Saturday, May 16, 2009

Kepakaran PR 'Menghiburkan'


KEPUTUSAN PILIHANRAYA UMUM PERAK 2008

UMNO-27 Kerusi

DAP-19 Kerusi

PAS-6 Kerusi

PKR-4 Kerusi

MCA-1 Kerusi


Berdasarkan fakta, rakyat Perak lebih ramai yang memilih DAP berbanding PAS dan PKR.

Sungguhpun begitu, Umno merupakan pilihan yang lebih utama bagi rakyat di negeri Perak berbanding DAP, PKR dan PAS. Maka, bagaimana pula mereka boleh mengatakan yang mereka adalah pilihan rakyat? Agaknya sebab memang dah gila kuasa sangat kot?

Kempen DAP, PAS dan PKR sebelum pilihanraya tersebut tidak langsung menyebut tentang pakatan rakyat kerana sememangnya mereka langsung tidak menyangka boleh mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri Perak daripada BN.

Hanya setelah melihat UMNO mampu disingkirkan daripada memegang tampuk pemerintahan di Perak melalui pakatan, barulah DAP, PKR dan PAS setuju bekerjasama yang kononnya digelar - pakatan RAKYAT? Walaupun secara jelas matlamat serta perjuangan mereka amatlah bertentangan di antara satu sama lain, tetapi demi tembolok serta kerakusan untuk berkuasa, maka mereka sanggup menipu rakyat.

Nama yang lebih sesuai bagi pakatan tersebut sebenarnya ialah PAKATAN DAP & C0 kerana jelas daripada ketiga-tiga parti tersebut, DAP lebih banyak memenangi kerusi. Itulah sebabnya DAP kelihatan tidak berpuashati dengan pemilihan MB kerana mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak - jelas menyatakan bahawa Menteri Besar mestilah dikalangan orang Melayu yang beragama Islam.

Maka lahirlah Nizar Boneka untuk menjadi MB demi mengikut TELUNJUK serta PERINTAH tuannya...siapa lagi kalau bukan pemilik geran tanah 999 tahun!

Ramai di kalangan pembangkang telah cuba menafikan fakta sebenar dan seboleh-bolehnya ingin mengadakan pilihanraya semula di Perak.

Pembangkang kelihatan lebih mengutamakan kempen-kempen politik jalanan untuk mengaburi rakyat akan KELEMAHAN mereka membangunkan negeri Perak. Hakikatnya mereka sedar bahawa rakyat Perak lebih ramai yang memilih BN berbanding persengkokolan DAP, PAS mahupun PKR.

Kehendak pembangkang kepada PRK hanyalah bertujuan mencuri tumpuan untuk memperbodohkan orang lain, menaburkan fitnah sesuka hati serta mengadakan pelbagai jenis cerita rekaan yang tidak masuk akal; tidak lain hanyalah sekadar untuk 'menghiburkan' orang yang mendengar. Maka....lu fikirlah sendiri.

15 comments:

  1. Selalunya orang yang suka menabur cerita sana sini, cakap berbuih-buih, fitnah sana sini tu, adalah golongan yang banyak masa dan tak ada kerja. Nothing else to do, no real work, very free.

    salam.

    ReplyDelete
  2. PAS sebenarnya tidak kuat.
    Kekuatan PAS cuma dari sokongan cina dan india.

    Dulu cina dan india ini sokong UMNO, mereka dapat untung banyak.

    Sekarang mereka sokong pula PAS, mereka serupa ugut UMNO, UMNO terpaksa ikut kemahuan mereka. Kena beri banyak bantuan dan kemahuan yang mereka tuntut.

    Kaum cina dan india ini sangat bijak. Bila mereka sudah dapat lagi banyak untung, mereka akan tinggalkan PAS pula, seperti mereka pernah tinggalkan UMNO.

    PAS sangat mudah diperdayakan oleh cina dan india ini. Baca sikit ayat koran dan percaya kunun nya cina nak masuk islam/sokong islam.

    Pada fikiran Bah yang tolol ini, kaum cina sangat penipu.

    PKR semua bekas ahli2 UMNO yang tidak berguna. Dah banyak kali tipu PAS - dua orang PKR lompat keluar parti - kerajaan PAS Perak tumbang.

    ReplyDelete
  3. Beberapa hari lepas Demang memaparkan realiti politik di Perak dalam blog Waadat.

    Berikut adalah komen daripada seorang pengunjung:

    "umno fobia pilihanraya said...
    Bukan umno saja 27 kerusi tu..BN la woi..BN tu terdiri dari parti komponen seperti mca,mic dll... hangpa ingat umno saja ka? piiirah!!!jgn nak menipu la...

    May 14, 2009 12:45 AM"

    Demang 'copy & paste' di sini bagi memperlihatkan tahap pemikiran dan pengetahuan para pembangkang.

    ReplyDelete
  4. Begitulah adatnya... kalo tidak masakan cerita2 fiksyen yg mengarut mendapat sambutan hangat.

    Yg sedihnya sudahlah yg menyampaikan cerita itu penipu, tetapi yg mendengarnya juga redho ditipu.

    Semuanya itu bukan kerana penyampai/pencerita/penceramahnya yg bijak pandai tp takut2 yg m'dengarnya adalah bangang dan bengong menerima tanpa siasat. kemudian menyampaikan pula spt yg didengar itu betul sesangat...

    Entahlah....

    ReplyDelete
  5. Kalangan UMNO yg ada pun jenis haprak kata Mahakhinzir hingga kan Cina Hindu pun dah tak mau sokong UMNO, bukan nya meke nak ugut UMNO. Hinggakan Melayu tongkat naik bas pun riuh rendah konon hebat ambik gambar Pee Rah.

    ReplyDelete
  6. VIRUS REPUBLIK tajaan DAP dan PKR sudah bermula.Hentikan sebelum ianya merebak menjahanamkan institusi Melayu.

    ReplyDelete
  7. kecoh je c4 @ hompuk ni. suka org tu la nak amik gamba ke apa. dia punya kamera apa lu peduli. nak tau hompok tgh buat apa skrg? hompuk bata tengah layan af. kah kah kah. hompuk bata fantasia.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  8. Salam hormat

    Blog tuan telah diletak dalam listings:

    http://spotthebloggers.blogspot.com/

    Terima kasih dan selamat berkarya.

    ReplyDelete
  9. Opps... U r rated 5 Star Blogger. Pls visit SpotTheBloggers.

    Salam Hormat.

    ReplyDelete
  10. PENGAJARAN YG KITA DAPAT ADALAH UMNO MESTI KUAT KALAU LEMAH NI LAH JADINYA,KOROM PUN CUKUP MAKAN JE ,ITUPUN ATAS EHSAN KATAK 3 EKOR TU KALAU TAK GIGIT JARILAH KITA... PENENTU UNDI ADALAH ORANG MUDA...
    PERSOALANNYA HENDAK KE ORANG MUDA NI NGIKUT SI KJ TU ...ALAMATNYA BERTAMBAHLAH PENING KEPALA TOK JIB KITO......SOBAJOLAH..........CAKAP SALAH TAK CAKAP KANG YANG IYO EH PULAK....SUSAH BONA KAU BAKAR JO LAH SUMONYO NI PANEH OIIIIIIIIIIII

    ReplyDelete
  11. artikel ini amat tidak tepat sekali...anda (UMNO) masih tak sedar-sedar...betul, UMNO mendpt undi kerusi tertinggi pd masa PRU 12 di Perak...tiada siapa menafikan...tetapi mood rakyat dan suasana boleh berubah dlm sekelip mata...keputusan semalam sudah tidak sama lg dgn hari ini...cerita semalam sudah basi dgn cerita hari ini..kisah semalam sudah tiada ertinya pd hari ini...kemenagan besar UMNO/BN pd 2004 juga tiada makna pd 2008...betl tak??? dan keputusan kerusi UMNO lbh byk di Perak juga pd PRU 12, juga tiada guna jika di Bukit Gantang UMNO tewas tersungkur dan 5 PRK selepas PRU 12 UMNO/BN semuanya jatuh tersungkur...
    UMNO sebenarnya masih terbawa2 dgn kisah kemenagannya semalam..UMNO lbh mementingkan nostalgia indah semalam, dan tidak berusaha menjana lbh besar kejayaan...mereka hanyut dgn kemenagan semalam sehingga mrk terleka dan terlena dgn perubahan suasana dlm sekelip mata...(bak kata lagu "SEKELIP MATA KAU BERUBAH").UMNO buta dgn situasi ini...pergilah engko mengelamun mimpi semalam yg indah, tetapi biarkan lah Pakatan Rakyat menyusun strategi ampuh mereka untuk membenam kamu....

    Kamu UMNO sebenarnya terbawa2 dgn kisah indah semalam, tetapi suasana terkini cpt sgt berubah...anda masih percayakah org yg menundi anda masa lalu???adakah mereka masih taaat setia dgn anda???atau mrk sudah berubah??? ini gagal anda ketahui...buktinya, undi anda pd 4 PRK di Semenanjung jatuh merosot...apa maknanya keadaan ini??? maknanya, org yg undi anda dulu kini sudah tidak setia lg dgn anda...mrk telah curang kini dan akan curang lg pd PRU nanti...ini jug bermakna, undi org akan sentisa berubah mengikut sentimen dan situasi...namun anda gagal meliha perkara ini....org tak heran dgn kejayaan anda dulu...kejayaan dan khayalan anda terhdp kejayaan lalu itu lah MUSUH utama anda...bukan pembangkang...anda yakin org dulu tu masih mengundi anda, tetapi anda tidak tahu bhw mereka kini telahberubah hatinya kpd cinta yg lbh baik dr anda...selamat meneruskan khayalan anda....

    ReplyDelete
  12. Pas pon dah pandai main duit sejak kwn ngan nuar...

    ReplyDelete
  13. anon 12.04,

    kalu rakyat dah taknak umno lg takpe la...16 sept dekat dah ni

    ReplyDelete
  14. ANON
    May 17, 2009 1:53 PM

    "kalu rakyat dah taknak umno lg takpe la...16 sept dekat dah ni"

    Tak yah tunggu 16 Sept pun...bila-bila masa pun memang dah tak nak...sabar sikit jer lg untuk tunggu PRU 13..sabar sikit je lagi yer.....tak lm lg kan...tak pun sampai 2/3 th pun...tak sempat pun UMNO nak pulih, dah akan kena tibai habihhh dik!!!!! tak lama lg dah...mana2 yg dah terasa panas tu, boleh lah mohon kewarganegaraan asing dah....sempat lg nak proses tu....kan ahli politik dan "politukus besar" negara ini bijak mentafsir...segala tafsirannya sblm ni semua nya tepat belaka...kot lps ni lg tepat kot....sabau ye...kalau nak ikut aku memang tak sabau dah dik oiii!!!

    ReplyDelete
  15. Insya'allah...

    Jika kita bersabar dgn ujian allah segalanya pasti berlalu dgn baik. Anngaplah segala yg berlaku sbg ujian dr allah kpd hambanya yg terleka dan terlena seketika. untuk bangun semestinya perlu jatuh dahulu, seterusnya bangunlah dgn perkasanya. sejarah membuktikan segalanya tidak mustahil. jgn lemah dan longlai dgn fitnah yg berleluasa.
    Bg yg terkhilaf dan tersalah insaflah dgn kesilapan lalu, bertaubatlah sblm ditaubatkan. berubah sblm diubah.

    'Rancanglah apa yg ada ditangan bukan apa yg dikhayalkan'. rakyat tlh sedar akan kebenarannya betapa derita dan sengsara dibawah pemerintahan PR. x perlu tgg 16 sept pun pasal rakyat mmg dah sedar kesilapannya melepaskan 5 negeri dibawah teraju PR. semuanya bermain dgn retorik dan kata2. apa yg dikatakan kpg BN dahulu juga diamalkan oleh mrk. tetapi sedih dan pilunya ada segelintir rakyat dpt menerima perkara itu dgn baik dan jika BN yg lakukan pasti ramai blogger yg kenghina, mengutuk dan mengejinya.

    Kpd pejuang bangsa lihatlah cabaran yg diajukan! kerja kita tidak mudah, lipat gandakan usaha teruslah menjadi pahlawan. kita berhadapan dgn syaitan yg bertopeng manusia bersalut kulit melayu bertutur bahasa quran kononya berhujah bersandar hadis lagaknya.

    Bersabarlah... teruskanlah usaha mencari pahala...

    ReplyDelete