan matlamat tercapai. matlamat menghalalkan caranya.

    Sedihnya........

    ReplyDelete
  18. Wahai kaum Muslimin! Perkembangan terkini di Perak bukan sahaja telah menyingkapkan pembohongan sistem demokrasi, malah ia turut menyingkapkan lagi keburukan dan kekejian yang terdapat di dalam sistem demokrasi. Masing-masing dilihat berebut untuk mendapatkan kekuasaan bagi memerintah atas nama demokrasi. Yang jahat bercakap tentang demokrasi, yang baik pun bercakap tentang demokrasi, seolah-olah demokrasi ini suatu yang suci yang perlu diperjuangkan baik oleh golongan kuffar, sekular mahupun Islam. Umat Islam sepatutnya berusaha untuk mengembalikan undang-undang Allah dan mengembalikan sistem pemerintahan Islam yang sebenar yakni Sistem Khilafah. Kenapakah masih terus berpegang teguh dengan demokrasi walhal telah terbukti demokrasi hanyalah sistem busuk dan keji yang ditinggalkan oleh penjajah kepada kita semua? Ingatlah, wahai insan yang masih ada keimanan bahawa Rasulullah SAW tidak mewariskan sistem demokrasi kepada para sahabat dan umatnya, tetapi Rasulullah SAW mewariskan Sistem Khilafah kepada sahabat dan kepada kita semua. Jadi, kenapa dan sampai bila kalian mahu hidup mewarisi dan berjuang mempertahankan sistem demokrasi yang ditinggalkan penjajah, bukannya berjuang untuk menegakkan sistem Khilafah yang ditinggalkan oleh Rasulullah?

    ReplyDelete
  19. ya betul. pas yg kononnya perjuangkan islam pun kini berjuang demi demokrasi. satu hipokrasi yang nyata bagi pas.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  20. Masya'allah.......

    sgt pendek akal kita dlm mengangani permasalahan. Allah menjadikan permasalahan agar makhluknya berusaha menyelesaikan permasalahan tersebut seterusnya ia sbg ujian keimanan dan ketakwaan kpd allah.

    mudah sungguh nak selesaikan masalah bunyinya, tukar sistem jika sistem corup. mcm tukar sistem komputer. takde masalah simpan, bila ada masalah buang! sesedap hati dan lidah apabila berkata2. jgn lah malas menggunakan akal nanti ditark nikmat akal itu. apa akan jadi?

    Kenapa jisn sistem yg dibawa oleh rasulullah tidak di ketengahkan? ketengahkan sbg suatu wadah.

    insya'allah

    ReplyDelete